Profile

Geethanjali Mohanan profile image

Geethanjali Mohanan

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
GEETHANJALI A/P MOHANAN CIB160034 UNIVERSITI MALAYA KUMPULAN 6 CIK NURUL NADIA BT IBRAHIM Setelah melihat video yang disampaikan oleh Prof Dr Zaid bin Ahmad, saya dapati bahawa subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) adalah subjek yang amat penting untuk semua mahasiswa dan mahasiswi yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta di seluruh Malaysia. Melalui kursus ini, rakyat Malaysia dapat belajar kurikulam yang menjadi asas kepada pembinaan negara bangsa Malaysia. TITAS dibahagi kepada dua bahagian yang penting iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Sebagai seorang pelajar Malaysia, ilmu ketamadunan ini adalah penting kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Kursus ini memberi pelajar peluang untuk bergaul dengan pelajar lain yang berbilang bangsa dan mengukuhkan persefahaman antara kaum. Terdapat dua elemen yang penting dalam kursus ini iaitu ilmu ketamadunan dan ilmu pelbagai tamadun. Ilmu ketamadunan adalah penting untuk dibelajar supaya rakyat Malaysia boleh bertukar ke arah lebih bertamadun. Ilmu tamadun lain juga adalh penting. Kita boleh mengambil iktibar daripada perkara yang baik dan menjauhi yang buruk. Secara keseluruhannya, kursus ini adalah sangat baik dan wajar diwajibkan untuk semua pelajar Malaysia.