Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam perpaduan bagi sesiapa yang turut menghadiri kursus ini. Saya Nurfarah Shakila Binti Nicolas Patrick Pisol ( BI17110105 ) merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan , merupakan anak didik pensyarah: Dr Nordie Achie dari kuliah Hubungan Etnik Seksyen 102. Sedarsawarsa kini, hubungan antara kaum di seluruh negara sangat relevan bagi merealisasikan wawasan negara maju. Hal ini demikian kerana, sekiranya rakyat berpecah belah dan tidak mempunyai kata sepakat sesama mereka, amat mustahil kehidupan harmoni dapat dirasai oleh rakyat di dalam negara tersebut. Justeru itu, kos hubungan etnik bagi saya mampu membentuk semula semangat perpaduan antara kaum yang pelbagai seperti Malaysia . Aspek ini menjadi titik fokus kerana negara Malaysia mempunyai variasi agama, bangsa, kaum dan Bahasa. Pada masa yang sama juga, kemajuan dari segi ekonomi, pendidikan serta keselamatan juga mampu terjamin sekiranya aspek ini sangat ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi saya, subjek ini juga sangat mempunyai bahagian positif yang mampu diterapkan kepada mahasiswa-mahasiswi universiti kini yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Perkara ini sangatlah wajar kerana isu-isu perkauman dapat dielakkan dalam diri setiap mahasiswa di Malaysia. Sekiranya perkara ini juga dapat dielakkan, sudah tentu segala program ataupun aktiviti yang diadakan/dijalankan mampu berjalan dengan lancar, meriah serta dapat hidup dalam keadaan yang positif. Kesimpulannya, Hubungan Etnik mampu menjadi salah satu faktor yang boleh menggalakkan perpaduan kaum di Malaysia lebih gah serta mampu memajukan kehidupan rakyat di sesebuah negara.