Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Nazihah binti Kadimin (BG17160550), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 101). Pada pendapat saya, negara Malaysia merupaka sebuah negara unik yang dikenali kerana kesejahteraan dan keharmonian yang menunjukkan perpaduan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang kukuh dan kuat antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah sesutu elemen yang amat penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperolehi sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Sebagai contoh, terdapat berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum secara besar-besaran yang menjadi tragedi hitam serta memberi kesan kepada jiwa rakyat Malaysia. Tragedi tersebut telah menyebabkan banyak pertumpahan darah antara kaum serta mengakibatkan kemusnahan dari aspek sosial, politik dan juga ekonomi kepada negara. Sebagai langkah dalam membentuk perpaduan, rakyat Malaysia haruslah bergaul dan menunjukkan sikap toleransi antara kaum. Seterusnya, golongan belia juga haruslah mengetahui serta memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei. Hal ini bertujuan supaya golongan muda dan belia dapat menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi sela ini. Selain itu, kursus hubungan etnik yang diajarkan di universiti adalah amat penting untuk diambil oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini bertujuan bagi menyedarkan setiap rakyat Malaysia mengenai bahawa betapa pentingnya perpaduan kepada negara Malaysia. Secara konklusinya, diharapkan semua rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai sikap perkauman dalam diri mereka agar tragedi berdarah 13 Mei tidak akan berulang lagi pada masa akan datang seterusnya menjadikan negara Malaysis sebagai negara yang aman dan harmoni. Sekian, terima kasih.