Profile

Daphene Phoebe profile image

Daphene Phoebe

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya, Daphene Phoebe anak Salie Jee (BG17110259) pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan), mengambil subjek Hubungan Etnik Syeksen 102 dibawah pimpinan pensyarah Dr. Nordi Bin Achie. Dalam kursus ini, pelbagai perkara yang berkaitan dengan perpaduan, sejarah Kepulauan Melayu dan sejarah etnik-etnik yang ada di negara ini. Di dalam negara ini, terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang telah menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Hal ini demikian kerana semangat perpaduan yang ada dalam diri pelbagai etnik di negara ini. Namun, jurang perkauman yang berlaku di negara ini telah menyebabkan rusuhan berlaku. Oleh kerana pelbagai etnik di negara ini mempunyai pelbagai adat istiadat, agama dan budaya, sesetengah mayarakat yang tidak mempunyai persefahaman yang baik menyebabkan pergolakan antara kaum berlaku. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa pahit negara ini rusuhan kaum yang terbesar yang pernah berlaku sehingga berlakunya pertumpahan darah antara bangsa Melayu dan Cina pada masa itu. Oleh sebab itu, usaha untuk memupuk perpaduan antara etnik yang ada di negara ini harus dilaksanakan untuk mengelakkan peristiwa yang telah berlaku berulang kembali. Sebagai contoh, majlis 'Rumah Terbuka' diadakan pada setiap perayaan yang disambut oleh etnik-etnik yang ada di negara ini. Harapan saya agar negara ini akan mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama supaya kesejahteraan negara dapat dipertahankan. Sekian, Terima kasih.