Profile

Nick Loo profile image

Nick Loo

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
NAMA :KONG YU HENG N0. MATRIKS : BG17110380 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) NAMA PENSYARAH : DR. NORDI ACHIE. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berbilang kaum dan etnik. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya dan saya amat teruja dengan semangat integrasi yang ditunjukkan oleh setiap kaum acapkali sambutan Hari Kemerdekaan, yang mana mereka bersatu-padu dalam menjayakan sambutan tersebut dan meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat kenegaraan. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara kita. Perpaduan negara adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Oleh itu, kita juga dapat menjaga dan memupuk semangat kekitaan antara satu sama lain kerana lebih memahami budaya dan adat resam etnik masing-masing. Langkah untuk mengukuhkan interetnik ialah mengunakan bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Pada pendapat saya, memupukkan perpaduan boleh melalui dengan mewajibkan setiap institusi yang mempunyai pelbagai etnik untuk mengadakan majlis perayaan bagi setiap kaum di Malaysia yang terbuka kepada semua kaum. Ini membolehkan mereka lebih memahami agama dan adat resam setiap kaum. Selain itu, pihak kerajaan perlu melakukan satu usaha untuk menangani masalah ketidaksefahaman pemimpin yang berbeza kaum di Malaysia kerana disebabkan masalah dalaman tersebut menyebabkan rakyat tidak bersatu padu kerana mengutamakan kepentingan mengikut kaum. Di samping itu, langkah yang lain untuk memupukkan perpaduan adalah melalui media sosial ia dapat merapatkan jurang organisasi tersebut dengan anak muda pada hari ini. Media sosial amat penting pada hari ini, hal ini kerana melalui laman sosial pihak organisasi dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan bernas.