Profile

Lisa Izham profile image

Lisa Izham

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Nur Khalisa Izham BI17110161 dari Universiti Malaysia Sabah - Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Secara umumnya,negara kita terdiri dari pelbagai kaum.Oleh itu,perpaduan amatlah penting bagi menstabilkan keamanan dalam negara.kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Kursus ini memberi impak yang besar bagi memupuk semangat perpaduan di universiti mahupun negara.Mata pelajaran Hubungan Etnik ini hanya salah satu strategi kecil dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu di mana rakyatnya hidup aman damai dan harmoni.Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang mahasiswa yang mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar begitu efektif.Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA.