Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Rachel Kee profile image
Rachel Kee profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Kursus Hubungan Etnik telah memberi inspirasi kepada saya bahawa kita harus meneruskan usaha memperbaiki hubungan etnik kerana majoriti insiden konflik sosial yang berlaku melibatkan pihak atau aktor dari kumpulan etnik yang berbeza.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Unsur-unsur ini terdiri daripada bahasa kebangsaan, Agama persekutuan, Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan pemerintahan beraja. Pada pendapat saya, Unsur-unsur ini sangat relevan pada masa sekarang dan tidak perlu diubah kerana dapat mewujudkan identiti Malaysia serta dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Tambahan pula, Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975. Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang melayu dan bukan melayu. Hak istimewa orang melayu, Islam agama persekutuan dan bahasa melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan. Prasyarat ini menunjukkan pemimpin t... Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Unsur-unsur ini terdiri daripada bahasa kebangsaan, Agama persekutuan, Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan pemerintahan beraja. Pada pendapat saya, Unsur-unsur ini sangat relevan pada masa sekarang dan tidak perlu diubah kerana dapat mewujudkan identiti Malaysia serta dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Tambahan pula, Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975. Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang melayu dan bukan melayu. Hak istimewa orang melayu, Islam agama persekutuan dan bahasa melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan. Prasyarat ini menunjukkan pemimpin terdahulu telah mendapat satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara konflik antara etnik. Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang sama seperti orang Melayu. Bahasa Kebangsaan perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Bagi pemerintahan beraja pula, iainya telah wujud dalam sistem sosial setiap negeri Melayu. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik. Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berpelembagaan selaras dengan sistem demokrasi. Raja berperlembagaan ialah raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, Unsur-unsur tersebut tidak perlu dihapuskan kerana ia dapat memelihara keharmonian kaum serta memupuk ke arah perpaduan di negara ini. Tambahan pula, Orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

4/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana terdapat penduduk yang pelbagai dari segi bangsa, agama dan etnik. Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang gemar dikunjungi oleh orang asing dan menjadi salah satu tumpuan dari segi pelancongan. Perkara utama menjadi tarikan ramai adalah kerana jenis penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan. Malaysia terkenal bagi keistimewaan tersebut. Walaupun, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun ia merupakan sebuah negara yang aman dan damai tanpa sebarang perbalahan dan rusuhan kaum. Malaysia mengamalkan nilai kebebasan agama dan tidak hanya tertumpu pada satu agama atau kaum sahaja. Segala perkara dari segi sektor pendidikan, pekerjaan, politik dan lain-lain lagi, semua individu dilayan serta diberi peluang sama rata untuk diambil dan diduduki. Bagaimanakah negara Malaysia terbentuk daripada peduduk pelbagai kaum dan agama ? Sebelum abad ke-18 penduduk tanah... Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana terdapat penduduk yang pelbagai dari segi bangsa, agama dan etnik. Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang gemar dikunjungi oleh orang asing dan menjadi salah satu tumpuan dari segi pelancongan. Perkara utama menjadi tarikan ramai adalah kerana jenis penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan. Malaysia terkenal bagi keistimewaan tersebut. Walaupun, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun ia merupakan sebuah negara yang aman dan damai tanpa sebarang perbalahan dan rusuhan kaum. Malaysia mengamalkan nilai kebebasan agama dan tidak hanya tertumpu pada satu agama atau kaum sahaja. Segala perkara dari segi sektor pendidikan, pekerjaan, politik dan lain-lain lagi, semua individu dilayan serta diberi peluang sama rata untuk diambil dan diduduki. Bagaimanakah negara Malaysia terbentuk daripada peduduk pelbagai kaum dan agama ? Sebelum abad ke-18 penduduk tanah melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang asli, orang melayu dan kaum bumiputera sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Perubahan mula terbentuk pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh migrasi luar yang berlaku akibat kemudahan-kemudahan yang ada di tanah bumi kita. Migrasi berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi factor utama migrasi daripada luar iaitu China dan India. Setiap kaum dan budaya mempunyai keistimewaan mereka tersendiri dari segi tradisi mereka. Oleh itu, di negara Malaysia terdapat pelbagai perkara yang boleh dilihat, dicuba, ddan dirasa. Walaupun, agama rasmi yang ditetapkan di Malaysia adalah agama Islam namun agama-agama lain bebas juga diamalkan dengan aman dan damai. Selain masjid, kuil, tokong, gereja dan gurdwara disediakan di pelbagai tempat untuk panganut agama masing-masing boleh beribadat. Bukan itu sahaja, perayaan yang disambut oleh setiap penganut juga bebas disambut. Setiap perayaan utama seperti hari raya aidilfitri, tahun baru cina, deepavali dan juga hari krismas akan diberi cuti umum kepada rakyat. Pada hari-hari seperti ini, setiap kaum yang yang menyambut perayaan masing-masing kebanyakannya akan mengadakan rumah terbuka kepada rakan-rakan kaum lain untuk mereka mengunjungi dan mengadakan makan besar. Masa ini merupakan satu masa yang boleh melihat persepakatan kaum masyarakat Malaysia. Kesimpulannya, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik merupakan salah satu tarikan ramai. Persepakatan antara mereka boleh dilihat melalui pelbagai perkara. Kerajaan Malaysia serta pihak sekolah menggalakkan pelbagai program untuk diadakan supaya hubungan yang erat boleh dipupuk antara pelbagai kaum dari kecil lagi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
hello everybody, this course helps me understand more about other culture and races! Look forward for more infos and updates from open learning! I hope to learn more and widen my perspective towards other culture and hope to learn more too.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 3 months ago
saya berharap pembelajaran etnik akan meningkatkan kefahaman saya soal kesepaduan sosial yang perlu dipupuk antara semua kaum dan semoga saya dapat score dalam subjek ini. di samping, saya dapat menggunakan semua ilmu yang telah diajar , pengalaman yang telah dikongsi untuk kepentingan bersama
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 3 months ago
setelah menonton video yang di tayangkan, saya dapat memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan masa kini.Selain itu,dapat memahami hubungan etnik di Malaysia dan mengetahui bagaimana kesepaduan sosial di kalangan etnik dapat diwujudkan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
4 years, 4 months ago
setelah mengambil course ini saya telah mendapati perpaduan antara kaum dapat dicapai melalui kerjasama pelbagai pihak dan perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

6/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 4 months ago
Melalui pengamatan saya ,berdasarkan video tersebut,saya akhirnya menyedari kepelbagaian kaum di Malaysia bukan satu penghalang untuk negara kita menjadi aman dan makmur. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bertolak ansur antara satu sama lain .oleh yang demikian keamanaan mudah dicapai dan perpaduan antara rakyat di Malaysia semakin kukuh.Disamping itu kita lagi mudah memahami perih jerih masyarakat terdahulu dalam mencapai kemerdekaan,biarpun mereka harus berkorban darah sekalipun meraka sanggup demi mempertahankan negara air tercinta.Hal ini dapat membangkitakan semangat patriotik di kalangan pelajar dan seterusnya menambahkan lagi kecintaan meraka terhadap negara ini.Melalui pendekatan ini kita juga dapat memahami keunikan budaya dan adat sesebuah kaum,hal ini dapat dilihat melalui cara brrpakain,pantang larang,keunikan makanan dan tutur bahasa.Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam komunikasi ant... Melalui pengamatan saya ,berdasarkan video tersebut,saya akhirnya menyedari kepelbagaian kaum di Malaysia bukan satu penghalang untuk negara kita menjadi aman dan makmur. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bertolak ansur antara satu sama lain .oleh yang demikian keamanaan mudah dicapai dan perpaduan antara rakyat di Malaysia semakin kukuh.Disamping itu kita lagi mudah memahami perih jerih masyarakat terdahulu dalam mencapai kemerdekaan,biarpun mereka harus berkorban darah sekalipun meraka sanggup demi mempertahankan negara air tercinta.Hal ini dapat membangkitakan semangat patriotik di kalangan pelajar dan seterusnya menambahkan lagi kecintaan meraka terhadap negara ini.Melalui pendekatan ini kita juga dapat memahami keunikan budaya dan adat sesebuah kaum,hal ini dapat dilihat melalui cara brrpakain,pantang larang,keunikan makanan dan tutur bahasa.Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam komunikasi antara masyrakat di Malaysia.Dengan penggunaan bahasa melayu proses pembelajaarn,jual beli dan sebagainya dapt berjalan dengan lancar.Justeru itu kahwin campur tu sering dikaitakan dengan rakyat di Malaysia,sebagai contoh baba nyonya,baba nyonya trerhasil melalaui perkahwinan campur antara dua kaum yang berbeza.hal ini akan menyebabakan kaum di Malaysia lagi banyak hasil perkahwinan campur.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Harnycie Amin profile image
Harnycie Amin profile image
8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 4 months ago
setelah melihat video ini saya telah mempelajari tentang senario kepelbagaian etnik di Malaysia. Contohnya di Malaysia terdapat pelbagai etnik contohnya etnik melayu,cina dan india. Bukan itu sahaja, saya juga telah mempelajari tentang asas pembinaan kefahaman wacana hubungan etnik. Kita dapat memupuk semangat kesepaduan antara sesebuah etnik dengan etnik yang lain dengan semangat tolong - menolong dan melibatkan dalam semua aktiviti yang melibatkan semua etnik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
4 years, 4 months ago
melalui video ini kita dapat mengetahui dan memahami apa yang terkandung dalam kesepaduan dan hubungan etnik di Malaysia. Salah satu contohnya kesepaduan sosial yang mana ia boleh wujud dan bercambah jika terdapat usaha dan kesedaran daripada pelbagai pihak yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu
Was this review helpful? Yes0
 Flag
muhammad adib fitrie mukhtar profile image
muhammad adib fitrie mukhtar profile image
8/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
4 years, 9 months ago
satu medium yang mudah dicapai oleh semua pelajar malahan masyarakat juga dapat menggunakan medium yang disediakan ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsCompleted
4 years, 9 months ago
I LIKE ABOUT THE HISTORY OF MALAYSIA
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsCompleted
4 years, 9 months ago
about Malaysia i'm totally like about a histoy of Malaysia
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Amir Rusyaidi profile image
Amir Rusyaidi profile image
9/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
4 years, 9 months ago
I would like to learn more about science and technology. I like some subject that provided in the website such as how to become a businessman etc. Nothing I would like to improve.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

9/10 starsTaking Now
4 years, 9 months ago
I love to learn more about science and technology. I like those subject and some of provided subjects such as how to start a business etc. I think, just maintain the good work.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Mohd Naszrun profile image
Mohd Naszrun profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 11 months ago
Asalammualaikum dan salam sejahtera, Saya Mohammad Nasrun Balani (BG14160742), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 dibawah pimpinan Dr.Nordi Achie. Pada pandangan saya, mata pelajaran hubungan etnik yang diterapkan adalah merupakan komponen yang amat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti di Malaysia. Hubungan etnik merupakan perkaitan atau pertalian antara beberapa kaum seperti kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum ini perlu disatukan bagi membentuk sebuah negara yang makmur dan aman. Hal ini kerana, setiap kaum mempunyai pandangan dan kepercayaan mereka tersendiri yang mana berbeza antara satu sama lain. Melalui pembelajaran ini, terdapat pelbagai penerangan yang dijelaskan berkaitan hubungan antara kaum yang mana perlu dimilliki oleh setiap indivudu tersebut. Misalnya, penerangan berkaitan sikap perlu hormat antara kaum, kerjasama... Asalammualaikum dan salam sejahtera, Saya Mohammad Nasrun Balani (BG14160742), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 dibawah pimpinan Dr.Nordi Achie. Pada pandangan saya, mata pelajaran hubungan etnik yang diterapkan adalah merupakan komponen yang amat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti di Malaysia. Hubungan etnik merupakan perkaitan atau pertalian antara beberapa kaum seperti kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum ini perlu disatukan bagi membentuk sebuah negara yang makmur dan aman. Hal ini kerana, setiap kaum mempunyai pandangan dan kepercayaan mereka tersendiri yang mana berbeza antara satu sama lain. Melalui pembelajaran ini, terdapat pelbagai penerangan yang dijelaskan berkaitan hubungan antara kaum yang mana perlu dimilliki oleh setiap indivudu tersebut. Misalnya, penerangan berkaitan sikap perlu hormat antara kaum, kerjasama, bertolak ansur dan bersikap adil antara satu sama lain. Sebaliknya, apabila penerapan dalam bidang ini kurang diterapkan akan kemungkinan besar berlaku perpecahan kaum. Misalnya, peristiwa 13 Mei yang mana telah menyebabkan pertumpahan dara antara masyarakat sehingga menjadi sejarah pada hari ini. Oleh itu, penerapan hubungan etnik perlu difahami dan diaplikasikan pada setiap individu bagi mengelakkan peristiwa seperti itu berlaku. Oleh itu, dengan hasil pembelajaran hubungan etnik ini akan mampu membentuk sebuah kelompok yang bersatu serta akan membentuk sebuah negara yang lebih aman kelak.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.