Profile

Jamal MalOn profile image

Jamal MalOn

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama diberi Jamalunnahar bin Abd Wahab (SIT160016), pelajar tahun pertama dari fakulti sains Universiti Malaya. Saya sedang mengambil subjek ini dan kini berada dalam kumpulan 6 bersama Miss Nurul Nadia binti Ibrahim Berdasarkan video pengenalan tamadun islam dan tamadun asia tenggara (TITAS) oleh Prof. Dr. Zaid, saya dapati bahawa subjek ini dapat membantu ramai pelajar dalam pelbagai aspek. Pertama, pelajar dapat mengenali setiap budaya pelabagai kaum. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yg terdiri daripada pelbagai kaum, subjek ini dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk berfikiran terbuka terhadap masyarakat. yang kedua, subjek ini juga dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar. hal ini berlaku kerana pelajar akan mendalami pelbagai aspek ketamadunan di negara kita sperti seni bina dan sejarah. akhir sekali, subjek ini juga membantu pelajar untuk bekerjasama dalam sebuah kumpulan yang juga datang daripada pelbagai latar belakang, disiplin dan cara membuat kerja. hal ini juga dapat membantu mereka dalam kebolehan menjadi ketua atau ahli kumpulan pada masa akan datang. akhir kata daripada saya, saya berharap agar segala objektif subjek titas dapat tersemai dalam setiap mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang.