Profile

Raice Tan profile image

Raice Tan

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Nama: Raice Tan Min Chien No. Matrik: BG17110349 Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa. Pensyarah: Dr. Nordi Achie. Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada pandangan saya, banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika mengamalkan sikap perpaduan dalam kalangan masyarakat.Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Saya cinta Malaysia.