Hubungan Etnik (Taylor's University)

Provided by:
9/10 stars
based on  38 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai etnik dan perpaduan adalah sangat penting untuk kestabilan politik, sosial dan ekonomi. Setiap warga Malaysia harus memiliki sikap toleransi terhadap yang lain. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah yang tepat dengan menperkenalkan modul Hubungan Etnik kerana menyedari betapa pentingnya perpaduan. Modul tersebut wajib diambil oleh semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

 

Malaysia is a multi-racial country and unity is an important agenda for the country’s political, social and economic stability. Every citizen should practice high tolerance to other Malaysians. The Malaysia Ministry of Higher Education realizing the importance of unity and has introduced a course called as Ethnic Relations. The course is offered to all students in private and public universities as a compulsory-course. 

 

 

 

Reviews 9/10 stars
38 Reviews for Hubungan Etnik (Taylor's University)

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Firdaus Rahim profile image
Firdaus Rahim profile image
6/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years ago
Nama : Muhammad Firdaus bin Rahim No. Matrik : G17A0041 Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. Pada pendapat saya berdasarkan video tersebut, saya merasakan bahawa perpaduan itu adalah sesuatu yang harus ada di dalam sesebuah negara ataupun kehidupan. Secara tidak langsung, kesepaduan sedang berlaku di antara kaum di Malaysia. Sikap toleransi dan bertolak - ansur seharusnya diamalkan supaya tiada kekecohan ataupun salah faham yang berlaku dalam kalangan rakyat. Ibu bapa seharusnya menerapkan sikap dan nilai perpaduan di dalam diri anak - anak sejak kecil lagi. Ibu bapa juga seharusnya menggalakkan anak - anak bergaul dan bercampur dengan rakan yang berlainan kaum. Hal ini kerana supaya tiada rasa janggal ataupun kurang selesa untuk bergaul dengan rakyat yang berlainan bangsa apabila dewasa kelak. Kerajaan Malaysia juga telah menjalankan satu aktiviti ataupun usaha untuk menyatu padukan dan mengeratkan hubungan antara kaum sej... Nama : Muhammad Firdaus bin Rahim No. Matrik : G17A0041 Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. Pada pendapat saya berdasarkan video tersebut, saya merasakan bahawa perpaduan itu adalah sesuatu yang harus ada di dalam sesebuah negara ataupun kehidupan. Secara tidak langsung, kesepaduan sedang berlaku di antara kaum di Malaysia. Sikap toleransi dan bertolak - ansur seharusnya diamalkan supaya tiada kekecohan ataupun salah faham yang berlaku dalam kalangan rakyat. Ibu bapa seharusnya menerapkan sikap dan nilai perpaduan di dalam diri anak - anak sejak kecil lagi. Ibu bapa juga seharusnya menggalakkan anak - anak bergaul dan bercampur dengan rakan yang berlainan kaum. Hal ini kerana supaya tiada rasa janggal ataupun kurang selesa untuk bergaul dengan rakyat yang berlainan bangsa apabila dewasa kelak. Kerajaan Malaysia juga telah menjalankan satu aktiviti ataupun usaha untuk menyatu padukan dan mengeratkan hubungan antara kaum sejak di bangku sekolah lagi iaitu aktviti rimup. Di dalam video di atas, kita dapat melihat bahawa pengunjung yang berbilang kaum mengunjungi sebuah kedai makan yang sama. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghormati dan menikmati hidangan ataupun makanan dari berlainan kaum. Begitu juga dengan aktiviti rumah terbuka. Sebagai contoh, rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum melayu dikunjungi oleh jiran yang berbilang bangsa. Seterusnya, aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan silaturrahim antara kaum. Sebagai contoh, permainan bola sepak dimainkan dan semua rakyat di Malaysia memainkannya bersama - sama. Harapan saya agar perpaduan yang sedang kita nikmati skearang akan berterusan sehingga ke generasi yang akan datang.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
HAMISAH BINTI MOHD ASARI profile image
HAMISAH BINTI MOHD ASARI profile image
6/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 1 month ago
Nama: Hamisah Binti Mohd Asari No. Matriks: BG17160649 UMS Kampus Antarabangsa Labuan Seksyen 103 Dr. Nordi Achie. Toleransi menurut Kamus Dewan Edisi ketiga bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza pendirian atau pendapat sendiri. Sikap toleransi amat penting dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sikap toleransi dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni pada setiap masa. Sebagai contoh, semua rakyat harus menghormati dan tidak menghina kepercayaan kaum lain. Kita mengetahui mengekalkan keamanan lebih sukar dilakukan berbanding ketika memperoleh kemerdekaan. Kita tidak mahu tragedi hitam13 Mei 1969 berulang kembali yang meragut nyawa serta harta benda. Modul Hubungan Etnik dicadangkan kerajaan pada 2004 yang mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan modul ini. Pada tahu... Nama: Hamisah Binti Mohd Asari No. Matriks: BG17160649 UMS Kampus Antarabangsa Labuan Seksyen 103 Dr. Nordi Achie. Toleransi menurut Kamus Dewan Edisi ketiga bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza pendirian atau pendapat sendiri. Sikap toleransi amat penting dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sikap toleransi dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni pada setiap masa. Sebagai contoh, semua rakyat harus menghormati dan tidak menghina kepercayaan kaum lain. Kita mengetahui mengekalkan keamanan lebih sukar dilakukan berbanding ketika memperoleh kemerdekaan. Kita tidak mahu tragedi hitam13 Mei 1969 berulang kembali yang meragut nyawa serta harta benda. Modul Hubungan Etnik dicadangkan kerajaan pada 2004 yang mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan modul ini. Pada tahun 2007 modul ini telah diajar pada sesi kemasukan IPTA dan IPTS 2007/2008. Penghasilan modul ini bukan sesuatu yang mudah dihasilkan dan penghasilan modul ini melalui peringkat demi peringkat. Para pensyarah akan membahagikan pelajar kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga kaum terbesar Melayu, Cina, India dan etnik Sabah dan Sarawak. Hal ini dapat mengukuhkan kesepaduan dalam kalangan pelajar. Selain itu, para pelajar dapat menghargai dan menanam ssemangat patriotisma dalam diri pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, bangsa Malaysia dapat dibina dengan kerjasama semua pihak pada masa akan datang ketika pelajar memasuki alam pekerjaan. Para pelajar dapat mempraktikan di alam pekerjaan. Seterusnya, dapat meyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
LIM ZHI YANG - profile image
LIM ZHI YANG - profile image
10/10 stars
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 1 month ago
Nama: Lim Zhi Yang No. Matrik: BG17110129 Universiti Malaya Sabah ( Kampus Antarabangsa Labuan ) Seksyen 102, Dr Nordi Achie Berdasarkan pandangan saya, keharmonian dan kesejahteraan hidup datang daripada perpaduan. Hubungan etnik adalah faktor utama untuk mengkukuhkan perpaduan. Sebenarnya, masyarakat secara langsung atau tidak laungsungnya sedang mengaplikasikan pengeratan hubungan antara kaum. Sebenarnya kami sering bergaul dengan kaum lain, hanya kita sendiri tidak menyedari. Contohnya dari aspek makanan, pengunjungan ke mamak oleh semua kaum telah mencerminkan rakyat Malaysia menghayati kehidupan berbilang bangsa. Seterusnya, aktiviti seperti rumah terbuka juga dianjurkan oleh semua bangsa tak kira perayaan dan semua bangsa dialu-alukan melawat. Sukan dan permainan turut mengeratkan hubungan kaum, contohnya penglibatan india dalam tarian singa serta semua kaum turut minat bermain wau. Penyokongan yang hebah oleh semua rakyat M... Nama: Lim Zhi Yang No. Matrik: BG17110129 Universiti Malaya Sabah ( Kampus Antarabangsa Labuan ) Seksyen 102, Dr Nordi Achie Berdasarkan pandangan saya, keharmonian dan kesejahteraan hidup datang daripada perpaduan. Hubungan etnik adalah faktor utama untuk mengkukuhkan perpaduan. Sebenarnya, masyarakat secara langsung atau tidak laungsungnya sedang mengaplikasikan pengeratan hubungan antara kaum. Sebenarnya kami sering bergaul dengan kaum lain, hanya kita sendiri tidak menyedari. Contohnya dari aspek makanan, pengunjungan ke mamak oleh semua kaum telah mencerminkan rakyat Malaysia menghayati kehidupan berbilang bangsa. Seterusnya, aktiviti seperti rumah terbuka juga dianjurkan oleh semua bangsa tak kira perayaan dan semua bangsa dialu-alukan melawat. Sukan dan permainan turut mengeratkan hubungan kaum, contohnya penglibatan india dalam tarian singa serta semua kaum turut minat bermain wau. Penyokongan yang hebah oleh semua rakyat Malaysia terhadap Dato Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton telah membuktikan sukan adalah pemangkin perpaduan. Saya berasa bersyukur sebagai anak Malaysia kerana bertuah menikmati kehidupan yang menarik sebab terdapat unsur-unsur semua kaum. Saya berharap kerhamonian ini dapat dikekalkan supaya generasi yang akan datang berpeluang untuk menikmati alam yang damai ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Wai Kei Shing profile image
Wai Kei Shing profile image

Wai Kei Shing

8/10 starsTaking Now
2 years, 1 month ago
Nama : Shing Wai Kei No. Matrik : BI 17160255 Universiti Malay Sabah (Labuan) Section 103 , DR NORDI ACHIE Assalamualaikum, dalam pandangan saya, saya bersyukur kerana kerajaan kita berjaya mengambil tindakan untuk mengeratkan hubunyan etnik Malaysia. Contoh yang paling jelas sekali ialah kerajaan telah mentawarkan subjek pelajaran hubungan etnik dalam setiap universiti. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum melalui menanam pengetahuan mahasiswa tentang latar belakang kaum masing-masing yang berbeza dan kepelbagaian. Dengan ini,bukan sahaja boleh kita mengurangkan persalah fahaman kaum dan juga memberi perluang untuk berkongsi kebudayaan yang menarik dalam kalangan berbilangan bangsa.i sampingnya, orang kata tua-tua melentur biarlah dari rebungnya, ibu bapa boleh bertutur dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila anak-anak sudah menguasai pelb... Nama : Shing Wai Kei No. Matrik : BI 17160255 Universiti Malay Sabah (Labuan) Section 103 , DR NORDI ACHIE Assalamualaikum, dalam pandangan saya, saya bersyukur kerana kerajaan kita berjaya mengambil tindakan untuk mengeratkan hubunyan etnik Malaysia. Contoh yang paling jelas sekali ialah kerajaan telah mentawarkan subjek pelajaran hubungan etnik dalam setiap universiti. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum melalui menanam pengetahuan mahasiswa tentang latar belakang kaum masing-masing yang berbeza dan kepelbagaian. Dengan ini,bukan sahaja boleh kita mengurangkan persalah fahaman kaum dan juga memberi perluang untuk berkongsi kebudayaan yang menarik dalam kalangan berbilangan bangsa.i sampingnya, orang kata tua-tua melentur biarlah dari rebungnya, ibu bapa boleh bertutur dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila anak-anak sudah menguasai pelbagai bahasa sejak kecil, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan senang. Dengan ini kita dapati, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.Sebagai kesimpulannya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi , semua rakyat Malaysia haruslah menggembleng tenaga untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini .Hal ini supaya dalam masa akan datang, wawasan 2020 negara kita dapat ditepai dan dicepati.Malaysia Boleh, sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
SAW YI NING profile image
SAW YI NING profile image

SAW YI NING

8/10 starsTaking Now
2 years, 1 month ago
SAW YI NING BG17160595 KUMPULAN 7 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 102 DR NORDI ACHIE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Berdasarkan video yang telah dipaparkan di atas, saya memang menyokong dengan sepenuhnya bahawa hubungan etnik wajib diambil oleh semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Hal ini demikian kerana hubungan etnik adalah satu subjek yang penting kepada pelajar untuk belajar dan memiliki nilai moral yang tinggi dalam kehidupan. Hubungan etnik dapat menyatukan pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum cina, india, dan melayu. Perpaduan yang dimiliki oleh pelbagai kaum dapat mengelakkan isu perkauman antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana hubungan etnik akan menyatukan pelbagai kaum semasa belajar atau menjalankan kerja kursus. Sebagai contohnya, guru akan memastikan bahawa semua pelajar dalam kumpulan mumpunyai berbilang kaum semasa belajar atau menjalankan kerja kursus. Ini akan melahirkan seman... SAW YI NING BG17160595 KUMPULAN 7 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 102 DR NORDI ACHIE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Berdasarkan video yang telah dipaparkan di atas, saya memang menyokong dengan sepenuhnya bahawa hubungan etnik wajib diambil oleh semua pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Hal ini demikian kerana hubungan etnik adalah satu subjek yang penting kepada pelajar untuk belajar dan memiliki nilai moral yang tinggi dalam kehidupan. Hubungan etnik dapat menyatukan pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum cina, india, dan melayu. Perpaduan yang dimiliki oleh pelbagai kaum dapat mengelakkan isu perkauman antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana hubungan etnik akan menyatukan pelbagai kaum semasa belajar atau menjalankan kerja kursus. Sebagai contohnya, guru akan memastikan bahawa semua pelajar dalam kumpulan mumpunyai berbilang kaum semasa belajar atau menjalankan kerja kursus. Ini akan melahirkan semangat perpaduan antara satu sama lain apabila belajar atau menjalani kerja kursus. Hubungan yang baik antara pelbagai kaum juga dapat menjamin keselamatan dan keharmonian dalam sesebuah negara. Kejaminan keselamatan dan keharmonian sesebuah negara dapat menstabilkan politik, ekonomi, dan sosial negara. Kesimpulannya, hubungan etnik perlu diambil oleh semua pelajar secara berterusan untuk mengekalkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Assalamualaikum, Saya Ameera Syahirah Binti Mohd Mahfudz, CIA160012, pelajar dari Univerisiti Malaya. Pada pendapat saya, video ini dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih mempelajari subjek hubungan etnik. Ia menekankan aspek kesepaduan dan beberapa unsur hubungan etnik yang wajar diambil berat oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan, kesepaduan merupakan tunjang utama kepada pembentukan sebuah negara yang maju jaya dan aman.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 6 months ago
ASSALAMMUALAIKUM.. Saya Ahmad Syaiful Bahri Bin Kamaruzaman( BI15110343 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti komputeraan dan informatik( FKI kejuruteraan perisian). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Sohaimi . Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum C... ASSALAMMUALAIKUM.. Saya Ahmad Syaiful Bahri Bin Kamaruzaman( BI15110343 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti komputeraan dan informatik( FKI kejuruteraan perisian). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Sohaimi . Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum Cina dan kaum India hanya bergaul sesama kaum diri sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, semangat perpaduan wajar diterapkan kepada generasi muda untuk menjayakan sebuah negara. Selain itu, kursus hubungan etnik ini memang dapat membantu dan mengajar para mahasiswa dan mahasiswi untuk memupuk semangat perpaduan serta slaing memahami budaya, adat kaum-kaum lain. Secara kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah bersikap toleransi dan bekerjasama untuk memupuk semangat perpaduan untuk memajukan negara Malaysia. I love Malaysia!!
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Aira profile image
Nur Aira profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
4 years, 1 month ago
Hi,dan assalamualaikum.Saya Nur Shahira Binti Mohd Abdul Naim bernombor matrik AN150408,Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Saya merupakan pelajar kelas hubungan etnik seksyen 7 iaitu kelas Dr.Harliana.Saya telah diberi tugasan untuk menonton salah satu video hubungan etnik dan memberikan refleksi mengenainya.Pada saya,video tersebut sangat bagus kerana memaparkan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yang hidup dalam sebuah negara agar sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama kita walaupun berbeza bangsa ,agama dan budaya.Kesepaduan merupakan aspek yang sangat signifikan dalam kehidupan bermasyarakat.Kesepaduan adalah nadi kepada pembentukan sebuah negara yang makmur dan berdaulat,tanpa adanya prejudis dan diskriminasi dalam minda setiap rakyat di negara ini.Contoh yang terdekat adalah negara kita Malaysia, yang di huni oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti Melayu,Cina dan India termasuklah Sabah dan Sarawak yan... Hi,dan assalamualaikum.Saya Nur Shahira Binti Mohd Abdul Naim bernombor matrik AN150408,Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Saya merupakan pelajar kelas hubungan etnik seksyen 7 iaitu kelas Dr.Harliana.Saya telah diberi tugasan untuk menonton salah satu video hubungan etnik dan memberikan refleksi mengenainya.Pada saya,video tersebut sangat bagus kerana memaparkan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yang hidup dalam sebuah negara agar sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama kita walaupun berbeza bangsa ,agama dan budaya.Kesepaduan merupakan aspek yang sangat signifikan dalam kehidupan bermasyarakat.Kesepaduan adalah nadi kepada pembentukan sebuah negara yang makmur dan berdaulat,tanpa adanya prejudis dan diskriminasi dalam minda setiap rakyat di negara ini.Contoh yang terdekat adalah negara kita Malaysia, yang di huni oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti Melayu,Cina dan India termasuklah Sabah dan Sarawak yang didiami hampir 40 jenis etnik yang berbeza.Malaysia mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai sebuah negara yang mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat demi kesejahteraan negaranya.Hal ini mengingatkan saya supaya bersyukur kerana dapat hidup di negara Malaysia ini.Ia juga meningkatkan perasaan cinta dan bangga saya menjadi rakyat Malaysia bumi bertuah.Justeru,saya berpendapat bahawa prejudis dan diskriminasi mesti dielakkan atau dipadamkan daripada minda kita kerana perkara sedemikian akan menggugat keharmonian dan kestabilan negara.Ayuh kita bersama mewujudkan sikap positif dalam diri agar kehidupan kita akan sentiasa dilimpahi nikmat aman damai yang kekal untuk selamanya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.