Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsTaking Now
4 years ago
Pada pendapat saya, Malaysia sebuah negara yang unik kerana memiliki berbagai-bagai etnik daripada pelbagai bangsa dan agama.Bagi menghayati setiap etnik yang terdapat di Malaysia, kita seharusnya terlebih dahulu menghayati konsep perpaduan sesama kita. Oleh itu, kita hendaklah bersatu padu supaya dapat memahami dan menghayati hubungan etnik di Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, melalui kursus hubungan etnik ini kita akan lebih mendalami konsep perpaduan antara kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years ago
pada pendapat saya, hubungan etnik sangat penting di Malaysia. Hal ini kerana, seperti sedia maklum Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama, dan budaya. Hubangan etnik yang erat juga dapat membantu meningkatkan keamanan negara dan akan dipandang mulia oleh seantero dunia. Kursus GIG1002 ini juga dapat membantu pelajar untuk mendalami dan memahami budaya masyarakat lain sekali gus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, saya berharap agar segala pembelajaran dalam kursus ini akan dapat dipraktikkan dan bermanfaat untuk pembangunan dan masa depan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years ago
Hai. Saya Imanina. Saya merupakan pelajar semester 1 bagi sesi 2015/2016 dan kursus hubungan etnik (GIG1002) merupakan kursus yang wajib saya ambil pada semester ini. Setelah pensyarah menerangkan kepada saya pengenalan tentang kursus ini, saya ingin mengetahui lebih mendalam tentang konsep hubungan etnik tersebut. Selain itu, saya juga akan didedahkan lebih mendalam berkaitan dengan perlembagaan, agama, perkembangan ekonomi dan juga cabaran yang dihadapi antara hubungan etnik di Malaysia dan juga di peringkat global. Dengan adanya pengetahuan ini, saya harap agar saya dapat mengaplikasikan konsep hubungan etnik ini dalam kehidupan harian sekaligus dapat menyumbang ke arah pembangunan negara supaya negara menjadi lebih makmur, aman dan damai dan hidup dalam keadaan yang sentosa dengan kepelbagaian hubungan etnik yang ada.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Az-Zahra Rozlan profile image
Az-Zahra Rozlan profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years ago
Hai..saya Zahra. Saya diwajibkan untuk mengambil kursus ini di Universiti Malaya dan saya sangat bersyukur kerana ditawarkan untuk mengambil kursus GIG1002 dan teruja untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan kursus ini kerana pada pandangan pertama saya, terdapat banyak informasi yang berguna berkaitan isu isu hubungan etnik di Malaysia dan cara untuk menangani segala permasalahan yang berlaku kini. Saya ingin mengaplikasikan konsep asas Hubungan Etnik yang bakal dipelajari untuk kepentingan sepanjang hayat.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, Hubungan Etnik adalah sangat penting terutamanya di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Ini penting bagi tujuan kesejahteraan dan kedamaian bagi mengelakkan kepecahbelaan daripada berlaku. Bagi tujuan penilaian berterusan kami dikehendaki untuk memikirkan satu konsep untuk memupuk perpaduan antara pelbagai etnik di negara ini. Dalam proses tersebut itu sendiri, saya telah merapatkan hubungan saya dengan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Sebagai contoh, ini adalah pengalaman pertama saya bekerjasama dengan kawan daripada Sarawak (orang asli) dan saya telah mempelajari pelbagai adat dan kepercayaan etnik mereka. Subjek ini telah mendedahkan pelbagai perkara baru kepada saya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 stars
4 years, 3 months ago
pada pandangan saya, subjek ini amat penting kerana ianya merupakan satu strategi bagi memupuk hubungan antara kaum serta melatih generasi baru untuk mengenali dan menyelami setiap hubungan antara kaum di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
4 years, 3 months ago
pada pendapat saya kursus hubungan etnik ini sangat baik untuk dipelajari oleh pelajar kerana melalui kursus hubungan etnik saya dapat belajar mengenai pentingnya perpaduan antara kaum kerana dengan perpaduanlah keamanan negara dapat diwujudkan. selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang agama dan budaya kaum lain. setiap kaum di Malaysia mempunyai agama masing-masing. oleh itu, kita harus menghormati budaya dan agama kaum lain. seterusnya, kursus hubungan etnik ini juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri saya contohnya bekerjasama, perpaduan, menghormati, prinspip persamaan, dan tanggungjawab.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pandangan saya, khusus ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali tentang perkembangan sejarah dan kebudayaan kaum lain, dengan mengenali budaya dan sejarah sesuatu kaum ianya membolehkan saya untuk memahami cara hidup sesebuah kaum dan menghormati amalan-amalan yang diamalkan dalam sesebuah kaum seperti menyambut perayaan. Hal ini membolehkan semangat cinta akan tanah air dipupuk dan membuang semangat perkauman antara kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
saya merasakan kursus ini sangat membantu untuk pelajar lebih memahami budaya etnik-etnik lain. hal ini seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya ethnosentrisme. melalui pemahaman, pengetahuan dan kesedaran tentang budaya lain juga, perpaduan antara kaum juga dapat dieratkan selain daripada itu, kursus ini merupakan pentas untuk para pelajar menyuarakan pendapat dan pandangan dan berpandangan terbuka terhadap setiap isu sensitif yang selama ini jarang dibangkitkan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya,kursus ini mendorong pelàjar untuk membentuk semanagat kerjasama dan perpaduan yang erat antara satu sama lain.Selain itu,saya dapat mengenali secara terperinci tentang perbezaan budaya dan tradisi antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia.Masalah perkauman memang wujud di Malaysia dan mengambil masa yang lama untuk selesai.Oleh sebab itu,saya boleh menitikkan beratkan tentang betapa penting perpaduan melalui kursus hubungan etnik ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya,kursus ini mendorong pelàjar untuk membentuk semanagat kerjasama dan perpaduan yang erat antara satu sama lain.Selain itu,saya dapat mengenali secara terperinci tentang perbezaan budaya dan tradisi antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia.Masalah perkauman memang wujud di Malaysia dan mengambil masa yang lama untuk selesai.Oleh sebab itu,saya boleh menitikkan beratkan tentang betapa penting perpaduan melalui kursus hubungan etnik ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Secara keseluruhannya, melalui kursus Hubungan Etnik saya dapat mengetahui secara terperinci tentang perbezaan budaya dan tradisi antara pelbagai etnik di Malaysia. Masalah perkauman memang wujud dan tidak mudah diselesaikan dalam masa yang singkat. Dengan kursus ini, saya menjadi lebih menitikberatkan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan berfikir dengan lebih kritikal supaya sentiasa mengingati bahawa betapa pentingnya mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati, sementara bersikap terbuka terhadap pemikiran dan pandangan yang berbeza.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik kepada pelajar-pelajar untuk memberi pandangan masing-masing, membincang isu-isu terkini dan juga menyuarakan pendapat masing-masing. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya bertolak-ansur dan bertoleransi terhadap kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza. Walaubagaimanapun, masalah perkauman masih wujud antara satu sama kaum. Jadi, berharaplah selepas pelajar-paelajar mengambil kursus hubungan etnik ini, kesedaran tentang masalah perkauman ini dapat ditingkatkan. Sebagai seorang warga Malaysia, kita hendaklah selalu mengingati supaya kepelbagaian kaum kita adalah kekuatan Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, kursus hubungan etnik ini mestilah diajar dan dibincangkan secara mendalam dalam kelas bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar memahami pengetahuan dan isu-isu antara kaum secara mendalam. Saya berasa gembira pensyarah saya telah mengajar kursus ini dengan baik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Raihana Romli profile image
Raihana Romli profile image
8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
perpaduan antara kaum sangat penting, ini kerana untuk mewujudkan negara yang harmoni, setiap kaum dalam sesebuah negara perlu bersatu padu. melalui kursus ini, saya dapat mempelajari perbezaan budaya antara setiap masyarakat di Malaysia. dalam penghasilan video yang berkaitan tarian masyarakat borneo ini, kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting. selain itu, tidak semua masyarakat semenanjung tahu mengenai tarian daripada masyarakat borneo ini. oleh itu, tarian yang ada dalam negara kita ini menunjukkan simbolik yang terdapat dalam Malaysia
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 stars
4 years, 3 months ago
Melalui kursus hubungan etnik ini, saya dapat mempelajari budaya daripada masyarakat lain. selain itu, kursus ini juga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian kita yang mempunyai pelbagai kaum. perpaduan antara kaum juga penting untuk mencapai sebuah negara yang harmoni.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Kursus hubungan etnik secara jujurnya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam akan agama-agama yang lain dan mendorong untuk menghargai keunikan setiap adat dan kepercayaan di antara kaum-kaum yang lain. Perkara-perkara yang kecil seperti perkataan-perkataan yang digunakan dalam pergaulan seharian di antara rakyat yang terdiri daripada kaum-kaum yang berbeza , tabiat sesetengah rakyat Malaysia tidak kira kaum yang sudah menjadi satu budaya di negara kita adalah antara keistimewaan yang sentiasa perlu diingati dan dihargai.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, subjek ini iaitu Hubungan Etnik telah membantu saya untuk tahu bahawa sampai sekarang masih yang kurang memahami tentang agama dan budaya lain. Saya juga harus belajar banyak lagi untuk memperkembang pengetahuan tentang isu ini. Secara kesuluruhannya kos ini telah membuka mata saya untuk mendapat lebih pengetahuan tentang ini. Instructor atau pensyarah kami telah mendorong kami dan banyak mengajar kami.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
This course very interesting .We learn many knowledge in this course. This course very meaningful and teach many moral for university student. In this course, we learn how to plan a video for perpaduan . This is very best course in university life.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Mu Talib profile image
Mu Talib profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Secara keseluruhannya, subjek hubungan etnik memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar di mana pelajar lebih yakin untuk bergaul sesama kaum yang lain walaupun setiap kaum itu mempunyai ciri kebudayaan yang berbeza. Selain itu, subjek ini memdedahkan kelemahan setiap kaum yang perlu diperbaiki agar negara malaysia mampu mencapai taraf negara maju buka sahaja berdasarkan pencapaian ekonomi dan politik sahaja malahan dalam aspek sosial juga. Tambahan lagi, apabila ikatan sosial antara rakyat semakin kukuh maka akan berkuranglah jurang antara kaum. Kursus ini memberikan saya peluang baru utk meneroka kepelbagaian kaum di Malaysia. Masih banyak budaya2 di Malaysia yg masih belum sy ketahui. Melalui kursus ini, banyak pendedahan kpd pelajar. Melalui kursus ini juga pelajar dapat menjalinkan tali perpaduan dalam kalangan kumpulan2 kecil yg terdiri drpd pelbagai kaum. I LOVE HE <3 Bagi saya kursus hubungan etnik ni memberikan saya pelua... Secara keseluruhannya, subjek hubungan etnik memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar di mana pelajar lebih yakin untuk bergaul sesama kaum yang lain walaupun setiap kaum itu mempunyai ciri kebudayaan yang berbeza. Selain itu, subjek ini memdedahkan kelemahan setiap kaum yang perlu diperbaiki agar negara malaysia mampu mencapai taraf negara maju buka sahaja berdasarkan pencapaian ekonomi dan politik sahaja malahan dalam aspek sosial juga. Tambahan lagi, apabila ikatan sosial antara rakyat semakin kukuh maka akan berkuranglah jurang antara kaum. Kursus ini memberikan saya peluang baru utk meneroka kepelbagaian kaum di Malaysia. Masih banyak budaya2 di Malaysia yg masih belum sy ketahui. Melalui kursus ini, banyak pendedahan kpd pelajar. Melalui kursus ini juga pelajar dapat menjalinkan tali perpaduan dalam kalangan kumpulan2 kecil yg terdiri drpd pelbagai kaum. I LOVE HE <3 Bagi saya kursus hubungan etnik ni memberikan saya peluang meneroka kepelbagaian kaum di Malaysia. Pelbagai kebudayaan kaum-kaum lain yg masih belum saya ketahui. Melalui kursus ini,sy dapat membuka minda sy dan dapat menjalinkan tali perpaduan dalam kumpulan2 kecil yg terdiri drpd pelbagai kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Xuxu Androgynous profile image
Xuxu Androgynous profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
4 years, 3 months ago
Sebelum mengambil kursus ini, saya berasa kursus ini sangat membosankan dan membazirkan masa. Tetapi, selepas menghadir kuliah ini, saya tersedar betapa piciknya pengetahuan saya, seperti katak di bawah tempurung. Saya mula bergaul dengan rakan daripada etnik yang berlainan, hanya apabila saya memasuki universiti. Mungkin sesetengah orang berasa ini kelakar atau memalukan, tetapi memang benarlah, sejak belajar di tadika sehingga ke form six, tidak ada rakan etnik lain di kalangan saya. Saya percaya, "never too late" bagi saya untuk mengembangkan “circle of friends" saya. Saya berasa amat bersyukur mempunyai peluang untuk belajar dan memahami etnik yang berlainan di samping mewujudkan kesepaduan dan keharmonian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nurdina Abu Bakar profile image
Nurdina Abu Bakar profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
4 years, 3 months ago
Pada pendapat saya, kos hubungan etnik memberikan gambaran yang jelas tentang budaya dan adat yang terdapat di Malaysia. Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana saya dapat mengetahui budaya lain selain daripada budaya saya sendiri. I LOVE MY..
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Khalilah Hamid profile image
Khalilah Hamid profile image
10/10 stars
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
kursus hubungan etnik ini telah mengajar saya untuk lebih memahami tentang budaya dan adat kaum lain. saya rasa bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya. I LOVE MALAYSIA.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsCompleted
4 years, 3 months ago
Sebelum mengambil kursus ini, saya berasa kursus ini sangat membosankan dan membazirkan masa. Tetapi, selepas menghadir kuliah ini, saya tersedar betapa piciknya pengetahuan saya, seperti katak di bawah tempurung. Saya mula bergaul dengan rakan daripada etnik yang berlainan, hanya apabila saya memasuki universiti. Mungkin sesetengah orang berasa ini kelakar atau memalukan, tetapi memang benarlah, sejak belajar di tadika sehingga ke form six, tidak ada rakan etnik lain di kalangan saya. Saya percaya, "never too late" bagi saya untuk mengembangkan “circle of friends" saya. Saya berasa amat bersyukur mempunyai peluang untuk belajar dan memahami etnik yang berlainan di samping mewujudkan kesepaduan dan keharmonian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
hubungan etnik sememangnya memberi satu ruang buat pelajar dalam mengenali budaya malaysia yang sebenar disamping menghakis sifat-sifat yang boleh membawa kepada ketidaksefaham dan keruntuhan kamu.we r one malaysia ❤
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Sebagai seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, kadang kadang saya sendiri terlepas pandang mengenai kepentingan hubungan etnik dalam memastikan perpaduan itu dapat dicapai dalam kehidupan majmuk di Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat kursus ini adalah sesuatu yang membosankan tetapi jika dinilai dari aspek positifnya ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menyedarkan para pelajar khususnya untuk menghormati serta menerima kebudayaaan masyarakat lain dalam kehidupan mereka. malaysia terdiri kepelbagaian etnik dan masyarkatnya, jadi adalah menjadi keperluan untuk mahasiswa didedahkan dengan kepentingan menjaga hubungan sesama etnik dalam mewujudkan perpaduan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
SuHairi MazLan profile image
SuHairi MazLan profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
4 years, 3 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada pendapat saya Kesepaduan dan Hubungan Etnik ini telah banyak membantu dan mengajar saya mengenai skop-skop dan isu-isu penting terutamanya dalam hubungan sesama kita. Bagi saya, Kursus ini membincangkan tentang masyarakat, budaya dan konsep-konsep asas sosiologi dalam hubungan etnik. Kursus ini juga menjelaskan tentang perkembangan dan pembentukan masyarakat di Malaysia. Tumpuan perbincangan adalah tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Cong Yi profile image
Cong Yi profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Melalui kursus ini, saya rasa pembelajaran hubungan etnik ini dapat meningkatkan kefahaman saya. Pada masa yang sama, soal kesepaduan sosial dapat dipupuk antara semua kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Vyon May profile image
Vyon May profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Setelah mengambil kursus ini, saya telah memahami bahawa perpaduan antara kaum dapat dicapai melalui kerjasama pelbagai pihak. Saya turut berasa bahawa amalan ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.