Profile

 profile image

Student

  • 2 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Aisyah Maulad Zainal daripada kumpulan 17 (TITAS), Fakulti Sastera Dan Sains Sosial di University Malaya. Melalui video ini apa yang saya dapat lihat ialah subjek TITAS mempunyai kombinasi dua komponen iaitu Tamadun Islam danTamadun Asia. Dalam pembelajaran TITAS ini terdapat elemen-elemen yang selitkan semasa pembelajaran antaranya, kita dapat memupuk kesedaran tentang nilai diri kita dalam menjadi seorang warganegara Malaysia, memberi peluang untuk kita berkomunikasi dengan pelbagai jenis kaum juga dapat melibatkan diri dalam perbincangan. Hal in kerana, seperti sebelum ini ramai yang di antara kita yang lemah atau jarang untuk berkomunikasi dengan mereka yang berlainan kaum juga bangsa. Namun, dengan adanya kursus TITAS ini para pelajar termasuk saya sendiri dapat berkomunikasi dengan mereka yang berlainan kaum. Oleh yang demikian secara tidak langsung kita dapat tanamkan dalam diri kita bahawa semangat pembinaan negara bangsa Malaysia pada hari ini sangat penting. Selain itu, dalam kursus TITAS ini juga dapat memberi peluang kepada kita untuk turun ke lapangan kajian bagi mengenali masyarakat dan manoriti yang ada dalam negara ini dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian kursus ini amat sesuai untuk para pelajar kerana ia akan memberi kita peluang untuk belajar apa itu peradaban yang ada di nusantara juga dapat pelajari pengaruh yang cukup besar dalam pembinaan peradaban di nusantara. Akhir sekali, dengan adanya kursus ini kita dapat semaikan rasa cinta akan negara yang berbagai kaum dan budaya.
Content 
Instructor 
Provider 
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Saya Nur Aisyah Maulad Zainal,pelajar daripada fakulti Sains sosial dan sastera di Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr.Sayuti Ab.Gani (Kumpulan 19). Secara umum seperti yang kita ketahui bahawa, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Di Malaysia, perpaduan anatara kaum sangat penting. Hal ini kerana, tanpa perpaduan yang kukuh tentunya negara kita tidak akan mendapat keamanan dan kesejahteraan. Oleh hal yang demikian, di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini. Seterusnya, dapat menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia juga para pelajar dapat membincangkan konsep-konsep dan teori asas yang membina kesefahaman mengenai etnik secara amnya. Akhir sekali, semangat perpaduan dalam setiap masyarakat di Malaysia amat penting bagi menjamin keamanan dan juga kesejahteraan sejagat.