Profile

STUDENT profile image

STUDENT

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, Saya Ratipriya A/P Chandrasekaran merupakan pelajar dari Universiti Malaya. Berdasarkan video pengenalan kepada Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang disampaikan oleh Prof.Dr.Zaid Bin Ahmad, saya dapat tahu kursus TITAS ini ditawarkan kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPT) yang terdapat di Malaysia. Kursus ini terdiri daripada dua komponen, iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dengan mempelajari kursus TITAS, pelajar-pelajar dapat membina semangat negara bangsa kerana kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan kesedaran kepada mereka dari segi nilai diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Selain itu, kursus TITAS juga memberi peluang bagi pelajar-pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain yang pelbagai latar belakang seperti budaya, kaum, dan agama. Kita juga dapat memahami nilai-nilai kenegaraan dan asas semangat pembentukan Malaysia. Terdapat juga dua perkara penting yang dikenakan dalam kursus ini, iaitu ketamadunan dan tamadun-tamadun yang penting bagi rakyat Malaysia. Hal ini penting kerana pelajar-pelajar akan menentukan hala tuju peradaban pada masa depan. Oleh itu, ilmu ini penting untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang peranan yang mereka akan memainkan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi. Sebagai kesimpulan, kursus TITAS ini memainkan peranan penting dalam menyedarkan para pelajar untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik pada masa depan.