Write a Review: Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Tell us about your experience

 
 

Click stars to rate

150 characters minimum

Tell us about yourself

Progress in the course

Prior knowledge of the subject

First Name

Last Name

See what other students say

Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 6 months ago
Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya Leasther Morie Gunis ( BS 15110273 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti Sains dan Sumber Alam ( FSSA, Kompleks Perhutanan ). Sepanjang kursus in... Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya Leasther Morie Gunis ( BS 15110273 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Fakulti Sains dan Sumber Alam ( FSSA, Kompleks Perhutanan ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 12 ). Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum Cina dan kaum India hanya bergaul sesama kaum diri sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, semangat perpaduan wajar diterapkan kepada generasi muda untuk menjayakan sebuah negara. Selain itu, kursus hubungan etnik ini memang dapat membantu dan mengajar para mahasiswa dan mahasiswi untuk memupuk semangat perpaduan serta slaing memahami budaya, adat kaum-kaum lain. Secara kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah bersikap toleransi dan bekerjasama untuk memupuk semangat perpaduan untuk memajukan negara Malaysia. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes1
 Flag
intan profile image
intan profile image

intan

10/10 stars
1 year, 4 months ago
Assalammualaikum w.b.t , salam 1 malaysia. Nama saya Intan Nurshafinaz Binti Yusri (D20172080748), pelajar jurusan Pendidikan Geografi yang mengambil subjek hubungan etnik kumpulan (M) di Universiti pendidik... Assalammualaikum w.b.t , salam 1 malaysia. Nama saya Intan Nurshafinaz Binti Yusri (D20172080748), pelajar jurusan Pendidikan Geografi yang mengambil subjek hubungan etnik kumpulan (M) di Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada pandangan saya tentang SENARIO KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA ialah Soal etnisiti dan identiti etnik masih kekal hangat dalam kanca kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Walaupun mempunyai kesedaran etnik yang tinggi, tetapi tidak ramai yang mengenali atau mengetahui tentang kumpulan-kumpulan etnik lain, khususnya mengenai kumpulan-kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Malaysia merupakan satu negara yang amat unik kerana berbilang kaum hidup bersama-sama dengan harmoni. Oleh itu, Hubungan Etnik dapat membantu kita lebih memahami budaya, agama dan tradisi berbilang kaum untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mencapai negara yang cemerlang.Melalui pembelajaran hubungan etnik ini juga saya dapati terdapat beberapa jenis budaya yang wujud di Malaysia mengikut kaum. Malah saya juga dapati bahawa kini budaya tersebut bukan sahaja diikuti oleh kaum masing-masing tetapi telah diikuti juga oleh kaum lain. Misalnya seperti adat bersanding yang pada mulanya merupakan budaya kaum india, kini juga dilakukan oleh kaum melayu. Seterusnya, melalui pembelajaran hubungan etnik juga saya dapat mengetahui serba sedikit tentang apa itu Perlembagaan Tiang Seri dan perkara-perkara yang berkaitan perlembagaan yang terbentuk di Malaysia seperti pelembagaan persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kitamendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam.Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Yang lebih penting, dengan memahami perkara-perkara tersebut secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif. Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu Kesimpulannya, kursus hubungan etnik ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag