Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Tan Shao Pei (BG17160536), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia: Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik yang mempunyai pelbagai agama, budaya, bahasa, dan adat resam. Sebelum kemerdekaan, rakyat bekerja dan berkelompok mengikuti etnik masing-masing. Etnik Melayu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, dan sebagainya; Etnik Cina bekerja sebagai peniaga, pelombong, dan sebagainya; Etnik India bekerja sebagai penoreh getah, buruh binaan, dan sebagainya. Keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara etnik dan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Selepas kemerdekaan, wujudnya kerjasama erat dalam kalangan etnik di Malaysia. Kerajaan menggubal beberapa dasar yang banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Semua kaum melibatkan diri dalam perancangan negara telah memelihara keharmonian secara tidak langsung. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti UMNO, orang Cina diwakili oleh MCA, dan orang India diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti ini telah berjaya dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan sendiri. Kini, selepas 60 tahun merdeka, pembentukan dasar yang menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara banyak membantu pembentukan hubungan etnik yang erat di negara ini.