Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Provided by:
9/10 stars
based on  646 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date On demand

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • On demand

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
990 reviews

Course Description

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai h...

Kursus ini membincangkan hubungan etnik di Malaysia dengan memfokuskan kepada perspektif kesepaduan sosial. Topik-topik yang diliputi di dalam kursus ini adalah :

1) Senario Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

2) Lensa Kesepaduan Sosial

3) Asas Pembinaan Kefahaman Wacana Hubungan Etnik

4) Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

5) Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

6) Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

7) Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

8) Dari Segresai ke Integrasi

9) Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

10) Pengalaman Harian dalam Membina Kesepaduan Sosial    

 

Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini.

2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.

3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya.

4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya. 

Reviews 9/10 stars
646 Reviews for Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 6 months ago
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Irdina Md Isa dari Universiti Putra Malaysia. No matrik 189166. Saya pelajar sains komputer multimedia, tahun satu semester satu. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Encik Zulkhairi bin Zainal. Sesungguhnya, hubungan etnik ini merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Apa yang saya dapati daripada mengikuti kursus ini, usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha i... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Irdina Md Isa dari Universiti Putra Malaysia. No matrik 189166. Saya pelajar sains komputer multimedia, tahun satu semester satu. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Encik Zulkhairi bin Zainal. Sesungguhnya, hubungan etnik ini merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Apa yang saya dapati daripada mengikuti kursus ini, usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya kerana sering memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang wajar. Beliau juga sering memberikan contoh yang relevan dengan isu yang boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar yang baik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Chew Bi Xien profile image
Chew Bi Xien profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 6 months ago
Minggu 13: Minggu ini kumpulan saya membentangkan video kami. Saya dan juga semua ahli- ahli kumpulan berasa amat gembira kerana video kami berjaya menarik hati Encik Zamre dan pelajar lain serta dipilih untuk dibentangkan di Citra. Walau bagaimanapun, saya berasa masih ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Bahiyyah Zainurin profile image
Bahiyyah Zainurin profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
3 years, 6 months ago
Minggu ke-12 kumpulan saya selesai membuat pembentangan video. Saya bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang sangat efisyen dan memahami satu sama lain. Kursus ini banyak mengajar saya tentang perpaduan dan toleransi antara kami. Setelah menghadiri kelas selama 13 minggu, saya menyedari bahawa kursus ini bukan sahaja membantu saya dari segi akademik malah mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih prihatin terhadap isu-isu yang terjadi di sekeliling saya. Maka tercapailah objektif kursus ini iaitu 1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini. 2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia. 3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya. 4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya.  Saya berharap kurs... Minggu ke-12 kumpulan saya selesai membuat pembentangan video. Saya bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang sangat efisyen dan memahami satu sama lain. Kursus ini banyak mengajar saya tentang perpaduan dan toleransi antara kami. Setelah menghadiri kelas selama 13 minggu, saya menyedari bahawa kursus ini bukan sahaja membantu saya dari segi akademik malah mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih prihatin terhadap isu-isu yang terjadi di sekeliling saya. Maka tercapailah objektif kursus ini iaitu 1) Memahami senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan keadaan pada masa kini. 2) Menjelaskan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami hubungan etnik di Malaysia. 3) Membincangkan konsep-konsep dan teori-teori asas yang membina kefahaman mengenai hubungan etnik secara amnya. 4) Mengaplikasi konsep-konsep dan teori-teori asas mengenai hubungan etnik dalam konteks Malaysia secara khususnya.  Saya berharap kursus ini tidak dipandang enteng oleh pelajar kerana ianya bermanfaat dan membuat kita lebih sensitive terhadap orang lain. Saya setuju jika kursus ini menjadi kursus wajib diambil oleh setiap siswa dan siswi
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsCompleted
3 years, 6 months ago
Minggu ke-13: Pada minggu ini, tibalah giliran kumpulan kami untuk membentangkan video. Saya dan ahli kumpulan saya berasa amat puas hati dengan video kami dan alhamdulillah kamitelah tercalon untuk mewakili kelas hubungan etnik kami untuk bertanding dalam pemilihan video terbaik Hubungan Etnik yang telah dianjurkan oleh CITRA dan kebahagiaan ini tidak berhenti di situ sahaja kerana kami telah berjaya merangkul tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 6 months ago
Selamat sejahtera. Saya, Chong Kai Chuan dari university of Malaya sudah mengambil course ini selama 13 minggu dan akan menghadiri kelas yang terakhir untuk course ini minggu depan. Selama ini, saya dapat banyak ilmu dan kefahaman yang baru daripada lecturer saya. Seterusnya, saya juga telah mengubah fikiran saya terhadap konsep kesepaduan dalam Malaysia. Saya telah menjadi lebih bertoleransi dengan bangsa dan kaum lain. Saya akan selalu berfikir daripada segi orang lain supaya masalah dapat diatasi dan dapat mengelakkan konflik. Dengan course ini, saya telah lebih mengeti konsep toleransi dan bersatu padu.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
3 years, 6 months ago
Saya Low Zhi Yuin , LIA160065 menghadiri kelas hubungan etnik yang pertama dan berminat untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan cara hidup dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Saya Nur Azreen, Aib 160070 dari Universiti Malaya. Mula berminat untuk belajar mengenai subjek hubugan etnik ini. Bagi saya, sesuai untuk saya mengetahui apa yang penting dalam hubungan sesebuah masyarakat kerana kita tinggal dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Nama saya Elim Poon (TIE 160002), pelajar Universiti Malaya. Minggu ini merupakan minggu kedua belas bagi Kursus Hubungan Etnik(GIG 1004). Minggu ini merupakan minggu pembentangan video dalam kumpulan masing-masing. Tajuk projek video kami adalah 'Bas'.Kami dikehendaki mengkaji hubungan etnik dan budaya yang terdapat dalam bas. Saya telah menyaksikan pembentangan kumpulan-kumpulan lain yang menarik dan menepati tajuk serta objektif kajian.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Pada minggu yang kesebelas, aktiviti perbahasan diteruskan bagi kumpulan-kumpulan yang lain. Saya telah mempelajari kepentingan memartabatkan bahasa Melayu di negara kita selepas menyaksikan aktiviti perbahasan yang dijalankan oleh rakan-rakan yang lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum. Saya Nor Asilah Bt Rahim , No matrik 179836, pelajar Komputer Sains ,Universiti Putra Malaysia.Pada pandangan saya, subjek hubungan etnik sangatlah menarik untuk dipelajari dan medium terbaik kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai kaum-kaum Malaysia. Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari melalui subjek ini.Bertepatan dengan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, subjek ini dilihat sebagai satu langkah yang baik buat para pelajar untuk memupuk sifat toleransi terhadap kaum-kaum yang lain. Baru-baru ini kami diminta untuk melakukan kajian terhadap mana-mana kaum di dalam Malaysia dan bagi saya ianya merupakan pendekatan yang sangat bagus. Banyak ilmu baru yang saya dapat pelajari sepanjang kajian dijalankan. Semasa sesi perbentangan daripada kumpulan-kumpulan yang lain, saya rasakan ianya sangat menarik. Jika sebelum ini para pelajar tidak begitu peka dengan masyarakat sekel... Assalamualaikum. Saya Nor Asilah Bt Rahim , No matrik 179836, pelajar Komputer Sains ,Universiti Putra Malaysia.Pada pandangan saya, subjek hubungan etnik sangatlah menarik untuk dipelajari dan medium terbaik kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai kaum-kaum Malaysia. Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari melalui subjek ini.Bertepatan dengan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, subjek ini dilihat sebagai satu langkah yang baik buat para pelajar untuk memupuk sifat toleransi terhadap kaum-kaum yang lain. Baru-baru ini kami diminta untuk melakukan kajian terhadap mana-mana kaum di dalam Malaysia dan bagi saya ianya merupakan pendekatan yang sangat bagus. Banyak ilmu baru yang saya dapat pelajari sepanjang kajian dijalankan. Semasa sesi perbentangan daripada kumpulan-kumpulan yang lain, saya rasakan ianya sangat menarik. Jika sebelum ini para pelajar tidak begitu peka dengan masyarakat sekeliling khususnya daripada kaum yang berlainan, tapi dengan melakukan kajian para pelajar sedikit sebanyak berasa tertarik dengan illmu baru yang dipelajari. Contoh adat perkahwinan , upacara keagaamaan dan makanan traditional kaum lain.Pendek kata, subjek hubungan etnik memberi kesan yang besar terhadap diri pelajar. Pelajar lebih peka dengan masyarakat di sekeliling mereka yang terdiri daripada kepelbagaian kaum.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Salam,saya Amira Binti Muhamad Sultan 178647,pelajar Universiti Putra Malaysia.Bagi pendapat saya,subjek hubungan etnik ini sangat membantu masyarakat kita untuk hidup bersatu padu dan juga memahami setiap etnik yang terdapat di negara kita.Kami diberikan tugas untuk menjalankan kaji seledik tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.Tugas ini sangat membantu kami untuk lebih mendalami etnik-etnik yang terdapat di negara kita.Kumpulan saya ditugaskan untuk membuat kaji selidik tentang upacara keagamaan etnik Sikh.Saya mempelajari pelbagai fakta menarik tentang etnik ini dan tugas ini juga memberikan saya pengalaman baru di mana saya melawat rumah ibadat etnik Sikh.Bagi saya,subjek ini banyak memberikan pendedahan terhadap etnik lain.Ini juga sebuah platform bagi pelajar-pelajar untuk mengenali etnik lain dengan lebih mendalam.Sekian terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Salam sejahtera. Kelas pada minggu ini menarik minat saya. Pembentangan video yang bertemakan bas oleh kumpulan 6 dan juga kumpulan saya dijalankan. Kedua dua video yang ditayangkan sangat menyeronokkan kerana dapat melihat lakonan rakan2. Isi yang ingin disampaikan di dalam video kumpulan 6 tercapai,
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsCompleted
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum, saya 178635 Fatin Norain binti Aris, pelajar Universiti Putra Malaysia dari Fakulti Sains Komputer. Pada pendapat saya, hubungan etnik adalah salah satu pelajaran yang dapat menyumbang kepada penyatuan etnik dikalangan rakyat Malaysia. Hubungan etnik yang terjalin dari zaman dahulu hingga kini harus dikekalkan untuk warisan generasi hadapan. Pleajaran hubungan etnik sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar untuk memahami dan mengetahui mengenai hubungan etnik di dalam Malaysia. Mungkin ada sebahagian dari anak remaja tidak tahu atau kurang mengetahui mengenai hubungan etnik dikalangan mereka, tapi dengan adanya medium pelajaran, ia dapat membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu dan mengekalkan etnik yang sedia ada untuk kemakmuran Negara dan keharmonian sejagat.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Kami dikehendaki untuk menentukan tajuk bagi tugasan video yang bertemakan bas. Ahli dalam kumpulan seronok mengeluarkan idea-idea yang baik dan perbincangan berlaku dengan gembira.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum wbt saya Siti Syahmiera Nadia binti Mohd Said (187140) pelajar Universiti Putra Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia. Saya merupakan p[elajar di bawah pimpinan En. Zulhairi. Pada pendapat saya, mata pelajaran seperti Hubungan Etnik yang merupakan salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik sedemikian adalah suatu idea yang baik. Cuma oleh kerana masa yang singkat diperingkat universiti ini, di mana rata-rata mahaiswa/i merasakan penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan ditempat yang kedua dan ada kalanya di tempat terakhir. Kandungan modul ini sememangnya tidak dapat dipersoalkan kualitinya tetapi apakah yang boleh dibuat sekiranya modul yang berkualiti ini disampaikan dengan cara yang kurang efis... Assalamualaikum wbt saya Siti Syahmiera Nadia binti Mohd Said (187140) pelajar Universiti Putra Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia. Saya merupakan p[elajar di bawah pimpinan En. Zulhairi. Pada pendapat saya, mata pelajaran seperti Hubungan Etnik yang merupakan salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik sedemikian adalah suatu idea yang baik. Cuma oleh kerana masa yang singkat diperingkat universiti ini, di mana rata-rata mahaiswa/i merasakan penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan ditempat yang kedua dan ada kalanya di tempat terakhir. Kandungan modul ini sememangnya tidak dapat dipersoalkan kualitinya tetapi apakah yang boleh dibuat sekiranya modul yang berkualiti ini disampaikan dengan cara yang kurang efisien adalah kita tidak akan dapat mencapai negara bangsa yang ingin dicapai dalam wawasan 2020. Oleh itu, kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab ke atas semua IPTA di Malaysia harus berfikir semula bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik ini dapat dimantapkan supaya kursus ini sendiri memenuhi objektifnya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Shafiqa Ain binti Mustaza (180927) selaku mahasiswi Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Encik Zulkhairi bin Zainal. Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik sangat penting dan harus dipelajari oleh semua mahasiswa. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, etnik dan kaum. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan seharian mereka memang tid... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Shafiqa Ain binti Mustaza (180927) selaku mahasiswi Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Encik Zulkhairi bin Zainal. Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik sangat penting dan harus dipelajari oleh semua mahasiswa. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, etnik dan kaum. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan seharian mereka memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing. Manusia hanyalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Tanpa disedari mereka memerlukan antara satu sama lain dan perlakuan saling bergantung ini terus terjadi dalam tempoh yang lama menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik seperti di Malaysia. Hubungan baik yang terjalin antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang, budaya, agama dan bahasa biasanya berlaku tanpa paksaan. Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan tersebut pula berlaku dalam pelbagai situasi atau keadaan dan ruang lingkup yang luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media. Dalam kursus Hubungan Etnik ini, kami dapat mempelajari senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan isu pada masa kini. Kami juga sedar bahawa kami sebagai mahasiswa hendaklah mempunyai usaha yang utuh bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum kerana generasi seperti kami yang akan mencetuskan fenomena kesepakatan perpaduan dan sosial itu. Saya amat bersyukur kerana pensyarah saya iaitu Encik Zulkhairi bin Zainal sering memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak putus-putus kepada kami. Beliau juga sering memberikan contoh yang relevan dengan isu dan keadaan semasa apabila kami tidak memahami sesuatu perkara.Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
kelas hubungan etnik saya sangat menyukainya sebab gaya pensyarah kami iaitu En.Zamre yang begitu baik dan memudahkan saya memahaminya. banyak input yang berguna yang boleh saya pakaikan semasa menjawab soalan HE semasa final exam nanti. Pembentangan isu dilakukan mengunakan perdebatan menyebabkan lagi kuliah ini lebih seronok. saya harap aktiviti sperti ini dikekalkan dan menggunakan nilai-nilai moral yang telah saya perolehi dalam kehidupan saya kelak.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
LEE SZE YIN profile image
LEE SZE YIN profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Selamat sejahtera, saya Lee Sze Yin dari Universiti Malaya. Pada minggu kesebelas, aktiviti perbahsan diteruskan. Saya telah mempelajari kepentingan memartabatkan bahasa Melayu di negara kita selepas menyaksikan aktiviti perbahasan yang dijalankan oleh rakan-rakan yang lain.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Yen Jun H'ng profile image
Yen Jun H'ng profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Untuk minggu kesebelas, pensyarah memberi pendapat supaya dpat membantu kami dalam proses menyiapkan video yang perlu dibentangkan pada minggu seterusnya. Pensyarah juga telah memberi idea-idea yang menarik untuk menyenangkan kami dalam menyiapkan video kami.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum saya NUR RAFIZAH BINTI ROSDI dari kumpulan E. saya rumuskan dari kuliah ini adalah hubungan etnik yang harmonis merupakan kunci pembinaan negara bangsa.Sehubungan dengan itu, dapat kita lihat kesan daripada rusuhan kaum yang terjadi pada 13 mei 1969 yang menyebabkan pertumpahan darah. selain itu, melalui video di atas juga saya dapati Malaysia merupakan sebuah negara yang amat mementingkan perpaduan kaum tanpa mengira bangsa, agama dan budaya walaupun pada dasarnya Malaysia belum di iktiraf sebagai sebuah negara bangsa yang matang.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
[ Minggu 7 ] Minggu ini merupakan minggu dimana setiap kumpulan perlu memikirkan tajuk untuk video. Melalui aktiviti ini, saya dapat lihat bahawa kerjasama sesama ahli kumpulan dan sikap bertolak ansur amat penting demi memastikan perbincangan berjalan dengan lancar.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
NurhaFima Abdl profile image
NurhaFima Abdl profile image
10/10 starsDropped
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum saya Nurhafimah binti Abdul(BB16160901) pelajar tahun satu selaku mahasiswa ijazah sarjana muda pemasaran daripada Universiti malaysia Sabah (UMS) di bawah Fakulti perniagaan,ekonomi dan perakaunan.Sepanjang mengikuti kuliah hubungan etnik, banyak ilmu yang saya dapat .Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia.Pembelajaran kursus ini akan lebih memberi kefa... Assalamualaikum saya Nurhafimah binti Abdul(BB16160901) pelajar tahun satu selaku mahasiswa ijazah sarjana muda pemasaran daripada Universiti malaysia Sabah (UMS) di bawah Fakulti perniagaan,ekonomi dan perakaunan.Sepanjang mengikuti kuliah hubungan etnik, banyak ilmu yang saya dapat .Pada pendapat saya, Malaysia terdiri daripada 14 negeri dan 3 wilayah persekutuan yang mengandungi banyak kaum dan etnik. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbaai kaum. Perpaduan di dalam sebuah negara amat dipandang penting kerana tanpa semangat perpaduan, negara menjadi huru-hara dan akan menjatuhkkan sesebuah negara dengan mudah. Perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia memang tidak dapat dielakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Perpaduan antara kaum di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik berbanding daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia.Pembelajaran kursus ini akan lebih memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya perpaduan antara etnik dalam sesebuah negara. Selain itu, pembelajaran kursus ini juga akan membekalkan pelajar dengan kepentingan perpaduan dan kepentingannya kepada masa depan negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Saya CHIN KENT LUN,merupakan pelajar semestersatu Program Bacelor Electrical Engineering di Universiti Malaya (UM) Pada pandangan saya, kursus ini merupakan satu kursus yang sangat menarik dan digalakkan dipelajari oleh semua pelajar universiti. Hal ini demikian kerana, kursus ini memberi penekanan kepada perpaduan antara etnik di Malaysia. Pengajaran kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang asas perpaduan yang terdapat dalam perlembagaan negara. Kursus ini juga perlu dipelajari kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kerjasama antara etnik. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dengan adanya tugasan berkumpulan yang memerlukan setiap kumpulan mempunyai ahli yang berlainan etnik. Tugasan berkumpulan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama dan sekali gus akan mewujudkan perpaduan antara pelajar itu sendiri. Pembelajaran kursus ini akan lebih memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya perpadu... Saya CHIN KENT LUN,merupakan pelajar semestersatu Program Bacelor Electrical Engineering di Universiti Malaya (UM) Pada pandangan saya, kursus ini merupakan satu kursus yang sangat menarik dan digalakkan dipelajari oleh semua pelajar universiti. Hal ini demikian kerana, kursus ini memberi penekanan kepada perpaduan antara etnik di Malaysia. Pengajaran kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang asas perpaduan yang terdapat dalam perlembagaan negara. Kursus ini juga perlu dipelajari kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kerjasama antara etnik. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dengan adanya tugasan berkumpulan yang memerlukan setiap kumpulan mempunyai ahli yang berlainan etnik. Tugasan berkumpulan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama dan sekali gus akan mewujudkan perpaduan antara pelajar itu sendiri. Pembelajaran kursus ini akan lebih memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya perpaduan antara etnik dalam sesebuah negara. Selain itu, pembelajaran kursus ini juga akan membekalkan pelajar dengan kepentingan perpaduan dan kepentingannya kepada masa depan negara. Pensyarah juga banyak memberi info-info yang menarik berkaitan perpaduan. Pensyarah kursus ini mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Banyak maklumat yang disalurkan oleh pensayarah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maklumat yang disalurkan itu merupakan maklumat yang sangat penting dan amat penting untuk perpaduan negara. Kesimpulannya, kursus ini merupakan satu kursus yang sangat bagus dan penting untuk dipelajari oleh pelajar. Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

6/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Salam sejahtera. Saya Arnold Wong Tzyy Cherng(BB16160823) merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS) dari jurusan Ekonomi Kewangan. Sepanjang mengikuti kuliah hubungan etnik, saya telah banyak mempelajari perkara-perkara mengenai etnik-etnik di Malaysia, budaya masyarakat pelbagai kaum dan kesepaduan antara masyarakat. Perpaduan antara rakyat amat penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Namun begitu, amatlah sukar untuk rakyat di sesebuah negara untuk bersatu padu kerana perbezaan dari segi kepercayaan, adat dan bahasa. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, perasaan kesatuan dan toleransi haruslah dipupuk dalam diri setiap rakyat agar salah faham dan perbalahan dapat dielakkan. Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memainkan peranan penting dalam mencapai kesepaduan rakyat selaras dengan Wawasan 2020.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nurliyana Hafiz profile image
Nurliyana Hafiz profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum..saya Nurliyana binti Mohd Hafiz (BB16160904) pelajar tahun satu selaku mahasiswa ijazah sarjana muda ekonomi kewangan daripada Universiti malaysia Sabah (UMS) di bawah Fakulti perniagaan,ekonomi dan perakaunan.Sepanjang mengikuti kuliah hubungan etnik,terlalu banyak ilmu yang saya pelajari.hasil daripada pembelajaran saya,perpaduan dalam pelbagai etnik ,agama dan kaum di sesebuah negara amatlah penting agar keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan,Kursus ini banyak mengajar saya erti kesepaduan serta kesepakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan hal ini menjadikan saya lebih meghormati serta mengajar saya tetang kepelbagaian budaya dan adat resam kaum lain yang patut saya kenali dan dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian..Hubungan etnik ini juga dapat membangkitkan kesedaran untuk membaiki semula jurang jurang yang wujud antara kita walaupun perpaduan di negara malaysia sudah pun mencapai tahap kes... Assalamualaikum..saya Nurliyana binti Mohd Hafiz (BB16160904) pelajar tahun satu selaku mahasiswa ijazah sarjana muda ekonomi kewangan daripada Universiti malaysia Sabah (UMS) di bawah Fakulti perniagaan,ekonomi dan perakaunan.Sepanjang mengikuti kuliah hubungan etnik,terlalu banyak ilmu yang saya pelajari.hasil daripada pembelajaran saya,perpaduan dalam pelbagai etnik ,agama dan kaum di sesebuah negara amatlah penting agar keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan,Kursus ini banyak mengajar saya erti kesepaduan serta kesepakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan hal ini menjadikan saya lebih meghormati serta mengajar saya tetang kepelbagaian budaya dan adat resam kaum lain yang patut saya kenali dan dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian..Hubungan etnik ini juga dapat membangkitkan kesedaran untuk membaiki semula jurang jurang yang wujud antara kita walaupun perpaduan di negara malaysia sudah pun mencapai tahap kesatuan yang kukuh,namun pada hakikatnya terdapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan agar jurang antara kaum dapat dikurangkan,Saya juga didedahkan pelbagai konsep yang wujud dalam perpaduan yang mana saya yakin tidak akan dapat saya pelajari dalam kursus yang lain.Pensyarah saya amat gemar menyelit isu isu semasa dan contoh peristiwa yang berkaitan dengan topik yang di ajar dan hal ini dapat membuka mata mahasiswa dan mahasiswi bahawa pentingnya peristiwa peristiwa yang berlaku dalam negara kita,Oleh itu,kurus hubungan etnik ini perlu dihayati dan difahami setiap lapisan masyarakat agarsalah faham dan persengketaan tidak berlaku seperti mana yang pernah berlaku dalam peristiwa 13 mei 1969 .hubungan etnik ini diharapkan dapat menjadi medium pengajaran bagi menjadi keharmonian dan kesepaduan masyarakat di malaysia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Saya Jekry Bin Janudin(BA16110557) pelajar tahun satu Universiti Malaysia Sabah(UMS)sangat berterima kasih kepada para pensyarah yang terlibat dalam kursus online ini. Ia sangat membantu pelajar seperti saya. Pada pendapat saya, kursus ini penting dalam memupuk perpaduan khususnya dalam kalangan pelajar. Kemajuan negara hanya akan dapat dicapai apabila semua masyarakat dalam sesebuah negara itu bersatu hati dalam memajukan negara dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Harapan saya adalah kesepaduan pelbagai etnik di Malaysia dapat dipelihara dan dijaga agar negara mampu membangun ke arah Wawasan 2020.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Saya NADIATUL NAQIAH BINTI YAZID, AP150166, selaku mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan kepujian, pelajar tahun 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan En. Zahrul Akmal bin Hj. Damin. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli ... Saya NADIATUL NAQIAH BINTI YAZID, AP150166, selaku mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan kepujian, pelajar tahun 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan En. Zahrul Akmal bin Hj. Damin. Pada pendapat saya, Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah. Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya Hasmira binti Sulaiman, C15A0101, pelajar tahun dua subjek Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia. Berdasarkan pengalaman saya, senario kepelbagaian etnik yang sering terjadi di Malaysia ialah masyarakat malaysia gemar berkongsi makanan tradisi masing-masing. Misalnya, etnik melayu menggemari makanan tradisi etnik India seperti ladoo, roti phrata dan banyak lagi makanan tradisi yang dikongsi. seterusnya, bagi etnik cina pula, mereka sangat menggemari makanan tradisi etnik melayu. sebagai contoh, ketupat, rendang, dan banyak lagi. selain itu, etnik melayu pula sangat menggemari hidangan tradisi etnik cina. misalnya, kuih bulan, dim sum, char kway teow dan sebagainya. tambahan lagi, kepelbagaian masyarakat majmuk di malaysia dapat dipupuk melalui perkongsian adat dan cara hidup dalam kehidupan seharian. misalnya, etnik melayu berkongsi adat dengan etnik india di acara berinai di majlis p... Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya Hasmira binti Sulaiman, C15A0101, pelajar tahun dua subjek Kesepaduan dan Hubungan Etnik di Malaysia. Berdasarkan pengalaman saya, senario kepelbagaian etnik yang sering terjadi di Malaysia ialah masyarakat malaysia gemar berkongsi makanan tradisi masing-masing. Misalnya, etnik melayu menggemari makanan tradisi etnik India seperti ladoo, roti phrata dan banyak lagi makanan tradisi yang dikongsi. seterusnya, bagi etnik cina pula, mereka sangat menggemari makanan tradisi etnik melayu. sebagai contoh, ketupat, rendang, dan banyak lagi. selain itu, etnik melayu pula sangat menggemari hidangan tradisi etnik cina. misalnya, kuih bulan, dim sum, char kway teow dan sebagainya. tambahan lagi, kepelbagaian masyarakat majmuk di malaysia dapat dipupuk melalui perkongsian adat dan cara hidup dalam kehidupan seharian. misalnya, etnik melayu berkongsi adat dengan etnik india di acara berinai di majlis perkahwinan, begitu juga dengan aktiviti bersanding diatas pelamin. mankala, seterusnya, etnik melayu juga telah menjadikan pemberian ang pow sebagai satu budaya di hari perayaan. budaya tersebut telah diterap terlebih dahulu oleh etnik cina. oleh hal yang demikian, aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh masyarakat majmuk di Malaysia telah mewujudkan nilai kesepaduan yang utuh. di sebabkan hal itu, tiada pertelingkahan dan ketidakpersefahaman akan wujud dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan hidup dengan aman dan harmoni.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Shafiqa Ain binti Mustaza (180927) selaku mahasiswi Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Tuan Zulkhairi bin Zainal. Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik sangat penting dan harus dipelajari oleh semua mahasiswa. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, etnik dan kaum. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan seharian mereka memang tida... Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Shafiqa Ain binti Mustaza (180927) selaku mahasiswi Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia. Saya sedang mengikuti kursus Hubungan Etnik di bawah bimbingan Tuan Zulkhairi bin Zainal. Pada pandangan saya, kursus Hubungan Etnik sangat penting dan harus dipelajari oleh semua mahasiswa. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, etnik dan kaum. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan seharian mereka memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing. Manusia hanyalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Tanpa disedari mereka memerlukan antara satu sama lain dan perlakuan saling bergantung ini terus terjadi dalam tempoh yang lama menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik seperti di Malaysia. Hubungan baik yang terjalin antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang, budaya, agama dan bahasa biasanya berlaku tanpa paksaan. Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan tersebut pula berlaku dalam pelbagai situasi atau keadaan dan ruang lingkup yang luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media. Dalam kursus Hubungan Etnik ini, kami dapat mempelajari senario kepelbagaian etnik di Malaysia dari segi sejarah dan isu pada masa kini. Kami juga sedar bahawa kami sebagai mahasiswa hendaklah mempunyai usaha yang utuh bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum kerana generasi seperti kami yang akan mencetuskan fenomena kesepakatan perpaduan dan sosial itu. Saya amat bersyukur kerana pensyarah saya iaitu Tuan Zulkhairi bin Zainal sering memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak putus-putus kepada kami. Beliau juga sering memberikan contoh yang relevan dengan isu dan keadaan semasa apabila kami tidak memahami sesuatu perkara.Sekian, terima kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsTaking Now
3 years, 7 months ago
Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.. Saya Farhah Izzati Binti Che Mim (188056), pelajar tahun satu Universiti Putra Malaysia dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di bawah kelolaan En.Zulkhairi Zaina.. Pada pendapat saya, subjek hubungan etnik banyak mengajar saya berkenaan etnik-etnik di Malaysia,budaya masyarakat pelbagai kaum dan kesepaduan antara masyarakat.Perpaduan antara rakyat amat penting dalam membentuk satu negara yang aman dan damai.Tanpa perpaduan itu sendiri maka sesebuah negara tidak dapat ditadbir dengan baik.Rakyat juga perlu memahami peranan masing-masing dan memberikan kerjasama yang baik kepada para pemimpin negara agar perpaduan dapat dikekalkan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.