Profile

MOHAMAD MASOURDEN AIDED MOHAMAD SAPIAN profile image

MOHAMAD MASOURDEN AIDED MOHAMAD SAPIAN

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
NAMA: MOHAMAD MASOURDEN AIDED BIN MOHAMAD SAPIAN NO MATRIK: CIB 160071 UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA (KUMPULAN 6) PENSYARAH: CIK NURUL NADIA BINTI IBRAHIM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Nama diberi Mohamad Masourden Aided Bin Mohamad Sapian (CIB160071) merupakan pelajar tahun pertama dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan. Di dalam subjek TITAS saya merupakan kumpulan 6 (GIG1001) yang diajar oleh Cik Nurul Nadia Binti Ibrahim. Berdasarkan video yang telah disampaikan oleh Prof. Dr Zaid Bin Ahmad, subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini adalah wajib dilaksanakan oleh semua pelajar IPTA mahupun IPTS di malaysia iaitu yang merangkumi dua tamadun utama iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dengan kewajipan subjek ini kepada semua pelajar, kami diberi peluang untuk mengenali dengan para pelajar yang bukan sahaja terdiri daripada berlainan fakulti di universiti itu sendiri, malah dapat mengenali pelbagai latar belakang budaya, kaum dan agama dan wujudnya semangat perpaduan yang merupakan asas keamanan sesebuah negara. Oleh kerana negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, subjek TITAS ini bagi saya merupakan subjek yang dapat memberi peluang kepada generasi muda iaitu sebagai seorang pelajar dalam berfikiran terbuka terhadap masyarakat sekeliling. Saya berharap agar segala objektif subjek titas ini dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua pelajar dan diterapkan serta diaplikasikan di dalam kehidupan. Secara keseluruhannya, kursus ini adalah sangat baik dan wajar diwajibkan untuk semua pelajar di Malaysia. “TANPA TAMADUN, MANUSIA HILANG ARAH”.