Profile

 profile image

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam sejahtera, Saya, Balqish Ajwa Anis Binti Mohd Atan (BG17160606), pelajar UMSKAL, Fakulti kewangan Antarabangsa Labuan. Sepanjang kursus ini saya dibawah pimpinan Dr Nordie Achie (seksyen 103). Pada pendapat saya Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati kerana prinsip rukun negara Malaysia sendiri yang mengurangkan jurang perkauman dalam diri rakyat. Sehingga kini, perbezaan yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. Jurang perpaduan berlaku ekoran dasar pecah dan perintah. Hal Ini merupakan salah satu masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia kini. Setiap anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik untuk menerima perbezaan antara satu sama lain. Isu-isu seperti bangsa,adat-istiadat, kaum, dan agama perlu difahami dan diterima oleh semua. konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menunjukkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Sekian, terima kasih.