Profile

Muzreen Mardia profile image

Muzreen Mardia

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum, nama saya Muzreen Mardia Binti Azren, pelajar Akademi Pengajian Islam (IIS 160016), Universiti Malaya. Saya dari kumpulan 13, subjek TITAS ini diajar oleh Dr Muhammad Shamsinor. Menerusi video ini, saya dapat mengetahui subjek ini diwajibkan untuk semua pelajar universiti awam. TITAS banyak menerangkan sejarah , prinsip , dan peranan tamadun Asia dan tamadun Islam. TITAS lebih fokus kepada peranan ilmu ketamadunan untuk membina masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan mengetahui asal usul sejarah tamadun kita. Dengan itu, pelajar akan lebih menghargai sejarah-sejarah tentang tamadun Asia dan ISlam. Hal ini kerana semua kaum, bangsa dan agama di dala Malaysia bergerak bersama-sama dalam mencapai satu objektif yang sama. Keindahan-keindahan sejarah tamadun Asia dan Islam juga dapat diketahui dan dipelajari oleh semua pelajar tidak kira dari jurusan mana dan ini membuatkan semua pelajar mempunyai ilmu asas tentang Tamadun Asia dan Islam. Oleh yang demikian, kita sebagai mahasiswa/i di Malaysia seharusnya bersyukur dan menghargai persefahaman yang dapat dibina dari dahulu lagi serta meneruskan legasi tamadun Asia dan Islam. Sekian terima kasih.