Profile

NG YONG HENG STUDENT profile image

NG YONG HENG STUDENT

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera. Nama saya Ng Yong Heng, pelajar tahun pertama, semester kedua dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, TITAS kumpulan 14. Melalui subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), saya dapat mempelajari tentang peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun. Selain itu, saya juga mempelajari tentang apa yang sebenarnya yang berlaku dalam sejarah tamadun umat manusia khususnya di sebelah Asia bahasa yang berlaku bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapi sebaliknya interaksi membangun, pertukaran idea dan budaya hasil dari proes pinjam memimjam antara tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di samping itu, agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan. Berdasarkan pengajian ini, pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Seterusnya, melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan. Oleh itu, dengan adanya sistem Open Learning ini saya dapat belajar subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dengan lebih efektif berbanding membaca buku subjek (TITAS). Sistem ini juga menghubungkan pelajar universiti-universiti seluruh Malaysia yang mengambil subjek ini dapat berbincang serta menukar pendapat dan ilmu sesama lain.