Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Maslinah binti Abdul Rakman daripada kumpulan 17 (TITAS GIG1001) Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Daripada pemerhatian saya mengenai video ini, umum kita ketahui bahawa kursus TITAS ini terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kedua-dua komponen ini didedahkan berasakan kepada pembinaan semangat bangsa Malaysia. Antaranya ialah pelajar dapat menjadi warganegara yang bertamadun,dapat berkomunikasi dengan pelbagai kaum yang berbeza latarbelakang,agama dan disiplin serta dapat menghayati apa itu menjadi warganegara Malaysia. Selain itu. Selain itu, dengan mengambil kursus TITAS ini di peringkat universiti bukan sahaja saya malah rakan sekuliah walaupun berbeza kaum namun kami dapat berinteraksi dengan lebih baik, menjalankan penyelidikan bersama-sama dan dapat mengkaji latarbelakang pelbagai kaum. Kesimpulannya, saya berharap agar kursus TITAS GIG1001 ini dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk para graduan mengetahui betapa pentingnya proses ketamadunan dalam kehidupan manusia.