Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam ukhwah dan salam satu transformasi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri sendiri: Nama: Jacky Wong Man Khiong Pensyarah: Dr Nordi Archie No.Matrik: BG17110319 Kos subjek: Hubungan Etnik(Seksyen103) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (HE22) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan Pada pendapat saya, pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial perlu dilakukan secara sistematik dan progresif. Hal ini demikian kerana, apabila pendidikan seperti pendidikan moral, pendidikan islam mahupun pendidikan sivik diajar dan diimplementasikan dalam kehidupan seharian pelajar,nescaya mereka akan menjadi insan yang dapat menerapkan nilai kesepaduan ke dalam masyarakat kerana seperti bak kata pepatah, "Melentuh Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Seterusnya, dengan adanya medium pendidikan kesepaduan, sudah semestinya senario kepelbagaian etnik di Malaysia akan berada dalam keadaan yang baik di mana semua etnik seperti cina, melayu, india, kadazan, iban, murut dan etnik-etnik yang lain dapat memahami antara satu sama lain dan dapat hidup secara harmoni bersama-sama. Sementalahan itu, apabila rakyat dapat memahami etnik antara satu sama lain, kemakmuran akan sentiasa berlaku dan berkelimpahan di mana rakyat akan sentiasa bersatu-padu dalam melakukan aktiviti seperti persis kata mutiara, "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". Keadaan ini dapat memastikan keadaan negara Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur, serta sejarah silam negara tidak akan berulang di mana negara tidak akan mudah dijajah oleh penjajah. Sekian, Terima Kasih .