Profile

Izzat Ramli profile image

Izzat Ramli

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Izzat Bin Mohd Ramli, bernombor matrik CF140209 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, merupakan salah seorang pelajar (kumpulan 8) bagi subjek Tamadun Islam Tamadun Asia di bawah seliaan Dr Shakila Binti Ahmad. Jika kita dapat lihat di dalam video yang dipaparkan, setiap tamadun mempunyai keunikan yang tersendiri terutamanya dari segi reka bentuk bangunan memandangkan saya merupakan pelajar kejuruteraan awam. Ketelitian dalam reka bentuk struktur dan fungsi bangunan terutama negara-negara Islam membuatkan ramai yang kagum akan keindahan hasil yang telah terbina. Bagi saya, pembelajaran TITAS ini membuatkan saya lebih sedar akan pentingnya untuk mengekalkan identiti sesebuah tamadun itu kerana ianya umpama identiti akan negara kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia, perlulah mengamalkan sikap saling menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, adat dan keturunan bagi sama-sama mengekalkan keharmonian dan keamanan negara yang tercinta.