Profile

Chujie Suzie profile image

Chujie Suzie

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualikum dan salam sejahtera saya Nur suzila binti Musanif daripada kumpulan 16 ,Fakulti bahasa dan lingustik universiti Malaya .Selepas menonton video yang di sampaikan oleh Profesor Zaid Ahmad, saya mendapat tahu lebih lanjut berkenaan visi dan hala tuju pembelajaran TITAS ini yang mana dapat ia memberi pendekatan kepada para pelajar untuk lebih mengenali asas ketamadunan di negara kita dan mengetahui dengan lebih dalam tentang kumpulan etnik yang besar di Malaysia seperti Melayu,cina dan india daripada pelbagai aspek . Subjek TITAS juga merupakan sesuatu ilmu yang perlu diterapkan dan di sematkan oleh semua rakyat Malaysia, bukan sahaja pelajar yang belajar di university. Saya juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih rapat dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang ,kaum etnik budaya dan sebagainya melalui pelajaran TITAS tersebut. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menyedari tentang dua kepentingan mempelajari TITAS, iaitu ia merangkumi ilmu tentang ketamadunan dan juga tamadun-tamadun yang kita haruslah faham sebagai warganegara. Di samping itu, kita juga dapat menilai tamadun sesebuah masyarakat secara teliti. Hal ini dapat menerapkan semangat patriotisme rakyat Malaysia dan sekaligus menyumbang kepada perpaduan masyarakat di Malaysia.Akhir kalam ,sememanya subjek titas ini sangat penting untuk menyatukan disiplin ilmu dalam satu wadah,selain mengeratkan tali persaudaraan walaupun pelbagai budaya dan kaum etnik .