Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
SALAM SEJAHTERA, NAMA saya Dhevisha a/p Sukumarran dari fakulti kejuruteraan University Malaya. Berdasarkan video yang telah disampaikan ole Prof.Zaid Ahmad, saya mengetahui bahawa kursus tamadun islam dan tamadun Asia merupakan satu kursus yang ditawarkan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi Malaysia, Kursus ini terdiri daripada dua komponen iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang terdiri daripada Tamadun Cina dan Tamadun India. Kurikulum ini berasaskan kepada semangat pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Kursus ini terdiri daripada dua perkara penting iaitu ilmu tentang ketamadunan dan ilmu tentang-tamadun-tamadun yang penting dan harus difahami. Melalui video ini, saya juga dapat mempelajari bahawa Tamadun Islam merupakan latar belakang peradapan negara Malaysia. Tamadun Asia yang lain juga mempenyuai pengaruh yang besar. Pada asasnya kursus TITAS dibentuk dalam rangka pembinaan negara dan bangsa. Kursus ini berperanan untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk mendapat pendedahan di peringkat akhir pendidikan formal mereka iaitu istitusi pengajian tinggi. Kursus ini juga memberi kesedaran kepada para pelajar dari segi nilai diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Melalui kursus ini pelajar berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan pelajar lain dari segi disiplin, latar belakang, agama, budaya, kaum dan juga bangsa. Pelajar seterusnya dapat melibatkan diri dalam perbincangan yang akan secara langsung memberi kesedaran yang betapa penting dalam memahami dan menghayati nilai-nilai kenegaraan asas pembentukan negara Malaysia. Saya juga mempelajari bahawa konteks kursus ini adalah pering kerana kursus ini mempunyai perspektif yang besar tentang beradapan negara ini yang amat penting dan dapat menentukan hala tuju dan dan rupa bentuk beradapan yan akan di bina pada masa hadapan. Selain itu, ilmu ini dapat menyatukan pelbagai disiplin ilmu dalam satu wadah yang dapat menyedarkan pelajar tentang peranan mereka apabila mereka keluar dari institusi pengajian tinggi.Pelajar juga akan mendapat peluang unyuk menjalankan tugasan-tugasan mereka bersama ,mengenai masyarakat termasuk masyarakat minoriti, berinteraksi dan menjalankan penyelidikan bersama dan juga bincang tentang hal-hal berkaitan negara. Secara konklusinya, saya dapat pelajari bahawa kursus ini adalah amat penting untuk pelajar mendalami secara luas mengenai hal - hal berkaitan masyarakat,budaya,kaum dan juga latar belakng Malaysia.