Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
992 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
2 years, 9 months ago
Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya Leasther Morie Gunis ( BS 15110273 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti Sains dan Sumber Alam ( FSSA, Kompleks Perhutanan ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 12 ). Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang... Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya Leasther Morie Gunis ( BS 15110273 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti Sains dan Sumber Alam ( FSSA, Kompleks Perhutanan ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 12 ). Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum Cina dan kaum India hanya bergaul sesama kaum diri sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, semangat perpaduan wajar diterapkan kepada generasi muda untuk menjayakan sebuah negara. Selain itu, kursus hubungan etnik ini memang dapat membantu dan mengajar para mahasiswa dan mahasiswi untuk memupuk semangat perpaduan serta slaing memahami budaya, adat kaum-kaum lain. Secara kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah bersikap toleransi dan bekerjasama untuk memupuk semangat perpaduan untuk memajukan negara Malaysia. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes1
 Flag
intan profile image
intan profile image

intan

10/10 stars
7 months, 1 week ago
Assalammualaikum w.b.t , salam 1 malaysia. Nama saya Intan Nurshafinaz Binti Yusri (D20172080748), pelajar jurusan Pendidikan Geografi yang mengambil subjek hubungan etnik kumpulan (M) di Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada pandangan saya tentang SENARIO KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA ialah Soal etnisiti dan identiti etnik masih kekal hangat dalam kanca kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Walaupun mempunyai kesedaran etnik yang tinggi, tetapi tidak ramai yang mengenali atau mengetahui tentang kumpulan-kumpulan etnik lain, khususnya mengenai kumpulan-kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sa... Assalammualaikum w.b.t , salam 1 malaysia. Nama saya Intan Nurshafinaz Binti Yusri (D20172080748), pelajar jurusan Pendidikan Geografi yang mengambil subjek hubungan etnik kumpulan (M) di Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada pandangan saya tentang SENARIO KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA ialah Soal etnisiti dan identiti etnik masih kekal hangat dalam kanca kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Walaupun mempunyai kesedaran etnik yang tinggi, tetapi tidak ramai yang mengenali atau mengetahui tentang kumpulan-kumpulan etnik lain, khususnya mengenai kumpulan-kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Malaysia merupakan satu negara yang amat unik kerana berbilang kaum hidup bersama-sama dengan harmoni. Oleh itu, Hubungan Etnik dapat membantu kita lebih memahami budaya, agama dan tradisi berbilang kaum untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mencapai negara yang cemerlang.Melalui pembelajaran hubungan etnik ini juga saya dapati terdapat beberapa jenis budaya yang wujud di Malaysia mengikut kaum. Malah saya juga dapati bahawa kini budaya tersebut bukan sahaja diikuti oleh kaum masing-masing tetapi telah diikuti juga oleh kaum lain. Misalnya seperti adat bersanding yang pada mulanya merupakan budaya kaum india, kini juga dilakukan oleh kaum melayu. Seterusnya, melalui pembelajaran hubungan etnik juga saya dapat mengetahui serba sedikit tentang apa itu Perlembagaan Tiang Seri dan perkara-perkara yang berkaitan perlembagaan yang terbentuk di Malaysia seperti pelembagaan persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kitamendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam.Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Yang lebih penting, dengan memahami perkara-perkara tersebut secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif. Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu Kesimpulannya, kursus hubungan etnik ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Goh Ching Wei profile image
Goh Ching Wei profile image

Goh Ching Wei

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Nama saya Goh Ching Wei ,matrik nomber 139237 dari USM. Malaysia merupakan satu negara yang amat unik kerana berbilang kaum hidup bersama-sama dengan harmoni. Oleh itu, Hubungan Etnik dapat membantu kita lebih memahami budaya, agama dan tradisi berbilang kaum untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mencapai negara yang cemerlang di arena dunia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

8/10 stars
7 months, 2 weeks ago
NAMA: NUR AZRA SYAFIQAH NO MATRIK: 2170846 KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: MPU3112 UNIVERSITI: UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Proses penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama merupakan konsep asimilasi. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka melainkan agama yang telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Na... NAMA: NUR AZRA SYAFIQAH NO MATRIK: 2170846 KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: MPU3112 UNIVERSITI: UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Proses penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama merupakan konsep asimilasi. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka melainkan agama yang telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti yang mempunyai banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,sebagai contoh Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Punitha Subbuodayar profile image
Punitha Subbuodayar profile image

Punitha Subbuodayar

10/10 starsCompleted
7 months, 2 weeks ago
Nama: Punitha a/p Subbuodayar Matrik : Bid170027 Salam sejahtera.Malaysia merupakan satu negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.Perpaduan di dalam sesebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan , negara menjadi huru hara dan akan menjatuhkan sesebuah negara dengan mudah.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Shahira Izwanie Sinan profile image
Shahira Izwanie Sinan profile image

Shahira Izwanie Sinan

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Shahira Izwanie binti Sinan (WIF170147) yang mengambil subjek Hubungan Etnik di kuliah setiap hari Rabu (5 hingga 7 petang) di bawah ajaran Dr Mohammad Tawfik bin Yaakub di Universiti Malaya. Memang tidak dinafikan bahawa hubungan etnik adalah sangat penting di Malaysia. Hubungan etnik akan mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersefahaman dan tiada perbalahan. Kita sebagai masyarakat Malaysia patut meneruskan hubungan etnik yang harmoni antara kaum untuk mengekalkan suasana aman damai.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

6/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
7 months, 2 weeks ago
Saya Liew Chii Torng(EIA160062) dari Universiti Malaya. Hubungan etnik membolehkan pelajar membimbing toleransi dan kefahaman antara kaum. Pengenalan kepada sejarah membolehkan kaum lebih memahami antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui kursus yang mendedahkan tradisi pelbagai kaum kepada pelajar Malaysia
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Hazimah Ahmad Daman Huri profile image
Nur Hazimah Ahmad Daman Huri profile image

Nur Hazimah Ahmad Daman Huri

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Nur Hazimah bt Ahmad Daman Huri, pelajar Universiti Malaya (EIA160262). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Terdapat tiga kaum majoriti di Malaysia, iaitu Melayu, India dan Cina. Kesepaduan dan hubungan etnik adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memupuk sikap saling hormat menghormati terhadap keunikan dan perbezaan setiap kaum dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara Malaysia. Justeru, adalah wajar bagi setiap pelajar untuk mempelajari dan mengetahui kepentingan hubungan etnik demi mencapai kemajuan dan membentuk sebuah negara yang maju di mata dunia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NURSYAHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN profile image
NURSYAHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN profile image

NURSYAHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nursyahirah binti Abdul Rahman (EIA160157) pelajar Universiti Malaya. Malaysia merupakan sebuah negara yang diunik dimana penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh dan sebagainya dapat tinggal di sebuah negara yang sama dengan harmoni. Pada pendapat saya Hubungan Etnik membantu pelajar untuk belajar mengenai budaya kaum yang lain dan saling menghormati. Hubungan etnik juga seharusnya sentiasa dikekalkan agar kesepaduan dapat terus diraih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Alia Azimi profile image
Nur Alia Azimi profile image

Nur Alia Azimi

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya pelajar dari Universiti Malaya, Nur Alia Binti Azimi. Malaysia bertuah menjadi negara yang berbilang kaum dan bukan heteroetnik tetapi tetap boleh menubuhkan negara bangsa yang aman dan harmoni. Perbezaan agama dan etniksiti dalam kalangan rakyat Malaysia tidak menjadi halangan untuk perpaduan melalui konsep dan polisi negara seperti 1Malaysia. Melalui pembelajaran Hubungan Etnik di bawah didikan Dr Tawfik Yaakub, saya pelajari dengan lebih mendalam mengenai isu-isu dalam integrasi kaum dan negara bangsa. Dari pelajaran HE, saya berasa rakyat Malaysia seharusnya kekal menjalin hubungan antara kaum sepertimana dilakukan sejak azali lagi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Aida Munirah Abdul Muthalib profile image
Aida Munirah Abdul Muthalib profile image

Aida Munirah Abdul Muthalib

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Salam sejahtera, saya Aida Munirah Binti Abdul Muthalib (EIA160006) dari Universiti Malaya. Pada pendapat saya, Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat di Malaysia yang secara umumnya mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Justeru, kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi sesama kaum bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya melancarkan aktiviti pembangunan negara tanpa sebarang gangguan ataupun isu yang melibatkan soal perkauman, Selain itu juga Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara sekaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
syazwan shahrul profile image
syazwan shahrul profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
7 months, 2 weeks ago
Saya Muhammad Syazwan Bin Shahrul Azam (EIA170103) pelajar University Malaya. Saya mempercayai bahawa kepelbagaian bangsa dan keunikan setiap budaya yang berbeza adalah satu faktor besar yang membuatkan negara ini sangat unik. Walaupun terdapat perbezaan bangsa, agama, dan bahasa, sifat dan nilai kesatuan telah dipupuk sejak kecil lagi, seperti program 1Malaysia yang sudah pasti diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Walaupun perpaduan merupakan suatu matlamat yang sukar dicapai oleh kerana taktik pecah dan perintah oleh penjajahan British, tetapi saya berasa kagum apabila seluruh rakyat Malaysia dapat merasai nikmat kehidupan yang bebas rasisme.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nabilah Husna profile image
Nabilah Husna profile image

Nabilah Husna

8/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Salam sejahtera. Saya Nabilah Husna bt Rosli (IIG160027) pelajar dari Universiti Malaya. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian tidak pernah sesekali dipinggirkan. Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni. Perpaduan kaum boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik yang boleh kita lihat sekarang ini ialah dengan penganjuran Hari Sukan Negara. Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalu... Salam sejahtera. Saya Nabilah Husna bt Rosli (IIG160027) pelajar dari Universiti Malaya. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian tidak pernah sesekali dipinggirkan. Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni. Perpaduan kaum boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik yang boleh kita lihat sekarang ini ialah dengan penganjuran Hari Sukan Negara. Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian, amalan beragama dan perayaan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Norsalehah Abdul Rahman profile image
Norsalehah Abdul Rahman profile image

Norsalehah Abdul Rahman

10/10 starsTaking Now
7 months, 2 weeks ago
Saya Norsalehah Binti Abdul Rahman (IIG160028) pelajar Universiti Malaya. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan keunikannya yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik. Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Walaupun mempunyai pelbagai etnik, kita dapat memupuk semangat kesepaduan yang kuat diantara kaum yang terdapat di negara kita. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Akhir sekali, hubungan etnik juga mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Athira Aziqah Ahmad Aminuddin profile image
Athira Aziqah Ahmad Aminuddin profile image

Athira Aziqah Ahmad Aminuddin

10/10 starsTaking Now
7 months, 3 weeks ago
Salam Sejahtera. Nama : Fatin Nur Athira Aziqah Binti Ahmad Aminuddin. Universiti : Universiti Malaya. No. Kad Matrik : JED150028 Kod Kursus : GIG1002 (Hubungan etnik). Saya berpendapat bahawa tebal dan tipisnya kesepaduan etnik itu bergantung kepada persekitaran individu tersebut. Jika individu itu berada dalam kalangan etnik individu itu sahaja maka kesepaduan etnik individu tersebut adalah tipis. Bagi saya, saya berada di dalam persekitaran etnik yang berbeza. Oleh itu, semangat perpaduan itu menebal dalam diri saya. Persekitaran sangat penting untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Persekitaranlah yang menentukan tebal dan tipisnya kesepaduan etnik seseorang individu.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Abigale Henry profile image
Abigale Henry profile image

Abigale Henry

8/10 starsTaking Now
7 months, 3 weeks ago
ABIGALE HENRY BERNARD BS17110579, SEKSYEN 11, KUMPULAN 8, HUBUNGAN ETNIK, DR. DAYU SANSALU Salam sejahtera, saya Abigale Henry Bernard dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah. Kursus Hubungan Etnik, pada pandangan saya, memberi penerangan kepada para pelajar tentang kepentingan dan keperluannya untuk mempunyai perpaduan kaum dan toleransi masyarakat. Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik dab mengamalkan adat yang berbeza dan dalam kepelbagaian ini terdapat perbezaan pandangan. Oleh itu, hubungan etnik yang kukuh adalah penting untuk mengekalkan keamanan. Selain itu, keharmonian juga adalag penting bagi mengekalkan perasaan cinta akan tanah air. Kursus Hubungan Etnik bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman masyarakat terhadap kepentingan Hubungan Etnik dalam membentuk perpaduan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara bergantung kepada adanya perpaduan masyarakat yang baik. Dengan ada... ABIGALE HENRY BERNARD BS17110579, SEKSYEN 11, KUMPULAN 8, HUBUNGAN ETNIK, DR. DAYU SANSALU Salam sejahtera, saya Abigale Henry Bernard dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah. Kursus Hubungan Etnik, pada pandangan saya, memberi penerangan kepada para pelajar tentang kepentingan dan keperluannya untuk mempunyai perpaduan kaum dan toleransi masyarakat. Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik dab mengamalkan adat yang berbeza dan dalam kepelbagaian ini terdapat perbezaan pandangan. Oleh itu, hubungan etnik yang kukuh adalah penting untuk mengekalkan keamanan. Selain itu, keharmonian juga adalag penting bagi mengekalkan perasaan cinta akan tanah air. Kursus Hubungan Etnik bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman masyarakat terhadap kepentingan Hubungan Etnik dalam membentuk perpaduan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara bergantung kepada adanya perpaduan masyarakat yang baik. Dengan adanya Hubungan Etnik, dapat membantu dan mengajar para mahasiswa untuk memupuk semangat kekitaan serta membuang sentimen perkauman dalam diri kita. Kesimpulannya, hubungan etnik mampu menjadi faktor yang dapat meningkat tahap perpaduan masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

10/10 stars
8 months ago
Nursharina Shereen Bt Hasmuri. IIM170021. Sesi 17/18. Kumpulan 12. Hubungan Etnik, Universiti Malaya. Pengalaman saya menyertai satu program kesukarelawanan yang melibatkan kepelbagaian etnik dan budaya. Sepanjang program tersebut, saya mengalami detik-detik kebersatuan dan kesepaduan sosial antara kami dimana kami bersama-sama bersatu dan bekerjasama dalam satu pasukan demi menjayakan program tersebut. Cadangan saya, program sebegini dapat memupuk kesepaduan sosial antara etnik, yang mana etnik majoritinya melayu, cina dan india dapat bekerja dalam satu pasukan serta lebih berpeluang mengenali budaya antara satu sama lain. Program kesukarelawanan seperti ini bukan sahaja dapat memupuk diri kita dengan sifat bantu-membantu tetapi ianya juga dapat membantu kita untuk lebih bersifat terbuka dalam menerima budaya etnik lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

10/10 stars
8 months ago
Imaan binti Aminnuddin IIM170008 Kumpulan 12 kuliah hubungan etnik Semester 2 2017/2018 universiti Malaya Pengalaman saya dalam kesepaduan hubungan etnik adalah semasa menghadiri majlis perayaan tahun baru cina. Dari perayaan tersebut, saya mengenali kebudayaan kaum cina yang menarik. Angpau yang diberi pada saya diisi wang ringgit bernilai rm2. Yang mana budaya memberi sampul berduit ini seakan sama dengan perayaan hari raya aidilfitri. Selain itu, pakaian berwarna merah merupakan tema yang digunakan saban tahun. Warna merah melambangkan membawa tuah dan kecemerlangan kepada kaum cina. Kaum Cina juga mempunyai makanan tradisional tersendiri seperti kuih bulan, kuih bakul, jiozi dan sebagainya. Antara cadangan aktiviti program untuk memupuk kesepaduan sosial dan masayarakat adalah seperti sukan rakyat. Sukan ini menyasarkan seluruh kaum di malaysia dengan menggabungkan seluruh permainan tradisional kaum masing-masing. Ob... Imaan binti Aminnuddin IIM170008 Kumpulan 12 kuliah hubungan etnik Semester 2 2017/2018 universiti Malaya Pengalaman saya dalam kesepaduan hubungan etnik adalah semasa menghadiri majlis perayaan tahun baru cina. Dari perayaan tersebut, saya mengenali kebudayaan kaum cina yang menarik. Angpau yang diberi pada saya diisi wang ringgit bernilai rm2. Yang mana budaya memberi sampul berduit ini seakan sama dengan perayaan hari raya aidilfitri. Selain itu, pakaian berwarna merah merupakan tema yang digunakan saban tahun. Warna merah melambangkan membawa tuah dan kecemerlangan kepada kaum cina. Kaum Cina juga mempunyai makanan tradisional tersendiri seperti kuih bulan, kuih bakul, jiozi dan sebagainya. Antara cadangan aktiviti program untuk memupuk kesepaduan sosial dan masayarakat adalah seperti sukan rakyat. Sukan ini menyasarkan seluruh kaum di malaysia dengan menggabungkan seluruh permainan tradisional kaum masing-masing. Objektif progran ini adalah untuk menyuburkan kefahaman dan memecahkan ketebalan perkauman di antara masayarakat Malaysia di samping mengeratkan persaudaraan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
8 months ago
Selamat sejahtera, Saya Matthew Jonathon Bin Donny(BK17110145), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Kejuruteraan. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia. Tambahan pula, kita seharusnya menghorm... Selamat sejahtera, Saya Matthew Jonathon Bin Donny(BK17110145), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Kejuruteraan. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia. Tambahan pula, kita seharusnya menghormati agama orang lain agar tiada permusuhan antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima Kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
nittyagawry jeganathan profile image
nittyagawry jeganathan profile image

nittyagawry jeganathan

6/10 starsTaking Now
8 months, 1 week ago
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. NAMA : NITTYAGAWRY A/P JEGANATHAN NO MATRIK : TIB160006 SEMESTER : 2 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS : GIG 1002 KUMPULAN: 15 ( KHAMIS, 2PM -4PM, DEWAN KULIAH MELOR, FS) PENSYARAH : DR. WENDY YEE MEI TIEN UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR SOALAN 2.A3-1.a  Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya? Bagi saya, saya merupakan seorang yang neutral. Ada kalanya batas etnik saya tipis dan ada juga keadaan di mana batas etnik saya menjadi tebal. Saya merupakan anak negeri Kelantan dan ini menyebabkan hidup saya dikelilingi oleh kelompok orang Melayu. Jadi, sejak kecil lagi saya sudah terbiasa bergaul dengan orang dari kumpulan etnik yang berbeza yang mana secara tidak langsungnya menjadikan saya untuk berfikiran lebih terbuka dan tidak menilai orang berdasarkan etnik mereka. Perkara ini juga menjadikan saya lebih berminat dan perasaan ingin tahu saya tentan... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. NAMA : NITTYAGAWRY A/P JEGANATHAN NO MATRIK : TIB160006 SEMESTER : 2 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS : GIG 1002 KUMPULAN: 15 ( KHAMIS, 2PM -4PM, DEWAN KULIAH MELOR, FS) PENSYARAH : DR. WENDY YEE MEI TIEN UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR SOALAN 2.A3-1.a  Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya? Bagi saya, saya merupakan seorang yang neutral. Ada kalanya batas etnik saya tipis dan ada juga keadaan di mana batas etnik saya menjadi tebal. Saya merupakan anak negeri Kelantan dan ini menyebabkan hidup saya dikelilingi oleh kelompok orang Melayu. Jadi, sejak kecil lagi saya sudah terbiasa bergaul dengan orang dari kumpulan etnik yang berbeza yang mana secara tidak langsungnya menjadikan saya untuk berfikiran lebih terbuka dan tidak menilai orang berdasarkan etnik mereka. Perkara ini juga menjadikan saya lebih berminat dan perasaan ingin tahu saya tentang kumpulan etnik yang berbeza semakin menjadi-jadi dan mengakibatkan saya untuk belajar lebih mendalam tentang etnik mereka yang akhirnya mendorong kepada hubungan yang harmoni antara kami. Hubungan yang baik antara kami menjadikan saya sebagai seorang yang nipis batasan etnik di mana saya mula memahami bahawa etnik hanya merupakan identiti seseorang individu dan itu bukanya sesuatu perkara yang perlu dijadikan masalah dalam kehidupan seharian. Bagi saya tiada masalah yang akan timbul antara etnik sekiranya kita hidup saling menghormati antara satu-sama lain secara aman dan Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang boleh menjadi contoh kepada hubungan antara etnik yang harmoni. Saya juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang tebal batas etnik dalam situasi tertentu. Ini adalah apabila kumpulan etnik saya diancam oleh kumpulan etnik lain. Dalam situasi sebegitu rupa saya terpaksa menjadi seorang yang mempunyai batas etnik yang tebal di mana saya bertanggungjawab untuk mempertahankan kumpulan etnik saya. Bagi saya , saya berpegang teguh kepada konsep “ what you give, you will get back”. Jadi, sekiranya kumpulan etnik yang lain bergaul dengan saya dengan mempunyai batas etnik yang tebal , saya turut akan menjadi seorang yang tebal batas etnik dan juga sebaliknya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Farah Nabihah profile image
Nur Farah Nabihah profile image

Nur Farah Nabihah

8/10 starsTaking Now
8 months, 1 week ago
NAMA: NUR FARAH NABIHAH BINTI AZNAN NO MATRIK: III170018 SEMESTER: SEM2 KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: GIG1002 KUMPULAN: 16 (KHAMIS,5-7PM,DEWAN KULIAH2,FS) PENSYARAH: DR ARVIN BIN TAJARI UNIVERSITI: UNIVERSITI MALAYA,KUALA LUMPUR Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Konsep Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, ... NAMA: NUR FARAH NABIHAH BINTI AZNAN NO MATRIK: III170018 SEMESTER: SEM2 KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: GIG1002 KUMPULAN: 16 (KHAMIS,5-7PM,DEWAN KULIAH2,FS) PENSYARAH: DR ARVIN BIN TAJARI UNIVERSITI: UNIVERSITI MALAYA,KUALA LUMPUR Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Konsep Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,sebagai contoh Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Amira Syafiqah Raidee profile image
Amira Syafiqah Raidee profile image

Amira Syafiqah Raidee

8/10 starsTaking Now
8 months, 1 week ago
NAMA : AMIRA SYAFIQAH RAIDEE NO. MATRIK : CIB160007 SEMESTER : SEM 4 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: GIG1002 KUMPULAN : 1 (ISNIN, 8 – 10 PAGI) PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ADBUL AZZIS UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR Soalan 1 Kisahkan pengalaman Detik-detik Kebersatuan merentasi etnik yang pernah anda alami dalam hidup anda. Kebersatuan merentasi etnik boleh dilihat dengan sangat jelas dalam Malaysia, dan yang paling ketara adalah perbezaan bangsa. Sebelum merdeka lagi, Malaysia telah diduduki dengan tiga bangsa berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Peperangan dan penjajahan masa lalu telah melahirkan Malaysia hari ini yang kaya dengan pelbagai budaya, bahasa dan agama. Berdasarkan pengalaman saya bercuti ke Penang, saya dapat melihat dua bangsa berbeza saling membantu dan bertungkus-lumus di kedai makan. Dan nilai ini dapat dilihat hampir di semua kedai makan. Mereka mampu berniaga di tempat ... NAMA : AMIRA SYAFIQAH RAIDEE NO. MATRIK : CIB160007 SEMESTER : SEM 4 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: GIG1002 KUMPULAN : 1 (ISNIN, 8 – 10 PAGI) PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ADBUL AZZIS UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR Soalan 1 Kisahkan pengalaman Detik-detik Kebersatuan merentasi etnik yang pernah anda alami dalam hidup anda. Kebersatuan merentasi etnik boleh dilihat dengan sangat jelas dalam Malaysia, dan yang paling ketara adalah perbezaan bangsa. Sebelum merdeka lagi, Malaysia telah diduduki dengan tiga bangsa berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Peperangan dan penjajahan masa lalu telah melahirkan Malaysia hari ini yang kaya dengan pelbagai budaya, bahasa dan agama. Berdasarkan pengalaman saya bercuti ke Penang, saya dapat melihat dua bangsa berbeza saling membantu dan bertungkus-lumus di kedai makan. Dan nilai ini dapat dilihat hampir di semua kedai makan. Mereka mampu berniaga di tempat yang sama dan saling menghormati walaupun berbeza bangsa. Di samping itu, makanan di Malaysia juga telah menjadi warisan yang dibanggakan dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Orang Cina boleh makan nasi lemak, orang Melayu boleh makan tossei dan orang India boleh makan mooncake. Kepelbagaian budaya di Malaysia haruslah sentiasa dijaga dan dipelihara. Soalan 2 Cadangkan kerangka program yang boleh dilaksanakan bagi memupuk kesepaduan sosial dalam masyarakat. Cadangan program : JUANG: Teater Kemerdekaan 1957 Peserta : Pelajar IPTA/IPTS Objektif : I. Memupuk semangat patriotisme II. Pendedahan kepada masyarakat tentang perjuanagn yang berlaku sewaktu Tanah Melayu ingin dibebaskan daripada penjajah. III. Memupuk nilai bersyukur dan menghargai kebebasan masa kini. Maklumat program Teater ini mengisahkan bagaimana Tunku Abdul Razak berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu. Dalam teater ini juga mengisahkan bagaimana masyarakat yang berbilang bangsa diasingkan dan hidup dengan taraf hidup berbeza. Teater ini dicadangkan untuk ditayang secara besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih 1000 pengunjung.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
farah shakila profile image
farah shakila profile image

farah shakila

8/10 starsTaking Now
8 months, 1 week ago
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Farah Shakila Binti Nortarmizi (A17A0925) pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan. Saya merupakan pelajar dibawah pimpinan Dr Mokhtaruddin. Pada pendapat saya penyatuan antara hubungan etnik amat penting terutama bagi negara kita. Demikian kerana Malaysia yang dikenali sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, hubungan etnik yang baik antara amat penting bagi memastikan negara aman damai dan mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Malah, dengan adanya hubungan yang baik antara masyarakat ia membantu Malaysia membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, politik dan budaya. Melalui pembelajaran hubungan etnik ini juga saya dapati terdapat beberapa jenis budaya yang wujud di Malaysia mengikut kaum. Malah saya juga dapati bahawa kini budaya tersebut bukan sahaja diikuti oleh kaum masing-masing tetapi telah diikuti juga oleh kaum lain. Misalnya s... Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Farah Shakila Binti Nortarmizi (A17A0925) pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan. Saya merupakan pelajar dibawah pimpinan Dr Mokhtaruddin. Pada pendapat saya penyatuan antara hubungan etnik amat penting terutama bagi negara kita. Demikian kerana Malaysia yang dikenali sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, hubungan etnik yang baik antara amat penting bagi memastikan negara aman damai dan mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Malah, dengan adanya hubungan yang baik antara masyarakat ia membantu Malaysia membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, politik dan budaya. Melalui pembelajaran hubungan etnik ini juga saya dapati terdapat beberapa jenis budaya yang wujud di Malaysia mengikut kaum. Malah saya juga dapati bahawa kini budaya tersebut bukan sahaja diikuti oleh kaum masing-masing tetapi telah diikuti juga oleh kaum lain. Misalnya seperti adat bersanding yang pada mulanya merupakan budaya kaum india, kini juga dilakukan oleh kaum melayu. Seterusnya, melalui pembelajaran hubungan etnik juga saya dapat mengetahui serba sedikit tentang apa itu Perlembagaan Tiang Seri dan perkara-perkara yang berkaitan perlembagaan yang terbentuk di Malaysia seperti pelembagaan persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kitamendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam.Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Yang lebih penting, dengan memahami perkara-perkara tersebut secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif. Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu Kesimpulannya, kursus hubungan etnik ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Malah kursus ini dapat memberikan pelajar lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Selain itu, kursus ini dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan mencapai keharmonian. Kursus ini juga dapat menerapkan kemahiran sosial dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi ke arah sebuah masyarakat yang bersatu-padu
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Fathihah Amira Binti Azuwar profile image
Nur Fathihah Amira Binti Azuwar profile image

Nur Fathihah Amira Binti Azuwar

10/10 stars
8 months, 3 weeks ago
Salam 1 Malaysia Sehati Sejiwa. Saya Nur Fathihah Amira Binti Azuwar (BG17160500), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Hal ini kerana kita dapat lihat dengan adanya kesefahaman antara kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini dapat membantu setiap kaum untuk saling mengenali adat dan budaya sesama kaum serta mempelajari dan mengetahui cara hidup sesuatu budaya kaum itu. Sebagai contoh, ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua kaum bergembira dan bersuka-ria tanpa melihat perbezaan kaum itu sebagai satu halangan. Masyarakat Cina mahupun India dapat menjamu selera juadah yang dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, kuih-kuih tradisional dan sebagainya. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, persefahaman telah menyatukan kita bak kat... Salam 1 Malaysia Sehati Sejiwa. Saya Nur Fathihah Amira Binti Azuwar (BG17160500), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Hal ini kerana kita dapat lihat dengan adanya kesefahaman antara kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini dapat membantu setiap kaum untuk saling mengenali adat dan budaya sesama kaum serta mempelajari dan mengetahui cara hidup sesuatu budaya kaum itu. Sebagai contoh, ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua kaum bergembira dan bersuka-ria tanpa melihat perbezaan kaum itu sebagai satu halangan. Masyarakat Cina mahupun India dapat menjamu selera juadah yang dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, kuih-kuih tradisional dan sebagainya. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, persefahaman telah menyatukan kita bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hubungan etnik di Malaysia sangat penting bagi menyatupadukan rakyat atau setiap kaum yang ada di Malaysia. Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia haruslah memanfaatkan kesepaduan dan keharmonian antara kaum yang diamalkan oleh rakyat di Malaysia supaya negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan sentosa.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NUR ANISSA MOHD FAZRI profile image
NUR ANISSA MOHD FAZRI profile image

NUR ANISSA MOHD FAZRI

10/10 starsTaking Now
8 months, 3 weeks ago
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya Nur Anissa Binti Mohd Fazri (BG17110350), pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) . Pensyarah: Sir Nordie Archie. Pada pendapat saya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dimana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum, adat dan budaya yang berbeza. Kepelbagaian ini menunjukkan keistimewaan dalam satu kaum itu yang berbeza dari sudut adat, budaya dan kepercayaan. Kursus Hubungan Etnik ini adalah penting dalam memupuk semangat perpaduan antara pelajar dimana kita dapat lihat bahawa sikap bersatu padu semakin berkurangan. Pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum yang berlainan bangsa. Secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi selain dapat berkongsi ilmu. Kursus ini juga membincangkan bagaimana kesepaduan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Nilai-nilai murni seperti ini haruslah sentiasa diamalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. ... Salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya Nur Anissa Binti Mohd Fazri (BG17110350), pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) . Pensyarah: Sir Nordie Archie. Pada pendapat saya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dimana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum, adat dan budaya yang berbeza. Kepelbagaian ini menunjukkan keistimewaan dalam satu kaum itu yang berbeza dari sudut adat, budaya dan kepercayaan. Kursus Hubungan Etnik ini adalah penting dalam memupuk semangat perpaduan antara pelajar dimana kita dapat lihat bahawa sikap bersatu padu semakin berkurangan. Pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum yang berlainan bangsa. Secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi selain dapat berkongsi ilmu. Kursus ini juga membincangkan bagaimana kesepaduan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Nilai-nilai murni seperti ini haruslah sentiasa diamalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. Perpaduan membawa kepada kesepakatan dalam membuat sebarang tindakan. Oleh yang demikian, kesepaduan sangat penting dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan stabil.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Chong Evelyn profile image
Chong Evelyn profile image

Chong Evelyn

8/10 starsTaking Now
8 months, 3 weeks ago
Nama: Evelyn Chong Yi Ling, BG17110221 Nama Pensyarah : Dr. Nordi Achie, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pada pendapat saya, Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan... Nama: Evelyn Chong Yi Ling, BG17110221 Nama Pensyarah : Dr. Nordi Achie, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pada pendapat saya, Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Muhammad Nizar Bin Arisin profile image
Muhammad Nizar Bin Arisin profile image

Muhammad Nizar Bin Arisin

8/10 starsTaking Now
8 months, 3 weeks ago
asalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Nizar Bin Arisin, B117110131 seksyen 102, pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan, nama pensyarah: Dr. Nordie Ache, seksyen 101. Pada pendapat saya,kesepaduan hubungan etnik di Malaysia harus dipupuk bermula di peringkat atasan lagi, Peristiwa rusuhan kaum yang tragik pada 1969, menyebabkan isu kesepaduan etnik atau kesepaduan sosial bertambah mendesak. Bagi Malaysia, pembinaan negara bangsa merujuk kepada pembinaan sebuah negara yang bersatu padu dari segi politik, ekonomi, budaya, sosial dan wilayah, dengan jati dirinya yang jelas. Dasar perpaduan nasional di negara ini adalah berasaskan integrasi, iaitu kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Kesepaduan sosial merujuk kepada kesatuan dan kepaduan hubungan dalam kalangan pelbagai etnik di negara ini sehingga wujudnya keharmonian dan keamanan. Integrasi nasional bermaksud usaha yang dilakukan dengan penuh sedar, melalui perekayasaan... asalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Nizar Bin Arisin, B117110131 seksyen 102, pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan, nama pensyarah: Dr. Nordie Ache, seksyen 101. Pada pendapat saya,kesepaduan hubungan etnik di Malaysia harus dipupuk bermula di peringkat atasan lagi, Peristiwa rusuhan kaum yang tragik pada 1969, menyebabkan isu kesepaduan etnik atau kesepaduan sosial bertambah mendesak. Bagi Malaysia, pembinaan negara bangsa merujuk kepada pembinaan sebuah negara yang bersatu padu dari segi politik, ekonomi, budaya, sosial dan wilayah, dengan jati dirinya yang jelas. Dasar perpaduan nasional di negara ini adalah berasaskan integrasi, iaitu kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Kesepaduan sosial merujuk kepada kesatuan dan kepaduan hubungan dalam kalangan pelbagai etnik di negara ini sehingga wujudnya keharmonian dan keamanan. Integrasi nasional bermaksud usaha yang dilakukan dengan penuh sedar, melalui perekayasaan sosial, iaitu melalui pelbagai dasar seperti bahasa dan budaya kebangsaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dengan identiti nasional dalam sebuah negara persekutuan
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Medilia Khilish profile image
Medilia Khilish profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
8 months, 3 weeks ago
Selamat sejahtera, nama saya Medilia Khilish (bg 17110121) ,merupakan mahasiswi dari universiti Malaysia Sabah kampus antarabangsa Labuan mengambil subjek hubungan etnik seksyen 102 di bawah bimbingan pensyarah Dr. Nordi Achie. Pada pandangan saya, kursus ini merupakan suatu kursus yang menekankan perpaduan. Hal ini kerana, perpaduan adalah sangat penting untuk memastikan keharmonian dalam negara. Selain itu, perpaduan dalam negara haruslah dikekalkan agar dapat menjamin keselamatan dalam negara pada masa kini dan masa akan datang. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti yang telah berlaku pada masa lalu. Contohnya, peristiwa 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada peristiwa ini telah mengakibatkan berlakunya rusuhan dan telah mengadaikan banyak nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan etnik dalam negara kita dan mengelakkan berlakunya per... Selamat sejahtera, nama saya Medilia Khilish (bg 17110121) ,merupakan mahasiswi dari universiti Malaysia Sabah kampus antarabangsa Labuan mengambil subjek hubungan etnik seksyen 102 di bawah bimbingan pensyarah Dr. Nordi Achie. Pada pandangan saya, kursus ini merupakan suatu kursus yang menekankan perpaduan. Hal ini kerana, perpaduan adalah sangat penting untuk memastikan keharmonian dalam negara. Selain itu, perpaduan dalam negara haruslah dikekalkan agar dapat menjamin keselamatan dalam negara pada masa kini dan masa akan datang. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti yang telah berlaku pada masa lalu. Contohnya, peristiwa 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada peristiwa ini telah mengakibatkan berlakunya rusuhan dan telah mengadaikan banyak nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan etnik dalam negara kita dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian juga adalah penting bagi mengekalkan semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara Malaysia. Oleh itu, subjek ini adalah wajar bagi meningkatkan kesefahaman ke arah perpaduan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Daphne Marajan profile image
Daphne Marajan profile image

Daphne Marajan

10/10 starsTaking Now
8 months, 3 weeks ago
Nama : Daphne anak Marajan No. Matrik : BI17110052Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 102. Hubungan etnik dikalangan masyarakat Malaysia merupakan perkara yang penting yang patut diamalkan dan dikekalkan pada masa sekarang.Hal ini kerana, Malaysia merupakan mempunyai berbilang kaum dan bangsa yang berbeza di setiap negara. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dengan antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama bagi mengekalkan perpaduan. Dengan itu, subjek hubungan etnik sememangnya dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadikan negara kita ke araha kemajuan dan kejayaan. Negara yang harmoni dan bersepadu juga dapat membawa meningkatan ekonomi negara. Seperti, akan lebih ramai pelancong asing ke Malaysia ... Nama : Daphne anak Marajan No. Matrik : BI17110052Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 102. Hubungan etnik dikalangan masyarakat Malaysia merupakan perkara yang penting yang patut diamalkan dan dikekalkan pada masa sekarang.Hal ini kerana, Malaysia merupakan mempunyai berbilang kaum dan bangsa yang berbeza di setiap negara. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dengan antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama bagi mengekalkan perpaduan. Dengan itu, subjek hubungan etnik sememangnya dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadikan negara kita ke araha kemajuan dan kejayaan. Negara yang harmoni dan bersepadu juga dapat membawa meningkatan ekonomi negara. Seperti, akan lebih ramai pelancong asing ke Malaysia kerana sikap masyarakat yang harmoni. Kursus ini dapat memberikan mahasiswa dan mahasiswi lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Seterusnya, hal ini akan mengurangkan prejudis dan ketidakfahaman mahupun salah faham antara satu sama lain. Selain itu, kursus ini memang dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan keharmonian yang ini kita kecapi. Selanjutnya, dengan kursus ini dapat menerapkan kemahiran sosial dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi ke arah sebuah masyarakat yang bersatu-padu. Akhir sekali, saya berharap masyarakat agar dapat membuka hati untuk menerima dan memahami kaum lain yang berbangsa lain bagi mengeratkan lagi silaturahim dan kedamaian untuk negara tercinta. Ini dapat menghindari berlaku nya pertelingkahan dan hiduplah dengan aman. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
JUHANIS BERHAN profile image
JUHANIS BERHAN profile image

JUHANIS BERHAN

10/10 starsTaking Now
8 months, 3 weeks ago
Assalamualaikum, nama saya adalah Juhanis binti Berhan, BG17160678, pelajar tahun 1 di bawah program HE19, Kewangan Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan mengambil kursus Hubungan Etnik atas bimbingan Dr. Nordi Bin Achie, seksyen 102 (kumpulan 9). Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Daripada apa yang saya sendiri faham tentang kursus hubungan etnik ini adala... Assalamualaikum, nama saya adalah Juhanis binti Berhan, BG17160678, pelajar tahun 1 di bawah program HE19, Kewangan Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan mengambil kursus Hubungan Etnik atas bimbingan Dr. Nordi Bin Achie, seksyen 102 (kumpulan 9). Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Daripada apa yang saya sendiri faham tentang kursus hubungan etnik ini adalah betapa pentingnya perpaduan di antara setiap etnik yang wujud. Kursus ini boleh saya konklusikan sebagai kursus yang mengajar kita sejarah, pendapat, tindakan, dan pengajaran tentang kesannya pergolakkan etnik terhadap negara bangsa dan masyarakat. Terdapat pelbagai contoh pergolakkan yang melibatkan tentang hubungan perpaduan antara etnik seperti tercetusnya rusuhan 13 Mei. Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi adalah salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.Matlamat negara haruslah dicapai dengan melibatkan semua kelompok masyarakat dan bukan hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan penglibatan semua golongan dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.