Profile

 profile image

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
GB 02535 NORHAFIZAH BINTI MOHD SUKRI (FPI, SYARIAH) KAMPUS BANGI. ICT merupakan bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini. Pada pandangan saya, ICT amat penting di dalam bidang pengajian saya kerana ianya boleh memudahkan dan menyelesaikan masalah sebenar melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera, maklumat dan pemprosesan dan sebagainya dalam mendapatkan sesuatu maklumat berkaitan sesi pembelajaran dan tugasan-tugasan yang diberikan. Selain itu juga, ICT penting kepada bidang pengajian saya kerana mudah untuk saya mengurus, mengguna dan memproses maklumat-maklumat dengan lebih terperinci berkaitan pembelajaran (Pengajian Islam, Syariah) kerana saya bukanlah dari aliran ini. Saya juga memanfaatkan dan menggunakan peralatan ICT, internet khususnya untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Selain itu, saya juga boleh mempelajari ilmu sains, teknologi dan ICT sehingga boleh dimanfaatkan oleh orang lain.Contohnya blog, website dan medan perkongsian ilmu secara maya. Secara ringksnya, ICT dapat memberi peluang kepada saya mahupun pensyarah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Selain itu juga, ICT ini juga dapat dijadikan sebagai sebagai pendidikan jarak jauh seperti mana pengajian yang sedang saya ambil. Ianya penting kerana trend semasa semakin menmpakkan pembelajaran dengan cara jarah jauh tetapi tidak bermaka pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Saya dan kawan-kawan seperjuangan lain mudah untuk mendapatkan bahan-bahan serta maklumat-maklumat pembeljaran menerusi sistem yang di buat oleh pihak univesiti secara maya tanpa pergi ke kelas. Segala pengumuman dan bahan-bahan pembelajran akan di upload oleh pensyarah untuk maklumn awal kepada pelajar-pelajar. Selain itu, ICT amat penting dalam bidang pengjian saya kerana ianya juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesann proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah dan pelajar boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikannya dengan lebih berkesan dan mudah. Proses pembelajaran dan menggunakan ICT sebagai alat bantun mengajar seperti penggunaan power point, flash, dan video. Melalui cara ini proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan persembahan yang menarik serta tidak membosankan. Dengan peggunaan peralatan ICT, ianya dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Pensyarah atau tenaga pengajar dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan. Pensyarah dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran. Penglibatakan aktif pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokan dan akan lebih minat untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam bidang pengajian saya (Pengajin Islam, Syariah) mahupun bidang pendidikan lain dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujun yang positif. Ini adalah untuk memastikn bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang lebih inovatif dan kreatif. Penggunaan teknologi komunikasi dalam sesi pembelajaran mahupun kehidupan harian juga boleh mendatangkan kebaikan dn keburukan dan iany bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknologi tersebut terhadap dirinya. Kebikan ICT memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimblkan sebarang kesan negatif.