Profile

Medilia Khilish profile image

Medilia Khilish

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, nama saya Medilia Khilish (bg 17110121) ,merupakan mahasiswi dari universiti Malaysia Sabah kampus antarabangsa Labuan mengambil subjek hubungan etnik seksyen 102 di bawah bimbingan pensyarah Dr. Nordi Achie. Pada pandangan saya, kursus ini merupakan suatu kursus yang menekankan perpaduan. Hal ini kerana, perpaduan adalah sangat penting untuk memastikan keharmonian dalam negara. Selain itu, perpaduan dalam negara haruslah dikekalkan agar dapat menjamin keselamatan dalam negara pada masa kini dan masa akan datang. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti yang telah berlaku pada masa lalu. Contohnya, peristiwa 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada peristiwa ini telah mengakibatkan berlakunya rusuhan dan telah mengadaikan banyak nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan etnik dalam negara kita dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian juga adalah penting bagi mengekalkan semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara Malaysia. Oleh itu, subjek ini adalah wajar bagi meningkatkan kesefahaman ke arah perpaduan.