Profile

Azrul Azizi Ahmad Zulkarnain profile image

Azrul Azizi Ahmad Zulkarnain

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum, saya Azrul Azizi Bin Ahmad Zularnain dari fakulti kejuruteraan University of Malaya. Setelah melihat video yang berkenaan TITAS ini, saya mendapati bahawa melalui course ini kita dapt memahami ciri-ciri tamadun-tamadun yang terdapat di Asia tenggara seperti adat resam dan bahasa. Dengan, ini kita dapat menjalin hubungan yang baik bersama penduduk-penduduk negara kita yang berbilang kaum ini. Ini secara tidak langsung dapat memupuk kasih sayang sesama rakyat. Selain itu, melalui video ini saya juga berpendapat yang kita juga boleh memahami isu-isu silam yang dihadapi tamadun-tamadun Islam dan Asia. Isu-isu tidak kira sama ada baik seperti pembangunan tamadun atau buruk contohnya conflik antara tamadun-tamadun Asia, kita dapat mempelajari bagaimana isu-isu tersebut boleh tercetus dan menilai kebaikan dan keburukan isu-isu tersebut. Ini dapat membantu kita dalam memajukan tamadun-tamadun atau menyelesaikan isu-isu semasa yang dihadapi oleh tamadun-tamadun di negara kita. Ini akan dapat memudahkan hidup semua rakyat dengan hanya mengaplikasikan ilmu yang kita peroleh dari subjek TITAS ini. Akhir sekali, subjek TITAS juga akan membantu untuk meluaskan ilmu pengetahuan kita. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu berkenaan tamadun Islam dan tamadun Asia. Ilmu ini amat berharga kerana boleh dikongsikan bersama rakan-rakan dan membantu mereka memahami perkara berkaitan tamadun-tamadun di Malaysia.