Profile

Xiao Wei profile image

Xiao Wei

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera. Saya, Lee Xiao Wei, pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik, Program Bahasa Cina, Universiti Malaya dari kumpulan 18 GIG1001. Berdasarkan video yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zaid bin Ahmad, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini ditawarkan kepada semua pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA mahupun IPTS di Malaysia, dimana ia terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Tamadan Islam dan juga Tamadun Asia. Melalui kursus TITAS ini, kami sebagai pelajar didedahkan dan diberi peluang untuk berjumpa dengan para pelajar yang berlainan disiplin dan pelbagai latar belakang budaya, kaum dan agama sekaligus dapat memahami serta menghayati nilai-nilai kenegeraan dan asas dalam pembentukan negara kita. Terdapat 2 perkara penting yang didedahkan dalam TITAS ini. Yang pertama, ilmu tentang ketamadunan ini. Yang kedua, tamadun-tamadun yang penting yang mahasiswa harus faham sebagai rakyat Malaysia. Ilmu ketamadunan ini penting kerana semua bidang yang dipelajari oleh mahasiswa dalam mana-mana disiplin ilmu pun, akhirnya akan menjadi arkitek kepada peradaban negara ini. Ilmu peradaban ini juga penting untuk menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, kaum, dan sistem nilai yang berbeza. Hal ini dapat dicapai apabila mereka saling berinteraksi, menjalankan penyelidikan bersama dan membincangkan bersama hal-hal tentang masyarakat dalam negara ini.