Profile

Liow Yi profile image

Liow Yi

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, saya LIOW WEI YI (D20161074963), pelajar semester 2 dari FSKIK program AH-16, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya sedang mengambil kursus TITAS dan berada dalam Kumpulan E . Selepas menonton video yang disampaikan oleh Prof. Dr Zaid Bin Ahmad, saya telah memahami tentang matlamat dan hala tuju pembelajaran TITAS ini yang mana dapat memberi pendekatan kepada para pelajar untuk lebih mengenali asas ketamadunan di negara kita. TITAS adalah terdiri daripada dua komponen, iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selain itu, asas penting dapat kita pelajari dari TITAS adalah lebih memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun yang mengukuhkan hubungan lebih erat dan berinteraksi dengan pelajar dari latar belakang, kaum, budaya atau agama yang berbeza. Kursus Titas juga membantu kita lebih memahami dan menghayati nilai kenegaraan serta asas pembentukan negara. Kesimpulannya, Titas merupakan satu kursus yang menarik dan kita dapat pelajari sejarah yang menarik. Saya berharap rakyat Malaysia boleh saling memahami untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain bagi membangunkan negara.