Profile

 profile image

Student

  • 1 review
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Selamat sejahtera, saya Tung Xiao Wei (CIB 160188), pelajar tahun satu dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM yang telah mengambil kursus TITAS dan berada dalam Kumpulan 18 yang diselia oleh Puan Faezah Binti Kassim. Selepas menonton video yang disampaikan oleh Prof. Dr Zaid Bin Ahmad, saya memahami bahawa pembelajaran TITAS terdiri daripada dua komponen, iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kurikulum kursus ini adalah berasaskan kepada semangat pembinaan negara bangsa Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar IPT untuk berjumpa dan berinteraksi dengan pelajar lain yang berasal dari pelbagai latar belakang seperti berlainan budaya, kaum dan latar belakang pendidikan. Para pelajar turut diberi peluang untuk turun ke lapangan untuk mengenali pelbagai budaya dan bangsa Malaysia termasuk mengenali masyarakat minoriti, membincang tentang hal-hal masyarakat dan lain-lain. Melalui kursus ini, para pelajar akan diberi kesedaran untuk memahami betapa penting untuk memahami dan menghayati nilai-nilai kenegaraan serta asas semangat dalam pembentukan negara kita. Pelajar turut diberi kesedaran dari segi nilai diri mereka sebagai warganegara Malaysia melalui kursus ini dalam peringkat akhir pendidikan formal mereka. Dua perkara yang diutarakan dalam kursus ini adalah ilmu tentang ketamadunan dan tamadun-tamadun yang penting untuk difahami sebagai seorang rakyat Malaysia. Kesimpulannya, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia berobjektif untuk membina peradaban rakyat Malaysia dan konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. Sekian, terima kasih.