Profile

Nur Diyana Mohd Nazir profile image

Nur Diyana Mohd Nazir

Student

  • 2 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Diyana Binti Mohd Nazir, pelajar dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Dr Sayuti Ab Ghani (kumpulan 19). Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Perpaduan di dalam sebuah negara terutamanya Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan etnik merupakan satu perkara yang amat penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara serta dapat menjatuhkan sesebuah negara dengan mudah. Oleh itu, semangat perpaduan wajar diterapkan kepada generasi muda untuk mencapai misi negara menjelang 2020. Melalui kursus Hubungan Etnik ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mengajar para mahasiswa dan mahasiswi memupuk dan mengamalkan semangat perpaduan serta saling memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain. Secara kesimpulannya, semua rakyat Malaysia perlulah bersikap toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memupuk semangat perpaduan memajukan negara Malaysia sejajar dengan Wawasan 2020.
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Diyana Binti Mohd Nazir daripada kumpulan 17 (TITAS), Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Mengenai video ini dapat disimpulkan bahawa TITAS terbahagi kepada dua objektif atau tajuk utama iaitu berkaitan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pendedahan dua komponen ini amat penting kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang konsep ketamadunan dan sekali gus dapat membentuk ketamadunan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar merupakan aset yang bernilai dan penting bagi membentuk Malaysia ke arah yang lebih maju dan berwawasan. Di samping itu, kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati dan memahami asas-asas ketamadunan yang membentuk Malaysia melalui perbincangan antara pelajar-pelajar bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Mereka juga boleh berinteraksi dan lebih mengenali masyarakat minoriti yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, kursus ini penting bagi membentuk peradaban yang berkesan dan melahirkan masyarakat yang bertamadun daripada pelbagai aspek serta pelajar juga dapat membuat lawatan ilmiah yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelbagai etnik bangsa di luar sana. .