Profile

 profile image

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sejahtera, saya Kristen George Jendili (BG17110109) merupakan pelajar Tahun 1 Universiti Malaysia Sabah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, dan Kursus Hubungan Etnik ini adalah di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (seksyen 102). Tajuk yang ingin saya ulaskan ialah Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia. Pada pendapat saya, kesepaduan antara rakyat adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dalam sesebuah negara. Malaysia merupakan bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Maka, konsep kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat signifikan. Hal ini demikian adalah bagi melahirkan satu negara majmuk yang teguh dan rakyatnya yang bersatu padu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa negara kita mengalami masalah isu perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia. Kita dapat melihat di peringkat sekolah, pembatasan interaksi sosial antara pelajar dengan pelajar yang berlainan kaum. Sebagai contoh, pelajar India hanya bergaul dengan pelajar India dan pelajar Cina hanya bergaul dengan pelajar yang sealirannya. Perkara sedemikian menyebabkan semangat assabiyah yang kuat dalam diri seseorang pelajar. Oleh hal yang demikian, situasi seumpama haruslah dibendung bagi dapat mengurangkan jurang perpaduan yang wujud antara rakyat yang berbeza kaum, bangsa dan budaya. Maka, setiap rakyat Malaysia haruslah menanamkan sikap keterbukaan dan toleransi yang tinggi dalam diri masing-masing. Selain itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan menerapkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dalam diri anak-anak dengan semua orang walaupun berbilang kaum bak kata pepatah orang Melayu “Lentur buluh biarlah dari rebungnya.