Profile

Zafirul Alex profile image

Zafirul Alex

Student

  • 0 reviews
  • 0 completed
Content 
Instructor 
Provider 
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, saya Mohd Zafirul Bin Mohd Nasir, no matrik (JIB160118), pelajar Universiti Malaya (UM), dari Akademi Pengajian Melayu, Jabatan Bahasa Melayu Profesional. Sepanjang saya mengikuti kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis, waktu kuliah 11 pagi - 1 petang, hari rabu. Dalam kuliah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan semangat integrasi). Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri, semangat intergrasi dapat saya rasai ketika menjejak kaki ke alam sekolah menengah, detik kesatuan ini wujud apabila saya mula berkawan dengan kawan-kawan yang mempunyai latar masyarakat yang berbeza, misalnya kawan dari bangsa Cina, India dan lain-lain. Walaupun, kami berbeza bangsa tetapi kami tetap berkawan, dan saling tolong-menolong diantara satu sama lain. Detik kesatuan ini, menjadi platform kepada saya dalam mempelajari bahasa Cina dengan lebih mudah. Tambah pula, sebagai masyarakat yang berbilang kaum kita seharusnya mempelajari bahasa kaum lain, agar memudahkan komunikasi dan persediaan awal untuk di alam pekerjaan kelak. Bukan itu sahaja, saya juga dapat merasai perayaan kaum lain, misalnya setiap perayaan 'Tahun Baru Cina' dan sambutan 'Deepavali', kawan-kawan menjemput saya untuk pergi ke rumah mereka. Jelaslah, dapat dilihat bahawa semangat integrasi dapat diwujud melalui majlis sambutan perayaan. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi serta halangan , kelebihan dan keburukan dari idea tersebut: a) pengukuhan integrasi intraetnik pada pandangan saya, langkah untuk mengekalkan integrasi dalam kalangan intraetnik ini adalah menubuhkan satu persatuan atau organisasi yang dapat membentuk perpaduan dalam kalangan anak muda di negara kita. Melalui pertubuhan tersebut, organisasi dapat melaksanakan program-program kemasyarakatan yang berbilang kaum. Program ini, ia dapat memupuk semangat anak muda dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan, wal hal dapat mengenali kaum lain di negara kita. Aktiviti ini bukan sahaja terhad di lapangan, malah organisasi ini perlulah aktif di media sosial. Hal ini kerana, melalui media sosial ia dapat menrapatkan jurang organisasi tersebut dengan anak muda pada hari ini. Media sosial amat penting pada hari ini, hal ini kerana melalui laman sosial pihak organisasi dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan bernas. Seperti diketahui umum, banyak anasir-anasir luar mampu menggugap keamanan negara. Oleh itu, pihak berwajib perlu lebih pro aktif dan cepat dalam menyampai sesuatu maklumat.