Profile

RAJAVARTHINITHURUPATHKUMARIKAE profile image

RAJAVARTHINITHURUPATHKUMARIKAE

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam hormat, saya Puspanathan A/L Pungavanam,pelajar tahun satu, semester kedua, Jabatan Geografi, Universiti Malaya. Saya akan membahagikan ulasan saya kepada tiga bahagian, yakni kandungan, metodologi persembahan video ini, dan daripada segi bekalan sumber video ini. Pertama, kandungan video ini amat mudah untuk difahami saya. Hal ini demikian kerana kandungan video ini telah dinyatakan dengan jelas tujuan dan fokus utama mengenai Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dengan bahasa yang mudah difahami pelajar tanpa sebarang perkataan bombastik. Natijahnya kewajipan bertamadun, sama ada konsep tamadun Islam mahupun tamadun Asia dapat dijelaskan pelajar dengan mudah, releven, dan terperinci. Secara relatifnya video ini juga telah mendedahkan dan memberi penisafan kepada saya agar menghargai nilai-nilai murni sesuatu tamadun, khususnya tamadun majmuk Malaysia dan hubungan silaturahim serta kewajipan bertoleransi antara satu sama lain demi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Seterusnya persembahan pembentang berupa kontingen, kredibiliti, dan kuanlitatif telah memberi penerangan umum mengenai kursus ini. Perkara ini bermaksud,saya telah mendapat pendedahan umum mengenai kebudayaan ketamadunan di Malaysia, khususnya tentang kursus ini. Contohnya, pengasimilasian tiga etnik utama di Malaysia, yakni menerusi jenis-jenis makanan, pakaian-pakaian dan lain-lain yang berasaskan kepentingan toleransi antara ketiga-tiga etnik ini. Pendek kata, saya dapat kesedaran mengenai hubungan silaturahim antara pelbagai tamadun yang wujud di Malaysia dengan sumir. Di samping itu, media yang digunakan pembentang telah memudahkan saya mengakses, mengambarkan, dan menganalisis serta menarik miinat untuk mengetahui lebih berkaitan tamadun dalam masa yang terhad. Akhrnya, daripada segi bekalan sumber pula, video ini telah memberi maklumat bahawa sumber utama kewujudan kursus ini merupakan Kerajaan Malaysia, telah memartabatkan keperluan tamadun bagi rakyat Malaysia khususnya kepada generasi muda. Sehubungan dengan itu, saya jelas bahawa negara ini telah dibentuk berdasarkan kontrak afiliasi antara tamadun Islam, Cina( Hwang He) dan Tamadun India. Perkara ini dapat dikukuhkan dengan perayaan yang disambut sepanjang tahun di Malaysia, malah yang telah menjadi suatu daya tarikan para pelancong dari seantaro dunia ke Malaysia. Oleh itu, galakan kerajaan kepada para golongan muda menerusi kursus ini telah menjadi sumber asas pengukuhan interaksi baik antara pelbagai kaum di Malaysia, khususnya kepada bakal pengharung-pengharung negara. Maka saya telah mendapat pandangan jelas yang mengenai kursus ini dan kepentingan bertamadun dengan kata yang ringkas.