Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, Saya Matthew Jonathon Bin Donny(BK17110145), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Kejuruteraan. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia. Tambahan pula, kita seharusnya menghormati agama orang lain agar tiada permusuhan antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima Kasih.