Profile

Nur Hidayah profile image

Nur Hidayah

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Hidayah binti Samsuddin (AP150336) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Dr Md Akbal bin Abdullah (Seksyen 4), sesi 2017/2018. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai "Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia" Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Sejarah pembangunan politik di Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah beberapa siri kemasukan penjajah ke Tanah Melayu pada ketika itu, Institusi Kesultanan Melayu Melaka telah menghadapi konflik-konflik yang sangat getir. Contohnya, kewujudan Sistem Residen telah menghakis hak-hak Institusi Kesultanan Melayu Melaka untuk memungut cukai dan hanya bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama serta adat resam orang Melayu sahaja. Penentangan yang telah dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu pada ketika itu adalah sangat hebat sehingga telah berlakunya penubuhan UMNO. Tahun 1950 adalah permulaan segalanya apabila UMNO dan MCA telah bergabung dan mewujudkan Parti Perikatan bagi memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum telah menjurus kepada permuafakatan. Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa kepada pembangunan. Kesimpulannya, pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang. Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara Malaysia.