Profile

Nurerreyana Jusi profile image

Nurerreyana Jusi

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
NURERREYANA BINTI JUSI BG17110310 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 103 DR NORDI ACHIE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Assalamualaikum, salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam satu Malaysia. Berdasarkan rakaman video yang telah dipaparkan di atas. Saya amat berbangga menjadi anak Malaysia di mana rakyat dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Kesejatahteraan dan keharmonian yang dicapai sehingga ke hari ini merupakan satu kejayaan yang paling besar. Hal demikian kerana, Malaysia amat mementingkan kedamaian negara. Seperti kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik. Sebagai contoh, kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan banyak lagi. Ini merupakan satu cabaran dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud dari segi kaum, budaya dan warna kulit di Malaysia tidak menjadi penghalang untuk membentuk perpaduan yang utuh. Walhal, rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni serta saling menghormati antara satu dengan yang lain. Perpaduan yang wujud membolehkan tragedi 13 Mei 1969 dielakkan dan tidak berulang. Rusuhan kaum yang berlaku suatu ketika dahulu amat memberi impak kepada rakyat di nagara ini. Justeru, rakyat amatlah mementingkan aspek perpaduan dan keharmonian serta berusaha untuk mencapainya. Persefahaman akan dicapai apabila rakyat hidup saling tolong- menolong dan hormat-menghormati. Bak kata pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".