Profile

 profile image

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Wee Jing Wen (BG17160525), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 103 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di dunia. Hal ini menjadikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia. Keamanan dan kesejahteraan dapat diwujudkan sehingga zaman kini adalah kerana jasa semua rakyat Malaysia bersikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Selain itu, sikap toleransi antara kaum yang turut diamalkan adalah penting untuk menjalinkan hubungan mesra antara kaum. Contohnya, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak bebas untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan negara daripada mementingkan matlamat-matlamat lain. Perpaduan yang terjalin antara warga berbilang kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia untuk mempertahankan kemerdekaan dan menuju ke arah pencapaian negara moden di dunia. Perpaduan adalah perkara penting setiap negara-bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu perlembangaan, tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.