Profile

Hui Ching profile image

Hui Ching

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, saya Goh Hui Ching (CIB 160035), pelajar tahun 1 dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan,Universiti Malaya. Saya berada dalam Kumpulan 18 di bawah bimbingan Puan Faezah Binti Kassim. Selepas menonton video yang disampaikan oleh Prof. Dr Zaid Bin Ahmad, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), saya mendapati bahawa kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ialah subjek yang wajib diambil oleh pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Kursus TITAS ini dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu tamadun Islam dan tamadun Asia. Secara amnya, TITAS ialah subjek yang boleh menyedarkan pelajar pengajian tinggi tentang kepentingan nilai peradaban, sebagai contoh tidak memburukkan nama baik Malaysia dengan melakukan kesalahan jenayah semasa melancong di luar negara, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme terhadap negara patut mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai bersopan-santun. Selain itu, TITAS menyediakan peluang pendedahan kepada warganegara Malaysia tentang kepentingan nilai-nilai kenegaraan, iaitu memahami latar belakang budaya, kaum dan agama setiap bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu, Cina dan India. Pelajar pengajian tinggi diberi peluang untuk bekerjasama dalam menyediakan video tentang tajuk yang diberikan. Pada masa yang sama, semangat perpaduan yang kukuh pelbagai bangsa dapat dipupuk melalui kursus ini. Di samping itu, pelajar dapat meluaskan pengetahuan tentang tamadun Islam dan sejarah tentang tamadun Islam dengan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Saya minat dengan tamadun Islam kerana tamadun Islam ini unik. Seterusnya, saya juga belajar tentang tamadun Cina dan India yang mempunyai ciri-ciri yang amat berbeza dengan tamadun Islam. Kesimpulannya, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dapat membentuk peradaban rakyat Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat Malaysia yang bertamadun tinggi. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab haruslah mempraktikkan nilai yang mempelajari dari kursus ini dalam kehiduapan harian. Sekian, terima kasih.