Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Lanti Tuntun profile image
Lanti Tuntun profile image

Lanti Tuntun

10/10 starsTaking Now
1 year, 6 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam menjulang pendidikan negara. Saya Lanti Tuntun, pelajar dari Univerisiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, mengambil kursus Hubungan Etnik yang dikendalikan oleh Dr. Nordi Achie. Menyentuh mengenai isu perpaduan seperti yang selalu pensyarah kami ingatkan di setiap kuliah, sebut sahaja negara kita, sememangnya dikenali dengan keunikan yang tidak terdapat di negara lain. Kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di sini menjadi keistimewaan kepada negara kita. Keharmonian yang dicapai setelah penggubalan Rukun Negara telah menepis segala persepsi dan jangakaan bahawa Malaysia tidak akan mampu bertahan lamanya berdiri teguh tanpa bantuan asing. Hal ini membuktikan, perpaduan negara telah dicapai atas kesepakatan antara pemimpin serta rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tidak lupa juga kemakmuran yang kita kecapi kini merupakan hasil ti... Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam menjulang pendidikan negara. Saya Lanti Tuntun, pelajar dari Univerisiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, mengambil kursus Hubungan Etnik yang dikendalikan oleh Dr. Nordi Achie. Menyentuh mengenai isu perpaduan seperti yang selalu pensyarah kami ingatkan di setiap kuliah, sebut sahaja negara kita, sememangnya dikenali dengan keunikan yang tidak terdapat di negara lain. Kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di sini menjadi keistimewaan kepada negara kita. Keharmonian yang dicapai setelah penggubalan Rukun Negara telah menepis segala persepsi dan jangakaan bahawa Malaysia tidak akan mampu bertahan lamanya berdiri teguh tanpa bantuan asing. Hal ini membuktikan, perpaduan negara telah dicapai atas kesepakatan antara pemimpin serta rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tidak lupa juga kemakmuran yang kita kecapi kini merupakan hasil titik peluh barisan pemimpin dari pelbagai kaum berkerah minda dan usaha untuk mengharmonikan serta menyatupadukan negara kita. Walau bagaimanapun, segala usaha dan hasil yang telah dicapai oleh para pemimpin negara terdahulu tidak akan berkekalan lama sekiranya generasi sekarang tidak mengambil serius untuk terus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan bersama. Isu-isu yang perlu diketengahkan dan dititikberatkan oleh seluruh rakyat negara ini adalah seperti menghormati budaya setiap kaum mahupun etnik yang terdapat di negara ini. Sebagai contoh, meraikan perayaan bersama dengan menziarahi sahabat handai dan saudara-mara untuk mengeratkan perpaduan lagi yang sedia ada. Sikap toleransi juga perlu dipandang serius kerana sikap inilah yang boleh mengelakkan dan menghindarkan segala perbalahan dan perselisihan faham berlaku. Kesimpulannya, hubungan etnik yang terdapat di negara kita merupakan kebanggaan serta kemegahan bagi kita dan penting untuk kita mengekalkannya kerana itulah identiti negara kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Yu Fang Lee profile image
Yu Fang Lee profile image

Yu Fang Lee

6/10 starsTaking Now
1 year, 5 months ago
Nama : Lee Yu Fang No. Matrik : BG17160483 Nama Pensyarah : Dr. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Seksyen 103. Salam sejahterah. Pada pendapat saya, negara Malaysia adalah suatu negara yang unik, iaitu terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Negara Malaysia terdiri daripada kaum utama iaitu orang Cina, India, Melayu dan peribumi. Oleh itu, rakyat Malaysia akan sentiasa merayai perayaan yang berbeza sepanjang tahun. Seperti yang dinyatakan, kaum Melayu akan menyambut Hari Raya Puasa manakala orang Cina akan menyambut Tahun Baru Cina dan sebagainya. Kewujudan perayaan yang berbeza ini bukan sahaja dapat menunjukkan keistimewaan negara Malaysia malah dapat mengeratkan hubungan antara kaum secara tidak langsung. Rakyat Malaysia sentiasa digalakkan supaya hormat menghormati adat social setiap kaum supaya tidak berlaku perselisihan dan persefahaman dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana negara... Nama : Lee Yu Fang No. Matrik : BG17160483 Nama Pensyarah : Dr. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Seksyen 103. Salam sejahterah. Pada pendapat saya, negara Malaysia adalah suatu negara yang unik, iaitu terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Negara Malaysia terdiri daripada kaum utama iaitu orang Cina, India, Melayu dan peribumi. Oleh itu, rakyat Malaysia akan sentiasa merayai perayaan yang berbeza sepanjang tahun. Seperti yang dinyatakan, kaum Melayu akan menyambut Hari Raya Puasa manakala orang Cina akan menyambut Tahun Baru Cina dan sebagainya. Kewujudan perayaan yang berbeza ini bukan sahaja dapat menunjukkan keistimewaan negara Malaysia malah dapat mengeratkan hubungan antara kaum secara tidak langsung. Rakyat Malaysia sentiasa digalakkan supaya hormat menghormati adat social setiap kaum supaya tidak berlaku perselisihan dan persefahaman dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana negara Malaysia mempunyai kaum atau enik yang berlainan. Perpaduan antara pelbagai kaum merupakan suatu perbuatan yang sangat penting bagi sesebuah negara supaya tidak memberi peluang kepada pihak asing untuk menjajah semula seperti yang telah dinyatakan dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia supaya dapat mempertahankan keamanan negara. Kesimpulannya, warganegara Malaysia haruslah peka akan hubungan entik negara supaya dapat mengekalkan keamanan negara. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nick Loo profile image
Nick Loo profile image
8/10 stars
  • 1 review
  • 0 completed
1 year, 6 months ago
NAMA :KONG YU HENG N0. MATRIKS : BG17110380 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) NAMA PENSYARAH : DR. NORDI ACHIE. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berbilang kaum dan etnik. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya dan saya amat teruja dengan semangat integrasi yang ditunjukkan oleh setiap kaum acapkali sambutan Hari Kemerdekaan, yang mana mereka bersatu-padu dalam menjayakan sambutan tersebut dan meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat kenegaraan. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara kita. Perpaduan negara adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara ya... NAMA :KONG YU HENG N0. MATRIKS : BG17110380 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) NAMA PENSYARAH : DR. NORDI ACHIE. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berbilang kaum dan etnik. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya dan saya amat teruja dengan semangat integrasi yang ditunjukkan oleh setiap kaum acapkali sambutan Hari Kemerdekaan, yang mana mereka bersatu-padu dalam menjayakan sambutan tersebut dan meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat kenegaraan. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara kita. Perpaduan negara adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Oleh itu, kita juga dapat menjaga dan memupuk semangat kekitaan antara satu sama lain kerana lebih memahami budaya dan adat resam etnik masing-masing. Langkah untuk mengukuhkan interetnik ialah mengunakan bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Pada pendapat saya, memupukkan perpaduan boleh melalui dengan mewajibkan setiap institusi yang mempunyai pelbagai etnik untuk mengadakan majlis perayaan bagi setiap kaum di Malaysia yang terbuka kepada semua kaum. Ini membolehkan mereka lebih memahami agama dan adat resam setiap kaum. Selain itu, pihak kerajaan perlu melakukan satu usaha untuk menangani masalah ketidaksefahaman pemimpin yang berbeza kaum di Malaysia kerana disebabkan masalah dalaman tersebut menyebabkan rakyat tidak bersatu padu kerana mengutamakan kepentingan mengikut kaum. Di samping itu, langkah yang lain untuk memupukkan perpaduan adalah melalui media sosial ia dapat merapatkan jurang organisasi tersebut dengan anak muda pada hari ini. Media sosial amat penting pada hari ini, hal ini kerana melalui laman sosial pihak organisasi dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan bernas.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
1 year, 6 months ago
Salam sejahtera, Saya, Balqish Ajwa Anis Binti Mohd Atan (BG17160606), pelajar UMSKAL, Fakulti kewangan Antarabangsa Labuan. Sepanjang kursus ini saya dibawah pimpinan Dr Nordie Achie (seksyen 103). Pada pendapat saya Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati kerana prinsip rukun negara Malaysia sendiri yang mengurangkan jurang perkauman dalam diri rakyat. Sehingga kini, perbezaan yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. Jurang perpaduan berlaku ekoran dasar pecah dan perintah. Hal Ini merupakan salah satu masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia kini. Setiap anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik untuk menerima perbezaan antara satu sama lain. Isu-isu seperti bangsa,adat-isti... Salam sejahtera, Saya, Balqish Ajwa Anis Binti Mohd Atan (BG17160606), pelajar UMSKAL, Fakulti kewangan Antarabangsa Labuan. Sepanjang kursus ini saya dibawah pimpinan Dr Nordie Achie (seksyen 103). Pada pendapat saya Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati kerana prinsip rukun negara Malaysia sendiri yang mengurangkan jurang perkauman dalam diri rakyat. Sehingga kini, perbezaan yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. Jurang perpaduan berlaku ekoran dasar pecah dan perintah. Hal Ini merupakan salah satu masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia kini. Setiap anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik untuk menerima perbezaan antara satu sama lain. Isu-isu seperti bangsa,adat-istiadat, kaum, dan agama perlu difahami dan diterima oleh semua. konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menunjukkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
TAN SHIANG YING profile image
TAN SHIANG YING profile image

TAN SHIANG YING

10/10 starsTaking Now
1 year, 6 months ago
Nama : Tan Shiang Ying No. Matrik : BG17160526 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMSKAL) Seksyen 103 Pada pandangan saya, hubungan etnik merupakan elemen yang amat penting dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia a... Nama : Tan Shiang Ying No. Matrik : BG17160526 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMSKAL) Seksyen 103 Pada pandangan saya, hubungan etnik merupakan elemen yang amat penting dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kursus hubungan etnik yang dipertawarkan di dalam universiti dapat mengeratkan hubungan rakyat Malaysia yang berlainan etnik. Kursus ini boleh membantu dalam memupukkan kesefahaman antara etnik-etnik. Perasaan kesefahaman membawa toleransi and meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Negara akan terus bergemilang jika setiap etnik bekerjasama untuk membangunkannya. Dalam harapan saya, semoga hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia akan terus berlangsung supaya keamanan dan kemakmuran negara dapat dijamin. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Ching Wei Chia profile image
Ching Wei Chia profile image

Ching Wei Chia

10/10 starsTaking Now
1 year, 6 months ago
Nama : Chia Ching Wei No. Matrik : BG17160602 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 103. Pada pendapatan saya, hubungan etnik merupakan pekara yang sangat penting untuk diamalkan dan dikekalkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan mempunyai budaya yang berbeza. Dengan itu, kursus hubungan etnik dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadi negara kita maju dan jaya. Negara yang harmoni dan bersepadu juga dapat membawa meningkatan ekonomi negara. Kursus ini dapat memberikan mahasiswa dan mahasiswi lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Hal ini akan mengurangkan prejudis dan ketidakfahaman antara satu sama lain. Selain itu, kursus ini memang dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan ma... Nama : Chia Ching Wei No. Matrik : BG17160602 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 103. Pada pendapatan saya, hubungan etnik merupakan pekara yang sangat penting untuk diamalkan dan dikekalkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan mempunyai budaya yang berbeza. Dengan itu, kursus hubungan etnik dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadi negara kita maju dan jaya. Negara yang harmoni dan bersepadu juga dapat membawa meningkatan ekonomi negara. Kursus ini dapat memberikan mahasiswa dan mahasiswi lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Hal ini akan mengurangkan prejudis dan ketidakfahaman antara satu sama lain. Selain itu, kursus ini memang dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan maju. Selanjutnya, kursus ini dapat menerapkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar ke arah sebuah masyarakat yang bersatu-padu. Akhirnya, saya berharap masyarakat kita agar dapat membuka hati untuk menerima dan memahami kaum lain dan mula bertutur dan membina hubugan dengan pelbagai kaum. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
1 year, 5 months ago
Nama : Toh Jia Qi No. Matrik : Bg17160554 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 103. Pada pendapatan saya, hubungan etnik merupakan pekara yang amat penting untuk dikekalkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum bangsa dan budaya. Kursus hubungan etnik dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan perpaduan antara kaum-kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadi negara kita maju dan jaya. Negara yang harmoni dan bersepadu juga akan membawa meningkatan ekonomi negara. Kursus ini juga memberikan mahasiswa dan mahasiswi lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan prejudis dan ketidakfahaman antara satu sama lain. Selain itu, kursus ini memang dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan maju. Selanjutnya, kursus ini dapat menerapkan kemahira... Nama : Toh Jia Qi No. Matrik : Bg17160554 Nama Pensyarah : DR. Nordi Achie Universiti Malaysia Sabah (UMS) Seksyen 103. Pada pendapatan saya, hubungan etnik merupakan pekara yang amat penting untuk dikekalkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum bangsa dan budaya. Kursus hubungan etnik dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan perpaduan antara kaum-kaum. Perpaduan antara kaum akan membawa keharmonian di dalam negara dan menjadi negara kita maju dan jaya. Negara yang harmoni dan bersepadu juga akan membawa meningkatan ekonomi negara. Kursus ini juga memberikan mahasiswa dan mahasiswi lebih memahami tradisi dan budaya semua kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan prejudis dan ketidakfahaman antara satu sama lain. Selain itu, kursus ini memang dapat membantu negara kita lebih perpaduan, bersepadu dan maju. Selanjutnya, kursus ini dapat menerapkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar ke arah sebuah masyarakat yang bersatu-padu. Akhirnya, saya berharap masyarakat kita boleh membuka hati untuk menerima dan memahami kaum lain dan mula bertutur dan membina hubugan dengan pelbagai kaum. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
ANG YING FONG profile image
ANG YING FONG profile image

ANG YING FONG

4/10 starsTaking Now
1 year, 6 months ago
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia, nama saya Ang Ying Fong (BG17160489) (S103) dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan nama pensyarah ialah Nordi Ache. Dalam sepanjang semester ini, saya akan mengambil kursus hubungan etnik. Pada pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Konsep perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara kerana ini akan menjadikan sebuah negara menjadi aman dan harmoni. Semua kaum perlu saling menghormati dan memahami budaya orang lain untuk menggelakkan perselisihan faham. Pada masa kini,ramai orang tidak mempunyai pandangan prasangka kerana ramai orang telah belajar melalui pendidikan.Selain itu, masyarakat kini telah menerima kahwin campur dan ini akan menyatupadukan kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja, sukan telah menyatupadukan rakyat untuk bersama-sama meraikan menang dan bersama menghadapi kekalahan. Makanan traditional semua kaum bole... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia, nama saya Ang Ying Fong (BG17160489) (S103) dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan nama pensyarah ialah Nordi Ache. Dalam sepanjang semester ini, saya akan mengambil kursus hubungan etnik. Pada pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Konsep perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara kerana ini akan menjadikan sebuah negara menjadi aman dan harmoni. Semua kaum perlu saling menghormati dan memahami budaya orang lain untuk menggelakkan perselisihan faham. Pada masa kini,ramai orang tidak mempunyai pandangan prasangka kerana ramai orang telah belajar melalui pendidikan.Selain itu, masyarakat kini telah menerima kahwin campur dan ini akan menyatupadukan kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja, sukan telah menyatupadukan rakyat untuk bersama-sama meraikan menang dan bersama menghadapi kekalahan. Makanan traditional semua kaum boleh dipaparkan untuk dikenali oleh semua rakyat. Pada perayaan yang besar, meraikan Rumah Terbuka akan memupuk perpaduan. Melalui belajar kursus hubungan etnik, pelajar dapat mengetahui kepentingan perpaduan nasional. Semua rakyat mesti mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

10/10 stars
1 year, 6 months ago
Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya CHAN KAM SEONG ( BG17110082 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum Cina dan kaum India hanya bergaul sesama kaum diri sendiri. Memang... Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia Saya CHAN KAM SEONG ( BG17110082 ) , pelajar dari Universiti Malaysia Sabah ( UMS ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Saya selaku alumni kolej matrikulasi, saya amat memahami situasi yang berkaitan kaum Cina dan kaum India hanya bergaul sesama kaum diri sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, semangat perpaduan wajar diterapkan kepada generasi muda untuk menjayakan sebuah negara. Selain itu, kursus hubungan etnik ini memang dapat membantu dan mengajar para mahasiswa dan mahasiswi untuk memupuk semangat perpaduan serta slaing memahami budaya, adat kaum-kaum lain. Secara kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah bersikap toleransi dan bekerjasama untuk memupuk semangat perpaduan untuk memajukan negara Malaysia. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

10/10 starsTaking Now
1 year, 6 months ago
NAMA :TAN FEI NIAN N0. MATRIKS : BG17110040 UNIVERSITI SABAH MALAYSIA NAMA PENSYARAH : DR. NORDI ACHIE. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berbilang kaum dan etnik. Dengan ini, kaum perlulah menghormat antara satu sama lain supaya negara lebih perpaduan. Perpaduan antara kaum akan membantu ekonomi sesebuah negara maju dan jaya. Jika kaum bersepadu, Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020 pada tahun yang akan datang dan negara kita akan maju jika kaum persepadu. Perpaduan di Sabah dan Sarawak antara kaum lebih baik berbanding di Semenanjung Malaysia. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana kita semua boleh nampak pada masa ke semasa kaum Cina berkumpulan dengan kaum Cina sahaja jarang campuh dengan kaum Malayu dan India. Kaum Melayu dan India sama berkumpulan dengan kaum yang sama sahaja. Disebabkan ini, kita tidak boleh mencapai perpaduan di negara kita. Berbanding denga... NAMA :TAN FEI NIAN N0. MATRIKS : BG17110040 UNIVERSITI SABAH MALAYSIA NAMA PENSYARAH : DR. NORDI ACHIE. Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berbilang kaum dan etnik. Dengan ini, kaum perlulah menghormat antara satu sama lain supaya negara lebih perpaduan. Perpaduan antara kaum akan membantu ekonomi sesebuah negara maju dan jaya. Jika kaum bersepadu, Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020 pada tahun yang akan datang dan negara kita akan maju jika kaum persepadu. Perpaduan di Sabah dan Sarawak antara kaum lebih baik berbanding di Semenanjung Malaysia. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana kita semua boleh nampak pada masa ke semasa kaum Cina berkumpulan dengan kaum Cina sahaja jarang campuh dengan kaum Malayu dan India. Kaum Melayu dan India sama berkumpulan dengan kaum yang sama sahaja. Disebabkan ini, kita tidak boleh mencapai perpaduan di negara kita. Berbanding dengan Sabah dan Sarawak, kaum di sini boleh bercampur aduk sesama satu sama lain. Inilah semangat perpaduan yang akan menbantu negara kita menjadi lebih majupada masa yang akan datang. Selain itu, kursus hubungan etnik ini memang dapat membantu dan megajar kita untuk memupuk semangat perpaduan serta memahami adat, agama dan kaum lain. Kursus ini perlulah diadakan bukan sahaja di universiti manakala perlu diadakan pada sekolah rendah dan menengah. Semangat perpaduan perlu dinanam pada masa kecil lagi dengan ini kita baru boleh mencapai Wawasan 2020. Secara kesimpulan, saya berharap seluruh warga Malaysia perpadauan untuk memakukan negara kita. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Haritharan Nair Paramasivam profile image
Haritharan Nair Paramasivam profile image

Haritharan Nair Paramasivam

8/10 starsCompleted
1 year, 8 months ago
NAMA : HARITHARAN NAIR A/L PARAMASIVAM NO.MATRIK : WIF170055 MASA KULIAH : RABU, 5.00-7.00 PETANG PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA 1. NYATAKAN KISAH PENGALAMAN ANDA BERKAITAN DETIK-DETIK KEBERSATUAN YANG PERNAH ANDA ALAMI. Antara detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami adalah berbalik pada zaman matrikulasi di mana kolej saya digenapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Saya telah dilantik menjadi jawantankuasa perwakilan pelajar di mana saya dan beberapa rakan sejawat saya bertanggungjawab memelihara keamanan dan keharmonian di kalangan pelajar berbilang kaum. Pada awalnya, saya mendapati hal ini adalah mustahil kerana masing-masing mewujudkan unsur assabiah ataupun berkelompok dalam bulatan kaum sendiri di mana mereka berasa selesa dengannya. Bagi menyatukan semua pelajar, matlamat utama saya adalah untuk membesarkan ataupun memecahkan bulatan kelompok ini. Untuk ber... NAMA : HARITHARAN NAIR A/L PARAMASIVAM NO.MATRIK : WIF170055 MASA KULIAH : RABU, 5.00-7.00 PETANG PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA 1. NYATAKAN KISAH PENGALAMAN ANDA BERKAITAN DETIK-DETIK KEBERSATUAN YANG PERNAH ANDA ALAMI. Antara detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami adalah berbalik pada zaman matrikulasi di mana kolej saya digenapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Saya telah dilantik menjadi jawantankuasa perwakilan pelajar di mana saya dan beberapa rakan sejawat saya bertanggungjawab memelihara keamanan dan keharmonian di kalangan pelajar berbilang kaum. Pada awalnya, saya mendapati hal ini adalah mustahil kerana masing-masing mewujudkan unsur assabiah ataupun berkelompok dalam bulatan kaum sendiri di mana mereka berasa selesa dengannya. Bagi menyatukan semua pelajar, matlamat utama saya adalah untuk membesarkan ataupun memecahkan bulatan kelompok ini. Untuk berbuat demikian, saya dan rakan sejawat saya telah melancarkan program “CULTURAL NIGHT” yang menggabungkan semua etnik di kolej tanpa membezakan latar belakang mahupun kaum serta agama. Bagi menjayakan program ini mereka semua harus saling bekerjasama dan ini telah menghancurkan tembok yang selama ini wujud di antara kalangan mereka semua. Program ini telah berjalan dengan lancar dan kebersatuan semua pelajar matrikulasi dapat saya lihat untuk menyakan program ini. 2.CADANGAN UNTUK MENGEKALKAN SERTA MENGUKUHKAN INTEGRASI DI Malaysia Bagi saya adalah mudah untuk mengekalkan serta mengukuhkan integrasi di Malaysia ialah dengan menyesuaikan diri untuk berada di zon yang tidak selesa. Maksud saya adalah Malaysia merupakan negara di mana kaumnya berbilang majmuk dan ramai tidak mengambil inisiatif untuk menghargai perkara dan mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan orang yang berbeza tututrcaranya ataupun etniknya dari dirinya dan memenuhi orang-orang di sekelilingnya dengan orang yang sama kaum mahupun etnik dengannya. Jikalau masyarakat mula untuk membuka hati untuk menerima orang yang berbeza dari dirinya dan mula bertutur dan membina hubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat maka integrasi di Malaysia amatlah mudah.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi profile image
Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi profile image

Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Nama: Afifah Alya binti Ahmad Pauzi Universiti: Universiti Putra Malaysia No. Matriks: 193928 Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA. Akan tetapi, dalam kelas Hubungan Etnik itu sendiri, para pelajar masih duduk dengan kumpulan etnik masing-masing. Selain daripada itu, hampir seluruh pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu mengambil berat tentang mata pelajaran ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam kredit mereka di IPTA. Apa yang memburukkan lagi ... Nama: Afifah Alya binti Ahmad Pauzi Universiti: Universiti Putra Malaysia No. Matriks: 193928 Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA. Akan tetapi, dalam kelas Hubungan Etnik itu sendiri, para pelajar masih duduk dengan kumpulan etnik masing-masing. Selain daripada itu, hampir seluruh pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu mengambil berat tentang mata pelajaran ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam kredit mereka di IPTA. Apa yang memburukkan lagi adalah terdapat satu pandangan umum dalam kalangan para pelajar bahawa mata pelajaran ini adalah sesuatu yang sangat membosankan dan membuang masa. Malah ada yang sanggup memonteng kelas dan menyuruh rakan sekelas untuk menandatangani kehadiran mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik sedemikian adalah suatu idea yang baik. Cuma oleh kerana masa yang singkat diperingkat universiti ini, di mana rata-rata mahaiswa/i merasakan penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan ditempat yang kedua dan ada kalanya di tempat terakhir. Maka, mata pelajaran seperti Hubungan Etnik yang merupakan salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara bangsa tidak mencai hasrat sebenar. Pada pandangan saya, mata pelajaran seperti ini harus dimulakan pada peringkat yang lebih awal lagi iaitu pada peringkat persekolahan lagi. Realiti menunjukkan bahawa bukan semua pelajar dapat menjejak ke peringkat universiti. Sekiranya mata pelajaran sedemikian diajar pada peringkat yang lebih awal lagi, maka idea dalam modul ini dapat diterapkan kepada bilangan masyarakat yang lebih banyak berbanding dengan pengajaran mata pelajaran pada peringkat universiti sahaja.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi profile image
Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi profile image

Afifah Alya Binti Ahmad Pauzi

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Nama: Afifah Alya binti Ahmad Pauzi Universiti: Universiti Putra Malaysia No. Matriks: 193928 Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA. Akan tetapi, dalam kelas Hubungan Etnik itu sendiri, para pelajar masih duduk dengan kumpulan etnik masing-masing. Selain daripada itu, hampir seluruh pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu mengambil berat tentang mata pelajaran ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam kredit mereka di IPTA. Apa yang memburukkan lagi ... Nama: Afifah Alya binti Ahmad Pauzi Universiti: Universiti Putra Malaysia No. Matriks: 193928 Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA. Akan tetapi, dalam kelas Hubungan Etnik itu sendiri, para pelajar masih duduk dengan kumpulan etnik masing-masing. Selain daripada itu, hampir seluruh pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu mengambil berat tentang mata pelajaran ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam kredit mereka di IPTA. Apa yang memburukkan lagi adalah terdapat satu pandangan umum dalam kalangan para pelajar bahawa mata pelajaran ini adalah sesuatu yang sangat membosankan dan membuang masa. Malah ada yang sanggup memonteng kelas dan menyuruh rakan sekelas untuk menandatangani kehadiran mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik sedemikian adalah suatu idea yang baik. Cuma oleh kerana masa yang singkat diperingkat universiti ini, di mana rata-rata mahaiswa/i merasakan penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan ditempat yang kedua dan ada kalanya di tempat terakhir. Maka, mata pelajaran seperti Hubungan Etnik yang merupakan salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara bangsa tidak mencai hasrat sebenar. Pada pandangan saya, mata pelajaran seperti ini harus dimulakan pada peringkat yang lebih awal lagi iaitu pada peringkat persekolahan lagi. Realiti menunjukkan bahawa bukan semua pelajar dapat menjejak ke peringkat universiti. Sekiranya mata pelajaran sedemikian diajar pada peringkat yang lebih awal lagi, maka idea dalam modul ini dapat diterapkan kepada bilangan masyarakat yang lebih banyak berbanding dengan pengajaran mata pelajaran pada peringkat universiti sahaja.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Aiffa Hayani profile image
Aiffa Hayani profile image

Aiffa Hayani

6/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Nama: Aiffa Hayani bt Azhar No matrik: SIK170001 Universiti: Universiti Malaya Nama Pensyarah: Dr Muhammad Shamsinor bin Abdul Azzis Kumpulan: 17 (Kump 9) 1. Detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami adalah ketika menyertai projek kolej saya, Fifth Avenue ketika minggu FESKUM di UM. Fifth Avenue merupakan sebuah kedai makan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan projek ini bukan sahaja terdiri dalam kalangan kaum Melayu tetapi juga kaum-kaum lain seperti kaum Cina, India dan juga kaum-kaum lain dari Sabah dan Sarawak. Apa yang dapat saya lihat ialah kesemua AJK tidak kira kaum apa sekali pun memberi kerjasama yang sangat baik dan bersepadu demi menjayakan kedai makan ini. Kami melakukan kerja-kerja seperti mengambil pesanan, menyediakan makanan, membasuh pinggan mangkuk, membersihkan kedai bersama-sama sambil berkomunikasi dan bergurau senda sesama sendiri. Selepas membuat penutupan kedai pada setiap malam, kami selalu m... Nama: Aiffa Hayani bt Azhar No matrik: SIK170001 Universiti: Universiti Malaya Nama Pensyarah: Dr Muhammad Shamsinor bin Abdul Azzis Kumpulan: 17 (Kump 9) 1. Detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami adalah ketika menyertai projek kolej saya, Fifth Avenue ketika minggu FESKUM di UM. Fifth Avenue merupakan sebuah kedai makan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan projek ini bukan sahaja terdiri dalam kalangan kaum Melayu tetapi juga kaum-kaum lain seperti kaum Cina, India dan juga kaum-kaum lain dari Sabah dan Sarawak. Apa yang dapat saya lihat ialah kesemua AJK tidak kira kaum apa sekali pun memberi kerjasama yang sangat baik dan bersepadu demi menjayakan kedai makan ini. Kami melakukan kerja-kerja seperti mengambil pesanan, menyediakan makanan, membasuh pinggan mangkuk, membersihkan kedai bersama-sama sambil berkomunikasi dan bergurau senda sesama sendiri. Selepas membuat penutupan kedai pada setiap malam, kami selalu meluangkan masa untuk berborak, bertanya tentang budaya,bahasa dan jenis-jenis makanan dari kaum-kaum yang berbeza. Bagi saya, inilah pengalaman yang dapat saya lihat yang mana telah menambah kebersatuan antara kaum di Malaysia. 2. a) Salah satu perkara yang dapat saya lihat yang menjadi penyebab permasalahan antara intraetnik, iaitu Melayu sesama Melayu, ialah apabila seseorang datang dari negeri yang berbeza. Oleh itu, cadangan saya di sini bagi mengukuhkan integrasi intraetnik adalah dengan menubuhkan kelab melancong ke semua negeri di Malaysia bagi mengenali setiap budaya di negeri tersebut. Kelab melancong ini bukanlah kelab melancong seperti biasa tetapi ahli-ahlinya perlu menerokai setiap perkara yang baru dibelajari mereka. Kelab ini boleh ditubuhkan di setiap peringkat, iaitu sekolah, universiti mahupun di tempat kerja. Kelebihan: Ahli-ahli kelab dapat menambah pengetahuan, minda lebih terbuka dan belajar perkara baharu. Keburukan: Ahli-ahli kelan dibimbangi tidak mengambil serius dan hanya banyak bergambar, juga dibimbangi mencetuskan masalah di negeri orang. Halangan: Susah untuk mendapat kerjasama ahli dan memerlukan kewangan yang banyak. b) Bagi mengukuhkan integrasi interetnik, pada pendapat saya, sukan merupakan salah satu cara yang sangat baik bagi memupuk semangat integrasi tanpa mengira kaum. Dengan ini saya cadangkan agar pihak-pihak yang berkaitan mengadakan acara/program sukan yang mewajibkan semua kaum terlibat. Setiap kumpulan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis kaum. Semangat kesukanan dan meinginkan kemenangan menyebabkan ahli-ahli kumpulan tidak mempertikaikan latar belakang orang lain. Malah, mereka boleh bertoleransi sesama sendiri sebagai contoh memberi ruang ahli kumpulan yang Muslim untuk solat ketika berlatih. Kelebihan: Kerjasama dapat dipupuk tanpa mengira kaum dan hubungan bertambah erat Keburukan : Dibimbangi ketidakpuasan hati timbul apabila mempunyai masalah atau mengalami kekalahan. Halangan: Sesuatu sukan tersebut seringkali dilihat dipenuhi oleh satu jenis kaum sahaja.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
MOHD SHAHMIMI AZMI profile image
MOHD SHAHMIMI AZMI profile image

MOHD SHAHMIMI AZMI

6/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
NAMA : MOHD SHAHMIMI AZMI NO MATRIK : VEP140024 UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS 1. Pengalaman yang pernah dialami berkaitan detik-detik kebersatuan Detik-detik kebersatuan yang saya pernah alami ialah ketika itu saya menyertai Kejohanan Terbuka Taiwan. Saya dan rakan-rakan saya iaitu Kannathasan, Anchois Aron dan Kwong Kar Jun bersama-sama melakukan yang terbaik dalam memastikan pasukan kami mendapat pingat emas bagi acara 4x100m dan 4x400m. Walaupun Kannathasan berbangsa India dan Kwong Kar Jun berbangsa Cina tidak menghalang kami untuk bekerjasama untuk mengharumkan nama negara. 2.Cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi Pemahaman dari sudut diri saya menyatakan jangan sesekali meletakkan tembok pemisah antara budaya bagi mengekalkan dan mengukuhkan kebersatuan. Sebagai contoh, fahaman politik yang melampaui batas antara punca perpecahan budaya dan kaum.... NAMA : MOHD SHAHMIMI AZMI NO MATRIK : VEP140024 UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS 1. Pengalaman yang pernah dialami berkaitan detik-detik kebersatuan Detik-detik kebersatuan yang saya pernah alami ialah ketika itu saya menyertai Kejohanan Terbuka Taiwan. Saya dan rakan-rakan saya iaitu Kannathasan, Anchois Aron dan Kwong Kar Jun bersama-sama melakukan yang terbaik dalam memastikan pasukan kami mendapat pingat emas bagi acara 4x100m dan 4x400m. Walaupun Kannathasan berbangsa India dan Kwong Kar Jun berbangsa Cina tidak menghalang kami untuk bekerjasama untuk mengharumkan nama negara. 2.Cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi Pemahaman dari sudut diri saya menyatakan jangan sesekali meletakkan tembok pemisah antara budaya bagi mengekalkan dan mengukuhkan kebersatuan. Sebagai contoh, fahaman politik yang melampaui batas antara punca perpecahan budaya dan kaum. maksudnya di dalam setiap lapisan masyarkat perlu berganding bahu dari peringkat sekolah sehingga di alam pekerjaan agar menjadikan sikap sterotaip yang positif dapat di kekalkan sehingga harini dalam mencapai kemakmuran dan keharmonian negara kita Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NURUL FARAHIN JUMAIN profile image
NURUL FARAHIN JUMAIN profile image

NURUL FARAHIN JUMAIN

6/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
NAMA : NURUL FARAHIN BINTI JUMAIN NO MATRIK : VEE160038 UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS 1. Pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman yang saya pernah alami ialah ketika saya menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2016. Pada ketika itu, kami memberikan sokongan kepada pasukan kami. Negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Kadazan, Dusun, Sungai, Suluk, Bugis dan lain-lain lagi tidak menghalang kami untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Sabah. 2. Cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi Di dalam proses mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi pihak Kerajaan, NGO, masyarakat serta individu warganegara Malaysia perlu membuang sikap pentingkan agenda negatif daripada sudut perkauman, fahaman politik, kebencian yang boleh meruntuhkan keharmonian negara kita Malaysia. Contoh yang dapat saya nyatakan ... NAMA : NURUL FARAHIN BINTI JUMAIN NO MATRIK : VEE160038 UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA PENSYARAH : DR MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZZIS 1. Pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman yang saya pernah alami ialah ketika saya menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2016. Pada ketika itu, kami memberikan sokongan kepada pasukan kami. Negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Kadazan, Dusun, Sungai, Suluk, Bugis dan lain-lain lagi tidak menghalang kami untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Sabah. 2. Cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi Di dalam proses mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi pihak Kerajaan, NGO, masyarakat serta individu warganegara Malaysia perlu membuang sikap pentingkan agenda negatif daripada sudut perkauman, fahaman politik, kebencian yang boleh meruntuhkan keharmonian negara kita Malaysia. Contoh yang dapat saya nyatakan di dalam detik - detik kebersatuan yang saya alami iaitu halangan daripadanya ialah walaupun kami menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 2016 untuk menaikkan nama negeri tercinta kami sendiri. Akan tetapi, masih terdapat mentaliti individu yang mahu menjatuhkan semangat & maruah peserta lain dari sudut mempolitikan sukan. Dari situ saya menyedari, sukan dapat menyatukan juga dapat menjatuhkan individu yang menyertai. Walaubagaimanapun, ianya hanya bersifat sementara kerana banyak program yang telah diwujudkan di peringkat sekolah & Universiti seperti di peringkat Universiti telah menyediakan kursus subjek Hubungan Etnik bagi memberikan ilmu tentang pentingnya nilai integrasi dan kebersatuan. Harapan dari sudut hati kecil saya, ianya dapat dikekalkan dan diperbaharui dari sudut positif agar negara kita Malaysia terus aman dan makmur dari perpaduan budaya dan kaum yang ada di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Fakhrulradzi profile image
Fakhrulradzi profile image

Fakhrulradzi

10/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Assalamualaikum, nama saya Fakhrulradzi Bin Mohd Razif (SIG160008) pelajar Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami. Sewaktu di kolej matrikulasi, saya tinggal sebilik dengan seorang kaum cina ini. Itu adalah kali pertama saya bergaul dengan kaum lain selain kaum melayu dan india kerana di sekolah menengah saya tiada pelajar berbangsa cina. Awal-awal dulu saya berasa janggal tetapi akhirnya kami rapat juga. Kami saling tegur-menegur, berkongsi pengalaman dan cerita tentang apa yang berlaku di sekeliling kami. Saya juga berkesempatan belajar lebih mendalam tentang agamanya dimana dia dapat menerangkannya dengan lebih jelas dan terperinci. Saya tidak akan lupa saat-saat saya di matrikulasi kerana di situlah saya dapat mengenal erti kesefahaman kaum. 2)Berikan cadangan unt... Assalamualaikum, nama saya Fakhrulradzi Bin Mohd Razif (SIG160008) pelajar Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami. Sewaktu di kolej matrikulasi, saya tinggal sebilik dengan seorang kaum cina ini. Itu adalah kali pertama saya bergaul dengan kaum lain selain kaum melayu dan india kerana di sekolah menengah saya tiada pelajar berbangsa cina. Awal-awal dulu saya berasa janggal tetapi akhirnya kami rapat juga. Kami saling tegur-menegur, berkongsi pengalaman dan cerita tentang apa yang berlaku di sekeliling kami. Saya juga berkesempatan belajar lebih mendalam tentang agamanya dimana dia dapat menerangkannya dengan lebih jelas dan terperinci. Saya tidak akan lupa saat-saat saya di matrikulasi kerana di situlah saya dapat mengenal erti kesefahaman kaum. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi i. Pengukuhan intraetnik Setiap keluarga dari setiap kaum patut mengamalkan paling kurang satu amalan tradisi masyarakat mereka. Hal ini dilihat akan menghasilkan suatu kebersatuan yang dapat dikongsi sesama masyarakat dalam satu kaum. Amalan tersebut mestilah amalan yang melambangkan ciri kenegerian yang boleh dikongsi. Sebagai contoh, amalan menghulurkan duit kepada tuan rumah selepas menghadiri sesebuah majlis perkahwinan dalam adat masyarakat Melayu. Amalan ini rata-ratanya diamalkan di pantai timur. Kelebihannya adalah apabila amalan ini sudah sebati dalam sesebuah keluarga, tidak kira majlis perkahwinan itu diadakan walau di mana sekalipun hatta di negeri lain, amalan itu dapat dipraktik dan diperhati oleh masyarakat Melayu lain dan kaum lain. Halangan yang dilihat adalah kemalasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bagi menerap suatu tradisi yang dianggap sebagai suatu yang remeh. Keburukan idea ini adalah hanya satu adat yang diwajibkan untuk diamal manakala adat-adat lama yang lain terus ditinggal ii. Pengukuhan Interetnik Wujudkan ‘Hari Perpaduan’. Hari Perpaduan ini wujud di Malaysia sahaja sebagai simbolik sebuah negara berbilang kaum. Kelebihan hari ini adalah seluruh negara akan diberikan cuti umum dan suatu sambutan besar-besaran dijalankan di setiap negeri di Malaysia di bawah kelolaan Perdana Menteri. Halangan bagi idea ini adalah apabila setiap kaum mempunyai sikap etnosentrik dan melebihkan kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam melaksanakan program ini
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Cosmartin Allistair profile image
Cosmartin Allistair profile image

Cosmartin Allistair

10/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
NAMA : COSMARTIN ALLISTAIR ANAK COSMAS BUJING NO. MATRIK : KIL170017 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS KUMPULAN 3 ( RABU, 11AM-1PM) 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami. Antara pengalaman detik-detik kebersatuan yang saya telah alami telah berlaku semasa zaman sekolah menengah atas saya. Pada masa itu, saya telah ditawarkan untuk belajar di sebuah sekolah di Bangi. Bilangan pelajar dalam sekolah tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan sekolah saya dahulu. Justeru, lagi senang untuk kenal pelajar-pelajar dalam sekolah tersebut. Dalam sekolah saya yang terdahulu di Sarawak, nisbah pelajar Bumiputera serta Melayu kepada pelajar bukan Bumiputera sangat besar yang menyebabkan ramai kawan saya di sekolah tersebut berbangsa Bumiputera. Dalam sekolah di Bangi, walaupun terdapat ramai yang berbangsa Melayu, terdapat juga pelajar Cina serta India. Hal ini tel... NAMA : COSMARTIN ALLISTAIR ANAK COSMAS BUJING NO. MATRIK : KIL170017 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS KUMPULAN 3 ( RABU, 11AM-1PM) 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami. Antara pengalaman detik-detik kebersatuan yang saya telah alami telah berlaku semasa zaman sekolah menengah atas saya. Pada masa itu, saya telah ditawarkan untuk belajar di sebuah sekolah di Bangi. Bilangan pelajar dalam sekolah tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan sekolah saya dahulu. Justeru, lagi senang untuk kenal pelajar-pelajar dalam sekolah tersebut. Dalam sekolah saya yang terdahulu di Sarawak, nisbah pelajar Bumiputera serta Melayu kepada pelajar bukan Bumiputera sangat besar yang menyebabkan ramai kawan saya di sekolah tersebut berbangsa Bumiputera. Dalam sekolah di Bangi, walaupun terdapat ramai yang berbangsa Melayu, terdapat juga pelajar Cina serta India. Hal ini telah menyebabkan saya untuk berkenalan dengan rakan sebaya yang berbangsa India, kerana saya tidak pernah ada rakan sebaya yang berbangsa India. Sepanjang persekolahan saya, kami saling berinteraksi antara satu sama lain serta pergi outing dan buat kerja rumah bersama-sama. Kerap juga terdapat ramai orang dalam bilik di hostel untuk melepak dan main permainan video juga. Di samping itu, kami mewujudkan menjalankan program yang bersifat kebudayaan seperti menyambut Tahun Baru Cina serta Deepavali dalam peringkat sekolah. Kami bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Walaupun kami berlainan bangsa, perkara tersebut membawa kosong makna kepada persahabatan yang telah terjalin antara kami semua. Selain itu, kami semua berlainan universiti sekarang tetapi tidak menghalang untuk mencari masa untuk berjumpa antara satu sama lain. 2. Berikan cadangan atau langkah untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia, serta kekangan dan halangan daripada cadangan tersebut. Intraetnik : Antara cadangan untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia secara intraetnik ialah melalui sambutan pesta kebudayaan. Untuk bangsa Bisaya, pesta kebudayaannya ialah Babulang. Pada hari ini, terdapat pelbagai perkara seperti lumba kerbau serta Ratu Babulang. Pesta ini merupakan pesta yang meriah yang menyebabkan saudara-mara saya untuk balik ke kampung supaya dapat menyambut pesta ini bersama. Namun begitu, antara halangan cadangan ini ialah pesta ini diadakan di Limbang, Sarawak, yang mungkin merupakan tempat yang tidak sesuai kalau terdapat orang yang tinggal di tempat yang jauh. Interetnik : Untuk mengukuhkan hubungan etnik secara interetnik, kita harus memastikan interaksi antara setiap kaum itu ada. Justeru, kita boleh mengadakan hari interaksi di dalam sekolah. Pada hari ini, tiada kelas akan diadakan dan pelbagai zon akan diwujudkan di dalam sekolah supaya pelajar dapat bersosial tentang minat. Minat ini boleh kepada pelbagai bidang seperti buku, rancangan televisyen, sukan, muzik, dan lain-lain. Namun begitu, halangan dalam cadangan ini termasuk minat yang terlalu spesifik, berinteraksi dengan kaum yang sama di dalam zon minat yang sama, serta orang yang tidak ingin hadir hari tersebut.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Muhammad Rasid Guliling profile image
Muhammad Rasid Guliling profile image

Muhammad Rasid Guliling

10/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Nama diberi Muhammad Rasid bin Guliling, KIL160055 pelajar daripada Universiti Malaya dan sedang mengikuti kursus GIG1002 Hubungan Etnik yang dikendalikan oleh Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis. Tugasan yang diberikan oleh Dr. Shamsinor ialah untuk menceritakan pengalaman integrasi atau detik-detik kebersatuan yang pernah dialami dan cadangan untuk mengukuhkan semangat integrasi, baik interetnik maupun intraetnik. Pengalaman integrasi atau detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami ialah pada setiap kali sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Tarikh dan detik yang amat bersejarah ini begitu berkesan dan diamati oleh setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Saya amat teruja dengan semangat integrasi yang ditunjukkan oleh setiap kaum acapkali sambutan Hari Kemerdekaan, yang mana mereka bersatu-padu ... Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Nama diberi Muhammad Rasid bin Guliling, KIL160055 pelajar daripada Universiti Malaya dan sedang mengikuti kursus GIG1002 Hubungan Etnik yang dikendalikan oleh Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis. Tugasan yang diberikan oleh Dr. Shamsinor ialah untuk menceritakan pengalaman integrasi atau detik-detik kebersatuan yang pernah dialami dan cadangan untuk mengukuhkan semangat integrasi, baik interetnik maupun intraetnik. Pengalaman integrasi atau detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami ialah pada setiap kali sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Tarikh dan detik yang amat bersejarah ini begitu berkesan dan diamati oleh setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Saya amat teruja dengan semangat integrasi yang ditunjukkan oleh setiap kaum acapkali sambutan Hari Kemerdekaan, yang mana mereka bersatu-padu dalam menjayakan sambutan tersebut dan meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat kenegaraan. Sebagai contoh pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, di mana semua kaum Melayu, Cina dan India berhimpun di Stadium Nasional bagi meraikan Hari Kemerdekaan sekaligus pengumuman Malaysia sebagai juara keseluruhan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 (KL2017) yang diisythiharkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kemeriahan dan semangat kebersatuan jelas terpancar daripada setiap raut wajah warganegara. Berbekalkan tema 'Bangkit Bersama' jelas membuktikan semangat integrasi semua kaum di Malaysia. Sambutan ‘2 in 1’ ini berlangsung penuh warna-warni dan gilang-gemilang, yang digabungkan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan negara ke-60. Saya secara individu, mengatakan yang semangat ‘Bangkit Bersama’ yang dibawa oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan setiap atlit daripada pelbagai kaum telah berjaya direalisasikan berkat semangat integrasi, kebersatuan serta kesepaduan antara semua kaum di Malaysia. KL2017 telah melabuhkan tirainya, tapi semangat integrasi tidak akan sesekali labuh atau luntur. Antara cara yang dapat saya cadangkan untuk mengukuhkan semangat integrasi baik interetnik maupun intraetnik ialah dengan mengadakan program ‘Rumah Terbuka’ untuk setiap perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Program ini julung kali diadakan atas faktor agama, sebagai contoh kaum Melayu yang menganut agama Islam tidak dapat menjamu sesetengah makanan kaum Cina atau India. Oleh sebab itu, Rumah Terbuka yang diperkenalkan ini bukan sahaja berkonsepkan makanan tradisional sesuatu kaum pada sesebuah perayaan, bahkan juga merangkumi pakaian tradisional, pengenalan kepada adat-istiadat dan pantang larang, Bahasa dan mungkin sejarah dan peristiwa penting bagi kaum tersebut. Rumah terbuka juga kebiasaannya tertumpu pada intraetnik sahaja dan selalunya diadakan oleh kaum Melayu sahaja. Inilah yang kita perlu ubah atau realisasikan dalam masyarakat majmuk di negara kita, bahawa rumah terbuka bukan sahaja bermaksud pelbagai hidangan dan juadah makanan yang disediakan, tapi ianya perlu merangkumi setiap aspek yang dinyatakan di atas. Dengan wujudnya program Rumah Terbuka ini, bukan sahaja semangat integrasi intraetnik yang dapat dikukuhkan, bahkan semangat integrasi interetnik juga dapat dibina dan dipupuk. Dalam program ini, setiap kaum mempunyai peluang untuk berkongsi serba-sedikit adat dan tradisi kaum mereka dan saling kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Program Rumah Terbuka ini mampu menjadi realiti sekiranya mendapat sokongan dan peruntukan yang cukup daripada pihak kerajaan dan InshaAllah ianya adalah pelaburan yang amat berharga dan bermanfaat buat negara kita yang tercinta. Sekian daripada saya, sekiranya ada kesilapan mohon diperbetulkan, saya juga masih dalam proses pembelajaran. saya akhiri dengan wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt. dan jumpa lagi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Tian Chun Hong profile image
Tian Chun Hong profile image

Tian Chun Hong

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Nama saya Tian Chun Hong (KIL170090), pelajar University Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis (K7,Rabu, 11am-1pm). Dalam kuliah ini, kami hendaklah menjawab dua soalan yang berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu :1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami; saat yang menunjukkan integrasi. Setiap hari saya mengalami detik-detik kebersatuan. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan antara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika tinggal sebilik dengan 3 orang yang terdiri daripada etnik lain seperti Malayu dan India semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan budaya dan adat resam mereka dan secara tidak langsung dapat menghindari sikap-sikap stereotaip yang ada. Selain itu,... Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Nama saya Tian Chun Hong (KIL170090), pelajar University Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis (K7,Rabu, 11am-1pm). Dalam kuliah ini, kami hendaklah menjawab dua soalan yang berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu :1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami; saat yang menunjukkan integrasi. Setiap hari saya mengalami detik-detik kebersatuan. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan antara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika tinggal sebilik dengan 3 orang yang terdiri daripada etnik lain seperti Malayu dan India semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan budaya dan adat resam mereka dan secara tidak langsung dapat menghindari sikap-sikap stereotaip yang ada. Selain itu, mereka selalu sudi untuk berkongsi makanan tradisional entik mereka bersama dengan saya. Mereka juga akan mengajak saya makan bersama di Cafe. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai kawan sebilik yang baik dan sabah semasa di matrikulasi. 2.Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi. Berikan juga kelebihan, halangan dari idea tersebut. i. Pengukuhan integrasi intraetnik . Langkah untuk mengukuhkan integrasi intraetnik adalah menubuhkan sesuatu persatuan yang melibatkan setiap kaum. Kebaikannya adalah dapat meningkatkan kesefahaman antara satu sama lain. Setiap etnik mempunyai sensitiviti mereka sendiri. Oleh itu, kita juga dapat menjaga dan memupuk semangat kekitaan antara satu sama lain kerana lebih memahami budaya dan adat resam etnik masing-masing. Halangannya adalah mungkin akan mewujudkan konflik antara etnik dalam aktiviti persatuan kerana mereka lebih berfokus dengan kaum mereka semasa membuat sesuatu keputusan. ii. Pengukuhan Interetnik. Langkah untuk mengukuhkan interetnik ialah mengunakan bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Seperti yang kita tahu, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu perlu ditingkatkan di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 8 months ago
Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Saya, Nur Adila binti Ismail (CIB160104), pelajar dari Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah kelolaan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis, Kumpulan 7 (Rabu,11 pagi -1 petang). Kami telah ditugaskan untuk menjawab 2 soalan, iaitu: 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan integrasi). Oleh kerana saya tidak pernah bersekolah di sekolah yang mempunyai pelbagai etnik dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah dan dibesarkan dengan persekitaran melayu semenjak kecil lagi, saya tidak mempunyai ramai kawan daripada berlainan bangsa. Saya hanya mengenali kawan-kawan saya daripada bangsa lain, seperti India, Cina dan etnik-etnik lain dari Sabah dan Sarawak, hanya ketika saya memasuki universiti. Jadi, ia satu pengalaman yang baru bagi saya untuk berkawan dengan mereka. Detik kebersatuan yang saya alami sendi... Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Saya, Nur Adila binti Ismail (CIB160104), pelajar dari Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah kelolaan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis, Kumpulan 7 (Rabu,11 pagi -1 petang). Kami telah ditugaskan untuk menjawab 2 soalan, iaitu: 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan integrasi). Oleh kerana saya tidak pernah bersekolah di sekolah yang mempunyai pelbagai etnik dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah dan dibesarkan dengan persekitaran melayu semenjak kecil lagi, saya tidak mempunyai ramai kawan daripada berlainan bangsa. Saya hanya mengenali kawan-kawan saya daripada bangsa lain, seperti India, Cina dan etnik-etnik lain dari Sabah dan Sarawak, hanya ketika saya memasuki universiti. Jadi, ia satu pengalaman yang baru bagi saya untuk berkawan dengan mereka. Detik kebersatuan yang saya alami sendiri adalah ketika kami menjalankan projek bersama. Perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan membolehkan kami lebih rapat dan memahami antara satu sama lain. Percanggahan idea dan perbezaan pendapat yang berlaku langsung tidak menyebabkan sebarang perkelahian. Selain itu, walaupun berbeza agama dan mempunyai adat masing-masing, kami tetap peka dengan perkara ini. Contohnya, ketika pemilihan menu makanan, kami mengambil kira tentang pantang larang setiap agama. Selain itu, ketika proses menyiapkan tentatif program, mereka yang bukan muslim menunjukkan keprihatinan mereka dengan mengambil berat tentang waktu solat bagi muslim dengan menyusun waktu yang sesuai bagi setiap slot. Justeru, dapat disimpulkan disini, semangat integrasi dapat membantu mewujudkan perpaduan antara kaum dan mengelakkan berlakunya rasisme, hidup berkelompok, diskriminasi dan stereotaip antara satu kaum dengan kaum lain. 2) Berikan cadangan atau langkah untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia, serta kekangan dan halangan daripada cadangan tersebut. a) Intraetnik: Pada pendapat saya, untuk mengukuhkan hubungan etnik dalam intraetnik, adalah dengan menubuhkan sebuah persatuan di setiap negeri di Malaysia, di mana persatuan tersebut perlulah mengadakan aktiviti-aktiviti yang pelbagai yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Contohnya, untuk bangsa melayu, antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah mengadakan permainan tradisional melayu, aktiviti rewang, mempelajari cara menulis dan membaca tulisan jawi, persembahan dan sesi pembelajaran seni silat serta tarian melayu. Ini secara tidak langsung juga dapat memastikan budaya melayu tidak hilang dek zaman. Setiap persatuan juga boleh melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti tahunan yang sama, yang menggabungkan semua persatuan dari pelbagai negeri di satu tempat. Antara kekangan yang mungkin berlaku dalam usaha untuk menjalankan langkah ini adalah kekurangan dana untuk menampung perbelanjaan persatuan tersebut dan kurangnya penyertaan terutamanya dari para remaja kerana kurang berminat dengan aktiviti sebegini. b) Interetnik: Untuk mengukuhkan hubungan etnik dalam interetnik, pada pendapat saya, adalah dengan mewajibkan setiap institusi yang mempunyai pelbagai etnik untuk mengadakan majlis perayaan bagi setiap kaum di Malaysia yang terbuka kepada semua kaum. Ini membolehkan mereka lebih memahami agama dan adat resam setiap kaum. Antara kekangan yang mungkin berlaku adalah kemungkinan majlis tersebut tidak mendapat sambutan yang diharapkan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nikita Khairina profile image
Nikita Khairina profile image

Nikita Khairina

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Nama saya Nikita Khairina Binti Max Mulwan (SIG160040) merupakan pelajar hubungan etnik dari Universiti Malaya yang diajar oleh Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1) Detik-detik yang menunjukkan semangat kebersatuan adalah semasa saya belajar di Tingkatan 1, saya ditempatkan di kelas yang mengandungi pelbagai kaum iaitu kaum cina,melayu,india serta iban dan kadazan. Walaupun berbeza agama dan kaum, kami saling tolong satu sama lain dalam pembelajaran mahupun hal hal lain. Kawan rapat saya iaitu Limda dan Shalini sentiasa menolong saya dalam apa jua keadaan.. 2) Cadangan untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia. a)Intra etnik: Mengadakan aktiviti bergotong royong beramai -ramai yang melibatkan kesemua etnik yang terdapat dalam kawasan tersebut tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama me... Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Nama saya Nikita Khairina Binti Max Mulwan (SIG160040) merupakan pelajar hubungan etnik dari Universiti Malaya yang diajar oleh Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1) Detik-detik yang menunjukkan semangat kebersatuan adalah semasa saya belajar di Tingkatan 1, saya ditempatkan di kelas yang mengandungi pelbagai kaum iaitu kaum cina,melayu,india serta iban dan kadazan. Walaupun berbeza agama dan kaum, kami saling tolong satu sama lain dalam pembelajaran mahupun hal hal lain. Kawan rapat saya iaitu Limda dan Shalini sentiasa menolong saya dalam apa jua keadaan.. 2) Cadangan untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia. a)Intra etnik: Mengadakan aktiviti bergotong royong beramai -ramai yang melibatkan kesemua etnik yang terdapat dalam kawasan tersebut tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.. b)Inter etnik: Pihak kerajaan perlu melakukan satu usaha untuk menangani masalah kekeliruan antara kaum di Malaysia kerana disebabkan masalah tersebut menyebabkan rakyat mempunyai masalah antara satu sama . Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menerapkan nilai nilai budaya dan warisan sesame kaum serta fikir cadangan baru bagi merapatkan lagi kaum kaum antara satu sama lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Habibah Binti Ahmad Suhimi profile image
Nur Habibah Binti Ahmad Suhimi profile image

Nur Habibah Binti Ahmad Suhimi

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Nur Habibah binti Ahmad Suhimi (JIB160123) merupakan pelajar hubungan etnik dari Universiti Malaya (Rabu 11pg-1ptg) yang diajar oleh Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1) Detik-detik yang menunjukkan semangat kebersatuan adalah semasa saya belajar di Tingkatan 6, saya mempunyai kawan yang berbeza kaum dan agama iaitu Loke Siaw Kei dan Tanaletchumy a/p Nagantharan. Walaupun berbeza agama dan bangsa, kami saling bantu membantu dalam pembelajaran. Sebagai contoh, say,Tana dan Kei selalu melakukan perbincangan tentang pelajaran yang kurang difahami bersama-sama. Mereka akan memberi penerangan tentang sesuatu perkara tersebut sekiranya saya tidak faham tentang sesuatu topik tersebut. Tana juga akan menjemput saya untuk datang ke rumahnya setiap kali sambutan Perayaan Deepavali sehingga saya sudah kenal dengan rapat keluarga Tana. Kesimpulannya, sikap Tanaletchumy dan Loke Siaw Kei yan... Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Nur Habibah binti Ahmad Suhimi (JIB160123) merupakan pelajar hubungan etnik dari Universiti Malaya (Rabu 11pg-1ptg) yang diajar oleh Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1) Detik-detik yang menunjukkan semangat kebersatuan adalah semasa saya belajar di Tingkatan 6, saya mempunyai kawan yang berbeza kaum dan agama iaitu Loke Siaw Kei dan Tanaletchumy a/p Nagantharan. Walaupun berbeza agama dan bangsa, kami saling bantu membantu dalam pembelajaran. Sebagai contoh, say,Tana dan Kei selalu melakukan perbincangan tentang pelajaran yang kurang difahami bersama-sama. Mereka akan memberi penerangan tentang sesuatu perkara tersebut sekiranya saya tidak faham tentang sesuatu topik tersebut. Tana juga akan menjemput saya untuk datang ke rumahnya setiap kali sambutan Perayaan Deepavali sehingga saya sudah kenal dengan rapat keluarga Tana. Kesimpulannya, sikap Tanaletchumy dan Loke Siaw Kei yang sering membantu saya menunjukkan detik-detik kebersatuan. 2) Cadangan untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia. a)Intra etnik: Mengadakan aktiviti sukan rakyat yang melibatkan kesemua etnik yang terdapat dalam kawasan tersebut dan membentuk kumpulan yang mempunyai ahli yang pelbagai etnik serta kumpulan tersenut tidak dimonopoli oleh satu etnik sahaja. b)Inter etnik: Pihak kerajaan perlu melakukan satu usaha untuk menangani masalah ketidaksefahaman pemimpin yang berbeza kaum di Malaysia kerana disebabkan masalah dalaman tersebut menyebabkan rakyat tidak bersatu padu kerana mengutamakan kepentingan mengikut kaum. Berikut merupakan jawapan kepada soalan yang diberikan oleh pensyarah Sekian terima kasih
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NURUL HAFIZAH BINTI AZHAR profile image
NURUL HAFIZAH BINTI AZHAR profile image

NURUL HAFIZAH BINTI AZHAR

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya ialah Nurul Hafizah binti Azhar (JIB160128) yang merupakan seorang pelajar Hubungan Etnik Universiti Malaya (Rabu: 11-1ptg) dibawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1. Detik-detik kebersatuan atau berkongsi pengalaman: Pada bulan lepas, terdapat dua ekor anak anjing telah terjatuh ke dalam parit di hadapan rumah saya. Bunyi salakan kedua-dua ekor anak anjing tersebut amat menyentuh perasaan saya sebagai manusia dan membuatkan saya hendak membantu keluarkan mereka. Namun begitu, disebabkan saya merupakan orang Islam dan tiada pengalaman bersama haiwan seperti anjing telah menyebabkan saya berasa takut. Oleh itu, saya telah memanggil jiran dari kampung sebelah (Kiran dan adiknya) untuk membantu keluarkan anak-anak anjing tersebut memandangkan hari hendak hujan, lalu mereka pun turun ke dalam parit untuk membantu. Kesimpulannya, sikap mereka yang menghormati sen... Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya ialah Nurul Hafizah binti Azhar (JIB160128) yang merupakan seorang pelajar Hubungan Etnik Universiti Malaya (Rabu: 11-1ptg) dibawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. 1. Detik-detik kebersatuan atau berkongsi pengalaman: Pada bulan lepas, terdapat dua ekor anak anjing telah terjatuh ke dalam parit di hadapan rumah saya. Bunyi salakan kedua-dua ekor anak anjing tersebut amat menyentuh perasaan saya sebagai manusia dan membuatkan saya hendak membantu keluarkan mereka. Namun begitu, disebabkan saya merupakan orang Islam dan tiada pengalaman bersama haiwan seperti anjing telah menyebabkan saya berasa takut. Oleh itu, saya telah memanggil jiran dari kampung sebelah (Kiran dan adiknya) untuk membantu keluarkan anak-anak anjing tersebut memandangkan hari hendak hujan, lalu mereka pun turun ke dalam parit untuk membantu. Kesimpulannya, sikap mereka yang menghormati sensitiviti saya sebagai orang Islam merupakan detik kebersatuan yang dapat dilihat dalam contoh ini. 2. Berikan cadangan untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia: a) Intra Etnik : Antara cadangan bagi memperkukuhkan hubungan etnik dalam kaum yang sama di Malaysia ialah dengan menganjurkan aktiviti bergotong-royong dalam bidang masakan. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti bergotong-royong ini, masyarakat akan bersatu padu dalam menyiapkan menu yang telah dirancang sekaligus mereka mampu menjalinkan hubungan etnik yang baik apabila dapat berkongsi maklumat mengenai resepi masakan. b) Inter Etnik: Antara cadangan bagi memperkukuhkan hubungan etnik dalam peringkat kebangsaan ialah apabila pihak kerajaan membuat satu pameran secara besar-besaran mengenai budaya sesuatu agama di Dataran Merdeka. Melalui pendekatan ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengenali serta memahami sesuatu budaya dengan lebih mendalam. Hal ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghormati budaya setiap kaum dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan etnik pelbagai kaum. Berikut merupakan jawapan-jawapan yang merujuk kepada soalan-soalan yang telah diberikan oleh pensyarah. Itu sahaja jawapan dari saya. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Zafirul Alex profile image
Zafirul Alex profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 9 months ago
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, saya Mohd Zafirul Bin Mohd Nasir, no matrik (JIB160118), pelajar Universiti Malaya (UM), dari Akademi Pengajian Melayu, Jabatan Bahasa Melayu Profesional. Sepanjang saya mengikuti kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis, waktu kuliah 11 pagi - 1 petang, hari rabu. Dalam kuliah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan semangat integrasi). Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri, semangat intergrasi dapat saya rasai ketika menjejak kaki ke alam sekolah menengah, detik kesatuan ini wujud apabila saya mula berkawan dengan kawan-kawan yang mempunyai latar masyarakat yang berbeza, misalnya kawan dari bangsa Cina, India dan lain-lain. Walaupun, kami berbeza bangsa tetapi kami tetap berkawan, dan saling t... Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, saya Mohd Zafirul Bin Mohd Nasir, no matrik (JIB160118), pelajar Universiti Malaya (UM), dari Akademi Pengajian Melayu, Jabatan Bahasa Melayu Profesional. Sepanjang saya mengikuti kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis, waktu kuliah 11 pagi - 1 petang, hari rabu. Dalam kuliah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan semangat integrasi). Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri, semangat intergrasi dapat saya rasai ketika menjejak kaki ke alam sekolah menengah, detik kesatuan ini wujud apabila saya mula berkawan dengan kawan-kawan yang mempunyai latar masyarakat yang berbeza, misalnya kawan dari bangsa Cina, India dan lain-lain. Walaupun, kami berbeza bangsa tetapi kami tetap berkawan, dan saling tolong-menolong diantara satu sama lain. Detik kesatuan ini, menjadi platform kepada saya dalam mempelajari bahasa Cina dengan lebih mudah. Tambah pula, sebagai masyarakat yang berbilang kaum kita seharusnya mempelajari bahasa kaum lain, agar memudahkan komunikasi dan persediaan awal untuk di alam pekerjaan kelak. Bukan itu sahaja, saya juga dapat merasai perayaan kaum lain, misalnya setiap perayaan 'Tahun Baru Cina' dan sambutan 'Deepavali', kawan-kawan menjemput saya untuk pergi ke rumah mereka. Jelaslah, dapat dilihat bahawa semangat integrasi dapat diwujud melalui majlis sambutan perayaan. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi serta halangan , kelebihan dan keburukan dari idea tersebut: a) pengukuhan integrasi intraetnik pada pandangan saya, langkah untuk mengekalkan integrasi dalam kalangan intraetnik ini adalah menubuhkan satu persatuan atau organisasi yang dapat membentuk perpaduan dalam kalangan anak muda di negara kita. Melalui pertubuhan tersebut, organisasi dapat melaksanakan program-program kemasyarakatan yang berbilang kaum. Program ini, ia dapat memupuk semangat anak muda dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan, wal hal dapat mengenali kaum lain di negara kita. Aktiviti ini bukan sahaja terhad di lapangan, malah organisasi ini perlulah aktif di media sosial. Hal ini kerana, melalui media sosial ia dapat menrapatkan jurang organisasi tersebut dengan anak muda pada hari ini. Media sosial amat penting pada hari ini, hal ini kerana melalui laman sosial pihak organisasi dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan bernas. Seperti diketahui umum, banyak anasir-anasir luar mampu menggugap keamanan negara. Oleh itu, pihak berwajib perlu lebih pro aktif dan cepat dalam menyampai sesuatu maklumat.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
JIA QI SEE profile image
JIA QI SEE profile image

JIA QI SEE

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya See Jia Qi (KIL170076), pelajar Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis. Saya telah diberi tugasan untuk menyatakan kisah pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami dalam kehidupan saya. Saya telah mempunyai kawan yang terdiri daripada etnik yang lain pada masa sekolah rendah, sekolah menengah dan juga matrikulasi. Pada masa sekolah rendah, walaupun saya belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan cina, saya juga mampu bergaul dengan beberapa orang kawan melayu yang belajar di situ. Kami selalu berbual-bual dan juga menyiapkan kerja bersama-sama. Meskipun kami terdiri daripada etnik yang berbeza, tiada perselisihan faham yang wujud antara kami kerana kami sentiasa dapat bertolak ansur antara satu sama lain seperti bertutur dalam bahasa melayu sekiranya mereka tidak faham maksud perkataan tert... Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya See Jia Qi (KIL170076), pelajar Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pensyarah Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis. Saya telah diberi tugasan untuk menyatakan kisah pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah saya alami dalam kehidupan saya. Saya telah mempunyai kawan yang terdiri daripada etnik yang lain pada masa sekolah rendah, sekolah menengah dan juga matrikulasi. Pada masa sekolah rendah, walaupun saya belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan cina, saya juga mampu bergaul dengan beberapa orang kawan melayu yang belajar di situ. Kami selalu berbual-bual dan juga menyiapkan kerja bersama-sama. Meskipun kami terdiri daripada etnik yang berbeza, tiada perselisihan faham yang wujud antara kami kerana kami sentiasa dapat bertolak ansur antara satu sama lain seperti bertutur dalam bahasa melayu sekiranya mereka tidak faham maksud perkataan tertentu. Kawan melayu saya juga pandai bertutur dalam bahasa cina dan selalu sudi untuk belajar daripada kami tentang budaya etnik cina. Selain itu, semasa saya belajar di matrikulasi, saya juga berkawan dengan kawan yang terdiri daripada etnik lain terutamanya kawan saya yang tinggal sebilik dengan saya. Hal ini demikian kerana semasa saya berada di matrikulasi, kami telah diagihkan kepada empat orang dalam satu bilik. Saya mempunyai tiga orang kawan sebilik yang beretnik melayu. Mereka selalu sudi untuk berkongsi makanan bersama dengan saya dan juga selalu mengajak saya untuk makan bersama-sama. Antara peristiwa yang paling mengharukan saya ialah mereka telah membantu saya untuk menyambut hari lahir yang ke-19 semasa saya belajar di matrikulasi. Mereka juga sangat mengambil berat tentang saya sepanjang saya belajar di matrikulasi. Selain itu, saya juga diminta untuk memberikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi serta halangan , kelebihan dan keburukan dari idea tersebut. Pada pendapat saya, penubuhan persatuan-persatuan dan penganjuran aktiviti seperti bergotong-royong dapat mengukuhkan integrasi intraetnnik secara efektif kerana hal in dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Untuk mengukuhkan integrasi interetnik, saya berpendapat bahawa penganjuran rumah terbuka semasa perayaan merupakan salah satu cara yang sangat berguna kerana aktiviti ini akan mewujudkan hubungan yang mesra antara etnik yang berbeza. Halangan yang dihadapi dalam penganjuran persatuan dan juga rumah terbuka ialah ada sesetengah orang yang tidak ingin melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana beranggapan bahawa aktiviti tesebut akan membazirkan masa mereka.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Sri Siva Sangary Egambaram profile image
Sri Siva Sangary Egambaram profile image

Sri Siva Sangary Egambaram

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Saya Sri Siva Sangary A/P Egambaram (JEC150050) Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (5.00-7.00 p.m.) dalam kuilah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami; saat yang menunjukkan integrasi. Setiap hari saya mengalami detik-detik kebersatuan. Detik kebersatuan saya bermula sejak kecil lagi iaitu dari sekolah rendah lagi. Ibu bapa saya sangat mementingkan hubungan sesama manusia tanpa mengira kaum. Perkara yang sama juga diajarkan kepada anak-anak mereka iaitu pada diri saya. Saya telah dihantar ke sekolah kebangsan untuk membiasakan diri saya dengan murid-murid yang berlainan kaum. Di Universiti sendiri, kawan rapat saya ialah orang Melayu sehinggakan kawan-kawan yang sama bangsa dengan saya pernah menegur saya kerana saya tidak bergaul mesra dengan mereka seperti mana dengan kawan-kaw... Saya Sri Siva Sangary A/P Egambaram (JEC150050) Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (5.00-7.00 p.m.) dalam kuilah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami; saat yang menunjukkan integrasi. Setiap hari saya mengalami detik-detik kebersatuan. Detik kebersatuan saya bermula sejak kecil lagi iaitu dari sekolah rendah lagi. Ibu bapa saya sangat mementingkan hubungan sesama manusia tanpa mengira kaum. Perkara yang sama juga diajarkan kepada anak-anak mereka iaitu pada diri saya. Saya telah dihantar ke sekolah kebangsan untuk membiasakan diri saya dengan murid-murid yang berlainan kaum. Di Universiti sendiri, kawan rapat saya ialah orang Melayu sehinggakan kawan-kawan yang sama bangsa dengan saya pernah menegur saya kerana saya tidak bergaul mesra dengan mereka seperti mana dengan kawan-kawan yang berlainan kaum. Oleh itu, dalam pengalaman hidup saya, tiada detik yang khas kerana setiap hari dan setiap masa yang saya lalui mempunyai detik kebersatuan yang menunjukkan integrasi. Bagi melahirkan sikap sedemikian, kita harus membuang sifat etnosentrik yang ada pada diri kita. 2. Pengukuhan intergrasi intraetnik Setiap keluarga dari setiap kaum patut mengamalkan paling kurang satu amalan tradisi masyarakat mereka. Hal ini dilihat akan menghasilkan suatu kebersatuan yang dapat saling dikongsi sesama masyarakat dalam satu kaum. Amalan tersebut mestilah amalan yang dilihat sebagai melambangkan ciri kenegerian yang boleh dikongsi-kongsi. Sebagai contoh, amalan menghulurkan duit kepada tuan rumah selepas menghadiri sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan majlis-majlis yang seumpamanya terdapat dalam adat masyarakat India. Amalan ini diamalkan di seluruh Malaysia. Kelebihannya amalan ini adalah, kita secara tidak langsung dapat mengurangkan beban tuan rumah yang mengadakan majlis secara besar-besaran. Walaupun duit tersebut tidak diminta oleh tuan rumah, namun sebagai tanda berterima –kasih kepadanya, kita akan menghulurkan duit tersebut kepadanya. Oleh itu, tradisi ini harus diterapkan kepada generasi yang akan datang supaya mereka boleh membawa amalan tersebut. Pengukuhan Interetnik iaitu dengan mengisytiharkan ‘Hari Perpaduan’. Hari Perpaduan di Malaysia wujud sebagai simbolik sahaja dan untuk menggambarkan suasana negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Kelebihan hari ini adalah, seluruh negara akan diberikan cuti umum dan suatu sambutan besar-besaran dijalankan di setiap negeri di Malaysia di bawah kelolaan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, halangan bagi idea ini tetap wujud kerana mnasyarakat mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan mempedulikan kaum lain. Keburukannya adalah, akan bertambah hari cuti di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
INTAN FARHANA profile image
INTAN FARHANA profile image

INTAN FARHANA

10/10 starsCompleted
1 year, 9 months ago
Saya Intan Farhana bt Rohimi (JEB150052) Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (5.00-7.00 p.m.) dalam kuilah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami saat yang menunjukkan integrasi. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan antara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika bersahabat dengan seorang rakan India. Disini saya belajar banyak perkara dan secara tidak langsung dapat menghindari sikap-sikap stereotaip yang ada. Rakan saya, iaitu Sri banyak bercerita tentang budaya dan adat resam mereka. Selain dari itu, saya juga berkesempatan untuk merasai makanan kaum India serta mengikutnya semasa perayaan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa setiap kaum ada kelebihan masing-masing dan berharap agar kita semua membuang sifat etnosentrik. 2.Be... Saya Intan Farhana bt Rohimi (JEB150052) Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (5.00-7.00 p.m.) dalam kuilah ini, kami dikehendaki menjawab 2 soalan berkaitan dengan kesepaduan kaum iaitu: 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami saat yang menunjukkan integrasi. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan antara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika bersahabat dengan seorang rakan India. Disini saya belajar banyak perkara dan secara tidak langsung dapat menghindari sikap-sikap stereotaip yang ada. Rakan saya, iaitu Sri banyak bercerita tentang budaya dan adat resam mereka. Selain dari itu, saya juga berkesempatan untuk merasai makanan kaum India serta mengikutnya semasa perayaan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa setiap kaum ada kelebihan masing-masing dan berharap agar kita semua membuang sifat etnosentrik. 2.Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi. Berikan juga kelebihan, halangan dari idea tersebut. i. Pengukuhan intergrasi intraetnik Setiap keluarga dari setiap kaum patut mengamalkan paling kurang satu amalan tradisi masyarakat mereka. Hal ini dilihat akan menghasilkan suatu kebersatuan yang dapat saling dikongsi sesama masyarakat dalam satu kaum. Amalan tersebut mestilah amalan yang dilihat sebagai melambangkan ciri kenegerian yang boleh dikongsi-kongsi. Sebagai contoh amalan menghulurkan duit kepada tuan rumah selepas menghadiri sesebuah majlis perkahwinan dalam adat masyarakat Melayu. Amalan ini rata-ratanya diamalkan di pantai timur. Kelebihannya adalah apabila amalan ini sudah sebati dalam sesebuah keluarga, tidak kira majlis perkahwinan itu diadakan walau di mana sekalipun hatta di negeri lain, amalan itu dapat dipraktik dan diperhati oleh masyarakat Melayu lain dan kaum lain. Halangan yang dilihat adalah kemalasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bagi menerap suatu tradisi yang dianggap sebagai suatu yang remeh. Keburukan idea ini adalah hanya satu adat yang diwajibkan untuk diamal manakala adat-adat lama yang lain terus ditinggal. ii. Pengukuhan Interetnik Wujudkan ‘Hari Perpaduan’. Hari Perpaduan ini wujud di Malaysia sahaja sebagai simbolik sebuah negara berbilang kaum. Kelebihan hari ini adalah seluruh negara akan diberikan cuti umum dan suatu sambutan besar-besaran dijalankan di setiap negeri di Malaysia di bawah kelolaan Perdana Menteri. Halangan bagi idea ini adalah apabila setiap kaum mempunyai sikap etnosentrik dan melebihkan kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam melaksanakan program ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NURUL ATIKAH AHMAD profile image
NURUL ATIKAH AHMAD profile image

NURUL ATIKAH AHMAD

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
Nama: Nurul Atikah binti Ahmad No. Matrik: KIA170082 Fakulti: Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya Nama Pensyarah: Encik Shamshinor bin Abdul Aziz 1) nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami(saat yang menunjukkan semangat integrasi) Berdasarkan pengalaman yang saya dilalui oleh saya sendiri, semangat integrasi dapat saya rasai ketika saya bersama-sama kawan yang lain yang berlainan bangsa dan agama, besama-sama untuk menjayakan kerja kursus subjek Hubungan Ethnik ini sendiri. Saat itu, kami dapat berkongsi idea dan saling menolong antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ersebut tanpa menunjukkan sifat assabiah dalam kalangan kami. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi serta halangan , kelebihan dan keburukan dari idea tersebut: a) pengukuhan integrasi intraetnik pada pandangan saya, langkah untuk mengekalkan integrasi dalam kalanga... Nama: Nurul Atikah binti Ahmad No. Matrik: KIA170082 Fakulti: Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya Nama Pensyarah: Encik Shamshinor bin Abdul Aziz 1) nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami(saat yang menunjukkan semangat integrasi) Berdasarkan pengalaman yang saya dilalui oleh saya sendiri, semangat integrasi dapat saya rasai ketika saya bersama-sama kawan yang lain yang berlainan bangsa dan agama, besama-sama untuk menjayakan kerja kursus subjek Hubungan Ethnik ini sendiri. Saat itu, kami dapat berkongsi idea dan saling menolong antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ersebut tanpa menunjukkan sifat assabiah dalam kalangan kami. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi serta halangan , kelebihan dan keburukan dari idea tersebut: a) pengukuhan integrasi intraetnik pada pandangan saya, langkah untuk mengekalkan integrasi dalam kalangan intraetnik ini adalah menubuhkan persatuan-persatuan dan melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kesefahaman antara satu sama lain dan cara untuk memajukan bangsa sendiri. halangan yang diperolehi melalui kaedah ini adalah ada sesetengah masyarakat tidk mahu melibatkan diri dalam penglibatan tersebut. b)pengukuhan integrasi interetnik melalui interetnik, langkah yang dapat kita lakukan ialah menyambut perayaan antara satu sama lain bersama-sama tanpa menunjukkan sifat rasisme dalam diri. bukan itu sahaja, kita juga dapat mewujudkan perkampungan yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama. melalui cara ini, masyarakat akan lebih mengetahui budaya dan cara hidup orang lain serta dapat menjaga sensitiviti etnik lain. akan tetapi, masalah akan mulatimbul andai masyarakat tidak mengambil cakna akan hal tersebut.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
FAKUR ISMAIL profile image
FAKUR ISMAIL profile image

FAKUR ISMAIL

10/10 starsTaking Now
1 year, 9 months ago
NAMA : MUHAMAD FAKUR ISMAIL BIN ZAINURI BAHA NO. MATRIK : CIB160077 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS KUMPULAN : 4 ( RABU, 8AM-10AM) 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan integrasi) Antara detik yang saya alami mengenai topik ini ialah semasa saya Tingkatan 4 dan 5 apabila saya bersekolah asrama di Maktab Tentera Diraja di Kem Sungai Besi. Pada awalnya saya agak kekok dengan situasi ini apabila saya terpaksa duduk sebilik dengan kaum lain seperti Cina dan India. Malah kami terpaksa berkongsi hampir kesemua benda di dalam kehidupan seharian kami selama 2 tahun di sekolah itu. Dengan amalan kehidupan ala ketenteraan yang diterapkan kepada kami, perlahan-lahan saya berjaya atasi perkara baru dalam hidup saya. Seperti yang kita ketahui, tentera mengamalkan corak kehidupan yang unik dimana mereka diterapkan dengan kaedah susah senang sama-sa... NAMA : MUHAMAD FAKUR ISMAIL BIN ZAINURI BAHA NO. MATRIK : CIB160077 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS KUMPULAN : 4 ( RABU, 8AM-10AM) 1) Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami (saat yang menunjukkan integrasi) Antara detik yang saya alami mengenai topik ini ialah semasa saya Tingkatan 4 dan 5 apabila saya bersekolah asrama di Maktab Tentera Diraja di Kem Sungai Besi. Pada awalnya saya agak kekok dengan situasi ini apabila saya terpaksa duduk sebilik dengan kaum lain seperti Cina dan India. Malah kami terpaksa berkongsi hampir kesemua benda di dalam kehidupan seharian kami selama 2 tahun di sekolah itu. Dengan amalan kehidupan ala ketenteraan yang diterapkan kepada kami, perlahan-lahan saya berjaya atasi perkara baru dalam hidup saya. Seperti yang kita ketahui, tentera mengamalkan corak kehidupan yang unik dimana mereka diterapkan dengan kaedah susah senang sama-sama dalam apa jua perkara. Begitu jugalah yang saya lalui selama 2 tahun semasa bergelar sebagai pelajar di sekolah tersebut. Pada akhir pengajian saya di sekolah itu, saya mendapati bahawa semua yang saya alami dan yang saya praktikan amatlah berguna di luar dimana ia bagus untuk kita praktikan dan amalkan dalam kehidupan seharian kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum. Sehingga kini saya tiada masalah dalam menjalankan urusan ataupun berkongsi sesuatu dengan kaum lain kerana saya telah diajar di sekolah supaya kita sentiasa bertolak ansur dan menunjukkan sifat muafakat sesama kaum yang lain. A) Intraetnik (Kaum yang sama) Cadangan : Mewujudkan persatuan setiap kaum di setiap kawasan Kebaikan : Perkara ini bagus untuk diamalkan oleh setiap persatuan kaum dimana mereka dapat mengenali dengan lenih mendalam kaum mereka sendiri dan membantu antara satu sama lain dalam pelbagai hal. Kita juga sedai maklum bahawa setiap kaum mempunyai sensitiviti mereka sendiri, oleh itu dengan adanya persatuan mereka sendiri, mereka dapatlah menjaga dan memupuk semangat kekitaan antara mereka. Halangan : Jika dipandang dari sudut yang berbeza, ianya akan menimbulkan konflik antara kaum atau bahasa mudahnya rasis. Ini kerana mereka terlalu fokus dengan kaum mereka sehingga sifat muafakat antara kaum terhakis. B) Interetnik (Kaum yang berbeza) Cadangan : Menganjurkan hari atau majlis terbuka kepada semua kaum. Kebaikan : Dapat mengumpulkan pelbagai etnik dalam satu masa pada satu tempat. Melalui platform ini, kita dapat mengenali kaum yang lain dengan lebih mendalam dan dapat menghormati amalan dan gaya hidup mereka. Kita juga dapat menggunakan peluang ini untuk mempelajari sesuatu daripada kaum lain selagi ianya tidak melanggar batasan agama kita. Halangan : Ianya agak sukar direalisasikan kerana setiap kaum masih lagi belum terbuka minda mereka untuk mengenali dan mempelajari sesuatu benda yang baru. Mereka juga pastinya akan mengutamakan majlis atau acara yang berpaksikan kepada kaum mereka sahaja.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.