Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
990 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Thor Jiaqi profile image
Thor Jiaqi profile image
8/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 8 months ago
Selamat sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia, saya Thor Jia Qi (BG17110373), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, perpaduan merupakan aspek penting untuk menjamin keharmonian Malaysia. Malaysia dapat mencapai kemerdekaan kerana perpaduan dan sikap toleransi rakyat Malaysia yang bersatu padu. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan bangsa. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat hidup dalam negara yang berbilang kaum dan kaya dengan budaya bangsa masing-masing. Sikap keterbukaan dan toleransi harus diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjamin perpaduan dalam negara ini. Namun, negara yang berbilang kaum ini juga akan menghadapi masalah perkauman. Hal ini kerana terdapat rakyat yang tidak mengamalkan sikap keterbukaan ... Selamat sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia, saya Thor Jia Qi (BG17110373), pelajar Tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, perpaduan merupakan aspek penting untuk menjamin keharmonian Malaysia. Malaysia dapat mencapai kemerdekaan kerana perpaduan dan sikap toleransi rakyat Malaysia yang bersatu padu. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan bangsa. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat hidup dalam negara yang berbilang kaum dan kaya dengan budaya bangsa masing-masing. Sikap keterbukaan dan toleransi harus diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjamin perpaduan dalam negara ini. Namun, negara yang berbilang kaum ini juga akan menghadapi masalah perkauman. Hal ini kerana terdapat rakyat yang tidak mengamalkan sikap keterbukaan dan toleransi akan menyebabkan masalah perkauman berlaku. Masalah perkauman ini akan menyebabkan rusuhan kaum berlaku seperti peristiwa 13 Mei. Peristiwa gelap ini telah meragut nyawa dan harta benda. Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mengamalkan sikap keterbukaan dan toleransi sejak dari kecil untuk mengelakkan masalah perkauman berlaku supaya perpaduan dan keharmonian negara kita terjamin.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali profile image
Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali profile image

Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali

10/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama diberi Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali (BG17110003) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah perpaduan kaum kini sedang menjadi perbualan hebat terutamanya dalam kalangan masyarakat. Malaysia, bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Keistimewaan ini sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat di Malaysia dek kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh di dalamnya. Kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara lainnya kerena kehebatan masyarakatnya yang hidup harmoni dalam masyarakat yang berbeza warna kulit, agama, bangsa dan budaya. Namun, atas unsur-unsur tertentu y... Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama diberi Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali (BG17110003) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah perpaduan kaum kini sedang menjadi perbualan hebat terutamanya dalam kalangan masyarakat. Malaysia, bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Keistimewaan ini sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat di Malaysia dek kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh di dalamnya. Kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara lainnya kerena kehebatan masyarakatnya yang hidup harmoni dalam masyarakat yang berbeza warna kulit, agama, bangsa dan budaya. Namun, atas unsur-unsur tertentu yang telah menyebabkan keistimewaan ini menjadi luntur dan lusuh hari demi hari. Ada perkara yang patut kita sedari betapa pentingnya mengekalkan perpaduan yang telah lama terbina di bumi Malaysia ini terutamanya dalam kalangan muda-mudi masa kini. Konsep perpaduan ini sepatutnya dicorakkan kepada anak muda sejak dibangku sekolah rendah lagi sehingga mencapai alam universiti seterusnya alam pekerjaan. Mereka perlu diperkenalkan tentang indahnya hidup dalam keharmonian bangsa bersatu. Corak masa hadapan negara terletak di bawah integriti pemuda masa kini. Oleh itu, langkah perlu diambil untuk kesedaran semua pihak terutamanya kalangan pelajar. Subjek Hubungan Etnik ni merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menjernihkan semula jurang pemisah antara kaum disamping mempelajari kisah silam yang tidak sepatutnya berulang kembali.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali profile image
Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali profile image
10/10 stars
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 8 months ago
Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama diberi Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali (BG17110003) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie seksyen 103, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah perpaduan kaum kini sedang menjadi perbualan hebat terutamanya dalam kalangan masyarakat. Malaysia, bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Keistimewaan ini sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat di Malaysia dek kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh di dalamnya. Kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara lainnya kerena kehebatan masyarakatnya yang hidup harmoni dalam masyarakat yang berbeza warna kulit, agama, bangsa dan budaya. Namun, atas unsur-unsu... Assalamualaikum, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Nama diberi Ummi Fatihah Binti Mohd Ghazali (BG17110003) merupakan pelajar tahun 1 dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSkal) dibawah bimbingan Dr. Nordi Achie seksyen 103, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah perpaduan kaum kini sedang menjadi perbualan hebat terutamanya dalam kalangan masyarakat. Malaysia, bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang hidup dalam satu rumpun masyarakat majmuk berbilang kaum. Keistimewaan ini sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat di Malaysia dek kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh di dalamnya. Kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara lainnya kerena kehebatan masyarakatnya yang hidup harmoni dalam masyarakat yang berbeza warna kulit, agama, bangsa dan budaya. Namun, atas unsur-unsur tertentu yang telah menyebabkan keistimewaan ini menjadi luntur dan lusuh hari demi hari. Ada perkara yang patut kita sedari betapa pentingnya mengekalkan perpaduan yang telah lama terbina di bumi Malaysia ini terutamanya dalam kalangan muda-mudi masa kini. Konsep perpaduan ini sepatutnya dicorakkan kepada anak muda sejak dibangku sekolah rendah lagi sehingga mencapai alam universiti seterusnya alam pekerjaan. Mereka perlu diperkenalkan tentang indahnya hidup dalam keharmonian bangsa bersatu. Corak masa hadapan negara terletak di bawah integriti pemuda masa kini. Oleh itu, langkah perlu diambil untuk kesedaran semua pihak terutamanya kalangan pelajar. Subjek Hubungan Etnik ni merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menjernihkan semula jurang pemisah antara kaum disamping mempelajari kisah silam yang tidak sepatutnya berulang kembali.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Siti Singgim profile image
Siti Singgim profile image

Siti Singgim

8/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Salam Sejahtera, Saya Siti Singgim (BA 17110557) dari Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS di bawah pimpinan sir Yusten Karulus(sc10). Secara keseluruhannya, semua lapisan masyarakat di Malaysia inginkan sebuah negara yang aman dan harmoni, dan sebab itu mengapa hubungan antara etnik sangat penting untuk kita pelajari dan fahami bersama. Tanpa hubungan yang baik antara etnik di Malaysia, pertelingkahan boleh berlaku. Jika tiada kesefahaman antara kaum etnik di negara Malaysia ini sudah pasti kerjasama untuk terus memajukan negara tidak dapat dilakukan. Oleh itu, kursus ini penting agar setiap pelajar mampu memahami etnik lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Jessycia Lim profile image
Jessycia Lim profile image

Jessycia Lim

10/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Salam sejahtera dan Salam perpaduan, saya Jessycia Lim (BG17110357), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie dalam seksyen 102. Pada pendapat saya, kursus hubungan etnik ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membentuk dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, kursus ini menerangkan tentang etnik- etnik antara kaum yang terdapat di Malaysia dan dengan ini, pelajar mampu untuk mengenal dan memahami etnik- etnik tersebut. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang sekelip mata. Melalui perpaduan juga... Salam sejahtera dan Salam perpaduan, saya Jessycia Lim (BG17110357), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL). Saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie dalam seksyen 102. Pada pendapat saya, kursus hubungan etnik ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membentuk dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, kursus ini menerangkan tentang etnik- etnik antara kaum yang terdapat di Malaysia dan dengan ini, pelajar mampu untuk mengenal dan memahami etnik- etnik tersebut. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang sekelip mata. Melalui perpaduan juga wujudnya kestabilan politik dalam negara. Hal ini demikian, kestabilan politik sesebuah negara berkait rapat dengan keselamatan rakyat. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku disebabkan pergolakan politik telah memberi kesan yang amat besar kepada negara. Isu keselamatan menjadi tumpuan disebabkan pergolakan politik telah menyebabkan berlakunya banyak pertumpahan darah. Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa berharap peristiwa hitam ini tidak akan pernah berlaku lagi. Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah lebih bersikap terbuka dan bertoleransi dalam hal ini demi keharmonian dan kemakmuran negara. Sekian Terima Kasih
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Her Jie Tan profile image
Her Jie Tan profile image

Her Jie Tan

10/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Selamat sejahtera, saya Tan Her Jie (BI17160286), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kekomputeran dan Informatik (FKI). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, Malaysia tidak dapat mencapai kemerdekaan tanpa perpaduan antara seluruh rakyat. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, kaya dengan budaya. Oleh itu, rakyat Malaysia dibesarkan dengan pendedahan pelbagai kebudayaan daripada pelbagai kaum. Tanpa perpaduan dan sikap toleransi antara kaum, negara kita akan menjadi huru-hara, dan perpecahan kaum akan berlaku. Hal ini boleh diperhatikan pada trajedi 13 Mei 1969, mana hampir 200 orang, termasuk orang Melayu, Cina dan India telah dibunuh. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan insiden macam ini daripada berlaku. Dengan kursus Hubungan Etnik, kita dapat lebih memahami antara satu sama lain. Rasa hormat juga dapat diwujudkan an... Selamat sejahtera, saya Tan Her Jie (BI17160286), pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fakulti Kekomputeran dan Informatik (FKI). Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 102). Pada pendapat saya, Malaysia tidak dapat mencapai kemerdekaan tanpa perpaduan antara seluruh rakyat. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, kaya dengan budaya. Oleh itu, rakyat Malaysia dibesarkan dengan pendedahan pelbagai kebudayaan daripada pelbagai kaum. Tanpa perpaduan dan sikap toleransi antara kaum, negara kita akan menjadi huru-hara, dan perpecahan kaum akan berlaku. Hal ini boleh diperhatikan pada trajedi 13 Mei 1969, mana hampir 200 orang, termasuk orang Melayu, Cina dan India telah dibunuh. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan insiden macam ini daripada berlaku. Dengan kursus Hubungan Etnik, kita dapat lebih memahami antara satu sama lain. Rasa hormat juga dapat diwujudkan antara satu sama lain. Kita bukan lahir dengan sikap ketaksuban, rasisme, dan prejudisme, sikap-sikap tersebut merupakan faktor-faktor luaran yang disengajakan, dan kita hendaklah berbangkit bersama sebagai bangsa Malaysia dalam menghandalinya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

4/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 8 months ago
Salam Sejahtera, Saya Suverinus Sanan (BA 171 60985) dari Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS di bawah pimpinan sir Yusten Karulus(sc10). Secara keseluruhannya, semua lapisan masyarakat di Malaysia inginkan sebuah negara yang aman dan harmoni, dan sebab itu mengapa hubungan antara etnik sangat penting untuk kita pelajari dan fahami bersama. Tanpa hubungan yang baik antara etnik di Malaysia, tidak mungkin kita dapat menikmati keastabilan dan keharmonian yang kita rasakan sekarang walaupun mungkin ada pertelagahan antara etnik secara tidak jelas. Oleh itu, adalah sangat wajar kursus ini dijalankan untuk kita memahami dan mendalami kepentingan hubungan antara etnik yang baik di negara ini. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Navina Minda profile image
Navina Minda profile image

Navina Minda

10/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Navina Minda anak Epen (BG17110126) pelajar UMS Labuan, Seksyen 102 dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, kursus ini mengajar bahawa perpaduan merupakan aspek terpenting dalam membentuk perpaduan Negara. Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang juga bersifat majmuk. Keunikan inilah telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali di mata dunia kerana mampu mempertahan dan mengekalkan perpaduan berbilang kaum dan etnik. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan menekankan kepentingan perpaduan melalui dasar pendidikan dan mengalakkan penubuhan kelab rukun tetangga iaitu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kita tidak mahu peristiwa 13 MEI ini berulang kembali. Sebagai contoh, terdapat beberapa buah negara di dunia ini menghadapi konflik atau perang saudara... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Navina Minda anak Epen (BG17110126) pelajar UMS Labuan, Seksyen 102 dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie. Pada pendapat saya, kursus ini mengajar bahawa perpaduan merupakan aspek terpenting dalam membentuk perpaduan Negara. Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang juga bersifat majmuk. Keunikan inilah telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali di mata dunia kerana mampu mempertahan dan mengekalkan perpaduan berbilang kaum dan etnik. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan menekankan kepentingan perpaduan melalui dasar pendidikan dan mengalakkan penubuhan kelab rukun tetangga iaitu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kita tidak mahu peristiwa 13 MEI ini berulang kembali. Sebagai contoh, terdapat beberapa buah negara di dunia ini menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis dalam kalangan masyarakat. Namun keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita saling hormat-menghormati dan saling memahami. Oleh itu, kursus ini juga memainkan peranan yang besar iaitu memberi penekanan mengenai kepentingan perpaduan kepada pelajar serta kefahaman yang mendalam akan pentingnya perpaduan dalam negara. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nur Khairun Nisa Abdul Razak profile image
Nur Khairun Nisa Abdul Razak profile image

Nur Khairun Nisa Abdul Razak

10/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, saya Nur Khairun Nisa bt Abdul Razak (BG 17110443) pelajar UMS Labuan ,Seksyen 103. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan antara inisiatif terbaik kerajaan dalam memperkasakan semangat cinta dan membina semangat perpaduan antara rakyat Malaysia. Berhubung dengan Gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YB Perdana Menteri kita,Dato' Seri Mohd. Najib,menunjukkan kepada peri pentingnya semangat kekitaan dan perpaduan dalam membina negara harmoni sekaligus dipandang tinggi oleh seluruh dunia. Isu perkauman di Malaysia tidak asing terutamanya di bahagian Semenanjung Malaysia..lebih-lebih lagi apabila ada sesetengah individu atau organisasi yang mencuba untuk membangkitkan isu-isu sensitif. Dan adalah wajar untuk kita, rakyat Malaysia membina kembali perpaduan yang kian retak bermula dari peringkat pendidikan di rumah,masyarakat,sekolah, terutama warga belia yang akan membentuk generasi dan masa had... Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, saya Nur Khairun Nisa bt Abdul Razak (BG 17110443) pelajar UMS Labuan ,Seksyen 103. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan antara inisiatif terbaik kerajaan dalam memperkasakan semangat cinta dan membina semangat perpaduan antara rakyat Malaysia. Berhubung dengan Gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YB Perdana Menteri kita,Dato' Seri Mohd. Najib,menunjukkan kepada peri pentingnya semangat kekitaan dan perpaduan dalam membina negara harmoni sekaligus dipandang tinggi oleh seluruh dunia. Isu perkauman di Malaysia tidak asing terutamanya di bahagian Semenanjung Malaysia..lebih-lebih lagi apabila ada sesetengah individu atau organisasi yang mencuba untuk membangkitkan isu-isu sensitif. Dan adalah wajar untuk kita, rakyat Malaysia membina kembali perpaduan yang kian retak bermula dari peringkat pendidikan di rumah,masyarakat,sekolah, terutama warga belia yang akan membentuk generasi dan masa hadapan negara. Kursus ini juga dalam pengamatan saya,membantu menyingkap sisi yang menarik pada sesuatu kaum yang wajar diberi perhatian sekaligus dapat merapatkan jurang antara rakyat. Setiap rakyat punya adat dan agama yang berbeza. Walaubagaimanapun,kita perlulah bersama melihat titk persamaan yang sedia terjalin dan bersama-sama menjulang Gagasan 1Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
goh min profile image
goh min profile image

goh min

8/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Saya Goh Jia Min ( BG 17110402 ) dari UMS dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 13). Pada pendapat saya, Malaysia adalah negera yang berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan adalah penting tanpa perpaduan negara akan menjadi hulu-hara. Walaubagaimana pun negara Malaysia sudah merdeka tetapi terdapat juga masa kini ada lagi sestengah manusia yang pandang rendah atau hina antara satu sama lain terhadap kaum. Dengan ini, telah membuktikan bukan etnik yang tidak bersatu padu tetapi manusia yang memilih tidak bersatu padu. Muncullah hubungan etnik yang pentingnya untuk mengukuhkan kestabilan negara dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia, terdapat pelbagai makanan, pakaian dan rumah yang tradisional kerana Malaysia adalah negera yang unik dari segi berbilang kaum, budaya dan agama yang tidak ada di negara lain. Contohnya, nasi ayam dahulunya adalah makanan kaum cina manakala bagi nasi lemak adalah makanan kaum melayu dan... Saya Goh Jia Min ( BG 17110402 ) dari UMS dibawah pimpinan Dr. Nordi Achie (Seksyen 13). Pada pendapat saya, Malaysia adalah negera yang berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan adalah penting tanpa perpaduan negara akan menjadi hulu-hara. Walaubagaimana pun negara Malaysia sudah merdeka tetapi terdapat juga masa kini ada lagi sestengah manusia yang pandang rendah atau hina antara satu sama lain terhadap kaum. Dengan ini, telah membuktikan bukan etnik yang tidak bersatu padu tetapi manusia yang memilih tidak bersatu padu. Muncullah hubungan etnik yang pentingnya untuk mengukuhkan kestabilan negara dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia, terdapat pelbagai makanan, pakaian dan rumah yang tradisional kerana Malaysia adalah negera yang unik dari segi berbilang kaum, budaya dan agama yang tidak ada di negara lain. Contohnya, nasi ayam dahulunya adalah makanan kaum cina manakala bagi nasi lemak adalah makanan kaum melayu dan roti canai adalah makanan kaum india yang telah banyak dinikmati oleh pelbagai kaum. Begitu juga bagi pakaian dan rumah. Bagi memajukan negara dan mencapai Wawasan 2020 perpaduan adalah penting. Kesimpulannya, hubungan etnik adalah penting untuk kita mempelajari supaya kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum dan perpaduan. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 8 months ago
Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Saya Nurul Rahimah Zamri (BB17110479) (Seksyen 9), pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (FPEP), juga merupakan pelajar bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Perhotelan). Di bawah bimbingan Dr. Yusten, sememangnya saya sedari akan kepentingan hubungan di antara etnik di Malaysia sebagaimana Malaysia dikenali sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya. Kesepaduan di antara masyarakat majmuk dan kesefahaman masyarakat terhadap kepelbagaian di Malaysia merupakan tunjang bagi kesejahteraan Malaysia. Maka, saya percaya bahawa kita mampu menjadi satu negara yang kukuh semangat perpaduannya, apabila kita sentiasa melihat persamaan yang menyatukan kita berbanding perbezaan yang memisahkan kita. Justeru, rakyat Malaysia perlulah menjaga keharmonian Malaysia dengan sentiasa menghormati budaya, agama, serta a... Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Saya Nurul Rahimah Zamri (BB17110479) (Seksyen 9), pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (FPEP), juga merupakan pelajar bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Perhotelan). Di bawah bimbingan Dr. Yusten, sememangnya saya sedari akan kepentingan hubungan di antara etnik di Malaysia sebagaimana Malaysia dikenali sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya. Kesepaduan di antara masyarakat majmuk dan kesefahaman masyarakat terhadap kepelbagaian di Malaysia merupakan tunjang bagi kesejahteraan Malaysia. Maka, saya percaya bahawa kita mampu menjadi satu negara yang kukuh semangat perpaduannya, apabila kita sentiasa melihat persamaan yang menyatukan kita berbanding perbezaan yang memisahkan kita. Justeru, rakyat Malaysia perlulah menjaga keharmonian Malaysia dengan sentiasa menghormati budaya, agama, serta adat kaum yang berbilang bangsa di Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
tyraa fikree profile image
tyraa fikree profile image

tyraa fikree

8/10 starsTaking Now
2 years, 8 months ago
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Faathirah Noor Binti Mohd Fakiri (D2017109599) pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Fakuti Pengurusan dan Ekonomi. Secara khususnya, pada pendapat saya hubungan etnik adalah satu pembelajaran yang menerapkan keharmonian bagi membantu menguatkan kesepaduan dalam setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain membantu memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial dalam jiwa mahasiswa dan mahasisiwi untuk keamanan negara. Pentingnya hubungan etnik ini untuk mengukuhkan kestabilan sesebuah negara termasuk aspek politik, ekonomik,dan sosial menjadi kayu ukur hubungan antara kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi aspek utama. Oleh itu, skop pembelajaran hubungan etnik ini dapat membangkitkan dan membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta akan negara dengan membentuk sikap yang lebih positif dengan sikap tolak ansur, toleransi, dan bersatu padu bagi... Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Faathirah Noor Binti Mohd Fakiri (D2017109599) pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Fakuti Pengurusan dan Ekonomi. Secara khususnya, pada pendapat saya hubungan etnik adalah satu pembelajaran yang menerapkan keharmonian bagi membantu menguatkan kesepaduan dalam setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain membantu memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial dalam jiwa mahasiswa dan mahasisiwi untuk keamanan negara. Pentingnya hubungan etnik ini untuk mengukuhkan kestabilan sesebuah negara termasuk aspek politik, ekonomik,dan sosial menjadi kayu ukur hubungan antara kaum yang mendiami sesebuah negara menjadi aspek utama. Oleh itu, skop pembelajaran hubungan etnik ini dapat membangkitkan dan membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta akan negara dengan membentuk sikap yang lebih positif dengan sikap tolak ansur, toleransi, dan bersatu padu bagi menjaga keharmonian Malaysia tidak kira bangsa mahupun negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
2 years, 8 months ago
Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera, saya Nurul Suhada Binti Mohd Azahar (D20171079598) pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pada pendapat saya, hubungan etnik merupakan sebuah pertalian antara etnik atau kaum dan juga adalah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Hubungan etnik adalah antara isu yang paling dalam sejarah pembentukan negara-negara Malaysia daripada pelbagai jenis kaum.Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara ,darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, melalui hubungan etnik juga kita dapat memahami isu-isu... Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera, saya Nurul Suhada Binti Mohd Azahar (D20171079598) pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pada pendapat saya, hubungan etnik merupakan sebuah pertalian antara etnik atau kaum dan juga adalah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Hubungan etnik adalah antara isu yang paling dalam sejarah pembentukan negara-negara Malaysia daripada pelbagai jenis kaum.Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara ,darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, melalui hubungan etnik juga kita dapat memahami isu-isu bekaitan prasangka dan diskriminasi di dalam sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat di Malaysia.Oleh itu, hubungan etnik juga penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hal ini demikian, hubungan etnik boleh mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial di dalam sesebuah negara. Akhir sekali, hubungan etnik juga berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Sekian Terima Kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
AMMAR UQAIL profile image
AMMAR UQAIL profile image

AMMAR UQAIL

8/10 starsTaking Now
2 years, 10 months ago
Saya Ammar Uqail Bin Ahmad Helmi (E20171017457) dari UPSI. Kursus ini amat berkesan kepada para pelajar dalam membina semangat kesatuan dalam hubungan kemasyarakatan berbilang kaum dan etnik. Pada pandangan saya, jiwa belia masa kini perlu dibentuk sejak awal lagi dari sudut hubungan etnik kerana masa depan pembangunan dan pentadbiran negara bergantung kepada akhlak dan pencapaian golongan belia sekarang. Memandangkan pihak kerajaan banyak menjalankan pelbagai program peringkat kebangsaan dalam usaha membentuk perpaduan masyarakat,penyertaan golongan belia yang amat menggalakkan menampakkan kejayaan dalam mencapai objektif tersebut. Video yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa masa depan Malaysia juga dipengaruhi hubungan etnik masyarakat sendiri. Intipati yang disampaikan banyak membuka minda dan mata masyarakat dengan lebih jelas berkaitan usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kegemilangan negara yang masyhur ini. Sekia... Saya Ammar Uqail Bin Ahmad Helmi (E20171017457) dari UPSI. Kursus ini amat berkesan kepada para pelajar dalam membina semangat kesatuan dalam hubungan kemasyarakatan berbilang kaum dan etnik. Pada pandangan saya, jiwa belia masa kini perlu dibentuk sejak awal lagi dari sudut hubungan etnik kerana masa depan pembangunan dan pentadbiran negara bergantung kepada akhlak dan pencapaian golongan belia sekarang. Memandangkan pihak kerajaan banyak menjalankan pelbagai program peringkat kebangsaan dalam usaha membentuk perpaduan masyarakat,penyertaan golongan belia yang amat menggalakkan menampakkan kejayaan dalam mencapai objektif tersebut. Video yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa masa depan Malaysia juga dipengaruhi hubungan etnik masyarakat sendiri. Intipati yang disampaikan banyak membuka minda dan mata masyarakat dengan lebih jelas berkaitan usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kegemilangan negara yang masyhur ini. Sekian,terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Putri Nabilla Aleya profile image
Putri Nabilla Aleya profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 10 months ago
PUTRI NABILLA ALEYA BINTI MOHD ADENAN E20171016262 Hubungan etnik merupakan alat perpaduan bagi masyarakat majmuk di negara berbilang kaum di Malaysia. Kesepaduan terjadi apabila semua kaum mempunyai mentaliti yang sama apabila berkaitan dengan aspirasi bagi negara,agama dan budaya serta saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. Tidak timbul isu sensitiviti apabila hubungan etnik telah mencapai kesepaduan dan telah matang. Asimilasi antara pelbagai etnik juga dapat dilihat menerusi budaya,pakaian dan makanan yang telah didominasi bukan untuk kaum tertentu sahaja,tetapi semua kaum. Contohnya,nasi ayam yang dahulunya makanan kaum cina telah dinikmati oleh pelbagai kaum. Begitu juga halnya dengan nasi lemak dan roti canai. Pakaian etnik seperti baju kurung dan juga kurta telah dipakai oleh pelbagai kaum.Bahasa Melayu juga telah dituturkan di Malaysia dan menjadi bahasa pengantaraan antara satu sama lain. Semua kaum... PUTRI NABILLA ALEYA BINTI MOHD ADENAN E20171016262 Hubungan etnik merupakan alat perpaduan bagi masyarakat majmuk di negara berbilang kaum di Malaysia. Kesepaduan terjadi apabila semua kaum mempunyai mentaliti yang sama apabila berkaitan dengan aspirasi bagi negara,agama dan budaya serta saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. Tidak timbul isu sensitiviti apabila hubungan etnik telah mencapai kesepaduan dan telah matang. Asimilasi antara pelbagai etnik juga dapat dilihat menerusi budaya,pakaian dan makanan yang telah didominasi bukan untuk kaum tertentu sahaja,tetapi semua kaum. Contohnya,nasi ayam yang dahulunya makanan kaum cina telah dinikmati oleh pelbagai kaum. Begitu juga halnya dengan nasi lemak dan roti canai. Pakaian etnik seperti baju kurung dan juga kurta telah dipakai oleh pelbagai kaum.Bahasa Melayu juga telah dituturkan di Malaysia dan menjadi bahasa pengantaraan antara satu sama lain. Semua kaum dapat menguasainya dengan fasih meskipun dari pelbagai kaum yang berbeza. Oleh itu,kita pwtut menghargai hubungan etnik di negara kita supaya kesepaduan ini berkekalan dan menjadi salah satu aspirasi negara bagi TN50.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

6/10 starsCompleted
  • 0 reviews
  • 0 completed
2 years, 10 months ago
Salam satu Malaysia saya syafiq pelajar dari uum Fakulti pengurusan awam (BPM).sepanjang kursus ini telah mendedahkan tentang malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu cara yang terbaik yang dapat membantu untuk pelajar mengenali dan memahami dengan lebih mendalam terhadap pantang larang atau sensitiviti perkauman yang ada dimalaysia agar keaman dan keharmonian dapat dikekal dan dijaga setiap masa. Secara kesimpulannya, rakyat malaysia perlulah... Salam satu Malaysia saya syafiq pelajar dari uum Fakulti pengurusan awam (BPM).sepanjang kursus ini telah mendedahkan tentang malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu cara yang terbaik yang dapat membantu untuk pelajar mengenali dan memahami dengan lebih mendalam terhadap pantang larang atau sensitiviti perkauman yang ada dimalaysia agar keaman dan keharmonian dapat dikekal dan dijaga setiap masa. Secara kesimpulannya, rakyat malaysia perlulah mengambil berat dan mempunyai sikap ambil peduli terhadapa sensitiviti perkauman agar perpaduan di malaysia dapat dekakalkan dan dijaga sepanjang masa, sekian terima kasih,
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualaikum. Saya, Addyanna Syafirah binti Azuan (AIE160031) , pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Puan Faezah binti Kasim (kumpulan 3). Secara umum seperti yang kita ketahui bahawa, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum di negaranya menjadikan Malaysia sebagai negara yang unik. Oleh itu, melalui kursus hubungan etnik yang telah saya ikuti ni telah banyak memberi banyak pengetahuan dan ilmu tentang agama, bangsa dan kaum lain. Adat dan amalan yang telah diamalkan oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama di Malaysia telah memberi kesan positif melalui hubungan etnik yang telah terjalin oleh rakyat di Malaysia. Selain itu, melalui kursus ini saya telah berpeluang untuk membuat video bersama rakan... Assalamualaikum. Saya, Addyanna Syafirah binti Azuan (AIE160031) , pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Puan Faezah binti Kasim (kumpulan 3). Secara umum seperti yang kita ketahui bahawa, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum di negaranya menjadikan Malaysia sebagai negara yang unik. Oleh itu, melalui kursus hubungan etnik yang telah saya ikuti ni telah banyak memberi banyak pengetahuan dan ilmu tentang agama, bangsa dan kaum lain. Adat dan amalan yang telah diamalkan oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama di Malaysia telah memberi kesan positif melalui hubungan etnik yang telah terjalin oleh rakyat di Malaysia. Selain itu, melalui kursus ini saya telah berpeluang untuk membuat video bersama rakan-rakan yang lain tentang sifat "stereotaip". Saya sedari apabila saya dan rakan-rakan yang lain dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah kami dalam masa yang telah ditetapkan kerana masing-masing memainkan peranan dalam setiap bidang tugas yang telah dibahagikan. Perkara ini juga merupakan salah satu contoh bahawa hubungan etnik turut boleh terjalin dalam sebuah kumpulan kerana ahli kumpulan kami adalah daripada bangsa melayu dan india. Walaupun kami daripada kaum dan agama berbeza kami masih boleh bersama-sama sebagai satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan simbol perpaduan dan kerjasama yang dapat dijalin tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Akhir kata, saya sangat berpuas hati dan amat gembira apabila mengikuti kursus ini dan ingin berterima kasih kepada pensyarah saya yang telah banyak membantu dan mengajar kursus ini dengan baik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Amiera Narissa binti Noor Hasnan, SEM150103 pelajar Fakulti Sains Universiti Malaya. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia. Selain itu, Kursus hubungan etnik ini juga m... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Amiera Narissa binti Noor Hasnan, SEM150103 pelajar Fakulti Sains Universiti Malaya. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu platform yang baik bagi pelajar-pelajar untuk menyuarakan idea masing-masing, membincangkan isu-isu terkini dan juga memberikan pandangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa selalu wujudnya masalah perkauman disebabkan sesetengah orang yang tidak bersifat terbuka untuk menerima benda atau idea baru. Melalui kursus ini, kami hendaklah bersikap terbuka untuk membincangkan isu-isu dan menyelesaikannya bersama-sama. Sejak kecil, kita selalu diajari supaya hendaklah bertolak-ansur dan bertoleransi dengan kaum lain yang mempunyai tradisi dan adat resam yang berbeza dari pada kita. Walaubagaimanapun, masalah ini masih wujud. Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian kaum di negara kita merupakan kekuatan Malaysia. Selain itu, Kursus hubungan etnik ini juga mestilah diajar dan dibincangkan secara mendalam dalam kelas bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar memahami pengetahuan dan isu-isu antara kaum secara mendalam. saya juga mendapat banyak pengalaman sesama membuat aktiviti-aktiviti yang ditugaskan oleh pensyarah seperti aktiviti rakaman video tentang nasionalsme. Sebagai contoh, saya belajar banyak tentang cara-cara kaum di Malaysia ketika mereka berada di rumah ibadah mereka. Saya berasa gembira pensyarah saya telah mengajar kursus ini dengan baik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years ago
Saya Nur Aina Daniah Binti Mohd Khairiza pelajar daripada Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Alam Bina mengambil jurusan Harta Tanah BIE160021. Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Encik Amran Zakir Saad. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu kursus yang sangat menarik dan digalakkan dipelajari oleh semua pelajar universiti. Hal ini demikian kerana, kursus ini memberi penekanan kepada perpaduan antara etnik di Malaysia. Pengajaran kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang asas perpaduan yang terdapat dalam perlembagaan negara. Kursus ini juga perlu dipelajari kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kerjasama antara etnik. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dengan adanya tugasan berkumpulan yang memerlukan setiap kumpulan mempunyai ahli yang berlainan etnik. Tugasan berkumpulan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama dan sekali gus akan mewujudkan perpaduan antara pelajar itu send... Saya Nur Aina Daniah Binti Mohd Khairiza pelajar daripada Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Alam Bina mengambil jurusan Harta Tanah BIE160021. Sepanjang kursus ini, saya dibawah pimpinan Encik Amran Zakir Saad. Pada pendapat saya, kursus ini merupakan satu kursus yang sangat menarik dan digalakkan dipelajari oleh semua pelajar universiti. Hal ini demikian kerana, kursus ini memberi penekanan kepada perpaduan antara etnik di Malaysia. Pengajaran kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang asas perpaduan yang terdapat dalam perlembagaan negara. Kursus ini juga perlu dipelajari kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kerjasama antara etnik. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dengan adanya tugasan berkumpulan yang memerlukan setiap kumpulan mempunyai ahli yang berlainan etnik. Tugasan berkumpulan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama dan sekali gus akan mewujudkan perpaduan antara pelajar itu sendiri.Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku masyarakat. Dalam kursus Hubungan Etnik ini, kami dapat mempelajari senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan isu pada masa kini. Kami juga sedar bahawa kami sebagai mahasiswa hendaklah mempunyai usaha yang utuh bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum kerana generasi seperti kami yang akan mencetuskan fenomena kesepakatan perpaduan dan sosial itu. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 stars
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hazirah binti Md Ariff (f15a0050) , Merupakan pelajar universiti malaysia kelantan (UMK), fakulti industri asa tani (fiat). Banyak nilai dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang saya belajar dalam kursus ini. Seperti yang kita ketahui malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu manhaj atau cara yang terbaik yang dapat membantu untuk pelajar mengenali dan memahami dengan lebih mendalam terhadap pantang larang a... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hazirah binti Md Ariff (f15a0050) , Merupakan pelajar universiti malaysia kelantan (UMK), fakulti industri asa tani (fiat). Banyak nilai dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang saya belajar dalam kursus ini. Seperti yang kita ketahui malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu manhaj atau cara yang terbaik yang dapat membantu untuk pelajar mengenali dan memahami dengan lebih mendalam terhadap pantang larang atau sensitiviti perkauman yang ada dimalaysia agar keaman dan keharmonian dapat dikekal dan dijaga setiap masa. Secara kesimpulannya, rakyat malaysia perlulah mengambil berat dan mempunyai sikap ambil peduli terhadapa sensitiviti perkauman agar perpaduan di malaysia dapat dekakalkan dan dijaga sepanjang masa, sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Nama saya Ahmad bin Mohamad (III160002) merupakan pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berada di bawah pimpinan En. Mohammad Tawfik bin Yaakub. Berdasarkan tema 'Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia',video ini berjaya memberi suatu pukulan dan impak yang mendalam bukan sahaja kepada diri saya,tetapi juga kepada pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Apabila merenung kembali kepada tahun 1969, satu peristiwa hitam telah menghantui negara Malaysia di mana berlakunya rusuhan kaum. Rusuhan tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang lain serta kerosakkan harta benda yang merugikan Malaysia.Hal ini jelas menunjukkan bahwa rakyat Malaysia pada ketika itu mempunyai kesefahaman yang rendah terhadap satu sama lain sehingga wujud perasaan untuk membidas atau mencerca-tomah kaum yang lain. Apabila saya menonton video ini, saya semakin sedar bahawa kesefahaman dan... Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Nama saya Ahmad bin Mohamad (III160002) merupakan pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berada di bawah pimpinan En. Mohammad Tawfik bin Yaakub. Berdasarkan tema 'Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia',video ini berjaya memberi suatu pukulan dan impak yang mendalam bukan sahaja kepada diri saya,tetapi juga kepada pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Apabila merenung kembali kepada tahun 1969, satu peristiwa hitam telah menghantui negara Malaysia di mana berlakunya rusuhan kaum. Rusuhan tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang lain serta kerosakkan harta benda yang merugikan Malaysia.Hal ini jelas menunjukkan bahwa rakyat Malaysia pada ketika itu mempunyai kesefahaman yang rendah terhadap satu sama lain sehingga wujud perasaan untuk membidas atau mencerca-tomah kaum yang lain. Apabila saya menonton video ini, saya semakin sedar bahawa kesefahaman dan keserasian dalam kalangan kaum amat penting.Hal ini kerana,kita boleh mengambil contoh daripada peristiwa 13 Mei di mana apabila berlakunya rusuhan kaum,negara tersebut tidak akan maju dan semakin lemah.Oleh itu,kesedaran yang tinggi dalam diri semua masyarakat Malaysia amat penting untuk memastikan keamanan dan keharmonian sejagat. Antara langkah yang boleh dilakukan termasuklah melalui pendidikan formal seperti subjek Hubungan Etnik di setiap universiti awam atau swasta. Hal ini kerana, kita merupakan generasi yang akan menongkah arus untuk memastikan negara Malaysia terus berkembang dan maju. Kesepaduan dan keserasian yang baik antara kaum merupakan tonggak kepada sesebuah negara untuk terus maju dan kukuh. Akhir kalam dari saya, jika setiap kaum yang ada di Malaysia saling berselinsing lengan dan menghormati antara satu sama lain, maka jaminan yang kita dapat bukan sahaja mampu membentuk sebuah negara yang utuh, tetapi juga dipandang tinggi oleh negara-negara lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara unik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
3 years ago
Assalamualaikum. Saya Fatihah Shukri CIA160036 dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya. Kursus ini sangat bagus. Banyak kelebihannya. Terima kasih kerana memberi ilmu ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Izzatul Fareha Binti Mesbah ( IIN160005) , Merupakan pelajar universiti malaya (UM), fakulti akademik pengajian islam (API). sepanjang kursus ini saya dibawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis . Banyak nilai dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang saya belajar dalam kursus ini. Seperti yang kita ketahui malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu manhaj atau cara yang terbaik yang dapat memba... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Izzatul Fareha Binti Mesbah ( IIN160005) , Merupakan pelajar universiti malaya (UM), fakulti akademik pengajian islam (API). sepanjang kursus ini saya dibawah pimpinan Dr. Muhammad Shamshinor Bin Abdul Azzis . Banyak nilai dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang saya belajar dalam kursus ini. Seperti yang kita ketahui malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, bangsa, budaya dan pelbagai latar belakang agama yang dianuti bagi setiap individu. Dengan kepelbagaian latar belakang kaum yang ada di Malayisia adalah amat penting nilai perpaduan diterapkan dalam diri setiap individu. Jika negara Malaysia tidak mempunyai nilai perpaduan dan menghormati antara satu sama lain sudah tentu negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan akan banyak berlaku pergaduhan sesama kaum. Melalui subjek hubungan etnik ini merupakan satu manhaj atau cara yang terbaik yang dapat membantu untuk pelajar mengenali dan memahami dengan lebih mendalam terhadap pantang larang atau sensitiviti perkauman yang ada dimalaysia agar keaman dan keharmonian dapat dikekal dan dijaga setiap masa. Secara kesimpulannya, rakyat malaysia perlulah mengambil berat dan mempunyai sikap ambil peduli terhadapa sensitiviti perkauman agar perpaduan di malaysia dapat dekakalkan dan dijaga sepanjang masa, sekian terima kasih,
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 stars
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohd izwan bin abd karim (IIG160006), pelajar dari Akademi pengajian Islam Universiti Malaya mengikuti Encik Taufiq (kumpulan 5). Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada beberapa kaum Etnik. Kaum Melayu, Cina, India, Kaum Asli (Senoi, Semang dan Melayu Proto), Bajau, Brunei, Kadazan-Dusun, Dayak, Melayu Serawaka, Melanau, Orang Ulu, Bisaya, Kedayan dan bermacam kaum lain. Dengan kepelbagaian kaum ini, adalah amat penting untuk kita memupuk semangat perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, demi menjayakan Wawasan 2020 kebersamaan antara masyarakat Malaysia amatlah penting. Selain daripada itu, keamanan dan kedamaian di Malaysia tidak dapat dikekalkan jika perpaduan antara rakyat Malaysia tiada kerana ia akan membangkitkan rasa ketidakpuashatian jika tidak ada sikap toleransi antara rakyat itu sendiri. Untuk memastikan semangat kekitaan yang berterusan, masy... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohd izwan bin abd karim (IIG160006), pelajar dari Akademi pengajian Islam Universiti Malaya mengikuti Encik Taufiq (kumpulan 5). Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada beberapa kaum Etnik. Kaum Melayu, Cina, India, Kaum Asli (Senoi, Semang dan Melayu Proto), Bajau, Brunei, Kadazan-Dusun, Dayak, Melayu Serawaka, Melanau, Orang Ulu, Bisaya, Kedayan dan bermacam kaum lain. Dengan kepelbagaian kaum ini, adalah amat penting untuk kita memupuk semangat perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, demi menjayakan Wawasan 2020 kebersamaan antara masyarakat Malaysia amatlah penting. Selain daripada itu, keamanan dan kedamaian di Malaysia tidak dapat dikekalkan jika perpaduan antara rakyat Malaysia tiada kerana ia akan membangkitkan rasa ketidakpuashatian jika tidak ada sikap toleransi antara rakyat itu sendiri. Untuk memastikan semangat kekitaan yang berterusan, masyarakat Malaysia perlulah membuka minda mereka untuk menerima kepelbagaian di negara ini. Jesteru menerima kepelbagaian kaum dan juga budaya sambil menghormati mereka yang bukan dari kaum masing-masing. Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah menerima, bersikap terbuka dan bertoleransi dalam hal ini demi memajukan negara sekaligus memenuhi kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak, 1 Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nurul Aisyah Binti Md Hakimi (JED150045) dari Akademi Pengajian Melayu, mengambil kelas Hubungan etnik di bawah bimbingan Encik Mohd Tawfik (Group 5). Pada pendapat saya, kesepaduan dan hubungan etnik amatlah penting di Negara Malaysia kerana Malaysia merupakan negara yang memiliki penduduk yang berbilang kaum. Kursus ini menerangkan tentang etnik-etnik antara kaum yang terdapat di Malaysia dan dengan ini, pelajar mampu untuk mengenal dan memahami etnik-etnik tersebut. Persepaduan haruslah disemai dalam diri setiap rakyat agar mereka dapat bersatu dalam apa jua keadaan dan hidup lebih aman tanpa istilah pilih kasih ‘racism’ bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ dan akan berkekalan sehinggah generasi akan datang. Kursus ini juga mengajarkan sifat kemasyarakatan iaitu memahami etnik kaum masing-masing dan tidak menimbulakan perselisihan antara dua pihak agar Negara Malaysia... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nurul Aisyah Binti Md Hakimi (JED150045) dari Akademi Pengajian Melayu, mengambil kelas Hubungan etnik di bawah bimbingan Encik Mohd Tawfik (Group 5). Pada pendapat saya, kesepaduan dan hubungan etnik amatlah penting di Negara Malaysia kerana Malaysia merupakan negara yang memiliki penduduk yang berbilang kaum. Kursus ini menerangkan tentang etnik-etnik antara kaum yang terdapat di Malaysia dan dengan ini, pelajar mampu untuk mengenal dan memahami etnik-etnik tersebut. Persepaduan haruslah disemai dalam diri setiap rakyat agar mereka dapat bersatu dalam apa jua keadaan dan hidup lebih aman tanpa istilah pilih kasih ‘racism’ bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ dan akan berkekalan sehinggah generasi akan datang. Kursus ini juga mengajarkan sifat kemasyarakatan iaitu memahami etnik kaum masing-masing dan tidak menimbulakan perselisihan antara dua pihak agar Negara Malaysia akan terus aman dan damai dan dengan itu, Malaysia dapat bersaing di persada dunia sebagai Negara yang memiliki berbagai kaum dan etnik dan aman sejahtera. Sekian
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Hafizah binti M Fadziruddin (CI160066), pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat sedang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Mohd Fahmi Bin Jaes. Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada beberapa kaum Etnik. Kaum Melayu, Cina, India, Kaum Asli (Senoi, Semang dan Melayu Proto), Bajau, Brunei, Kadazan-Dusun, Dayak, Melayu Serawaka, Melanau, Orang Ulu, Bisaya, Kedayan dan bermacam kaum lain. Dengan kepelbagaian kaum ini, adalah amat penting untuk kita memupuk semangat perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, demi menjayakan Wawasan 2020 kebersamaan antara masyarakat Malaysia amatlah penting. Selain daripada itu, keamanan dan kedamaian di Malaysia tidak dapat dikekalkan jika perpaduan antara rakyat Malaysia tiada kerana ia akan membangkitkan rasa ketidakpuashatian jika t... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Hafizah binti M Fadziruddin (CI160066), pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat sedang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Mohd Fahmi Bin Jaes. Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada beberapa kaum Etnik. Kaum Melayu, Cina, India, Kaum Asli (Senoi, Semang dan Melayu Proto), Bajau, Brunei, Kadazan-Dusun, Dayak, Melayu Serawaka, Melanau, Orang Ulu, Bisaya, Kedayan dan bermacam kaum lain. Dengan kepelbagaian kaum ini, adalah amat penting untuk kita memupuk semangat perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, demi menjayakan Wawasan 2020 kebersamaan antara masyarakat Malaysia amatlah penting. Selain daripada itu, keamanan dan kedamaian di Malaysia tidak dapat dikekalkan jika perpaduan antara rakyat Malaysia tiada kerana ia akan membangkitkan rasa ketidakpuashatian jika tidak ada sikap toleransi antara rakyat itu sendiri. Untuk memastikan semangat kekitaan yang berterusan, masyarakat Malaysia perlulah membuka minda mereka untuk menerima kepelbagaian di negara ini. Jesteru menerima kepelbagaian kaum dan juga budaya sambil menghormati mereka yang bukan dari kaum masing-masing. Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah menerima, bersikap terbuka dan bertoleransi dalam hal ini demi memajukan negara sekaligus memenuhi kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak, 1 Malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Amir Aiman Bin Shariff (III160006) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Encik Mohammad Tawfik Bin Yaakub (kumpulan 5). Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik ini banyak menyedarkan saya tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat di sesebuah negara. Dengan perpaduan, akan wujudnya kestabilan politik dalam negara. Hal ini demikian kerana, kestabilan politik sesebuah negara itu berkait rapat dengan faktor keselamatan. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku disebabkan pergolakan politik telah memberi kesan yang amat besar kepada negara. Isu keselamatan menjadi tumpuan utama kerana pergolakan yang berlaku telah menyebabkan berlaku banyak pertumpahan darah. Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa berharap agar peristiwa hitam ini tidak berulang lagi. Namun begitu, pada zaman ini, bibit-bibit persengketaan an... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Amir Aiman Bin Shariff (III160006) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Encik Mohammad Tawfik Bin Yaakub (kumpulan 5). Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik ini banyak menyedarkan saya tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat di sesebuah negara. Dengan perpaduan, akan wujudnya kestabilan politik dalam negara. Hal ini demikian kerana, kestabilan politik sesebuah negara itu berkait rapat dengan faktor keselamatan. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku disebabkan pergolakan politik telah memberi kesan yang amat besar kepada negara. Isu keselamatan menjadi tumpuan utama kerana pergolakan yang berlaku telah menyebabkan berlaku banyak pertumpahan darah. Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa berharap agar peristiwa hitam ini tidak berulang lagi. Namun begitu, pada zaman ini, bibit-bibit persengketaan antara kaum itu seperti muncul kembali disebabkan ada sesetengah pihak yang cuba melaga-lagakan sesama kaum, terutama melibatkan kaum-kaum majoriti di Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita perlu sentiasa bertolak ansur tanpa mengira kaum bagi mengekalkan kestabilan politik dalam negara. Di samping itu, perpaduan juga penting untuk menjamin ekonomi yang mapan. Hal ini demikian kerana, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Oleh itu, engan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
3 years ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Aina Nabilah Binti Ismail (CIA160100) dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Encik Mohammad Tawfik(Kumpulan 5).Pada pendapat saya, perpaduan sangat penting dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Hal ini demikian kerana dengan wujudnya perpaduan,masyarakat dapat menjalinkan hubungan mesra dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa wujudnya perasaan tidak puas hati yang boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum.Tanpa perpaduan, negara kita akan huru- hara dan masyarakat akan berpecah -belah serta tidak boleh menghormati satu sama lain kerana wujudnya jurang antara kaum yang membezakan antara masyarakat.Umum mengetahui bahawa Malaysia kaya dengan keunikan budaya dan kepelbagaian adat resmi kaum masing-masing.Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari dan mengetahui budaya dan adat ... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nor Aina Nabilah Binti Ismail (CIA160100) dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Encik Mohammad Tawfik(Kumpulan 5).Pada pendapat saya, perpaduan sangat penting dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Hal ini demikian kerana dengan wujudnya perpaduan,masyarakat dapat menjalinkan hubungan mesra dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa wujudnya perasaan tidak puas hati yang boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum.Tanpa perpaduan, negara kita akan huru- hara dan masyarakat akan berpecah -belah serta tidak boleh menghormati satu sama lain kerana wujudnya jurang antara kaum yang membezakan antara masyarakat.Umum mengetahui bahawa Malaysia kaya dengan keunikan budaya dan kepelbagaian adat resmi kaum masing-masing.Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari dan mengetahui budaya dan adat resmi kaum lain.Hal ini akan meningkatkan kesepaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia kerana setiap orang menghormati antara satu sama lain.Sepanjang mempelajari subjek hubungan etnik ini,saya secara tidak langsung dapat mengetahui situasi dan cara pembawakan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Contohnya melalui pembentangan topikal serta pembikinan video yang menjelaskan banyak perkara berhubung budaya dan adat resam masyarakat yang sering dilupakan dan tidak didedahkan kepada generasi muda sekarang.Melalui subjek ini juga banyak persoalan berkenaan hubungan etnik di Malaysia yang sering menjadi tanda tanya khususnya buat diri saya sendiri terjawab dalam mempelajari subjek ini.Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Mu'minin NurHady profile image
Mu'minin NurHady profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
3 years ago
Assalamualaikum. Saya Muhammad Mu'minin Bin Nurhady (CIA160083) , pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Puan Faezah binti Kasim.Pada pendapat saya, semangat perpaduan antara kaum amat dilaksanakan oleh para rakyat Malaysia supaya negara kita akan jadi aman dan makmur.Tanpa semangat perpaduan, negara kita akan menjadi huru-hara dan terjejas dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini demikian kerana, Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik dan mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa, agama, etnik dan juga adat terutamanya di kepulauan borneo Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Justeru,objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan rakyat. dan seterusnya dapat menlahirkan kehidupan yang harmoni dan kerjasama antara satu sama lain dapat diterapkan dalam kehidupan walaupun berlainan agama,bangsa dan kefaham... Assalamualaikum. Saya Muhammad Mu'minin Bin Nurhady (CIA160083) , pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan yang mengambil kursus Hubungan Etnik dibawah pimpinan Puan Faezah binti Kasim.Pada pendapat saya, semangat perpaduan antara kaum amat dilaksanakan oleh para rakyat Malaysia supaya negara kita akan jadi aman dan makmur.Tanpa semangat perpaduan, negara kita akan menjadi huru-hara dan terjejas dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini demikian kerana, Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik dan mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa, agama, etnik dan juga adat terutamanya di kepulauan borneo Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Justeru,objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan rakyat. dan seterusnya dapat menlahirkan kehidupan yang harmoni dan kerjasama antara satu sama lain dapat diterapkan dalam kehidupan walaupun berlainan agama,bangsa dan kefahaman. Oleh itu, untuk berada di sebuah negara yang aman dan makmur, kesepaduan antara kaum dan etnik hendaklah kukuh seiring dengan pembangunan negara yang kian berkembang. Justeru, dengan mempelajari kursus Hubungan Etnik ini dapat memupuk semangat cinta akan kaum lain, saling hormat menghormati dan prihatin antara satu sama lain. Sekian daripada saya. Terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Wan Hanisah profile image
Wan Hanisah profile image
10/10 starsTaking Now
  • 0 reviews
  • 0 completed
3 years, 1 month ago
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya Wan Hanisah bt Fahrul Ariffin daripada Universiti Malaya jabatan Kaunseling dan Psikologi. Sepanjang kursus ini dijalankan, pelbagai input positif telah saya peroleh bersama pensyarah kami En Mohammad Tawfik bin Yaakub. Pelbagai aspek dalam kepelbagaian etnik budaya telah kami bincang bersama di dalam kelas sepanjang 12 minggu ini. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan kesedaran kepada saya bahawa bertapa bertuahnya saya dapat menjadi rakyat Malaysia. Kita mampu hidup bersama di bawah satu bumbung negara walaupun masing-masing terdiri daripada pelbagai kaum,adat dan budaya. Beberapa perbezaan yang kecil antara kita tidak menjadi batu penghalang malah, menjadi batu loncatan untuk kita bersama-sama mencapai keharmonian negara dan hidup dalam keadaan yang aman. Itu merupakan salah satu keunikan negara kita yang amat dikagumi oleh masyarakat luar termasuklah masyarat barat. ... Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya Wan Hanisah bt Fahrul Ariffin daripada Universiti Malaya jabatan Kaunseling dan Psikologi. Sepanjang kursus ini dijalankan, pelbagai input positif telah saya peroleh bersama pensyarah kami En Mohammad Tawfik bin Yaakub. Pelbagai aspek dalam kepelbagaian etnik budaya telah kami bincang bersama di dalam kelas sepanjang 12 minggu ini. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan kesedaran kepada saya bahawa bertapa bertuahnya saya dapat menjadi rakyat Malaysia. Kita mampu hidup bersama di bawah satu bumbung negara walaupun masing-masing terdiri daripada pelbagai kaum,adat dan budaya. Beberapa perbezaan yang kecil antara kita tidak menjadi batu penghalang malah, menjadi batu loncatan untuk kita bersama-sama mencapai keharmonian negara dan hidup dalam keadaan yang aman. Itu merupakan salah satu keunikan negara kita yang amat dikagumi oleh masyarakat luar termasuklah masyarat barat. Tidak dinafikan, perbalahan kecil memang wujud dan pernah berlaku di dalam negara kita apabila isu sensetiviti sesetengah kaum diutarakan oleh beberapa pihak yang tidak menghormati kaum lain. Namun demikian, kita mampu berdialog dengan efektif dan bersama-sama berusaha untuk memulihkan keadaan yangtelah goyah. Al maklum lah, kita semua ialah manusia biasa dan manusia tidak perlah lari daripada membuat kesilapan. Sedangkan nabi pun pernah membuat dosa, apatah lagi kita manusia biasa. Apa yang penting disini, kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan cerdik akalnya haruslah belajar daripada kesilapan diri sendiri mahupun kesilapan orang lain yang lampau dan tidak mengulanginya lagi. Hormatilah orang lain, agar diri kita juga turut dihormati. Dalam usaha kita mencapai wawasan 2020 dan membuka minda untuk mencipta bayangan transformasi nasional 2050, kita haruslah bersikap kritis,matang, rasional dan bertolensi. Jangan ditanya apa yang Negara sudah lakukan untuk kita, tanya diri sendiri apa yang sudah kita lakukan untuk negara. Mungkin kita tidak mampu lagi menjadi perdana menteri yang memegang jawatan penting dalam kewangan, dan kemajuan Negara.Namun demikian, kitaboleh menyumbang dalam menjamin kerharmonian dan keamanan negara dengan menjaga adab dan tutur kata, bersikap rasional dan matang, menghormati kaum dan agama lain dan juga menghormati para pemimpin Negara. Contohilah semut yang sentiasa bergerak bersama-sama walaupun mereka sedar yang mereka kecil dan lemah. Janganlah kita menjadi sang merakyangterlalu angkuh akan kehebatan kecantikan dirinya Ingalha sentiasa wahai rakyat Malaysia, nulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat. Assalamualaikum. Moga kita mampu mendapat A+ dalam subjek ini ya. Selamat maju jaya semua.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.