Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Farhan Zaki profile image
Farhan Zaki profile image

Farhan Zaki

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Nama: Wan Mohamad Farhan W Mohamad Zaki No. Matrik: JIA170020 Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (4.00-6.00 p.m.) 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami;saat yang menunjukkan integrasi. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan anatara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika tersenyum melihat hasil video bagi subjek Hubungan Etnik ini. Pengalaman ini yang saya pilih adalah kerana sebelum ini saya kurang berinteraksi dengan berlainan kaum. Dapat saya rumuskan, integrasi yang wujud antara kaum itu adalah suatu yang baik. Penegasan sifat-sifat seperti rasisme, etnosentrisme dan sebagainya adalah tidak bagus dalam suatu masyarakat. 2. Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi. Berikan juga kelebihan, halangan dan keburukan dari idea tersebut. i. Pengukuhan intergrasi intraetnik ... Nama: Wan Mohamad Farhan W Mohamad Zaki No. Matrik: JIA170020 Pensyarah: Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis Waktu Kuliah: (4.00-6.00 p.m.) 1. Nyatakan pengalaman anda berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami;saat yang menunjukkan integrasi. Detik kebersatuan yang saya dapat rasakan sebagai suatu kebersatuan anatara saya dan kaum lain yang boleh dikatakan integrasi adalah ketika tersenyum melihat hasil video bagi subjek Hubungan Etnik ini. Pengalaman ini yang saya pilih adalah kerana sebelum ini saya kurang berinteraksi dengan berlainan kaum. Dapat saya rumuskan, integrasi yang wujud antara kaum itu adalah suatu yang baik. Penegasan sifat-sifat seperti rasisme, etnosentrisme dan sebagainya adalah tidak bagus dalam suatu masyarakat. 2. Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi. Berikan juga kelebihan, halangan dan keburukan dari idea tersebut. i. Pengukuhan intergrasi intraetnik Setiap keluarga dari setiap kaum patut mengamalkan paling kurang satu amalan tradisi masyarakat mereka. Hal ini dilihat akan menghasilkan suatu kebersatuan yang dapat saling dikongsi sesama masyarakat dalam satu kaum. Amalan tersebut mestilah amalan yang dilihat sebagai melambangkan ciri kenegerian yang boleh dikongsi-kongsi. Sebagai contoh amalan menghulurkan duit kepada tuan rumah selepas menghadiri sesebuah majlis perkahwinan dalam adat masyarakat Melayu. Amalan ini rata-ratanya diamalkan di pantai timur. Kelebihannya adalah apabila amalan ini sudah sebati dalam sesebuah keluarga, tidak kira majlis perkahwinan itu diadakan walau di mana sekalipun hatta di negeri lain, amalan itu dapat dipraktik dan diperhati oleh masyarakat Melayu lain dan kaum lain. Halangan yang dilihat adalah kemalasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bagi menerap suatu tradisi yang dianggap sebagai suatu yang remeh. Keburukan idea ini adalah hanya satu adat yang diwajibkan untuk diamal manakala adat-adat lama yang lain terus ditinggal. ii. Pengukuhan Interetnik Wujudkan ‘Hari Perpaduan’. Hari Perpaduan ini wujud di Malaysia sahaja sebagai simbolik sebuah negara berbilang kaum. Kelebihan hari ini adalah seluruh negara akan diberikan cuti umum dan suatu sambutan besar-besaran dijalankan di setiap negeri di Malaysia di bawah kelolaan Perdana Menteri. Halangan bagi idea ini adalah sikap pentingkan diri setiap kaum yang tidak endah akan setiap perilaku kaum lain. Keburukannya adalah akan bertambah hari cuti di Malaysia yang sememangnya sudahpun banyak.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
MUHAMMAD SHAH FIKRI profile image
MUHAMMAD SHAH FIKRI profile image

MUHAMMAD SHAH FIKRI

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
NAMA : MUHAMMAD SHAH FIKRI BIN ZAINON UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA NO MATRIK : JIA170009 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZIZS KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN 7 (RABU) AKADEMIK PENGAJIAN MELAYU (KUMPULAN 1) 1. NYATAKAN PENGALAMAN ANDA TENTANG DETIK-DETIK KEBERSATUAN YANG PERNAH ANDA ALAMI SAAT YANG MENUNJUKKAN INTERGRASI : pengalaman saya ketika saya melangkah kealam sekolah menengah dimana saya ditempatkan disekolah yang bercampur dengan pelbagai kaum dan etnik, banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui ketika masa dikelas bilangan pelajar kelas hanyalah 28 orang yang dalamnya terdiri dari kaum melayu india, cina dan juga etnik dari sabah dan sarawak. ketika belajar didalam kelas rakan yang duduk disebelah sy iailah berbangsa cina yang hebat dalam matematik tambahan, sikap tolong menolong sesama rakyat malaysia juga dapat dilihat ketika saya menanyakan soalan matematik tambahan yang saya sukar untuk menjaw... NAMA : MUHAMMAD SHAH FIKRI BIN ZAINON UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA NO MATRIK : JIA170009 PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZIZS KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN 7 (RABU) AKADEMIK PENGAJIAN MELAYU (KUMPULAN 1) 1. NYATAKAN PENGALAMAN ANDA TENTANG DETIK-DETIK KEBERSATUAN YANG PERNAH ANDA ALAMI SAAT YANG MENUNJUKKAN INTERGRASI : pengalaman saya ketika saya melangkah kealam sekolah menengah dimana saya ditempatkan disekolah yang bercampur dengan pelbagai kaum dan etnik, banyak kenangan manis dan pahit yang saya lalui ketika masa dikelas bilangan pelajar kelas hanyalah 28 orang yang dalamnya terdiri dari kaum melayu india, cina dan juga etnik dari sabah dan sarawak. ketika belajar didalam kelas rakan yang duduk disebelah sy iailah berbangsa cina yang hebat dalam matematik tambahan, sikap tolong menolong sesama rakyat malaysia juga dapat dilihat ketika saya menanyakan soalan matematik tambahan yang saya sukar untuk menjawabnya dan kawan saya yang berbangsa cina ini menolong tanpa melisihkan kaum lain yang berada dikelas yang sama. tidak dapat dilupakan ketika hari konvokesyen tingkatan 5 minggu terakhir sebelum bemulanya peperiksaan kami dapat duduk semaja menceritakan segala kenangan dan berdoa bersama agar dapat menjalani peperiksaan spm dengan cemerlang. sepanjang kami berkenalan selama 2 tahun tidak ada sikap berbaur rasis yang menyentuh dari segi bahasa, warna kulit dan sebagainya kerana itu dapat menjarakkan lagi hubungan silaturahim antara etnik dan kaum. sehingga kini kami masih berbual didalam aplikasi wassapp berkumpulan kerana media ini juga dapat memainkan peranan sebagai ukhwah dan kebersamaan (bersaudara). 2. CADANGAN UNTUK MENGUKUHKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM : a. intra-etnik : kepelbagaian etnik dimalaysia adalah pemangkin untuk terus maju kehadapan, membuat cadangan yang mewujudkan intraetnik diantara kita mestilah meliputi dari segi politik, ekonomi dan sosial seperti menubuhkan kelas-kelas masakan diseluruh malaysia yang menyajikan juadah makanan tradisi pelbagai etnik dimalaysia supaya kita dapat menikmati citarasa bersama dan berkongsi keistimewaan yang wujud di malaysia. b. inter-etnik : interetnik diantara kaum yang sama juga dapat mendidik kita agar lebih kenal lagi siapa kita yang duduk di bumi malaysia, membuat sebuah syarikat tabungan (ekonomi) yang dimiliki oleh sesebuah etnik atau kaum seperti melayu, cina , india dan sebagainya secara mutlak dapat membantu mereka dari segi kebajikan dan ekonomi meningkatkan sumber-sumber pendapatan dan memberi hak keselesaan kesamarataan diantara etnik masing-masing tanpa memilih bulu.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Soo Xiang Vun profile image
Soo Xiang Vun profile image

Soo Xiang Vun

10/10 stars
1 year, 7 months ago
Nama: Soo Xiang Vun MatricNo.: KIE170110 Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di Matrikulasi. Semasa di matric satu bilik mempunyai empat orang. Saya sebagai seorang berkaum Cina telah sebilik dengan tiga kawan melayu. Pengalaman yang saya rasa berkaitan detik detik kerbersatuan adalah semasa saya sakit kawan sebilik saya telah menjaga saya dengan memberikan air panas dan ubat kepada saya. Selain itu, kawan sebilik saya juga membawa makanan masak dari rumah untuk berkongsi dengan saya. Saya juga memberikan keropok kepada kawan sebilik saya. Di samping itu, kawan sebilik saya juga sentiasa mengajak saya makan bersama di Cafe dan juga akan membungkus bagi saya jika saya tidak makan bersama. Saya berasa gembira dengan menpunyai kawan sebilik saya yang baik dan prihati... Nama: Soo Xiang Vun MatricNo.: KIE170110 Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di Matrikulasi. Semasa di matric satu bilik mempunyai empat orang. Saya sebagai seorang berkaum Cina telah sebilik dengan tiga kawan melayu. Pengalaman yang saya rasa berkaitan detik detik kerbersatuan adalah semasa saya sakit kawan sebilik saya telah menjaga saya dengan memberikan air panas dan ubat kepada saya. Selain itu, kawan sebilik saya juga membawa makanan masak dari rumah untuk berkongsi dengan saya. Saya juga memberikan keropok kepada kawan sebilik saya. Di samping itu, kawan sebilik saya juga sentiasa mengajak saya makan bersama di Cafe dan juga akan membungkus bagi saya jika saya tidak makan bersama. Saya berasa gembira dengan menpunyai kawan sebilik saya yang baik dan prihatin semasa di matrikulasi. Cadangan yang dapat mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi intraetnik adalah mengadakan karnival tajuk berdasarkan etnik-etnik sendiri dan melibat semua etnik yang sama pada kawasan tertentu. Kelebihan cadangan ini adalah etnik tersebut dapat mengenalkan orang yang bersama etnik dan berkomunikasi dengan mereka. Selain itu, cadangan ini juga dapat menambahkan kefahaman etnik dan budaya. Halangan yang akan menghadapi adalah kesibukan dengan berkerja hingga tidak mempunyai masa untuk menyediakan dan menghadiri karnival. Keburukan cadangan ini adalah memerlukan kos yang tinggi untuk menjalankan karnival. Cadangan yang dapat mengekalkan dan mengukuhkan lagi intergrasi interetnik adalah menjalankan pekongsian pendapat setiap minggu bagi etnik yang berbeza. Dengan mengadakan pekongsian ini etnik yang berbeza dapat mengenali etnik yang lain dengan baik. Etnik-ethik dapat berkomunikasi dengan baik dan sabar jika memahami adat dan budaya ethnik lain. Halangan yang akan menghadapi untuk cadagan ini adalah kesentukan masa untuk menjalankan pekongsian idea. Keburukan cadangan ini adalah kesalah faham mungkin berlaku jika sesuatu idea tidak dijelaskan dengan baik. Oleh itu, dalam pekongsian idea memerlukan menjelaskan idea dan budaya dengan baik supaya ethnik lain juga dapat memahaminya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nurul Nabilah Binti Zuhaidi pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. (KIL170068) i)nyatakan pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami. Detik kebersatuan yang yang pernah saya alami adalah ketika saya memasuki universiti di peringkat sarjana muda di mana terdapat pelajar dari pelbagai etnik . Di sini saya belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang yang berlainan agama dan bangsa. Semua pelajar saling membantu terutamama dalam hal pengajian dan pembelajaran tidak mengira kaum. Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal, saya dapat merasakan semua pelajar saling membantu bagi menyelesaikan sesuatu eksperimen. Selain itu, aktiviti di kolej juga disambut baik oleh setiap pelajar dari pelbagai kaum. Sesuatu program yang dianjurkan mengikut kaum tertentu juga disambut baik oleh kaum lain. Contohnya pesta tanglung juga mendapat sambutan... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nurul Nabilah Binti Zuhaidi pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. (KIL170068) i)nyatakan pengalaman berkaitan detik-detik kebersatuan yang pernah dialami. Detik kebersatuan yang yang pernah saya alami adalah ketika saya memasuki universiti di peringkat sarjana muda di mana terdapat pelajar dari pelbagai etnik . Di sini saya belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang yang berlainan agama dan bangsa. Semua pelajar saling membantu terutamama dalam hal pengajian dan pembelajaran tidak mengira kaum. Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal, saya dapat merasakan semua pelajar saling membantu bagi menyelesaikan sesuatu eksperimen. Selain itu, aktiviti di kolej juga disambut baik oleh setiap pelajar dari pelbagai kaum. Sesuatu program yang dianjurkan mengikut kaum tertentu juga disambut baik oleh kaum lain. Contohnya pesta tanglung juga mendapat sambutan dari pelajar Melayu dan India. ii) cadangan bagaimana memperkukuh/memperbaiki hubungan etnik di Malaysia. Bagi hubungan intraetnik, hubungan dapat dieratkan melalui sikap saling menghormati dan kesediaan untuk saling membantu dalam masyarakat. Hal ini harus dipupuk bermula di peringkat institusi kekeluargaan oleh ibu bapa. Selain itu, aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti goting royong semasa kenduri dapat mengeratkan hubungan masyarakat. Hubungan antara interetnik dapat dieratkan melalui dasar pendidikan negara iaitu pelbagai kaum belajar di satu sekolah yang sama dan dicampurkan bersama dalam pelbagai aktiviti seperti aktiviti sukan, kokurikulum dan terutama pelajaran.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NUR SYAZWANI SYAHIRAH AHMAD profile image
NUR SYAZWANI SYAHIRAH AHMAD profile image

NUR SYAZWANI SYAHIRAH AHMAD

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua . Saya Nur Syazwani Syahirah binti Ahmad(SIT160045) daripada Universiti Malaya. Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya dalam mengalami detik-detik kebersatuan yang tak dapat saya lupakan adalah sewaktu saya disekolah. Sekolah saya merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai suku etnik di Malaysia. Antara suku etnik yang terdapat di sekolah saya ialah Melayu, Cina, India, Orang Asli serta sedikit suku kaum khadazan dusun. Mengapa sekolah saya berbilang etnik? Ini kerana rata rata pelajar disekolah saya merupakan anak-anak anggota polis yang hadir daripada pelbagai negeri di Malaysia kerana itulah kami dapat mengenali antara satu sama lain. Semasa disekolah, sinonimnya setiap sekolah akan mengadakan hari koperasi begitu juga sekolah saya. Hari koperasi ini merupakan detik-detik kebersatuan yang saya alami kerana sewaktu ini lah kami bers... Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua . Saya Nur Syazwani Syahirah binti Ahmad(SIT160045) daripada Universiti Malaya. Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya dalam mengalami detik-detik kebersatuan yang tak dapat saya lupakan adalah sewaktu saya disekolah. Sekolah saya merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai suku etnik di Malaysia. Antara suku etnik yang terdapat di sekolah saya ialah Melayu, Cina, India, Orang Asli serta sedikit suku kaum khadazan dusun. Mengapa sekolah saya berbilang etnik? Ini kerana rata rata pelajar disekolah saya merupakan anak-anak anggota polis yang hadir daripada pelbagai negeri di Malaysia kerana itulah kami dapat mengenali antara satu sama lain. Semasa disekolah, sinonimnya setiap sekolah akan mengadakan hari koperasi begitu juga sekolah saya. Hari koperasi ini merupakan detik-detik kebersatuan yang saya alami kerana sewaktu ini lah kami bersatu hati bagai aur dengan tebing untuk menjayakan salah satu majlis penting disekolah kami. Setiap etnik di sekolah akan menyediakan satu persembahan pembukaan. Biasanya tetamu vip akan diarak oleh pukulan kompang oleh kaum Melayu, kaum India akan memainkan Dholak manakala kaum Cina akan memainkan gendang 24 musim. Pukulan ini dimainkan secara serentak dengan irama yang cukup harmoni. Saya telah terlibat sama dalam upacara ini dengan memainkan alatan kompang. Sewaktu upacara ini berlangsung perasaan kebersatuan antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat saya rasakan. Setelah itu, etnik khadazan dusun serta orang Asli akan mengadakan persembahan tarian etnik mereka dihadapan pentas untuk tontonan tetamu Vip serta para pelajar. Melalui majlis ini, saya dapat mempelajari budaya kaum kaum di Malaysia. Selain itu, kami juga mengadakan jualan makanan tradisional masing masing sepanjang Hari Koperasi ini dijalankan. Ini secara tidak langsung dapat memberikan kami pengetahuan dan tidak memandang serong terhadap makanan masyarakat kaum lain kerana setiap makanan yang ada mempunyai keunikan yang tersendiri. Seterusnya, bagi menjawab soalan kedua saya berpendapat untuk mengukuhkan lagi hubungan etnik di Malaysia pihak kerajaan seharusnya menutup sekolah sekolah seperti SJKC dan SJKI dan mengadakan satu sistem sekolah yang menyatukan semua agama di bawah bumbung yang sama dan mewajibkan untuk semua pelajar mengikuti mata pelajaran bahasa cina, bahasa India serta bahasa Melayu. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah menambah syarat lulus untuk UPSR,PT3 serta SPM iaitu setiap pelajar haruslah lulus mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa cina, bahasa India,sejarah dan bahasa Inggeris supaya masyarakat kita dapat menggunakan bahasa bahasa ini sebagai bahasa penghantar antara satu sama lain. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
FARIS AZIZI MOHMAD profile image
FARIS AZIZI MOHMAD profile image

FARIS AZIZI MOHMAD

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Nama : Faris Azizi Bin Mohmad Universiti Malaya No Matrik : KIE170024 Fakulti : Kejuruteraan 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah anda alami. Antara detik detik kesatuan yg pernah saya alami adalah ketika menjalani program matrikulasi. Hal ini demikian kerana pelajar pelajar di kolej matrikulasi terdiri daripada berbilang kaum. Semua pelajar di kolej matrikulasi saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam hal hal berkaitan pelajaran tanpa mengira kaum agama dan budaya. Selain itu, program program yang di anjurkan oleh sesuatu kaum juga di sambut baik oleh kaum kaum yang lain. Sebagai contoh, program beberbuka puasa bukan sahaja disertai oleh pelajar melayu sahaja malahan turut disertai oleh perlajar cina dan juga india. Penyertaan kaum lain dalam program seperti ini tidak akan menimbulkan sebarang masaalah kerana semua pelajar menghormati antara satu sama lain tanpa megira k... Nama : Faris Azizi Bin Mohmad Universiti Malaya No Matrik : KIE170024 Fakulti : Kejuruteraan 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah anda alami. Antara detik detik kesatuan yg pernah saya alami adalah ketika menjalani program matrikulasi. Hal ini demikian kerana pelajar pelajar di kolej matrikulasi terdiri daripada berbilang kaum. Semua pelajar di kolej matrikulasi saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam hal hal berkaitan pelajaran tanpa mengira kaum agama dan budaya. Selain itu, program program yang di anjurkan oleh sesuatu kaum juga di sambut baik oleh kaum kaum yang lain. Sebagai contoh, program beberbuka puasa bukan sahaja disertai oleh pelajar melayu sahaja malahan turut disertai oleh perlajar cina dan juga india. Penyertaan kaum lain dalam program seperti ini tidak akan menimbulkan sebarang masaalah kerana semua pelajar menghormati antara satu sama lain tanpa megira kaum. Penyertaan kaum lain dalam program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum sekaligus dapat mengekalkan kerharmonian negara kita pada masa akan datang. Bagi soalan kedua , terdapat perlbagai inisiatif boleh dilakukan dalam mengukuhkan hubungan ethnik. Bagi hubungan intraethnik, saya mencadangkan agar masyarakat di setiap kawasan untuk menubuhkan satu persatuan yang terdiri daripada penduduk setempat. Hal ini harus dilaksanakan bagi memudahkan aktiviti kemasyarakatan dilakukan. Contohnya , jika ada ahli persatuan tersebut ingin melansungkan majlis seperti maljis perkahwinan, persiapan untuk majlis tersebut dapat dilakukan secara gotong royong dan tidak memerlukan khidmat seperti khidmat penyediakan makanan dari luar. Aktiviti yang dilakukan secara gotong royong terbukti dapat mengukuhkan lagi kerbersatuan antara masyarakan setempat. Selain itu, dalam konteks interkaum saya mencadangkan agar pensyarah2 terutamanya di institusi pengajian tinggi agar memperbanyakkan kerja2 kumpulan dan menetapkan bahawa setiap kumpulan haruslah terdiri daripada berbilang kaum, Hal ini kerana percampuran dikalangan pelajar pelbagai ethnik kebanyakkannya berlaku semasa di institusi pengajian tinggi. dengan memperbanyakkan aktiviti berkumpuan pelajar dapat mengenali lebih mendalam antara satu sama lain.aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjsama antara pelajar dan sekaligus dapat mengukuhkan hubungan antara ethnik di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nursyaffa aqilah profile image
Nursyaffa aqilah profile image

Nursyaffa aqilah

10/10 starsCompleted
1 year, 7 months ago
Asslamaualaikum dan selamat sejahtera, saya NURSYAFFA AQILAH BINTI YAAKOP (JEB150054) dari AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.saya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini di bawah pimpinan DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS. kursus hubungan etnik ini telah mengajar saya untuk lebih memahami tentang budaya dan adat kaum lain. saya rasa bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana negara kita telah mendapat jolokan sebuah negara yang aman dan bersatu padu walaupun kita hidup dengan masyarakat yang berbilang kaum. Walaupun, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun ia merupakan sebuah negara yang aman dan damai tanpa sebarang perbalahan dan rusuhan kaum. Malaysia mengamalkan nilai kebebasan agama dan tidak hanya tertumpu pada satu agama atau kaum sahaja. Segala perkara dari segi sektor pendidikan, pekerjaan, polit... Asslamaualaikum dan selamat sejahtera, saya NURSYAFFA AQILAH BINTI YAAKOP (JEB150054) dari AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.saya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini di bawah pimpinan DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS. kursus hubungan etnik ini telah mengajar saya untuk lebih memahami tentang budaya dan adat kaum lain. saya rasa bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana negara kita telah mendapat jolokan sebuah negara yang aman dan bersatu padu walaupun kita hidup dengan masyarakat yang berbilang kaum. Walaupun, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun ia merupakan sebuah negara yang aman dan damai tanpa sebarang perbalahan dan rusuhan kaum. Malaysia mengamalkan nilai kebebasan agama dan tidak hanya tertumpu pada satu agama atau kaum sahaja. Segala perkara dari segi sektor pendidikan, pekerjaan, politik dan lain-lain lagi, semua individu dilayan serta diberi peluang sama rata untuk diambil.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Syahid Sulaiman profile image
Syahid Sulaiman profile image

Syahid Sulaiman

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Nama: Mohamad Syahid bin Mohamad Sulaiman (SIG160013). Pelajar tahun dua Jabatan Geologi Fakulti Sains1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di sekolah. Kebiasaannya sebelum sesi persekolahan bermula setiap kelas akan mengadakan gotong-royong. Jadi disinilah semua kaum akan berkumpul dan bersatu untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah. Aktiviti gotong royong ini mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di sekolah saya seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Kami akan berbincang dan sepakat untuk menceriakan kelas kami. Ini secara tidak langsung memupuk kesefahaman antara kaum. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi I)Pengukuhan intraetnik Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. ... Nama: Mohamad Syahid bin Mohamad Sulaiman (SIG160013). Pelajar tahun dua Jabatan Geologi Fakulti Sains1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di sekolah. Kebiasaannya sebelum sesi persekolahan bermula setiap kelas akan mengadakan gotong-royong. Jadi disinilah semua kaum akan berkumpul dan bersatu untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah. Aktiviti gotong royong ini mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di sekolah saya seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Kami akan berbincang dan sepakat untuk menceriakan kelas kami. Ini secara tidak langsung memupuk kesefahaman antara kaum. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi I)Pengukuhan intraetnik Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan entiti mithali kepada anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra . Maka, sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap ibu bapa yang menghormati orang lain . Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan dan nasihat yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif dalam para murid. Yang kita pastikan ialah gabungan usaha antara ibu bapa dengan barisan pendidik dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi muda. II)Pengukuhan Interetnik Antara cara mengukuhkan hubungan interetnik adalah dengan menghapuskan prejudis dan diskriminasi. Langkah ini boleh dilakukan melalui pendekatan pendidikan. Guru perlu mendedahkan maklumat yang tepat tentang kumpulan lain membolehkan pelajar mempelajari tentang persamaan dan perbezaan antara kumpulan. Apabila individu mempunyai maklumat yang tepat, mereka kurang menerima stereotaip dan tidak menjadi prejudis . Apabila pelajar dan pendidik mendapat pengetahuan tentang kumpulan lain dan sejarah mereka, mereka akan lebih cenderung untuk menghormati ahli kumpulan dan bekerjasama dengan mereka. Dengan terlibat secara aktif dalam membina pasukan, dan berunding secara berterusan dengan pelajar semua membantu membangunkan budaya toleransi dan pemahaman baru. Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar kaum dan etnik yang berbeza bekerja sama dalam kumpulan, memberikan mereka ganjaran, pengiktirafan, atau penilaian berdasarkan berapa banyak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Pembelajaran berkumpulan menyediakan peluang untuk hubungan interetnik berkembang.Namun cabarannya adalah apabila pelajar tidak mahu memberi kerjasama dan masih memilih untuk bekerjasama dengan kaum yang sama. Selain itu, melalui pendekatan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu bersuara atau bertindak apabila berlaku sesuatu kepada kaum lain. Ini adalah cara anak-anak dapat melihat dengan pandangan mereka sendiri bagaimana ia kelihatan seperti seseorang cuba memperbaiki hubungan antara kaum atau kumpulan etnik. Sekiranya ibu bapa ingin mengambil langkah lebih jauh dan selamat, ibu bapa boleh menyertai perhimpunan atau menunjukkan perubahan, dengan menyertakan anak-anak anda dan terangkan kepada mereka mengapa anda melakukannya dan apa yang anda harap dapat dicapai. Namun langkah ini agak sukar dilakukan kerana ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing masing
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Natasha profile image
Nur Natasha profile image

Nur Natasha

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Nama: Nur Natasha binti Shamsul Bohari Universiti: Universiti Malaya No. matrik: CIA170100 Fakulti: Fakulti perniagaan dan perakaunan 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di sekolah. Kebiasaannya sebelum sesi persekolahan bermula setiap kelas akan mengadakan gotong-royong. Jadi disinilah semua kaum akan berkumpul dan bersatu untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah. Aktiviti gotong royong ini mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di sekolah saya seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Kami akan berbincang dan sepakat untuk menceriakan kelas kami. Ini secara tidak langsung memupuk kesefahaman antara kaum. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi I)Pengukuhan intraetnik Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hada... Nama: Nur Natasha binti Shamsul Bohari Universiti: Universiti Malaya No. matrik: CIA170100 Fakulti: Fakulti perniagaan dan perakaunan 1)Nyatakan kisah pengalaman anda berkaitan detik detik kebersatuan yang pernah dialami Pengalaman saya semasa detik kebersatuan etnik di Malaysia adalah sewaktu di sekolah. Kebiasaannya sebelum sesi persekolahan bermula setiap kelas akan mengadakan gotong-royong. Jadi disinilah semua kaum akan berkumpul dan bersatu untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah. Aktiviti gotong royong ini mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di sekolah saya seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Kami akan berbincang dan sepakat untuk menceriakan kelas kami. Ini secara tidak langsung memupuk kesefahaman antara kaum. 2)Berikan cadangan untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi I)Pengukuhan intraetnik Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan entiti mithali kepada anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra . Maka, sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap ibu bapa yang menghormati orang lain . Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan dan nasihat yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif dalam para murid. Yang kita pastikan ialah gabungan usaha antara ibu bapa dengan barisan pendidik dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi muda.  II)Pengukuhan Interetnik Antara cara mengukuhkan hubungan interetnik adalah dengan menghapuskan prejudis dan diskriminasi. Langkah ini boleh dilakukan melalui pendekatan pendidikan. Guru perlu mendedahkan maklumat yang tepat tentang kumpulan lain membolehkan pelajar mempelajari tentang persamaan dan perbezaan antara kumpulan. Apabila individu mempunyai maklumat yang tepat, mereka kurang menerima stereotaip dan tidak menjadi prejudis . Apabila pelajar dan pendidik mendapat pengetahuan tentang kumpulan lain dan sejarah mereka, mereka akan lebih cenderung untuk menghormati ahli kumpulan dan bekerjasama dengan mereka. Dengan terlibat secara aktif dalam membina pasukan, dan berunding secara berterusan dengan pelajar semua membantu membangunkan budaya toleransi dan pemahaman baru. Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar kaum dan etnik yang berbeza bekerja sama dalam kumpulan, memberikan mereka ganjaran, pengiktirafan, atau penilaian berdasarkan berapa banyak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Pembelajaran berkumpulan menyediakan peluang untuk hubungan interetnik berkembang.Namun cabarannya adalah apabila pelajar tidak mahu memberi kerjasama dan masih memilih untuk bekerjasama dengan kaum yang sama. Selain itu, melalui pendekatan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu bersuara atau bertindak apabila berlaku sesuatu kepada kaum lain. Ini adalah cara anak-anak dapat melihat dengan pandangan mereka sendiri bagaimana ia kelihatan seperti seseorang cuba memperbaiki hubungan antara kaum atau kumpulan etnik. Sekiranya ibu bapa ingin mengambil langkah lebih jauh dan selamat, ibu bapa boleh menyertai perhimpunan atau menunjukkan perubahan, dengan menyertakan anak-anak anda dan terangkan kepada mereka mengapa anda melakukannya dan apa yang anda harap dapat dicapai. Namun langkah ini agak sukar dilakukan kerana ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing masing
Was this review helpful? Yes0
 Flag
SYAFIQAH ROZMAN profile image
SYAFIQAH ROZMAN profile image

SYAFIQAH ROZMAN

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum, nama diberi Wan Nur Syafiqah Binti Wan Rozman (SIE170029) pelajar Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Semasa di bangku sekolah sama ada tadika, rendah mahupun menengah, saya tidak mempunyai kawan yang berlainan etnik. Malahan kawasan kejiranan juga majoritinya dihuni etnik melayu. Namun begitu, apabila menginjak ke Kolej Matrikulasi, saya berkenalan dengan pelbagai etnik. Terutamanya rakan sebilik, yang merupakan "chindian", rakan sekelas yang terdiri daripada etnik cina dan india. Tambahan pula, di kolej saya juga mempunyai pelajar dari Sabah dan Sarawak. Bermulalah persahabatan saya dengan mereka dengan pengkosian tentang makanan, tradisi dan keistimewaan setiap etnik. Pihak kolej mengajurkan malam kebudayaan yang merangkumi malam cina, melayu dan india dalam masa seminggu. Setiap etnik mempersembahkan budaya dari segi tarian, pakaian tra... Assalamualaikum, nama diberi Wan Nur Syafiqah Binti Wan Rozman (SIE170029) pelajar Universiti Malaya, mengambil kursus Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Semasa di bangku sekolah sama ada tadika, rendah mahupun menengah, saya tidak mempunyai kawan yang berlainan etnik. Malahan kawasan kejiranan juga majoritinya dihuni etnik melayu. Namun begitu, apabila menginjak ke Kolej Matrikulasi, saya berkenalan dengan pelbagai etnik. Terutamanya rakan sebilik, yang merupakan "chindian", rakan sekelas yang terdiri daripada etnik cina dan india. Tambahan pula, di kolej saya juga mempunyai pelajar dari Sabah dan Sarawak. Bermulalah persahabatan saya dengan mereka dengan pengkosian tentang makanan, tradisi dan keistimewaan setiap etnik. Pihak kolej mengajurkan malam kebudayaan yang merangkumi malam cina, melayu dan india dalam masa seminggu. Setiap etnik mempersembahkan budaya dari segi tarian, pakaian tradisional, permainan tradisional, masakan, alat tradisional dan keistimewaan setiap etnik. Saya mendapat banyak pengetahuan dan berkenalan dengan mereka lebih rapat. Saya juga telah mencuba memakai ‘cheongsam’ pada hari kebudayaan tersebut. Antara cadangan untuk megekalkan dan mengukuhkan integrasi di Malaysia dalam kalangan intraetnik adalah dengan mengenakan pakaian tradisional mengikut setiap etnik pada hari jumaat. Hal ini boleh dijalankan di peringkat sekolah, universiti, pejabat dan orang umum. Kita dapat mengenali pelbagai corak dan fesyen yang pelbagai. Peniaga kain juga akan berkembang maju dengan memikirkan idea yang kreatif untuk mencipta baju. Sebagai contoh, baju kurung bagi etnik melayu mempunyai banyak jenis iaitu, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah, baju kurung Teluk Belanga, baju kurung Perak dan banyak lagi. Malahan terdapat banyak jenis Sari, Baju Melayu, Samfoo, Salwar kameez dan lain-lain. Pemakaian tradisional pada setiap hari jumaat perlulah berperingkatdan diterima setiap etnik. Selain itu, cadangan untuk memperkukuhkan antara interetnik adalah dengan membubarkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tetapi ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Mungkin sekarang pembinaan untuk SJK sudah pun sikit, tapi masih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka di sekolah mengikut etnik. Hal ini, menyebabkan kurangnya pergaulan sesame pelbagai etnik, seperti mana yang telah dilalui oleh saya ketika di bangku sekolah. Tambahan pula, pihak kerajaan juga boleh membahagikan tanah dalam satu kawasan yang pelbagai etnik. Saya sedar kedua-dua cadangan ini sukar untuk dilaksanakan tetapi kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Sebagai rakyat Malaysia juga perlu menyokong untu mengekalkan perpaduan. Seterusnya keamanan dan kesepaduan dapat dilaksanakan
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
1 year, 7 months ago
Selamat Sejahtera, saya Lim Sin Yin (KIL170036) dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Untuk soalan pertama mengenai kisah pengalaman saya dalam meningkatkan semangat integrasi adalah pada waktu belajar di kolej matrikulasi, situasi di cafeteria pada hari Dato’ Lee Chong Wei bertempur di peringkat akhir badminton perseorangan di Olimpik 2016. Walaupun Dato’ Lee Chong Wei ialah kaum Cina, tetapi terdapat juga banyak penyokong kaum Melayu, India dan lain-lain berada di cafeteria untuk menyokong Dato’ Lee Chong Wei. Setiap kali Dato’ Lee mendapat markah, semua pelajar di café pun bersorak dengan gembira. Walaupun Dato’ mendapat tempat kedua dalam Olimpik 2016, namun saya dapat merasai semangat integrasi antara kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Antara langkah untuk mengukuhkan hubungan intraetnik adalah dengan menu... Selamat Sejahtera, saya Lim Sin Yin (KIL170036) dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Untuk soalan pertama mengenai kisah pengalaman saya dalam meningkatkan semangat integrasi adalah pada waktu belajar di kolej matrikulasi, situasi di cafeteria pada hari Dato’ Lee Chong Wei bertempur di peringkat akhir badminton perseorangan di Olimpik 2016. Walaupun Dato’ Lee Chong Wei ialah kaum Cina, tetapi terdapat juga banyak penyokong kaum Melayu, India dan lain-lain berada di cafeteria untuk menyokong Dato’ Lee Chong Wei. Setiap kali Dato’ Lee mendapat markah, semua pelajar di café pun bersorak dengan gembira. Walaupun Dato’ mendapat tempat kedua dalam Olimpik 2016, namun saya dapat merasai semangat integrasi antara kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Antara langkah untuk mengukuhkan hubungan intraetnik adalah dengan menubuhkan persatuan kaum masing-masing. Dengan ini, ketua persatuan kaum masing-masing dapat menjaga kebajikan etnik masing-masing. Namun, terdapat kekangan untuk mengukuhkan hubungan intraetnik juga. Contohnya, ideologi dan fahaman politik yang berbeza sesama etnik. Hal ini akan menimbulkan ketidaksefahaman dalam sesuatu etnik. Selain itu, langkah untuk mengukuhkan hubungan interetnik ialah penerapan sikap hormat-menghormati antara kaum yang berbeza dalam kalangan remaja sejak kecil. Sekiranya mereka menghormati budaya kaum lain, pergaduhan dan salah faham dapat dielakkan dan hubungan etnik dapat dikukuhkan. Namun usaha ini mungkin menghadapi cabaran seperti adat resam antara etnik yang berbeza yang merupakan isu-isu sensitif dan ini mungkin menggugat kesepakatan antara kaum. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Daniel  Abdullah profile image
Daniel  Abdullah profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya Daniel Abdullah bin Zulkifli (KIA170019) , pelajar Universiti Malaya (UM), jurusan Kejuruteraan Awam, telah mengambil Hubungan Etnik bersama Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Setelah hampir satu semesta saya belajar Hubungan Etnik ini, saya telah lebih memahami perkara sebenar yang berlaku di Malaysia. Sebagaimana kita tahu, di negara kita terdapat pelbagai etnik. Terdapat pelbagai senario yang berlaku antara etnik yang saya dapat lihat dengan jelas antaranya di dalam bidang sukan. Apabila seseorang itu mewakili Malaysia, walaupun wujudnya stereotiap seperti contoh India kuat berlari, akan tetapi apabila melayu yang mewakili Malaysia dalam sukan larian, bukan sahaja India malah seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada atlet tersebut. Malah, senario etnik ini juga sangat jelas boleh dilihat ketika perlawanan bola sepak. Tidak hairanlah perkarangan stadium ak... Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya Daniel Abdullah bin Zulkifli (KIA170019) , pelajar Universiti Malaya (UM), jurusan Kejuruteraan Awam, telah mengambil Hubungan Etnik bersama Dr. Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis. Setelah hampir satu semesta saya belajar Hubungan Etnik ini, saya telah lebih memahami perkara sebenar yang berlaku di Malaysia. Sebagaimana kita tahu, di negara kita terdapat pelbagai etnik. Terdapat pelbagai senario yang berlaku antara etnik yang saya dapat lihat dengan jelas antaranya di dalam bidang sukan. Apabila seseorang itu mewakili Malaysia, walaupun wujudnya stereotiap seperti contoh India kuat berlari, akan tetapi apabila melayu yang mewakili Malaysia dalam sukan larian, bukan sahaja India malah seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada atlet tersebut. Malah, senario etnik ini juga sangat jelas boleh dilihat ketika perlawanan bola sepak. Tidak hairanlah perkarangan stadium akan dipenuhi oleh penyokong malahan ada yang memilih restoran Mamak untuk menonton sukan tersebut dan di situ kita lihat bukan sahaja melayu, malah india dan cina turut serta menyokong pasukan Malaysia yang mana segelintir kaum ada mempunyai stereotaip terhadap kaum lain akan tetapi ketika di stadium atau restoran mamak, mereka boleh sahaja duduk bersebelahan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain dan di sini saya sendiri dapat lihat setiap bangsa akan bersatu untuk kejayaan Bersama. Dengan senario yang berlaku ini, apa yang saya faham, negara kita akan bersatu apabila setiap etnik mempunyai persefahaman dan satu matlamat yang sama. Seperti senario sukan yang saya lihat, kita sebagai rakyat Malaysia semestinya inginkan negara kita yang tercinta ini menang dalam penyertaan mereka, jadi rakyat Malaysia mempunyai maklamat dan hasrat yang sama dan bersama sama memberi sokongan padu untuk pasukan Malaysia. Maka, pada pandangan saya, untuk mengekalkan keamanan dan kesepaduan rakyat Malaysia, seorang pemimpin harus membuat sesuatu keputusan yang mempunyai kebaikan untuk setiap etnik di Malaysia supaya seluruh rakyat Malaysia akan bersatu padu untuk mencapai perkata ang dirancang untuk negara kita yang tercinta.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Edrus Mohamad profile image
Edrus Mohamad profile image

Edrus Mohamad

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya Edrus bin Mohamad , saya seorang pelajar Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaya. Sepanjang kursus ini saya telah mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai kesepaduan kaum di negara Malaysia. Terdapat pelbagai contoh mengenai kesepaduan pelbagai kaum di antara rakyat Malaysia seperti kahwin campur. Kahwin campur merupakan salah satu senario yang biasa berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh peristiwa terdekat adalah perkahwinan ibu dan ayah saya. Ibu saya berbangsa Cina, manakala Ayah saya berbangsa Melayu. Saya dapat melihat daripada perkahwinan mereka wujud semangat kesepaduan kaum. Hal ini demikian kerana, keluarga kedua-dua pihak tidak menentang akan perkahwinan ibu dan ayah saya. Walhal, mereka menyetujui lagi akan keberlangsungan perkahwinan mereka. Selain itu, ibu dan ayah saya juga mampu untuk bertolak ansur satu sama yang lain. Sebagai contoh, apabi... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya Edrus bin Mohamad , saya seorang pelajar Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaya. Sepanjang kursus ini saya telah mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai kesepaduan kaum di negara Malaysia. Terdapat pelbagai contoh mengenai kesepaduan pelbagai kaum di antara rakyat Malaysia seperti kahwin campur. Kahwin campur merupakan salah satu senario yang biasa berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh peristiwa terdekat adalah perkahwinan ibu dan ayah saya. Ibu saya berbangsa Cina, manakala Ayah saya berbangsa Melayu. Saya dapat melihat daripada perkahwinan mereka wujud semangat kesepaduan kaum. Hal ini demikian kerana, keluarga kedua-dua pihak tidak menentang akan perkahwinan ibu dan ayah saya. Walhal, mereka menyetujui lagi akan keberlangsungan perkahwinan mereka. Selain itu, ibu dan ayah saya juga mampu untuk bertolak ansur satu sama yang lain. Sebagai contoh, apabila tibanya musim perayaan, ibu dan ayah akan melawat kedua-dua pihak keluarga. Di samping itu, ibu saya selesa dengan mempraktikkan amalan ajaran Islam dalam kehidupannya, begitu juga dengan adat resam orang Melayu. Kesepaduan kaum dapat diwujudkan melalui perkahwinan campur. Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan lagi semangat kesepaduan di dalam inter-etnik dan intra-etnik. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah dengan mewujudkan aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan pelajar mahasiswa. Hal ini demikian kerana, mahasiswa mahasiswi merupakan medium yang baik untuk memupuk kesepaduan kaum. Kekerapan mereka untuk bertemu antara sama lain yang lain amatlah tinggi. Asbab tinggal di dalam kampus yang sama, mudah untuk Hal Ehwal Pelajar membuat lebih banyak program kemasyararakatan untuk meningkatkan kesepaduan kaum. Sebagai contoh, disamping menikmati membantu anak-anak yatim dalam aktiviti kolej “Kebajikan Anak-anak Yatim (KEBATIM)” para pelajar berbeza kaum mampu menjayakan projek tersebut bersama-sama dengan jayanya. Hal ini menunjukkan seperti sambil menyelam minum air, di samping dapat membantu anak-anak yatim, kesepaduan kaum dapat ditingkatkan. Selain itu, untuk memupuk kesepaduan intra-kaum adalah, aktiviti-aktiviti mengenai kaum itu perlulah diperbanyakkan dan inovatifkan. Hal ini demikian kerana, selain menyelamatkan budaya asli kaum itu daripada ditelan zaman, aktiviti ini mampu menarik perhatian anak-anak muda untuk lebih mendalami akan budaya kaum mereka sendiri. Sepanjang aktiviti ini berlangsung nilai kerjasama dan kesepaduan dapat dilahirkan, sepertimana mereka berusaha bersama-sama untuk menjayakan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti “ Pertandingan Fesyen Pakaian Tradisional yang dimodenkan “. Dengan itu, kesepaduan antara intra-kaum perlu diterapkan agar kesefahaman pandangan dan pendapat dapat diwujudkan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Maizatul Akmal Mohd Jamil profile image
Maizatul Akmal Mohd Jamil profile image

Maizatul Akmal Mohd Jamil

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Maizatul Akmal Binti Mohd Jamil (JEC 150043) dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini dibawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azizs. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana adanya kesejahteraan dan keharmonian yang menunjukkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini merupakan resepi utama kepada kejayaan Malaysia dalam mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan merupakan perkara penting bagi setiap negara bangsa yang bebas dan berdaulat. Ianya bukan sekadar suatu perlembagaan malah berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Dengan demikian, bagi merealisasikan kewujudan satu bangsa yang utuh iaitu Bangsa Malaysia, Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib ... Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Maizatul Akmal Binti Mohd Jamil (JEC 150043) dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini dibawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azizs. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana adanya kesejahteraan dan keharmonian yang menunjukkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini merupakan resepi utama kepada kejayaan Malaysia dalam mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan merupakan perkara penting bagi setiap negara bangsa yang bebas dan berdaulat. Ianya bukan sekadar suatu perlembagaan malah berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Dengan demikian, bagi merealisasikan kewujudan satu bangsa yang utuh iaitu Bangsa Malaysia, Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia yang berpaksikan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Konsep 1Malaysia ini menggabungkan semua etnik, bangsa, keturunan dan juga agama yang ada di Malaysia menjadi satu bangsa yang bekerjasama dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Dalam pada itu, kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Selain dari itu, sikap toleransi antara kaum yang diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir yang boleh mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Namun begitu, apabila tiada perpaduan nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang dikecapi hari ini akan hilang begitu sehaja. Misalnya berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dimana tercetusnya rusuhan kaum secara besar-besaran yang menjadi tragedi hitam dan memberi kesan kepada jiwa rakyat Malaysia, Tragedi ini telah menyebabkan berlaku pertumpahan darah antara kaum serta mengakibatkan kemusnahan dari aspek sosial, politik dan ekonomi kepada negara. Oleh yang demikian, langkah membentuk perpaduan, rakyat Malaysia haruslah bergaul dan menunjukkan sikap toleransi antara kaum. Sekiranya berlaku perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara, ia perlu diselesaikan secara aman melalui sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Sesungguhnya perpaduan yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Justeru, perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat ini sebenarnya perlu dilihat bukan secara terpisah tetapi atas dasar mereka yang ingin mencari kekuatan dan kebersamaan yang dikongsi ke arah mengukuhkan lagi landasan kesepaduan sosial supaya tidak akan berasa tersisih dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara agar peristiwa hitam umpama 13 Mei 1969 tidak berlaku lagi. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NORAIN MUSTAFA profile image
NORAIN MUSTAFA profile image

NORAIN MUSTAFA

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya NORAIN BINTI MUSTAFA (JEC 150044) dari AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA. Saya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini di bawah pimpinan DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS. Pada pandangan saya sepanjang mata pelajaran ini dipelajari, terdapat berbagai-bagai cara, usaha dilakukan yang akhirnya untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Hal ini, hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat. Bagi memupuk perpaduan dan integrasi secara menyeluruh, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif antaranya dengan mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, program ... Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya NORAIN BINTI MUSTAFA (JEC 150044) dari AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA. Saya telah mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik ini di bawah pimpinan DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS. Pada pandangan saya sepanjang mata pelajaran ini dipelajari, terdapat berbagai-bagai cara, usaha dilakukan yang akhirnya untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Hal ini, hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat. Bagi memupuk perpaduan dan integrasi secara menyeluruh, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif antaranya dengan mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, program Rukun Tetangga, program Sekolah Wawasan dan program Khidmat Negara. Kegigihan pihak kerajaan ini menunjukkan begitu pentingnya integrasi yang kuat dalam negara Malaysia. Pada pendapat saya, penerapan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia kanak-kanak dan remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat ini mereka mudah dididik dan diasuh untuk hidup dalam harmoni di antara satu sama lain. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Siti Nur Fakhira Nadzaruddin profile image
Siti Nur Fakhira Nadzaruddin profile image

Siti Nur Fakhira Nadzaruddin

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Saya Siti Nur Fakhira binti Nadzaruddin (AIJ160069), Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis (Kumpulan 6). Untuk soalan pertama mengenai kisah pengalaman saya dalam meningkatkan semangat integrasi adalah saya telah mengikuti sebuah kem program semasa di bangku sekolah menengah iaitu Rancangan Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di Pulau Pinang yang banyak memberi impak untuk diri saya dalam memahami, menghormati dan menerima perspesktif pelbagai etnik. Bagi saya ia merupakan sebuah program yang berjaya dengan pendekatan yang sangat menarik dalam membentuk budaya perpaduan dari bangku sekolah lagi. Selain itu, matapelajaran Hubungan Etnik yang saya pelajari di univerisiti juga memberi implikasi yang baik dalam pemahaman ilmu dan praktikal dalam aspek integrasi antara etnik. Cadangan sa... Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Saya Siti Nur Fakhira binti Nadzaruddin (AIJ160069), Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya mengambil mata pelajaran Hubungan Etnik di bawah pimpinan Dr Muhammad Shamshinor bin Abdul Azzis (Kumpulan 6). Untuk soalan pertama mengenai kisah pengalaman saya dalam meningkatkan semangat integrasi adalah saya telah mengikuti sebuah kem program semasa di bangku sekolah menengah iaitu Rancangan Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di Pulau Pinang yang banyak memberi impak untuk diri saya dalam memahami, menghormati dan menerima perspesktif pelbagai etnik. Bagi saya ia merupakan sebuah program yang berjaya dengan pendekatan yang sangat menarik dalam membentuk budaya perpaduan dari bangku sekolah lagi. Selain itu, matapelajaran Hubungan Etnik yang saya pelajari di univerisiti juga memberi implikasi yang baik dalam pemahaman ilmu dan praktikal dalam aspek integrasi antara etnik. Cadangan saya untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi integrasi bagi kaum yang sama adalah pengukuhan ilmu agama yang baik kerana sekiranya mempunyai ilmu agama yang baik, pastinya akan mempunyai nilai dan moral yang baik yang menjurus kepada integrasi yang baik antara kaum. Cadangan saya untuk meningkatkan integrasi dengan kaum yang berbeza adalah penggunaan bahasa yang sama dan nilai hormat-menghormati antara kaum. Seperti yang kita tahu, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan jadi pemerkasaan dalam penggunaan bahasa melayu perlu ditingkatkan bukan sekadar jadi medium komunikasi malah pada tahap yang lebih tinggi seperti penggunaan bahasa di majlis, sidang, mesyuarat dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Ayu Shuhada Jafri profile image
Nur Ayu Shuhada Jafri profile image

Nur Ayu Shuhada Jafri

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan selamat petang. Nama saya Nur Ayu Shuhada binti Jafri (195408). Pelajar tahun satu doktor perubatan, Universiti Putra Malaysia. Sepanjang kursus ini, saya mendapat pelbagai Ilmu dari Dr Zulkhairi. Antara objektif kursus ini adalah untuk mengetahui etnik etnik yang wujud di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahla... Assalamualaikum dan selamat petang. Nama saya Nur Ayu Shuhada binti Jafri (195408). Pelajar tahun satu doktor perubatan, Universiti Putra Malaysia. Sepanjang kursus ini, saya mendapat pelbagai Ilmu dari Dr Zulkhairi. Antara objektif kursus ini adalah untuk mengetahui etnik etnik yang wujud di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Dengan itu saya merasa kursus ini penting untuk pelajar pelajar memahami dan memupuk sikap saling menghormati etnik etnik lain di Malaysia. Sekian itu sahaja dari saya, terima kasih
Was this review helpful? Yes0
 Flag
lee xiao  li profile image
lee xiao  li profile image

lee xiao li

8/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Selamat sejahtera, saya Lee Xiao Li (AIB160064), pelajar dari Universiti Malaya (UM), Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Sepanjang kursus ini, saya berada di bawah pimpinan Mohammad Tawfik Bin Yaakuba. Pada pendapat saya, keharmonian hidup di Malaysia merupakan faktor kerana selain mengelakkan kuasa asinng mudah menjajah negara kita maka ia dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum ini. Salah satu usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah memperkenalkan dan menggalakkan konsep 1 Malaysia. Menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita ambil perlulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan ... Selamat sejahtera, saya Lee Xiao Li (AIB160064), pelajar dari Universiti Malaya (UM), Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Sepanjang kursus ini, saya berada di bawah pimpinan Mohammad Tawfik Bin Yaakuba. Pada pendapat saya, keharmonian hidup di Malaysia merupakan faktor kerana selain mengelakkan kuasa asinng mudah menjajah negara kita maka ia dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum ini. Salah satu usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah memperkenalkan dan menggalakkan konsep 1 Malaysia. Menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita ambil perlulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama Konsep 1 Malaysia merupakan konsep yang telah dinaiktaraf dan bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep ini juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. 1 Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia seperti yang dibawa oleh malaysian Malaysia. konsep 1 Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.‘1 Malaysia’ akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging).
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Syazwani Mohd Ali profile image
Nur Syazwani Mohd Ali profile image

Nur Syazwani Mohd Ali

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamuilaikum w.b.t Saya Nur Syazwani Bt Mohd Ali ( A156175) pelajar Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Khas dengan Kepujian , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mendapat khidmat pendidikan daripada Dr Nasruddin dan Prod Madya Dr Amin di bawah kursus hubungan etnik. MOOC memberi peluang untuk saya memperoleh pengetahuan yang meluas dari pelbagai perspektif pelajar. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Jacyntha Cyril profile image
Jacyntha Cyril profile image

Jacyntha Cyril

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Jacyntha Cyril (BP17160545), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP). Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Hal ini dapat kita lihat dengan adanya kesepaduan sesama kaum dan saling hormat menghormati. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini dapat membantu setiap kaum untuk saling mengenali sesama kaum dan mempelajari atau mengetahui cara hidup sesuatu budaya kaum itu. Hubungan etnik di Malaysia sangat penting bagi menyatupadukan rakyat atau setiap kaum yang ada di Malaysia. Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia haruslah memanfaatkan kesepaduan dan keharmonian antara kaum yang diamalkan oleh rakyat di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Ahmad Rafi'uddin Mohd Rizal profile image
Ahmad Rafi'uddin Mohd Rizal profile image

Ahmad Rafi'uddin Mohd Rizal

10/10 starsCompleted
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Ahmad Rafi’uddin bin Mohd Rizal, pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari kos Perbankkan dan Kewangan Islam ingin menulis sedikit ulasan berkenaan video di atas. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan negara yang unik kerana Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik dan agama namun masih berada dalam keadaan yang aman dan harmoni dengan kurang sengketa perkauman yang melampau berlaku dalam negara. Hal ini dapat dicapai kerana berlakunya tolak ansur di antara kaum dan pemahaman terhadap setiap adat resam serta ajaran kaum lain. Melalui sikap tolak ansur ini, kaum lain dapat merasakan perayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua kaum bergembira dan bersuka-ria tanpa melihat perbezaan kaum sebagai satu halangan. Masyarakat Cina mahupun India dapat menjamu selera juadah yang dihidangk... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Ahmad Rafi’uddin bin Mohd Rizal, pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari kos Perbankkan dan Kewangan Islam ingin menulis sedikit ulasan berkenaan video di atas. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan negara yang unik kerana Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik dan agama namun masih berada dalam keadaan yang aman dan harmoni dengan kurang sengketa perkauman yang melampau berlaku dalam negara. Hal ini dapat dicapai kerana berlakunya tolak ansur di antara kaum dan pemahaman terhadap setiap adat resam serta ajaran kaum lain. Melalui sikap tolak ansur ini, kaum lain dapat merasakan perayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua kaum bergembira dan bersuka-ria tanpa melihat perbezaan kaum sebagai satu halangan. Masyarakat Cina mahupun India dapat menjamu selera juadah yang dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, kuih-kuih tradisional dan sebagainya. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, persefahaman telah menyatukan kita bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Namun, negara yang kita cintai ini pernah dicemari dengan perisitiwa 13 Mei 1969 apabila rusuhan kaum berlaku dan suasana negara menjadi kacau bilau menyebabkan politik, sosial dan ekonomi negara terjejas teruk. Walau bagaimanapun. rakyat Malaysia masih tetap dengan prinsip bermuafakat dan bertolak-ansur. Tanpa permuafakatan , negara akan kucar kacir dan bakal wujudnya peperangan. Dengan keistimewaan inilah, Malaysia telah dianggap sebagai sebuah negara yang memiliki corak berwarna-warni dipandangan orang luar. Kita sepatutnya bersyukur dengan kempipinan dahulu kerana telah memberi kita kehidupan yang aman dan harmoni sepertimana keadaan kita sekarang.Tanpa mereka,berkemungkinan kita sedang resah dengan keadaan yang kita sendiri tidak ingini. Demi menjaga keamanan dan dan keharmonian ini, kita sebagai generasi sekarang dan generasi akan datang perlulah membuat sesuatu agar keharmonian ini terus dipelihara. Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menjaga keharmonian negara ialah meningkatkan lagi program-program yang memupuk semangat kesatuan pelbagai etnik yang dihadiri oleh semua lapisan peringkat umur. Hal ini akan meningkatkan lagi kesedaran dalam diri untuk menjaga keharmonian dan permuafakatan antara kaum tanpa mengira faktor umur. Selain itu, sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, secara konklusinya, setiap insan yang memegang kewarganegaraan Malaysia seharusya mempunyai sifat patriotism yang tinggi selain belajar untuk menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, warna kulit mahupun agama. Dengan ini keharmonian negara akan dapat dipelihara tanpa dinodai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Sekian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Farin Wahida binti Bahrin Bahrin profile image
Nur Farin Wahida binti Bahrin Bahrin profile image

Nur Farin Wahida binti Bahrin Bahrin

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Saya Nur Farin Wahida binti Bahrin pelajar Pusat Sukan daripada Universiti Malaya. Sepanjang mengikuti subjek Hubungan Etnik ini, Saya merasakan bahawa subjek ini banyak mendedahkan saya tentang kepelbagaian keistimewaan setiap kaum yang ada di Malaysia. Pendedahan kepada kaum yang berbilang bangsa, budaya, agama serta adat resam ini lebih mendekatkan saya dengan isu-isu penting yang patut atau tidak patut kita sebagai seorang rakyat laksanakan demi mencapai kesepaduan semua pihak. Selain itu, suasana kelas yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang berbilang kaum jugak sedikit sebanyak memberikan saya peluang untuk mengenali atau mengetahui sesuatu tentang kaum tersebut.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Muhd Hedrillah Mohd Rosli profile image
Muhd Hedrillah Mohd Rosli profile image

Muhd Hedrillah Mohd Rosli

10/10 starsTaking Now
1 year, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga pelajar dari mana-mana institusi awam yang menetap di Malaysia. Saya Muhd Hedrillah Bin Mohd Rosli (A17B0798) dari fakulti Business and Entrepreneurship Universiti Malaysia Kelantan ingin mencoretkan kesepaduan dan hubungan etnik di bawah kepimpinan Prof Madya Dr.Moktharuddin. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Minangkabau , Iban dan pelbagai lagi. Fenomena hubungan etnik di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua lagi ekoran kesan dasar colonial Inggeris yang membuka pintu Negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan Borneo Utara seluas-luasnya untuk diduduki oleh kaum imigran dari China dan India, walaupun kedatangan mereka pada mulanya dianggap bersifat sementara. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyaraka... Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga pelajar dari mana-mana institusi awam yang menetap di Malaysia. Saya Muhd Hedrillah Bin Mohd Rosli (A17B0798) dari fakulti Business and Entrepreneurship Universiti Malaysia Kelantan ingin mencoretkan kesepaduan dan hubungan etnik di bawah kepimpinan Prof Madya Dr.Moktharuddin. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Minangkabau , Iban dan pelbagai lagi. Fenomena hubungan etnik di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua lagi ekoran kesan dasar colonial Inggeris yang membuka pintu Negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan Borneo Utara seluas-luasnya untuk diduduki oleh kaum imigran dari China dan India, walaupun kedatangan mereka pada mulanya dianggap bersifat sementara. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar dan tumpuan pelancong untuk menjadikan Malaysia sebagai Role Model yang terkemuka.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Najihas Ramli profile image
Najihas Ramli profile image

Najihas Ramli

10/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Najihas Binti Ramli (VEE160027), pelajar Universiti Malaya dari fakulti Sport Science. Pembelajaran melalui khusus Hubungan Etnik banyak membantu saya mengenali dan mempelajari budaya atau etnik yang terdapat di Malaysia. Khusus dibawah bimbingan pengajar En. Mohammad Tawfik Bin Yaakub telah mendedahkan saya dengan adat resam setiap kaum yang terdapat di Malaysia iaitu antaranya Melayu, India, Cina dan banyak lagi. sesungguhnya kesepaduan antara kaum di Malaysia sangat penting bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Silah Mandol profile image
Silah Mandol profile image

Silah Mandol

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Silah Mandol (BP17110336) dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Dalam coretan ini, saya akan mengkongsikan sedikit mengenai Hubungan Etnik. Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Hubungan Etnik itu sangat penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, tidak kira warna kulit dan budayanya berbeza. Kunci utama agar rakyat sentiasa hidup harmoni, aman dan saling bantu membantu adalah dengan cara memfokuskan kepentingan budaya bangsa lain, menghormati antara sesama agama dan agama orang lain seterusnya berpegang teguh pada peraturan negara. Kepelbagaian bangsa Malaysia adalah salah satu motif utama rakyat untuk bekerjasama agar dapat menyatupadukan rakyat. Kecuaian memelihara Hubungan Etnik antara rakyat tidak akan menghasilkan sebarang ikatan antara sesama rakyat. Oleh hal yang demikian, kepekaan kita untuk memelihara Hubungan Etnik adalah sangat penting ta... Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Silah Mandol (BP17110336) dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Dalam coretan ini, saya akan mengkongsikan sedikit mengenai Hubungan Etnik. Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Hubungan Etnik itu sangat penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, tidak kira warna kulit dan budayanya berbeza. Kunci utama agar rakyat sentiasa hidup harmoni, aman dan saling bantu membantu adalah dengan cara memfokuskan kepentingan budaya bangsa lain, menghormati antara sesama agama dan agama orang lain seterusnya berpegang teguh pada peraturan negara. Kepelbagaian bangsa Malaysia adalah salah satu motif utama rakyat untuk bekerjasama agar dapat menyatupadukan rakyat. Kecuaian memelihara Hubungan Etnik antara rakyat tidak akan menghasilkan sebarang ikatan antara sesama rakyat. Oleh hal yang demikian, kepekaan kita untuk memelihara Hubungan Etnik adalah sangat penting tanpa rasa prejudis, dengki, dan sombong.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
yumni hidayah profile image
yumni hidayah profile image

yumni hidayah

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Permuafakatan, persefahaman, bekerjasama, persaudaraan etnik merupakan asas-asas utama dalam hubungan etnik dan perlu dicapai untuk menghasilkan negara Malaysia kearah 1Malaysia. Dengan adanya asas hubungan etnik yang harmoni dan aman juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sebuah Negara yang aman dan makmur. Hubungan etnik ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi iaitu dari Zaman Penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memupuk semangat bekerjasama, berkasih sayang, persaudaraan, persefahaman bagi masyarakat berbilang kaum dalam pembangunan politik Negara. Secara umumnya, proses politik di Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak tahun 1950. Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 telah menggugat keamanan serta ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, sosial... Permuafakatan, persefahaman, bekerjasama, persaudaraan etnik merupakan asas-asas utama dalam hubungan etnik dan perlu dicapai untuk menghasilkan negara Malaysia kearah 1Malaysia. Dengan adanya asas hubungan etnik yang harmoni dan aman juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sebuah Negara yang aman dan makmur. Hubungan etnik ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi iaitu dari Zaman Penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memupuk semangat bekerjasama, berkasih sayang, persaudaraan, persefahaman bagi masyarakat berbilang kaum dalam pembangunan politik Negara. Secara umumnya, proses politik di Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak tahun 1950. Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 telah menggugat keamanan serta ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, sosial dan ekonomi antara etnik dengan wilayah di Malaysia. Oleh yang demikian, usaha gigih yang dijalankan oleh pihak Malaysia dan melalui pelbagai saluran seperti pembangunan politik Negara, kita pada hari ini dapat menikmati kestabilan politik malah sedang menuju kearah penyatuan dan keharmonian etnik. Kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam mengambil pelbagai langkah dan pendekatan dari dulu sehingga kini bagi memastikan bahawa semua etnik bersatu padu dan dapat membentuk 1Malaysia. Kesimpulannya, Negara kita berjaya mengukir kejayaan kerana pelbagai etnik sedia untuk menjalinkan kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Dengan permuafakatan, ia akan menjadi formula untuk menjamin kestabilan dan kemajuan Negara pada masa hadapan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
AMIRAH RASYIDAH profile image
AMIRAH RASYIDAH profile image

AMIRAH RASYIDAH

8/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Saya AMIRAH RASYIDAH BINTI ROSLIN (DB150158) pelajar dari UTHM (seksyen 1, di bawah pimpinan En. Lutfan bin Jaes) Kefahaman tentang hubungan etnik bagi setiap orang di Malaysia adalah amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum serta pernah menghadapi konflik etnik. Isu prasangka dan diskriminasi disesebuah Negara dapat difahami melalui hubungan etnik. Hal ini dapat menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Selain itu, antara konsep yang penting bagi kursus hubungan etnik ialah perpaduan. Masyarakat yang perpaduan dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Keadaan ini boleh membawa negara ke arah kemajuan. Bukan itu sahaja, konsep masyarakat dan kebudaya turut ditumpukan. Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara danbekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Pembinaan... Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Saya AMIRAH RASYIDAH BINTI ROSLIN (DB150158) pelajar dari UTHM (seksyen 1, di bawah pimpinan En. Lutfan bin Jaes) Kefahaman tentang hubungan etnik bagi setiap orang di Malaysia adalah amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum serta pernah menghadapi konflik etnik. Isu prasangka dan diskriminasi disesebuah Negara dapat difahami melalui hubungan etnik. Hal ini dapat menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Selain itu, antara konsep yang penting bagi kursus hubungan etnik ialah perpaduan. Masyarakat yang perpaduan dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Keadaan ini boleh membawa negara ke arah kemajuan. Bukan itu sahaja, konsep masyarakat dan kebudaya turut ditumpukan. Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara danbekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik dan dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan seperti penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalis.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Irsyada Nazrin profile image
Irsyada Nazrin profile image

Irsyada Nazrin

6/10 starsTaking Now
1 year, 8 months ago
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya Nur Irsyada Binti Nazrin(AP 150188), pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah pimpinan Dr. Md. Akbal Bin Abdullah akan menulis review mengenai kandungan pembelajaran saya dalam tajuk kesepaduan dan hubungan etnik di Malaysia. Malaysia telah berjaya melangkah keluar dari belengu negara mundur dan menjadi sebuah negara membangun. Antara kumpulan etnik terbesar ialah Melayu, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban, Bidayuh, Cina, India dan lain-lain. Dengan senario penduduk pelbagai budaya, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Dengan adanya kepelbagaian etnik ini, maka timbulnya cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap etnik sama ada dari segi agama dan budaya, ekonomi, sosial dan politik. Dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza, rakyat Malaysia bergerak maju mengharu... Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya Nur Irsyada Binti Nazrin(AP 150188), pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah pimpinan Dr. Md. Akbal Bin Abdullah akan menulis review mengenai kandungan pembelajaran saya dalam tajuk kesepaduan dan hubungan etnik di Malaysia. Malaysia telah berjaya melangkah keluar dari belengu negara mundur dan menjadi sebuah negara membangun. Antara kumpulan etnik terbesar ialah Melayu, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban, Bidayuh, Cina, India dan lain-lain. Dengan senario penduduk pelbagai budaya, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Dengan adanya kepelbagaian etnik ini, maka timbulnya cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap etnik sama ada dari segi agama dan budaya, ekonomi, sosial dan politik. Dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza, rakyat Malaysia bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam hubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, damai dan selamat. Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. Masyarakat Malaysia bersifat dinamik membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan. Kesimpulannya, Malaysia hanya akan berjaya jika ahli masyarakat mempunyai iltizam yang kuat untuk memahami dan mahu memahami bagi merealisasikan matlamat asasnya. Cabaran yang besar rakyat Malaysia membaik pulih jambatan perpaduan yang sedia ada adalah, meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama ahli masyarakat. Tanpa keutuhan perpaduan dikalangan ahli masyarakat, negara Malaysia akan gagal meningkatkan kedudukan penduduk. Teras perpaduan negara haruslah mapan pajaknya. Untuk itu, asas rakyat Malaysia perlu bersandarkan integrasi nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama semua kaum dimana pembongkaran ideologi kebangsaan yang terkandung dalam Rukun Negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial pendidikan nasional.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nurul Jihan profile image
Nurul Jihan profile image
6/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
1 year, 8 months ago
Saya Nurul Jihan Binti Nor Hazhar (CF160060) akan menulis review mengenai kandungan pembelajaran saya dalam tajuk kesepaduan dan hubungan etnik di Malaysia. Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Keadaan ini menunjukkan masyarakat malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Selain itu, masyarakat didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing. Selain itu, kepelbagaian makanan etnik pemangkin perpaduan. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis mak... Saya Nurul Jihan Binti Nor Hazhar (CF160060) akan menulis review mengenai kandungan pembelajaran saya dalam tajuk kesepaduan dan hubungan etnik di Malaysia. Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Keadaan ini menunjukkan masyarakat malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Selain itu, masyarakat didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing. Selain itu, kepelbagaian makanan etnik pemangkin perpaduan. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan seterusnya dimiliki bersama.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
1 year, 8 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Azlyindaa Binti Mohd Soufi (AP150073) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Dr Md Akbal bin Abdullah (Seksyen 4), sesi 2017/2018. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai "Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia". Pada pendapat saya, permuafakatan, kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsur-unsur utama yang perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana, hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan politik semasa. Selepas pembentuk... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Azlyindaa Binti Mohd Soufi (AP150073) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Dr Md Akbal bin Abdullah (Seksyen 4), sesi 2017/2018. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai "Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia". Pada pendapat saya, permuafakatan, kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsur-unsur utama yang perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana, hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan politik semasa. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam pembangunan politik negara. Secara umumnya, proses politik di Sabah dan Sarawak diwarnai oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan hingga kini. Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan tercabar apabila berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, sosial dan ekonomi antara etnik dengan wilayah di Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001. Oleh demikian, atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak di Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara kita pada hari ini bukan sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik. Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam mengambil berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga kini bagi mengenal pasti punca dan masalah yang wujud supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan pentadbiran negara untuk mempercepatkan pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberi kerjasama, memahami, bersikap toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain agar hubungan etnik yang sihat, mesra dan harmoni dapat diwujudkan serta diteruskan dari generasi ke generasi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.