Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
990 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Chin San Sian profile image
Chin San Sian profile image

Chin San Sian

10/10 starsTaking Now
2 years, 6 months ago
Chin San Sian EIA160247 University Malaya Dr Noor Ain Binti Mat Noor Era-era Dalam Hubungan Etnik di Malaysia Salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua, pada pendapat saya, kesejahteraan dan keharmonian negara memerlukan perpaduan yang kukuh antara rakyat. Ini mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berasa bersyukur kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan agama. Kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, india dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai peranan yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu perkauman berlaku seperti Peristiwa 13 MEI pada tahun 1969. Hal ini disebabkan peristiwa ini telah menbawa banyak keburukan kepada rakyat dan negara seperti kehilangan harta benda dan mengugat nyawa rakyat. Selain itu, peristiwa 13 MEI juga telah menjatuhkan imej negara serta kestabilan ekonomi... Chin San Sian EIA160247 University Malaya Dr Noor Ain Binti Mat Noor Era-era Dalam Hubungan Etnik di Malaysia Salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua, pada pendapat saya, kesejahteraan dan keharmonian negara memerlukan perpaduan yang kukuh antara rakyat. Ini mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berasa bersyukur kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan agama. Kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, india dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai peranan yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu perkauman berlaku seperti Peristiwa 13 MEI pada tahun 1969. Hal ini disebabkan peristiwa ini telah menbawa banyak keburukan kepada rakyat dan negara seperti kehilangan harta benda dan mengugat nyawa rakyat. Selain itu, peristiwa 13 MEI juga telah menjatuhkan imej negara serta kestabilan ekonomi negara kita. Kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kaum. Perlembagaan Malaysia memberi sumbangan yang besar dalam mengekalkan hubungan etnik di Malaysia. Sebagai contoh, rukun negara adalah salah satu langkah untuk mengekalkan hubungan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, pada zaman pemerintahan British, setiap kaum telah dipisahkan dengan mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing. Kesan jangka panjang keadaan ini telah wujudnya jurang pemisahan antara kaum. Tambahan pula, rakyat Malaysia menpunyai hak kebebasan beragama dan hak kebebasan bersuara di bawah perlembagaan Malaysia. Sikap toleransi antara kaum yang turut diamalkan adalah penting untuk menjalinkan hubungan mesra antara kaum. Secara ringkasnya, perpaduan yang sedia ada di antara kaum dalam negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Segala kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik dalam negara Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Hidayah profile image
Nur Hidayah profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 6 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Hidayah binti Samsuddin (AP150336) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Dr Md Akbal bin Abdullah (Seksyen 4), sesi 2017/2018. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai "Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia" Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Sejarah pembangunan politik di Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah beberapa siri kemasukan penjajah ke Tanah Melayu pada ketika itu, Institusi Kesultanan Melayu Melaka telah menghadapi konflik-konflik yang sangat getir. Contohnya, kewujudan Sistem Residen telah menghakis hak-hak Institusi Kesultanan Melayu Melaka untuk memungut cukai dan... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Hidayah binti Samsuddin (AP150336) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Dr Md Akbal bin Abdullah (Seksyen 4), sesi 2017/2018. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai "Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia" Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Sejarah pembangunan politik di Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah beberapa siri kemasukan penjajah ke Tanah Melayu pada ketika itu, Institusi Kesultanan Melayu Melaka telah menghadapi konflik-konflik yang sangat getir. Contohnya, kewujudan Sistem Residen telah menghakis hak-hak Institusi Kesultanan Melayu Melaka untuk memungut cukai dan hanya bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama serta adat resam orang Melayu sahaja. Penentangan yang telah dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu pada ketika itu adalah sangat hebat sehingga telah berlakunya penubuhan UMNO. Tahun 1950 adalah permulaan segalanya apabila UMNO dan MCA telah bergabung dan mewujudkan Parti Perikatan bagi memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum telah menjurus kepada permuafakatan. Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa kepada pembangunan. Kesimpulannya, pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang. Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Muhammad Amirul Hakim bin Hasan profile image
Muhammad Amirul Hakim bin Hasan profile image

Muhammad Amirul Hakim bin Hasan

10/10 starsTaking Now
2 years, 6 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Amirul Hakim bin Hasan (AF170099) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Ku Hasnan bin Ku Halim (Seksyen 5). Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Contoh terbaik ialah kewujudan Perikatan(gabungan UMNO dan MCA) untuk mewujudkan konsensus dan pemuafakatan. Selain, menjamin kestabilan sosiopolitik. Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, adat resam, kepercayaan, agama dan kecenderungan yang berbeza, termasuk dalam berpolitik. Aspek demografi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap demografi politik dan proses politik khususnya dalam pilihan raya. Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. Juml... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Amirul Hakim bin Hasan (AF170099) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Ku Hasnan bin Ku Halim (Seksyen 5). Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Contoh terbaik ialah kewujudan Perikatan(gabungan UMNO dan MCA) untuk mewujudkan konsensus dan pemuafakatan. Selain, menjamin kestabilan sosiopolitik. Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, adat resam, kepercayaan, agama dan kecenderungan yang berbeza, termasuk dalam berpolitik. Aspek demografi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap demografi politik dan proses politik khususnya dalam pilihan raya. Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. Jumlah ahli dalam parti politik dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan turut mempengaruhi kemenangan parti di sesuatu kawasan. Komposisi dan pola taburan penduduk di sesuatu kawasan pada amnya menentukan parti yang mewakili kawasan terbabit. Agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) keseluruhannya menggambarkan komposisi penduduk sebenar. Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. Kerjasama dan pakatan berkenaan wujud kerana adanya kesedaran untuk mengekalkan kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan yang akhirnya membawa kepada perkembangan dan kematangan politik. Sesuatu parti politik atau kumpulan etnik tidak akan dapat memerintah sendiri, tanpa pembabitan etnik lain. Kejayaan BN memperlihatkan keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN untuk memerintah. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Muhammad Amirul Hakim bin Hasan profile image
Muhammad Amirul Hakim bin Hasan profile image

Muhammad Amirul Hakim bin Hasan

10/10 starsTaking Now
2 years, 6 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Amirul Hakim bin Hasan (AF170099) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Ku Hasnan bin Ku Halim (Seksyen 5). Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Contoh terbaik ialah kewujudan Perikatan(gabungan UMNO dan MCA) untuk mewujudkan konsensus dan pemuafakatan. Selain, menjamin kestabilan sosiopolitik. Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, adat resam, kepercayaan, agama dan kecenderungan yang berbeza, termasuk dalam berpolitik. Aspek demografi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap demografi politik dan proses politik khususnya dalam pilihan raya. Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. Juml... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Amirul Hakim bin Hasan (AF170099) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Ku Hasnan bin Ku Halim (Seksyen 5). Pada pendapat saya, kerjasama antara etnik ialah pemangkin kejayaan kita dalam mencapai perpaduan dan menjalin kerjasama melalui perkongsian kuasa dan pemuafakatan dari segi politik. Contoh terbaik ialah kewujudan Perikatan(gabungan UMNO dan MCA) untuk mewujudkan konsensus dan pemuafakatan. Selain, menjamin kestabilan sosiopolitik. Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, adat resam, kepercayaan, agama dan kecenderungan yang berbeza, termasuk dalam berpolitik. Aspek demografi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap demografi politik dan proses politik khususnya dalam pilihan raya. Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. Jumlah ahli dalam parti politik dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan turut mempengaruhi kemenangan parti di sesuatu kawasan. Komposisi dan pola taburan penduduk di sesuatu kawasan pada amnya menentukan parti yang mewakili kawasan terbabit. Agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) keseluruhannya menggambarkan komposisi penduduk sebenar. Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. Kerjasama dan pakatan berkenaan wujud kerana adanya kesedaran untuk mengekalkan kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan yang akhirnya membawa kepada perkembangan dan kematangan politik. Sesuatu parti politik atau kumpulan etnik tidak akan dapat memerintah sendiri, tanpa pembabitan etnik lain. Kejayaan BN memperlihatkan keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN untuk memerintah. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
nurul rabiah profile image
nurul rabiah profile image

nurul rabiah

10/10 starsTaking Now
2 years, 6 months ago
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera salam satu malaysia, saya Nurul Rabiah Roslie, pelajar tahun 1, dari UMS kampus induk Kota Kinabalu. nombor Matric saya adalah BB17110307, dari section 4, sepanjang kurusus ini saya di bawah bimbingan Puan Siti Aidah Bte Lukin . Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian agama,budaya,dan etnik. perpaduan di antara kaum amatlah di titik beratkan di dalam negara Malaysia, ini kerna membantu semua rakyat Malysia untuk saling memahami diantara bangsa dan budaya masing-masing. sekiranya perpaduan kaum ini dipandang remeh di sisih masyarakat ini akan menimbulkan masalah-masalah perkauman dan sebagainya kepada negara, ini akan membuatkan malaysia tidak dapat mencapai matlamat "One Malaysia", hal ini sekaligus membantu rakyat untuk saling hidup dalam harmoni dan sejahtera. Apabila malaysia mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum masing, maka kita dapat membantu negara be... Assalamualaikum wbt, salam sejahtera salam satu malaysia, saya Nurul Rabiah Roslie, pelajar tahun 1, dari UMS kampus induk Kota Kinabalu. nombor Matric saya adalah BB17110307, dari section 4, sepanjang kurusus ini saya di bawah bimbingan Puan Siti Aidah Bte Lukin . Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian agama,budaya,dan etnik. perpaduan di antara kaum amatlah di titik beratkan di dalam negara Malaysia, ini kerna membantu semua rakyat Malysia untuk saling memahami diantara bangsa dan budaya masing-masing. sekiranya perpaduan kaum ini dipandang remeh di sisih masyarakat ini akan menimbulkan masalah-masalah perkauman dan sebagainya kepada negara, ini akan membuatkan malaysia tidak dapat mencapai matlamat "One Malaysia", hal ini sekaligus membantu rakyat untuk saling hidup dalam harmoni dan sejahtera. Apabila malaysia mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum masing, maka kita dapat membantu negara bergerak ke arah negara ... salam sejahterah, dan salam satu malaysia, saya Franke Yong Shin Kiong, pelajar tahun 1, dari UMS kampus induk Kota Kinabalu. nombor Matric saya adalah BB17110307, dari section 4, sepanjang kurusus ini saya di bawah bimbingan Puan Siti Aidah Bte Lukin. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian agama,budaya,dan etnik. perpaduan di antara kaum amatlah di titik beratkan di dalam negara Malaysia, ini kerna membantu semua rakyat Malysia untuk saling memahami diantara bangsa dan budaya masing-masing. sekiranya perpaduan kaum ini dipandang remeh di sisih masyarakat ini akan menimbulkan masalah-masalah perkauman dan sebagainya kepada negara, ini akan membuatkan malaysia tidak dapat mencapai matlamat "One Malaysia", hal ini sekaligus membantu rakyat untuk saling hidup dalam harmoni dan sejahtera. Apabila malaysia mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum masing, maka kita dapat membantu negara bergerak ke arah negara maju apabila kita semua bekerjasama dalam segala hal. dan kita dapat mengurangkan kes-kes perkauman, dimana itu akan membawa kehancuran bagi negara kita. Sekian terima kasih
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Lya Rashilla Binti Mohamad Rahman Lya Rashilla Rahman profile image
Lya Rashilla Binti Mohamad Rahman Lya Rashilla Rahman profile image

Lya Rashilla Binti Mohamad Rahman Lya Rashilla Rahman

10/10 starsTaking Now
2 years, 6 months ago
Asalamualaikum dan salam sejahtera, saya Lya Rashilla Binti Mohamad Rahman (BB17110739), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP, Ekonomi Kewangan ). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Puan Siti Aidah Bte Lukin @ Lokin (seksyen 4).Pada pendapat saya, Negara Malaysia merupakan negara yang unik dan terkenal dengan kaum pelbagai etnik tetapi masih boleh mengekalkan perpaduan antara semua kaum. kesejahteraan negara perlulah mempunyai perpaduan yang kukuh antara rakyat agar mampu menjana kecemerlangan yang gemilang. Dalam konteks ini, perpaduan adalah sangat penting kerana perpaduan yang kukuh mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Jacky Yehezkiel Edmond profile image
Jacky Yehezkiel Edmond profile image

Jacky Yehezkiel Edmond

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia dari saya, Jacky Yehezkiel bin Edmond (BG17110058), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dalam seksyen kuliah 102 dan di bawah bimbingan pensyarah Dr. Nordi bin Achie. Malaysia merupakan negara yang unik kerana satu-satunya negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik dan agama namun masih berada dalam keadaan yang aman dan harmoni dengan kurang sengketa perkauman yang melampau berlaku dalam negara. Persefahaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dalam Malaysia dapat dilihat dari segi sambutan perayaan kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru CIna, Deepavali dan Hari Kaamatan serta Hari Gawai apabila setiap kaum menyambut perayaan kaum lain serta makanan tradisional dikongsi bersama dengan kaum lain. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, persefahaman telah menyatukan kita seperti pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manus... Salam sejahtera dan salam satu Malaysia dari saya, Jacky Yehezkiel bin Edmond (BG17110058), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dalam seksyen kuliah 102 dan di bawah bimbingan pensyarah Dr. Nordi bin Achie. Malaysia merupakan negara yang unik kerana satu-satunya negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik dan agama namun masih berada dalam keadaan yang aman dan harmoni dengan kurang sengketa perkauman yang melampau berlaku dalam negara. Persefahaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dalam Malaysia dapat dilihat dari segi sambutan perayaan kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru CIna, Deepavali dan Hari Kaamatan serta Hari Gawai apabila setiap kaum menyambut perayaan kaum lain serta makanan tradisional dikongsi bersama dengan kaum lain. Walaupun kita berbeza kaum dan agama, persefahaman telah menyatukan kita seperti pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Walaupun ada sesetengah manusia durjana yang ingin memporak-perandakkan kita dengan isu perkauman, perpaduan negara masih utuh teguh walaupun dihujani dengan isu sensitiviti perkauman. Walaupun Malaysia pernah dicemari dengan perisitiwa 13 Mei 1969 apabila rusuhan kaum berlaku dan suasana negara yang kacau bilau menyebabkan politik, sosial dan ekonomi negara terjejas teruk, rakyat Malaysia masih tetap dengan satu prinsip; bermuafakat dan bertolak-ansur. Pada alaf moden kini, Malaysia sering menghadapi krisis perkauman disebabkan oleh globalisasi dalam aspek media sosial apabila acap kali pengguna media sosial menulis status berbaur perkauman yang boleh menyentuh sensitiviti kaum.dan boleh membawa kepada keretakan perpaduan yang telah dibina atas titik peluh nenek moyang kita, namun masih lagi rakyat Malaysia mampu menepisnya atas dasar persefahaman kerana sedar bahawa isu perkauman yang diperbesarkan akan membawa bencana kelak. Hubungan ekonomi antara kaum juga lebih baik apabila perdgangan antara kaum kerap berlaku seperti dalam industri tekstil dan makanan serta peluang pekerjaan yang lebih luas bagi semua kaum dalam ekonomi Malaysia. Walaupun masih terdapat parti politik satu kaum dalam Malaysia, terdapat juga parti variasi kaum yang memperjuangkan permuafakatan antara etnik dalam nama perpaduan dan meningkatkan persefahaman antara kaum dan agama serta merapatkan jurang perkauman,sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya menunjukkan tolak ansur dan persefahaman serta permuafakatan antara setiap kaum tidak berasa tersisih dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara agar peristiwa hitam umpama 13 Mei 1969 berlaku lagi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Nazihah binti Kadimin (BG17160550), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 101). Pada pendapat saya, negara Malaysia merupaka sebuah negara unik yang dikenali kerana kesejahteraan dan keharmonian yang menunjukkan perpaduan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang kukuh dan kuat antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah sesutu elemen yang amat penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperolehi sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Sebagai contoh, terdapat berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum secara besar-besaran yang menjadi tragedi hitam serta memberi kesan kepada... Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Nazihah binti Kadimin (BG17160550), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 101). Pada pendapat saya, negara Malaysia merupaka sebuah negara unik yang dikenali kerana kesejahteraan dan keharmonian yang menunjukkan perpaduan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang kukuh dan kuat antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah sesutu elemen yang amat penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperolehi sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Sebagai contoh, terdapat berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum secara besar-besaran yang menjadi tragedi hitam serta memberi kesan kepada jiwa rakyat Malaysia. Tragedi tersebut telah menyebabkan banyak pertumpahan darah antara kaum serta mengakibatkan kemusnahan dari aspek sosial, politik dan juga ekonomi kepada negara. Sebagai langkah dalam membentuk perpaduan, rakyat Malaysia haruslah bergaul dan menunjukkan sikap toleransi antara kaum. Seterusnya, golongan belia juga haruslah mengetahui serta memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei. Hal ini bertujuan supaya golongan muda dan belia dapat menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi sela ini. Selain itu, kursus hubungan etnik yang diajarkan di universiti adalah amat penting untuk diambil oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini bertujuan bagi menyedarkan setiap rakyat Malaysia mengenai bahawa betapa pentingnya perpaduan kepada negara Malaysia. Secara konklusinya, diharapkan semua rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai sikap perkauman dalam diri mereka agar tragedi berdarah 13 Mei tidak akan berulang lagi pada masa akan datang seterusnya menjadikan negara Malaysis sebagai negara yang aman dan harmoni. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Norsyaiful BIn Sofian profile image
Norsyaiful BIn Sofian profile image

Norsyaiful BIn Sofian

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
NAMA : NORSYAIFUL BIN SOFIAN NO MATRIK: BG17110123 INSTITUSI: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN. PENSYARAH: DR NORDI ACHIE SEKSYEN 101 ( KUMPULAN 8 ) Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam perpaduan. Pertama sekali, saya sebagai rakyat Malaysia berasa berbangga kerana dilahirkan di negara yang terdiri daripada latar belakang kaum yang pelbagai berbanding negara lain. Seperti yang kita ketahui, di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan setiap menganuti agama berbeza tetapi masih dapat hidup bersama tanpa berlakunya pertelingkahan. Hal ini dapat dicapai kerana berlakunya tolak ansur di antara kaum dan pemahaman terhadap setiap adat resam serta ajaran kaum lain. Melalui sikap tolak ansur ini, kaum lain dapat merasakan perayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, orang melayu dapat meraihkan pesta cahaya atau deepavali yang diraihkan oleh kaum india. Kebebasan beragama yang ditunjukkan d... NAMA : NORSYAIFUL BIN SOFIAN NO MATRIK: BG17110123 INSTITUSI: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN. PENSYARAH: DR NORDI ACHIE SEKSYEN 101 ( KUMPULAN 8 ) Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam perpaduan. Pertama sekali, saya sebagai rakyat Malaysia berasa berbangga kerana dilahirkan di negara yang terdiri daripada latar belakang kaum yang pelbagai berbanding negara lain. Seperti yang kita ketahui, di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan setiap menganuti agama berbeza tetapi masih dapat hidup bersama tanpa berlakunya pertelingkahan. Hal ini dapat dicapai kerana berlakunya tolak ansur di antara kaum dan pemahaman terhadap setiap adat resam serta ajaran kaum lain. Melalui sikap tolak ansur ini, kaum lain dapat merasakan perayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, orang melayu dapat meraihkan pesta cahaya atau deepavali yang diraihkan oleh kaum india. Kebebasan beragama yang ditunjukkan dalam perlembagaan, mengukuhkan lagi perpaduan yang ada kerana tidak berlaku paksaan terhadap rakyat. Bentuk kepimpinan pentadbiran yang terdapat di negara kita juga tidak dimonopoli oleh sesebuah kaum malahan semua kaum diberi hak untuk mentadbir sekitaranya layak. Meskipun mempunyai anutan yang berbeza setiap kaum, pertelingkahan sesama agama jarang berlaku kerana rakyat Malaysia peka dengan sensitiviti agama lain kerana sikap perpaduan ada dalam diri rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan sewaktu penjajahan British tidak lagi kentara, kerana berlaku perpaduan yang kuat antara kaum yang terdapat di Malaysia yang sekaligus membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu ketika itu.Dari segi pendidikan pula, semua kawan diberikan taraf pendidikan yang sama rata tanpa mengamalkan sikap plilih kasih berbanding yang berlaku sebelum kemerdekaan negara kita lagi.Subjek hubungan ini memang ternyata memupuk semangat perpaduan antara kalangan pelajar kerana mengalakkan berlakunya interaksi antara kaum yang ada, serta subjek ini juga dapat membuang sifat-sifat perkauman daripada diri pelajar sekaligus memperkasakan lagi perpaduan yang terdapat di negara kita. Pemerkasaan perpaduan ini diharap dapat memajukan lagi negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya tragedi hitam seperti 13 Mei tersebut.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Chieng Mei Lian profile image
Chieng Mei Lian profile image

Chieng Mei Lian

10/10 starsCompleted
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera dan Salam perpaduan, saya Chieng Mei Lian (BG17110359), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Saya dibawah pimpinan DR. Nordi Achie dalam seksyen 101. Pada pendapat saya, kesejahteraan dan kemakmuran negara perlulah mempunyai perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan. Semangat perpaduan amat penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Masyarakat yang bersatu padu akan dilahirkan sekiranya sikap tolong-menolong dipupuk. Negara kita akan mengalami suasana huru-hara dan pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum dengan tiada perpaduan. Ini juga akan menggugat keselamatan negara dan hubungan tegang antara rakyat menjadi rengang. Dengan mempunyai perpaduan yang erat, barulah negara kita tidak akan mudah dijajah oleh pendatang asing. Perpaduan kaum akan menjadikan nega... Salam sejahtera dan Salam perpaduan, saya Chieng Mei Lian (BG17110359), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Saya dibawah pimpinan DR. Nordi Achie dalam seksyen 101. Pada pendapat saya, kesejahteraan dan kemakmuran negara perlulah mempunyai perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan. Semangat perpaduan amat penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Masyarakat yang bersatu padu akan dilahirkan sekiranya sikap tolong-menolong dipupuk. Negara kita akan mengalami suasana huru-hara dan pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum dengan tiada perpaduan. Ini juga akan menggugat keselamatan negara dan hubungan tegang antara rakyat menjadi rengang. Dengan mempunyai perpaduan yang erat, barulah negara kita tidak akan mudah dijajah oleh pendatang asing. Perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesimpulannya, semua rakyat perlulah bergading bahu untuk memupuk semangat perpaduan supaya wawasan 2020 akan dicapai.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
SUZIANA MUZRI SUZIANA MUZRI profile image
SUZIANA MUZRI SUZIANA MUZRI profile image

SUZIANA MUZRI SUZIANA MUZRI

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Asalammualaikum dan Salam Satu Malaysia Saya Suziana Binti Muzri (BG14160766), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabngsa LABUAN (FKAL) yang mengambil seksyen dibawah pimpinan Dr.Nordi Achie. Pada pedapat saya,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kaya dengan pelbagai kaum dan agama. Kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, india dan sebagainya mempunyai peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara satu sama lain. Pada masa yang sama kita sepatutnya mengelak daripada berlaku peristiwa 13 Mei 1969 iaitu isu perkauaman.Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan k... Asalammualaikum dan Salam Satu Malaysia Saya Suziana Binti Muzri (BG14160766), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabngsa LABUAN (FKAL) yang mengambil seksyen dibawah pimpinan Dr.Nordi Achie. Pada pedapat saya,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kaya dengan pelbagai kaum dan agama. Kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, india dan sebagainya mempunyai peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara satu sama lain. Pada masa yang sama kita sepatutnya mengelak daripada berlaku peristiwa 13 Mei 1969 iaitu isu perkauaman.Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Oleh itu kita sebagai rakyat malaysia haruslah berganding bahu untuk sama-sama memupuk semangat perpaduan dan patriotik tanpa mngira bangsa dan agama.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
LIEW AY YEE profile image
LIEW AY YEE profile image

LIEW AY YEE

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Liew Ay Yee (BG17160495), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 103 di bawah bimbingan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, iaitu kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Semua rakyat Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu perkauman berlaku seperti Peristiwa 13 MEI pada tahun 1969. Hal ini disebabkan peristiwa telah mendatangkan banyak keburukan kepada rakyat dan negara seperti meragut harta benda dan nyawa rakyat, menjatuhkan imej negara dan menurunkan ekonomi negara. Oleh itu, beberapa langkah dapat diambil untuk memupuk semangat perpaduan. Misalnya, mengunju... Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Liew Ay Yee (BG17160495), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 103 di bawah bimbingan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, iaitu kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Semua rakyat Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu perkauman berlaku seperti Peristiwa 13 MEI pada tahun 1969. Hal ini disebabkan peristiwa telah mendatangkan banyak keburukan kepada rakyat dan negara seperti meragut harta benda dan nyawa rakyat, menjatuhkan imej negara dan menurunkan ekonomi negara. Oleh itu, beberapa langkah dapat diambil untuk memupuk semangat perpaduan. Misalnya, mengunjungi ke rumah kaum lain pada musim perayaan, sentiasa berkomunikasi dengan pebagai kaum dengan menggunakan bahasa yang berlainan, menyertai aktiviti yang melibatkan kaum-kaum yang berlainan dan lain-lain lagi. Dengan ini, semangat perpaduan antara kaum memang dapat dipupuk dengan berjaya dan lancar. Semangat perpaduan dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara serta menaikkan imej negara. Oleh itu, semua rakyat haruslah memupuk semangat perpaduan dan semangat patriotik untuk mewujudkan 1 Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
YAP KAR MUN profile image
YAP KAR MUN profile image

YAP KAR MUN

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Yap Kar Mun (BG17110184), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, kefahaman tentang hubungan etnik bagi setiap orang di Malaysia adalah amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum serta pernah menghadapi konflik etnik. Isu prasangka dan diskriminasi disesebuah Negara dapat difahami melalui hubungan etnik. Hal ini dapat menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Selain itu, antara konsep yang penting bagi kursus hubungan etnik ialah perpaduan. Masyarakat yang perpaduan dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Keadaan ini boleh membawa negara ke arah kemajuan. Bukan itu sahaja, konsep masyarakat dan kebudaya turut ditumpukan. Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang menjalankan akt... Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Yap Kar Mun (BG17110184), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, kefahaman tentang hubungan etnik bagi setiap orang di Malaysia adalah amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum serta pernah menghadapi konflik etnik. Isu prasangka dan diskriminasi disesebuah Negara dapat difahami melalui hubungan etnik. Hal ini dapat menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Selain itu, antara konsep yang penting bagi kursus hubungan etnik ialah perpaduan. Masyarakat yang perpaduan dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Keadaan ini boleh membawa negara ke arah kemajuan. Bukan itu sahaja, konsep masyarakat dan kebudaya turut ditumpukan. Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang menjalankan aktiviti bersama dan hidup secara bersama manakala kebudaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia. Terdapat pelbagai kebaikan dan kepentingan memahami hubungan etnik, diharapkan setiap warga Malaysia memahami dan mengamalkannya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
student profile image
student profile image

student

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Nama : Dayang Sanifazirah Binti Awang Sitiah ( BG17110390 ) Nama Pensyarah : Dr. Nordi Bin Achie Seksyen : 103 (Kumpulan 4) Universiti : Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan. Saya sangat bersyukur kerana menetap di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum yang paling berjaya dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mengekalkan perpaduan dan keamanan Malaysia. Demi mengekalkan perpaduan negara, kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita juga harus saling tolong-menolong antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kaum. Kita j... Nama : Dayang Sanifazirah Binti Awang Sitiah ( BG17110390 ) Nama Pensyarah : Dr. Nordi Bin Achie Seksyen : 103 (Kumpulan 4) Universiti : Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan. Saya sangat bersyukur kerana menetap di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum yang paling berjaya dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mengekalkan perpaduan dan keamanan Malaysia. Demi mengekalkan perpaduan negara, kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita juga harus saling tolong-menolong antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kaum. Kita juga hendaklah sentiasa berinteraksi dengan kaum lain bagi mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perkauman. Jangan disebabkan kita tidak tahu bahasa dan agama mereka, kita menjauhkan diri dan berkawan dengan kaum kita sendiri sahaja. Seperti yang kita lihat pada masa kini, ramai pelajar berkawan dengan kaum sendiri sahaja. Sebagai contoh, pelajar Melayu dangan Melayu, pelajar India dengan India dan begitu juga kepada pelajar Cina. Hal ini Mungkin disebabkan bahasa yang mereka guna dan bagi mereka lebih mudah berkomunikasi jika bergaul dengan kaum sendiri. Walaubagaimanapun, sifat ini harus dielakkan kerana akan memecahkan perpaduan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
wong wan ting profile image
wong wan ting profile image

wong wan ting

8/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Wong Wan Ting (BG17160542), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana negara Malaysia kaya dengan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Kita setia maklum, rakyat Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India, Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang memegang agama berlainan seperti, Buddha, Hindu, Islam, dan Kristian. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia sentiasa hidup harmoni dan aman damai. Keadaan seperti ini hanya akan dicapai melalui konsep perpaduan. Perpaduan antara rakyat akan diperoleh dengan adanya nilai hormat-menghormati, kasih sayang dan berbudi bahasa. Perpaduan juga boleh dikatakan sebagai lambang kekayaan kepada setiap penduduk dan juga negara itu sendiri. Perpaduan bole... Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Wong Wan Ting (BG17160542), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana negara Malaysia kaya dengan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Kita setia maklum, rakyat Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India, Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang memegang agama berlainan seperti, Buddha, Hindu, Islam, dan Kristian. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia sentiasa hidup harmoni dan aman damai. Keadaan seperti ini hanya akan dicapai melalui konsep perpaduan. Perpaduan antara rakyat akan diperoleh dengan adanya nilai hormat-menghormati, kasih sayang dan berbudi bahasa. Perpaduan juga boleh dikatakan sebagai lambang kekayaan kepada setiap penduduk dan juga negara itu sendiri. Perpaduan boleh menjadi satu elemen penting dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara. Sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969 harus menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia kerana kelonggaran nilai perpaduan antara rakyat kaum lain pada masa itu telah menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Selain itu, perlembagaan juga memberi sumbangan dalam mengekalkan hubungan etnik di Malaysia. Rakyat Malaysia bebes menganuti agama dan mempunyai hak kebebasan bersuara di bawah perlembagaan Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia sangat taat dengan agama sendiri. Setiap agama mempunyai adat resam,pantang larang dan kepercayaan sendiri. Walaubagaimanapun, penganut agama lain sama-sama menghormati dan mempelajari budaya agama tersebut. penyalahgunaan isu agama boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang dapat memecah -belah perpaduan rakyat berbilang etnik. Kesimpulannya, perpaduan merupakan elemen penting kepada negara dalam mencapai kemajuan. Negara yang rakyatnya tidak mempunyai perpaduan, tentulah negara itu akan dipandang remeh oleh negara lain. Oleh itu, kursus hubungan etnik adalah sangat penting kepada semua mahasisiwa dan mahasiswi Malaysia suapaya mereka memahami perpaduan sangat penting kepada mereka diri sendiri, rakyat dan negara
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Wee Jing Wen (BG17160525), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 103 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di dunia. Hal ini menjadikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia. Keamanan dan kesejahteraan dapat diwujudkan sehingga zaman kini adalah kerana jasa semua rakyat Malaysia bersikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Selain itu, sikap toleransi antara kaum yang turut diamalkan adalah penting untuk menjalinkan hubungan mesra antara kaum. Contohnya, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak bebas untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah mengutamakan p... Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia, saya Wee Jing Wen (BG17160525), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 103 di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di dunia. Hal ini menjadikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia. Keamanan dan kesejahteraan dapat diwujudkan sehingga zaman kini adalah kerana jasa semua rakyat Malaysia bersikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Selain itu, sikap toleransi antara kaum yang turut diamalkan adalah penting untuk menjalinkan hubungan mesra antara kaum. Contohnya, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak bebas untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan negara daripada mementingkan matlamat-matlamat lain. Perpaduan yang terjalin antara warga berbilang kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia untuk mempertahankan kemerdekaan dan menuju ke arah pencapaian negara moden di dunia. Perpaduan adalah perkara penting setiap negara-bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu perlembangaan, tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
KOH XIN YU profile image
KOH XIN YU profile image

KOH XIN YU

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Koh Xin Yu (BG17110174), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie dalam seksyen 102. Malaysia adalah sebuah negara yang unik disebabkan terdiri daripada berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Masyarakat yang berbilang kaum ini sepatutlah hidup dengan keadaan yang harmoni tetapi masalah perpaduan telah menimbul pada zaman pemerintahan British di Negara kita. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi yang masing-masing mengikut jenis kaum.Sebagai contoh, orang melayu terlibat dalam bidang pertanian dan menangkap ikan manakala orang cina menjalankan aktiviti di kawasan lombong bijih timah serta orang india sebagai tenaga buruh di ladang getah. Kesan jangka panjang keadaan ini telah wujudnya jurang pemisahan antara kaum. Bagi me... Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Koh Xin Yu (BG17110174), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie dalam seksyen 102. Malaysia adalah sebuah negara yang unik disebabkan terdiri daripada berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Masyarakat yang berbilang kaum ini sepatutlah hidup dengan keadaan yang harmoni tetapi masalah perpaduan telah menimbul pada zaman pemerintahan British di Negara kita. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi yang masing-masing mengikut jenis kaum.Sebagai contoh, orang melayu terlibat dalam bidang pertanian dan menangkap ikan manakala orang cina menjalankan aktiviti di kawasan lombong bijih timah serta orang india sebagai tenaga buruh di ladang getah. Kesan jangka panjang keadaan ini telah wujudnya jurang pemisahan antara kaum. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Malaysia telah menggunakan pelbagai cara untuk memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini, contohnya, memperkenalkan slogan “1 Malaysia”, mencipta lagu cinta Negara dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa penghubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain. Secara kesimpulannya, saya berharap agar setiap warganegara Malaysia saling menghormati antara satu sama lain dan mempunyai sikap bertolak ansur supaya negara maju dapat direalisasikan. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
TAN YEONG KEE profile image
TAN YEONG KEE profile image

TAN YEONG KEE

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera,salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Saya Tam Yeong Kee pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan dibawah bimbingan Dr.Nordie Archie (seksyen103). Pada pendapatan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.Hal ini demikian kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyara... Salam sejahtera,salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Saya Tam Yeong Kee pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan dibawah bimbingan Dr.Nordie Archie (seksyen103). Pada pendapatan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.Hal ini demikian kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Kesimpulannya, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Segala kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik dalam negara Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Teh Yen Sin profile image
Teh Yen Sin profile image

Teh Yen Sin

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia, saya Teh Yen Sin (BG17160521), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, kursus hubungan etnik amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik terutama di Malaysia. Kepentingan bagi kursus tersebut dalam negara kita adalah untuk menstabilkan politik, mengukuhkan ekonomi negara dan membentuk sebuah negara yang majmuk. Dalam negara yang sedang membangun dan maju ini, masih terdapat masyarakat yang mempunyai sikap sentimen terhadap kaum lain. Sikap dsikriminasi ini tidak akan membantu negara kita maju tetapi hanya akan menjejas keharmonian dan kesejahteraan di negara kita. Sebagai contohya, Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu pengajaran yang pahit kepada semua rakyat di Malaysia. Dengan mengelakkan berlakunya, kita mesti bersatu... Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia, saya Teh Yen Sin (BG17160521), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, kursus hubungan etnik amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik terutama di Malaysia. Kepentingan bagi kursus tersebut dalam negara kita adalah untuk menstabilkan politik, mengukuhkan ekonomi negara dan membentuk sebuah negara yang majmuk. Dalam negara yang sedang membangun dan maju ini, masih terdapat masyarakat yang mempunyai sikap sentimen terhadap kaum lain. Sikap dsikriminasi ini tidak akan membantu negara kita maju tetapi hanya akan menjejas keharmonian dan kesejahteraan di negara kita. Sebagai contohya, Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu pengajaran yang pahit kepada semua rakyat di Malaysia. Dengan mengelakkan berlakunya, kita mesti bersatu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang perpaduan. Konsep perpaduan haruslah diajarkan dari sejak kecil supaya sifat perpaduan dapat dikekal dalam seseorang. Dengan sifat tersebut, masyarakat Malaysia dapat bersama-sama untuk mengurangkan sikap sentimen dan diskriminasai antara kaum lain. Peranan ibu bapa dalam kursus tersebut juga memainkan peranan yang amat penting, hal ini kerana ibu bapa adalah contoh kepada anak mereka. Contohnya, ibu bapa menghormati budaya dan agama kaum lain, anaknya juga akan berlajar sikap tersebut dan tidak akan mempunyai sikap sentimen terhadap kaum lain. Kesimpulannya, kursus hubungan etnik merupakan sebuah kursus yang amat penting kepada semua rakyat Malaysia dan semua rakyat haruslah mempelarjari untuk membuang sifat perkauman supaya dapat memajukan negara kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NG SZE LIN profile image
NG SZE LIN profile image

NG SZE LIN

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Selamat sejahtera, nama saya Ng Sze Lin (BG17110155), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), dalam kumpulan 8 dan seksyen 103, dibawah bimbingan Dr. Nordi Bin Achie. Perpaduan bermaksud proses yang menyatupadukan golongan masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya semua golongan masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik seperti terdapat kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,agama dan budaya, perpaduan adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Semua rakyat tanpa mengira kaum mestilah melahirkan perasaan cintakan tanah air dan mempunyai semanga... Selamat sejahtera, nama saya Ng Sze Lin (BG17110155), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), dalam kumpulan 8 dan seksyen 103, dibawah bimbingan Dr. Nordi Bin Achie. Perpaduan bermaksud proses yang menyatupadukan golongan masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya semua golongan masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik seperti terdapat kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,agama dan budaya, perpaduan adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Semua rakyat tanpa mengira kaum mestilah melahirkan perasaan cintakan tanah air dan mempunyai semangat patriotisme. Ini akan menyebabkan perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan keselamatan negara daripada ancaman luar negara. Selain itu, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Bukan itu sahaja, sikap diri senidiri juga salah satu penting untuk mengekalkan perpaduan di negra kita. Kita mestilah sentiasa menghormati golongan etnik lain dan tidak mempunyai sikap memetingkan diri dalam kalangan masyarakat.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nor Hidayatul Nadia Mahadi profile image
Nor Hidayatul Nadia Mahadi profile image

Nor Hidayatul Nadia Mahadi

8/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama saya Nor Hidayatul Nadia Mahadi (BI17160295) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie seksyen 103 dan kumpulan 3 , Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI). Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memiliki pelbagai etnik dan perpaduan. Perpaduan di negara ini adalah sangat penting untuk kestabilan politik, sosial dan ekonomi. Pada pendapat saya , generasi muda pada masa kini seharusnya didedahkan kepada kepentingan hidup dalam perpaduan sejak dari kecil lagi agar mereka lebih mudah untuk menerima dan masih tidak terpengaruh oleh mana – mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu , didikan dari rumah adalah antara langkah pertama yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa. Contohnya , setiap hujung minggu atau bila ada masa yang terluang ajak lah anak – anak memasak bersama dan kongsi... Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama saya Nor Hidayatul Nadia Mahadi (BI17160295) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie seksyen 103 dan kumpulan 3 , Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI). Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memiliki pelbagai etnik dan perpaduan. Perpaduan di negara ini adalah sangat penting untuk kestabilan politik, sosial dan ekonomi. Pada pendapat saya , generasi muda pada masa kini seharusnya didedahkan kepada kepentingan hidup dalam perpaduan sejak dari kecil lagi agar mereka lebih mudah untuk menerima dan masih tidak terpengaruh oleh mana – mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu , didikan dari rumah adalah antara langkah pertama yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa. Contohnya , setiap hujung minggu atau bila ada masa yang terluang ajak lah anak – anak memasak bersama dan kongsilah makanan tersebut dengan jiran – jiran sebelah rumah. Dengan ini , secara tidak langsung hubungan antara jiran bertambah akrab dan sifat perkauman dalam diri dapat di elakkan. Selain itu , kita bertuah kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan negara kita menyambut setiap perayaan kaum masing – masing . Guna lah peluang ini untuk lebih mengenali kaum lain lebih lanjut dengan berkunjung ke rumah jiran dan sahabat handal daripada kaum yang berbeza sekiranya ada yang mengadakan rumah terbuka.Untuk menyimpulkannya , mempelajari hubungan etnik memang diperlukan untuk memperkukuhkan perpaduan di negara kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Hafizah Ariffin profile image
Nur Hafizah Ariffin profile image

Nur Hafizah Ariffin

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Assalamualaikum, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Saya, Nur Hafizah Binti Ariffin (BG17110090), pelajar Tahun 1 sesi 2017/18 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kini berada di bawah pimpinan Dr Nordi Achie (Seksyen 103). Seperti mana yang diketahui ramai, negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dengan penduduknya yang berbilang kaum. Suasana ini dapat dikekalkan kerana sikap toleransi yang ditunjukkan antara kaum utama yang terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Saya sebagai rakyat Malaysia tampil berbangga dengan keamanan dan keharmonian yang dikecapi dimana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Walaupun terdapat perbezaan budaya dan agama, masyarakat Malaysia mampu bersatu hati bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Pendidikan merupakan tunjang kepada perpaduan dalam negara itu sendiri. Tidak dinafikan... Assalamualaikum, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Saya, Nur Hafizah Binti Ariffin (BG17110090), pelajar Tahun 1 sesi 2017/18 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kini berada di bawah pimpinan Dr Nordi Achie (Seksyen 103). Seperti mana yang diketahui ramai, negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dengan penduduknya yang berbilang kaum. Suasana ini dapat dikekalkan kerana sikap toleransi yang ditunjukkan antara kaum utama yang terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Saya sebagai rakyat Malaysia tampil berbangga dengan keamanan dan keharmonian yang dikecapi dimana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Walaupun terdapat perbezaan budaya dan agama, masyarakat Malaysia mampu bersatu hati bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Pendidikan merupakan tunjang kepada perpaduan dalam negara itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembinaan dan pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mencatatkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan bagi mencapai kesejahteraan diri serta memakmurkan negara. Kursus hubungan etnik yang dipelajari ini juga mampu membuang segala sentimen keagamaan dan sifat syak wasangka antara satu sama lain. Sebagai pengakhiran kata, saya berharap agar masyarakat Malaysia mampu mengekalkan keharmonian dalam negara serta menjadi contoh yang baik kepada generasi yang akan datang bagi mereka mempertahankan keharmonian negara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
LOH NGIT YI - profile image
LOH NGIT YI - profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Selamat sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia, saya Loh Ngit Yi (BG17160507), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 101). Pada pendapat saya,kursus hubungan etnik mendatangkan banyak faedah kepada para mahasiswa dan mengurangkan pemikiran perkauman terhadap kaum lain. Mahasiswa dan siswi dapat menghormati agama dan pantang larang satu sama lain. Contonya, orang cina boleh memasuki masjid sekiranya mereka berpakaian bertutup dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Masjid itu. Selain itu, Kita dapat melihat perpaduan antara kaum yang lain semakin bertambah baik, terutamanya dari segi pemakanan. Orang Cina boleh mamask Nasi Lemak, Orang melayu membuat roti canai dan Orang india megoreng char kuey teow, dari sini kita boleh nampak, makanan adalah salah satu asp... Selamat sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia, saya Loh Ngit Yi (BG17160507), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 101). Pada pendapat saya,kursus hubungan etnik mendatangkan banyak faedah kepada para mahasiswa dan mengurangkan pemikiran perkauman terhadap kaum lain. Mahasiswa dan siswi dapat menghormati agama dan pantang larang satu sama lain. Contonya, orang cina boleh memasuki masjid sekiranya mereka berpakaian bertutup dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Masjid itu. Selain itu, Kita dapat melihat perpaduan antara kaum yang lain semakin bertambah baik, terutamanya dari segi pemakanan. Orang Cina boleh mamask Nasi Lemak, Orang melayu membuat roti canai dan Orang india megoreng char kuey teow, dari sini kita boleh nampak, makanan adalah salah satu aspek yang menyatukan kaum yang lain dan kaum-kaum yang berlainan belajar cara pemakanan dan recsipi makanan mereka. Jadi, kita akan banyak berkomunikasi dan pemikiran perkauman dapat dielakkan. Oleh itu, saya percaya makanan adalah adalah satu aspek yang dapat menyatukan kaum-kaum yang berlainan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Deevya Manivanan profile image
Deevya Manivanan profile image

Deevya Manivanan

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya DEEVYA A/P MANIVANAN (BA17110583) pelajar dari Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan di Universiti Malaysia Sabah. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Dayu Sansalu dari kelas Hubungan Etnik (seksyen 16). Kursus ini memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk semangat perpaduan dan kesatuan dalam hubungan kemasyarakatan berbilang kaum dan etnik. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang berbilang dan kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan keharmonian dalam negara. Pada pendapat saya, setiap rakyat Malaysia perlu menanam unsur-unsur hubungan etnik dari sejak awal lagi. Pihak kerajaan juga mengamalkan pelbagai usaha untuk memupuk semangat perpaduan dengan menganjurkan dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti. Selain itu, video yang dipaparkan menunjukkan bahawa masa depan Malaysia dipengaruhi unsur hubungan etnik. Objektif yang telah disampaikan membuka minda dan m... Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya DEEVYA A/P MANIVANAN (BA17110583) pelajar dari Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan di Universiti Malaysia Sabah. Sepanjang kursus ini, saya di bawah bimbingan Encik Dayu Sansalu dari kelas Hubungan Etnik (seksyen 16). Kursus ini memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk semangat perpaduan dan kesatuan dalam hubungan kemasyarakatan berbilang kaum dan etnik. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang berbilang dan kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan keharmonian dalam negara. Pada pendapat saya, setiap rakyat Malaysia perlu menanam unsur-unsur hubungan etnik dari sejak awal lagi. Pihak kerajaan juga mengamalkan pelbagai usaha untuk memupuk semangat perpaduan dengan menganjurkan dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti. Selain itu, video yang dipaparkan menunjukkan bahawa masa depan Malaysia dipengaruhi unsur hubungan etnik. Objektif yang telah disampaikan membuka minda dan mata masyarakat kita dengan lebih jelas iaitu usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kegemilangan negara ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Syafiqah profile image
Nur Syafiqah profile image

Nur Syafiqah

8/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Nur Syafiqah Binti Akhi (BI17160290), pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya,kita hidup dalam satu negara yang mempunyai lebih daripada 10 kaum di Malaysia dan seharusnya kita berbangga pada dunia bahawa kita masih dapat mengecapi keharmonian dalam negara walaupun hidup berbilang kaum. Namun begitu, kita haruslah menghormati budaya suatu kaum dan tidak mengamalkan sikap prejudis sesama kita. Negara yang maju adalah negara yang rakyatnya menghormati satu sama lain. Kita juga haruslah mengelakkan sikap sentimen terhadap suatu kaum.Seharusnya kita berbangga kerana di lahirkan di sebuah negara yang mempunya pelbagai adat tradisi yang masih lagi di jaga dan dipelihara. Ini dapat memberi contoh kepada negara-negara yang... Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Nur Syafiqah Binti Akhi (BI17160290), pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya,kita hidup dalam satu negara yang mempunyai lebih daripada 10 kaum di Malaysia dan seharusnya kita berbangga pada dunia bahawa kita masih dapat mengecapi keharmonian dalam negara walaupun hidup berbilang kaum. Namun begitu, kita haruslah menghormati budaya suatu kaum dan tidak mengamalkan sikap prejudis sesama kita. Negara yang maju adalah negara yang rakyatnya menghormati satu sama lain. Kita juga haruslah mengelakkan sikap sentimen terhadap suatu kaum.Seharusnya kita berbangga kerana di lahirkan di sebuah negara yang mempunya pelbagai adat tradisi yang masih lagi di jaga dan dipelihara. Ini dapat memberi contoh kepada negara-negara yang lain untuk menghormati agama, budaya, kaum dan adat tersendiri. Marilah kita mengambil iktibar dari sejarah hitam Malaysia yang melibatkan pertumpahan darah dan kerosakan harta benda iaitu peristiwa 13 Mei. Peristiwa ini membuka mata setiap warga Malaysia bahawa sikap perkauman seperti ini adalah racun yang memakan tuannya sendiri. Marilah kita bersama -sama mengekalkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia dan mengecapi keharmonian negara sekaligus membangun negara yang bertuah ini iaitu Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sejahtera, saya Kristen George Jendili (BG17110109) merupakan pelajar Tahun 1 Universiti Malaysia Sabah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, dan Kursus Hubungan Etnik ini adalah di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (seksyen 102). Tajuk yang ingin saya ulaskan ialah Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia. Pada pendapat saya, kesepaduan antara rakyat adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dalam sesebuah negara. Malaysia merupakan bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Maka, konsep kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat signifikan. Hal ini demikian adalah bagi melahirkan satu negara majmuk yang teguh dan rakyatnya yang bersatu padu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa negara kita mengalami masalah isu perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia. Kita dapat melihat ... Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sejahtera, saya Kristen George Jendili (BG17110109) merupakan pelajar Tahun 1 Universiti Malaysia Sabah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, dan Kursus Hubungan Etnik ini adalah di bawah pimpinan Dr. Nordi Achie (seksyen 102). Tajuk yang ingin saya ulaskan ialah Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia. Pada pendapat saya, kesepaduan antara rakyat adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dalam sesebuah negara. Malaysia merupakan bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Maka, konsep kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat signifikan. Hal ini demikian adalah bagi melahirkan satu negara majmuk yang teguh dan rakyatnya yang bersatu padu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa negara kita mengalami masalah isu perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia. Kita dapat melihat di peringkat sekolah, pembatasan interaksi sosial antara pelajar dengan pelajar yang berlainan kaum. Sebagai contoh, pelajar India hanya bergaul dengan pelajar India dan pelajar Cina hanya bergaul dengan pelajar yang sealirannya. Perkara sedemikian menyebabkan semangat assabiyah yang kuat dalam diri seseorang pelajar. Oleh hal yang demikian, situasi seumpama haruslah dibendung bagi dapat mengurangkan jurang perpaduan yang wujud antara rakyat yang berbeza kaum, bangsa dan budaya. Maka, setiap rakyat Malaysia haruslah menanamkan sikap keterbukaan dan toleransi yang tinggi dalam diri masing-masing. Selain itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan menerapkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dalam diri anak-anak dengan semua orang walaupun berbilang kaum bak kata pepatah orang Melayu “Lentur buluh biarlah dari rebungnya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Salam ukhwah dan salam satu transformasi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri sendiri: Nama: Jacky Wong Man Khiong Pensyarah: Dr Nordi Archie No.Matrik: BG17110319 Kos subjek: Hubungan Etnik(Seksyen103) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (HE22) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan Pada pendapat saya, pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial perlu dilakukan secara sistematik dan progresif. Hal ini demikian kerana, apabila pendidikan seperti pendidikan moral, pendidikan islam mahupun pendidikan sivik diajar dan diimplementasikan dalam kehidupan seharian pelajar,nescaya mereka akan menjadi insan yang dapat menerapkan nilai kesepaduan ke dalam masyarakat kerana seperti bak kata pepatah, "Melentuh Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Seterusnya, dengan adanya medium pendidikan kesepaduan, sudah semestinya senario kepelbagaian etnik di Malaysia akan berada dalam keadaan yang baik di mana semua etni... Salam ukhwah dan salam satu transformasi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri sendiri: Nama: Jacky Wong Man Khiong Pensyarah: Dr Nordi Archie No.Matrik: BG17110319 Kos subjek: Hubungan Etnik(Seksyen103) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (HE22) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan Pada pendapat saya, pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial perlu dilakukan secara sistematik dan progresif. Hal ini demikian kerana, apabila pendidikan seperti pendidikan moral, pendidikan islam mahupun pendidikan sivik diajar dan diimplementasikan dalam kehidupan seharian pelajar,nescaya mereka akan menjadi insan yang dapat menerapkan nilai kesepaduan ke dalam masyarakat kerana seperti bak kata pepatah, "Melentuh Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Seterusnya, dengan adanya medium pendidikan kesepaduan, sudah semestinya senario kepelbagaian etnik di Malaysia akan berada dalam keadaan yang baik di mana semua etnik seperti cina, melayu, india, kadazan, iban, murut dan etnik-etnik yang lain dapat memahami antara satu sama lain dan dapat hidup secara harmoni bersama-sama. Sementalahan itu, apabila rakyat dapat memahami etnik antara satu sama lain, kemakmuran akan sentiasa berlaku dan berkelimpahan di mana rakyat akan sentiasa bersatu-padu dalam melakukan aktiviti seperti persis kata mutiara, "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". Keadaan ini dapat memastikan keadaan negara Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur, serta sejarah silam negara tidak akan berulang di mana negara tidak akan mudah dijajah oleh penjajah. Sekian, Terima Kasih .
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Tan Shao Pei profile image
Tan Shao Pei profile image

Tan Shao Pei

10/10 starsTaking Now
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Tan Shao Pei (BG17160536), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia: Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik yang mempunyai pelbagai agama, budaya, bahasa, dan adat resam. Sebelum kemerdekaan, rakyat bekerja dan berkelompok mengikuti etnik masing-masing. Etnik Melayu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, dan sebagainya; Etnik Cina bekerja sebagai peniaga, pelombong, dan sebagainya; Etnik India bekerja sebagai penoreh getah, buruh binaan, dan sebagainya. Keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara etnik dan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Selepas kemerdekaan, wujudnya kerjasama erat dalam kalangan etnik d... Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Tan Shao Pei (BG17160536), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia: Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik yang mempunyai pelbagai agama, budaya, bahasa, dan adat resam. Sebelum kemerdekaan, rakyat bekerja dan berkelompok mengikuti etnik masing-masing. Etnik Melayu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, dan sebagainya; Etnik Cina bekerja sebagai peniaga, pelombong, dan sebagainya; Etnik India bekerja sebagai penoreh getah, buruh binaan, dan sebagainya. Keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara etnik dan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Selepas kemerdekaan, wujudnya kerjasama erat dalam kalangan etnik di Malaysia. Kerajaan menggubal beberapa dasar yang banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Semua kaum melibatkan diri dalam perancangan negara telah memelihara keharmonian secara tidak langsung. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti UMNO, orang Cina diwakili oleh MCA, dan orang India diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti ini telah berjaya dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan sendiri. Kini, selepas 60 tahun merdeka, pembentukan dasar yang menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara banyak membantu pembentukan hubungan etnik yang erat di negara ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Tan Shao Pei (BG17160536), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia: Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik yang mempunyai pelbagai agama, budaya, bahasa, dan adat resam. Sebelum kemerdekaan, rakyat bekerja dan berkelompok mengikuti etnik masing-masing. Etnik Melayu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, dan sebagainya; Etnik Cina bekerja sebagai peniaga, pelombong, dan sebagainya; Etnik India bekerja sebagai penoreh getah, buruh binaan, dan sebagainya. Keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara etnik dan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Selepas kemerdekaan, wujudnya kerjasama erat dalam kalangan etnik d... Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia. Saya Tan Shao Pei (BG17160536), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) yang mengambil seksyen 102 bawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia: Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada etnik yang mempunyai pelbagai agama, budaya, bahasa, dan adat resam. Sebelum kemerdekaan, rakyat bekerja dan berkelompok mengikuti etnik masing-masing. Etnik Melayu bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, dan sebagainya; Etnik Cina bekerja sebagai peniaga, pelombong, dan sebagainya; Etnik India bekerja sebagai penoreh getah, buruh binaan, dan sebagainya. Keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara etnik dan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Selepas kemerdekaan, wujudnya kerjasama erat dalam kalangan etnik di Malaysia. Kerajaan menggubal beberapa dasar yang banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Semua kaum melibatkan diri dalam perancangan negara telah memelihara keharmonian secara tidak langsung. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti UMNO, orang Cina diwakili oleh MCA, dan orang India diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti ini telah berjaya dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan sendiri. Kini, selepas 60 tahun merdeka, pembentukan dasar yang menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara banyak membantu pembentukan hubungan etnik yang erat di negara ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Frankie Yong profile image
Frankie Yong profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 7 months ago
salam sejahterah, dan salam satu malaysia, saya Franke Yong Shin Kiong, pelajar tahun 1, dari UMS kampus induk Kota Kinabalu. nombor Matric saya adalah BB17110324, dari section 14, sepanjang kurusus ini saya di bawah bimbingan Dr Dayu Sansalu. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian agama,budaya,dan etnik. perpaduan di antara kaum amatlah di titik beratkan di dalam negara Malaysia, ini kerna membantu semua rakyat Malysia untuk saling memahami diantara bangsa dan budaya masing-masing. sekiranya perpaduan kaum ini dipandang remeh di sisih masyarakat ini akan menimbulkan masalah-masalah perkauman dan sebagainya kepada negara, ini akan membuatkan malaysia tidak dapat mencapai matlamat "One Malaysia", hal ini sekaligus membantu rakyat untuk saling hidup dalam harmoni dan sejahtera. Apabila malaysia mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum masing, maka kita dapat membantu negara bergerak ke arah negara ... salam sejahterah, dan salam satu malaysia, saya Franke Yong Shin Kiong, pelajar tahun 1, dari UMS kampus induk Kota Kinabalu. nombor Matric saya adalah BB17110324, dari section 14, sepanjang kurusus ini saya di bawah bimbingan Dr Dayu Sansalu. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian agama,budaya,dan etnik. perpaduan di antara kaum amatlah di titik beratkan di dalam negara Malaysia, ini kerna membantu semua rakyat Malysia untuk saling memahami diantara bangsa dan budaya masing-masing. sekiranya perpaduan kaum ini dipandang remeh di sisih masyarakat ini akan menimbulkan masalah-masalah perkauman dan sebagainya kepada negara, ini akan membuatkan malaysia tidak dapat mencapai matlamat "One Malaysia", hal ini sekaligus membantu rakyat untuk saling hidup dalam harmoni dan sejahtera. Apabila malaysia mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum masing, maka kita dapat membantu negara bergerak ke arah negara maju apabila kita semua bekerjasama dalam segala hal. dan kita dapat mengurangkan kes-kes perkauman, dimana itu akan membawa kehancuran bagi negara kita. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.