Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Provided by:
9/10 stars
based on  199 reviews
Provided by:
Cost FREE
Start Date TBA

Key Concepts

lightbulb
We've created a summary of key topics covered in this course to help you decide if it's the right one for you. Click individual badges to see more courses on the same topic.

Course Details

Cost

FREE

Upcoming Schedule

  • TBA

Course Provider

OpenLearning online courses
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and righ...
OpenLearning's aim is to inspire, motivate and empower through education. We believe that learning can and should be enjoyable, ongoing, and above all effective. Transformative education enhances people’s abilities, promotes dynamic communication, and fosters a lifelong love of learning. We’re committed to creating fun and interactive communities and want our learning vision to spread far beyond educational institutions, branching into boardrooms, offices, team sports, group work, and right through to retirement. We believe that you should never stop learning, and we want to share our passion for accessible education.Discover yourself through education!

Provider Subject Specialization
Humanities
Arts & Design
991 reviews

Course Description

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.

 

 

Reviews 9/10 stars
199 Reviews for Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Ratings details

  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.

Sort By
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years ago
No matrik :2160126 Nama : Nur Emanina bt Kamarudin Fakulti Kejuruteraan Kejuruteraan elektrik elektronik komunikasi (ZK25) UPNM Mejar Mohd Daud bin Salleh Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan. Berdasarkan pengajian ini, pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years ago
Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua. Saya Muhammad Syazwan bin Rosli (2160136), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pensyarah Mejar Ustaz Haji Daud bin Salleh. Pada pandangan saya, subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana TITAS mengajar kita pelbagai jenis ilmu tentang tamadun-tamadun asia termasuklah ilmu tentang tamadun islam serta agamanya sendiri. Kita juga dapat mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan tamadun dahulu serta zaman sekarang bagi merancang sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang. Selain itu, subjek ini telah mengajar kita sikap-sikap positif yang perlu dipupuk oleh masyarakat kini. Persefahaman antara masyarakat juga akan meningkat. Justeru itu, kerjasama antara masyarakat dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Melalui pembelajaran TITAS ini, diharapkan agar masyara... Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua. Saya Muhammad Syazwan bin Rosli (2160136), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pensyarah Mejar Ustaz Haji Daud bin Salleh. Pada pandangan saya, subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana TITAS mengajar kita pelbagai jenis ilmu tentang tamadun-tamadun asia termasuklah ilmu tentang tamadun islam serta agamanya sendiri. Kita juga dapat mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan tamadun dahulu serta zaman sekarang bagi merancang sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang. Selain itu, subjek ini telah mengajar kita sikap-sikap positif yang perlu dipupuk oleh masyarakat kini. Persefahaman antara masyarakat juga akan meningkat. Justeru itu, kerjasama antara masyarakat dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Melalui pembelajaran TITAS ini, diharapkan agar masyarakat kini sedar akan kelebihan dan kekurangan kita. Dengan cara ini masyarakat kini akan lebih peka untuk memajukan diri sendiri dan negara.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years ago
MOHD FAUZAN ASHRAF BIN TUREDY 2160936 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA MEJAR USTAZ HAJI DAUD BIN SALLEH Pada pandangan saya, dalam subjek ini menarik perhatian saya kerana ianya dapat memberi satu pelajaran baru yang mana ianya melibatkan sejarah awal tamadun Islam dan tamadun Asia berdasarkan fakta dan pandangan dari sudut yang pelbagai melalui sumber yang diberi dari para cendekiawan Islam dan dunia mengenai konsep, perkembangan dan kejatuhan sesuatu tamadun dalam pelbagai faktor serta pengajaran kesan daripada perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun pada ketika itu. Ianya turut diselangi dengan petikan ayat Al-Qur'an dan Al-Hadith turut bersama kata hikmah dari cendekiawan berdasarkan teori dan kejadian yang dialami dalam memberi kesan dan pengajaran dalam aspek rohaniah dan sosial dalam sesuatu masyarakat. Selain itu, subjek ini juga memaparkan kesedaran dalam mengenal sesuatu isu dan memberi kesan yang baik ter... MOHD FAUZAN ASHRAF BIN TUREDY 2160936 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA MEJAR USTAZ HAJI DAUD BIN SALLEH Pada pandangan saya, dalam subjek ini menarik perhatian saya kerana ianya dapat memberi satu pelajaran baru yang mana ianya melibatkan sejarah awal tamadun Islam dan tamadun Asia berdasarkan fakta dan pandangan dari sudut yang pelbagai melalui sumber yang diberi dari para cendekiawan Islam dan dunia mengenai konsep, perkembangan dan kejatuhan sesuatu tamadun dalam pelbagai faktor serta pengajaran kesan daripada perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun pada ketika itu. Ianya turut diselangi dengan petikan ayat Al-Qur'an dan Al-Hadith turut bersama kata hikmah dari cendekiawan berdasarkan teori dan kejadian yang dialami dalam memberi kesan dan pengajaran dalam aspek rohaniah dan sosial dalam sesuatu masyarakat. Selain itu, subjek ini juga memaparkan kesedaran dalam mengenal sesuatu isu dan memberi kesan yang baik terhadap masyarakat terutamanya dinegara yang memiliki masyarakat yang berbilang kaum, agama dan fahaman masing-masing.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years ago
Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar pelajari kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merancang strategi masa hadapan. Berdasarkan pengajian ini, pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia. Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan jauh ,mempunyai ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years ago
Assalamualaikum saya Muhammad Amili bin Basar (2160134) pelajar jurusan kejuruteraan elektrik kuasa. Saya berpendapat subjek TITAS amat berguna dan perlu untuk para pelajar. Ini kerana subjek ini mendedah kan kita dengan sejarah tamadun dan peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia. Peranan sesuatu Tamadun amat penting bagi membentuk negara, begitu juga dengan pelajar yang perlu untuk mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan sesuatu perkara. Melalui video ini kita dapat belajar tentang bagaimana wujudnya tamadun Islam, Melayu, Cina dan India. TITAS juga menceritakan perkembangan sesuatu tamadun dan bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Mala... Assalamualaikum saya Muhammad Amili bin Basar (2160134) pelajar jurusan kejuruteraan elektrik kuasa. Saya berpendapat subjek TITAS amat berguna dan perlu untuk para pelajar. Ini kerana subjek ini mendedah kan kita dengan sejarah tamadun dan peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia. Peranan sesuatu Tamadun amat penting bagi membentuk negara, begitu juga dengan pelajar yang perlu untuk mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan sesuatu perkara. Melalui video ini kita dapat belajar tentang bagaimana wujudnya tamadun Islam, Melayu, Cina dan India. TITAS juga menceritakan perkembangan sesuatu tamadun dan bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun. Oleh itu, subjek TITAS ini banyak memberikan kepada pelajar khususnya. Kita perlu belajar daripada sejarah untuk berjaya pada masa hadapan. Sekian Terima Kasih.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 1 month ago
Nama: Muhammad Ainnur Fitri bin Nasarauddin No Matrik: 2160156 Fakulti: Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) Tahun: 2016/2017 Universiti: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pensyarah TITAS: Mejar Mohd Daud bin Salleh Assalamualaikum dan salam sejahtera . Berdasarkan apa yang saya telah belajar dan faham tentang subjek TITAS ini adalah pentingnya mengetahui sesuatu tamadun berjaya terdahulu yang telah lama bertahan di dunia kerana dapat mengajar baik buruknya sesuatu sistem di dalam tamadun. Konsep ketamadunan dalam Islam banyak dapat dilihat melalui sistem pentadbiran, sistem pendidikan dan sistem keagamaan. Selain itu, kita juga dapat mempelajari tentang agama lain sperti agama India, Cina dan Kristian. Para pelajar juga akan banyak didedahkan mengenai nilai-nilai moral dan ilmiah yang terdapat dalam setiap bangsa dan kaum di Asia. Oleh yang demikian, pembelajaran TITAS ini banyak memberikan kebaikan dan ilmu... Nama: Muhammad Ainnur Fitri bin Nasarauddin No Matrik: 2160156 Fakulti: Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) Tahun: 2016/2017 Universiti: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pensyarah TITAS: Mejar Mohd Daud bin Salleh Assalamualaikum dan salam sejahtera . Berdasarkan apa yang saya telah belajar dan faham tentang subjek TITAS ini adalah pentingnya mengetahui sesuatu tamadun berjaya terdahulu yang telah lama bertahan di dunia kerana dapat mengajar baik buruknya sesuatu sistem di dalam tamadun. Konsep ketamadunan dalam Islam banyak dapat dilihat melalui sistem pentadbiran, sistem pendidikan dan sistem keagamaan. Selain itu, kita juga dapat mempelajari tentang agama lain sperti agama India, Cina dan Kristian. Para pelajar juga akan banyak didedahkan mengenai nilai-nilai moral dan ilmiah yang terdapat dalam setiap bangsa dan kaum di Asia. Oleh yang demikian, pembelajaran TITAS ini banyak memberikan kebaikan dan ilmu tamadun ini merupakan sebuah penyatuan pelbagai kaum dan merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam menentukan hala tuju pembinaan negara dan bangsa yang sejahtera selaras dengan Wawasan 2020. Sekian , terima kasih
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
I'm Mohd Affendi (FTK UTEM) Learn and understand more about the culture and background of other civilization. The easiest way to discover Study from Open Learning make me feel more enjoy.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Assalamualaikum, saya Wan Nur Syarafana Shahira Bt Wan Zamli dari fakulti pengajian pendidikan (Bacelor pembangunan sumber manusia)(188347) Daripada video ini saya dapat rumuskan bahawa apa yang ingin disampaikan ialah pendedahan tentang tamadun negara dan kesedaran dari segi nilai diri seorang rakyat Malaysia bagi mengetahui komponen-komponen ketamudan negara iaitu tamadun islam dan tamadun Asia. Harapan penyampai daripada video ini berharap agar dapat menarik pelajar dan memberi peluang kedua untuk mengenali hal-hal masyarakat Malaysia dan kepetingan sejarahnya.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Salam sejahtera, saya Frenny Freddy pelajar UMS mengambil kursus ijazah dalam sains & teknologi industri kayu serat. Video yang saya lihat memberi pengenalan tentang konsep tamadun. Konsep tamadun adalah penting untuk kita mempelajari mengenai tamadun. Ianya juga membincangkan tentang isu-isu yang berlaku di dunia. Dengan itu, Titas boleh memberi pengajaran tentang nilai-nilai yang penting dan interaksi kepada pelbagai kaum di seluruh Asia.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 stars
3 years, 1 month ago
saya Noratikah binti md Isa 191075 dari fakulti pendidikan bacelor sains (pembangunan sumber manusia)(upm) video yang saya tonton adalah menceritakan tentant tamadun melayu dan didalamnya menceritakan tentang asal usul nama melayu, asas-asas tamamadun melayu serta kedatangan islam ke tanah melayu serta kemajuan tamandun melayu.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Selamat sejahtera, saya Lim Su Ting pelajar yang mengambil kursus Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Fakulti Pengajian Pendidikan. Melalui video ini, kita dapat lebih mendalami dan mempelajari mengenai tamadun. Konsep tamadun adalah penting untuk kita bagi mempelajari mengenai Tamadun Islam , Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India. Tamadun ini juga ada membincangkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dunia. Dengan itu, kita dapat mengenai nilai-nilai murni, penghargaan serta interaksi kepada pelbagai kaum di seluruh asia ini.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Assalamualaikum wbt. Saya Noor Khairunnisa Binti Kamarozaman dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan mengambil jurusan Perkhidmatan Makanan. Apa yang saya dapat simpulkan dari video di atas ialah sebagai rakyat biasa sifat ketamadunan hendaklah di pupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama. Sebenarnya pegangan agama itulah yang mampu membuatkan sesuatu tamadun tersebut bertahan lebih lama.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Siti Norwafiqah Binti Omar daripada jurusan Sains Sekitaran dan merupakan pelajar ambilan 2016/2017. Apa yang saya dapat simpulkan melalui video yang saya lihat sebentar tadi ialah menggalakan kita sebagai seorang pelajar untuk lebih mendalami dan mempelajari mengenai tamadun. Konsep tamadun in sangatlah penting untuk kita mendalami serta memahami mengenai Islam itu sendiri dan bukan sahaja , malahan kita juga dapat mempelajari mengenai agama lain antaranya India, Cina dan Kristian. Tamadun ini juga ada membincangkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dunia. Melalui pembelajaran ini juga, pelajar banyak didedahkan mengenai nilai-nilai murni, penghargaan serta interaksi kepada pelbagai kaum di seluruh asia ini. Oleh yang demikian, pembelajaran TITAS ini banyak memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Nurul Haridan profile image
Nurul Haridan profile image
8/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 1 month ago
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Nurul Najihah Haridan(190312) pelajar jurusan biotech dari TITAS kumpulan 5. Saya berasa setuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Prof Dr. Zaid.Subjek ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar tidak kira pelajar tersebut berbangsa & memengang agama apa.Pada mulanya saya masih tidak jelas dengan objektif saya mengambil subjek TITAS ini tetapi dengan video tersebut saya mula faham tujuan saya mengambilnya.Saya berharap misi & visi pihak universiti mewajibkan subjek universiti seperti TITAS yang perlu diambil oleh semua pelajar UPM dapat direalisasikan.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 1 month ago
Assalamualaikum..... saya pelajar baharu bagi sesi 16/17 kos major statistik mengambil kursus TITAS ini kerana kursus ini wajib untuk semua pelajar di UPM.. Bagus dengan adanya TITAS ini kerana mengingat kembali sejarah2 lama yang perlu diingati bagi setiap manusia di muka bumi ini....harap dapat memahami dan meminati kursus ini selama satu sem dan berjaya mendapatkan "A"...amin,sekian terima kasih :)
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

6/10 starsCompleted
3 years, 2 months ago
Assalamualaikum. Saya Nur Amalin Shahira Bt Halim EL- Muhammady dari Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.Berdasar video yang saya lihat ini penting pada masa kini agar kita lebih mengenali kelebihan dan kekurangan negara kita. Disamping itu, kita dapat memahami tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama, dan kepelbagaian budaya pada tamadun islam.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 stars
3 years, 2 months ago
assalamualaikum..kursus ini amat baik kepada semua pelajar untuk pelajari dan menghayati tentang tamadun tamadun yang telah dicipta oleh orang dulu pada masa lampau..ini juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan pelajar serta dapat mereka ambil untuk masa akan datang bagi memajukan lagi tamadun yang sedia ada..
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 2 months ago
Assalamualaikum .Saya Wan Nur Ira Nadhira Bt Wan Mohd Nazre dari ISM Perakaunan UniSZA , Bagi Saya, Video ini menerangkan tentang perkembangan tamadun islam yang seiring dengan perkembangan tamadun asia. Melalui pembinaan bangunan yang berunsurkan keislaman seperti tulisan arad, khat , corak hiasan al-quraan dan sebagainya.Ia juga mendidik generasi-generasi muda seperti saya untuk lebih mengenali kisah tamadun-tamadun pada zaman dahulu.Selain itu, ilmu tamadun ini juga dapat memberi nilai kesedaran kepada diri kita terhadap budaya pelbagai kaum. Oleh itu, ilmu tamadaun ini merupakan sebuah penyatuan pelbagai kaum dan merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam menentukan hala tuju pembinaan negara bangsa yang sejahtera.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 2 months ago
Assalamualaikum w.b.t, Saya pelajar Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan. Pada pandangan saya, amat bagus universiti mewajibkan pelajar belajar Tamadun Islam Tamadun Asia kerana ia dapat menjadikan seorang pelajar lebih berfikiran terbuka serta dapat menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri. Melalui video ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kepentingan untuk mempelbagaikan cara pembelajaran untuk pelajaran ini supaya menjadi lebih menarik dan tidak bosan. Melalui pelajaran Tamadun Islam Tamadun Asia ini juga, kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan pada zaman dahulu serta pembangunan mereka dalam segala bidang lebih-lebih lagi dalam perkembangan aktiviti-aktiviti Islam. Kepentingan dalam mempelajari ilmu kepelbagaian tamadun ini adalah untuk membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun supaya ia boleh diamalkan sebagai semangat hormat menghormati apabila berintera... Assalamualaikum w.b.t, Saya pelajar Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan. Pada pandangan saya, amat bagus universiti mewajibkan pelajar belajar Tamadun Islam Tamadun Asia kerana ia dapat menjadikan seorang pelajar lebih berfikiran terbuka serta dapat menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri. Melalui video ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kepentingan untuk mempelbagaikan cara pembelajaran untuk pelajaran ini supaya menjadi lebih menarik dan tidak bosan. Melalui pelajaran Tamadun Islam Tamadun Asia ini juga, kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan pada zaman dahulu serta pembangunan mereka dalam segala bidang lebih-lebih lagi dalam perkembangan aktiviti-aktiviti Islam. Kepentingan dalam mempelajari ilmu kepelbagaian tamadun ini adalah untuk membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun supaya ia boleh diamalkan sebagai semangat hormat menghormati apabila berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

6/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 2 months ago
Hello everyone, I am Yachinta. I'm here to learn more about the Islamic civilisation and how we got to live peacefully among many races. As well as to know the secret as to how peace has been achieved by our ancestors that we still practise it today among many races that lives in this country.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Izzun Diyana profile image
Izzun Diyana profile image
8/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
3 years, 2 months ago
Video ini menerangkan tentang perkembangan tamadun islam yang seiring dengan perkembangan tamadun asia. Perkembangan tamdun islam di asia melalui perkembangan aktiviti perdangangan di asia. Melalui pembinaan bangunan yang berunsurkan keislaman seperti tulisan arad, khat , corak hiasan al-quraan dan sebagainya. Disamping pebinaan bentuk bangunan yang mempunyai unsur keislaman seperti kubah, marma, bertakhtakan warna keemasan dan putih, lambang bulan sabit serta bintang yang imej kepada tamadun islam. Seiring dengan perkembangan tamadun asia dalam agama seperti budha, hindu dan sebagainya yang perkambanga asia seperti pembinanaan tokong dan berhala. TITAS telah telah menjadi subjek disetiap universiti yang wajib di pelajari pelajar dalam memahami perkembangan tamdun islam di asia. Hal ini menjadi perkara wajib bagi pelajar yang merupakan generasi muda dalam memahami tamadun islam dan tamadun asia. Perkara ini telah mewujudan kepelbag... Video ini menerangkan tentang perkembangan tamadun islam yang seiring dengan perkembangan tamadun asia. Perkembangan tamdun islam di asia melalui perkembangan aktiviti perdangangan di asia. Melalui pembinaan bangunan yang berunsurkan keislaman seperti tulisan arad, khat , corak hiasan al-quraan dan sebagainya. Disamping pebinaan bentuk bangunan yang mempunyai unsur keislaman seperti kubah, marma, bertakhtakan warna keemasan dan putih, lambang bulan sabit serta bintang yang imej kepada tamadun islam. Seiring dengan perkembangan tamadun asia dalam agama seperti budha, hindu dan sebagainya yang perkambanga asia seperti pembinanaan tokong dan berhala. TITAS telah telah menjadi subjek disetiap universiti yang wajib di pelajari pelajar dalam memahami perkembangan tamdun islam di asia. Hal ini menjadi perkara wajib bagi pelajar yang merupakan generasi muda dalam memahami tamadun islam dan tamadun asia. Perkara ini telah mewujudan kepelbagai hubungan etnik dan agama yang seiring melalui perkembangan tamadun isalm dan asia lebih- lebih lagi di Malaysia yang mempunyai kemasyrakatan yang harmoni. Melalui subjek ini pelajar akan dapat memperlajari mengenai kepetingan tamadun islam dan asia dalam mengekalkan keharmonian tamadun yang terbina. Perpanduan di Malaysia yang meliputi pelbagai aspek perlu dipelajari dalam memahami aspek kaum lain seperti melayu, india, cina dan entik bumiputera yang mempunyai aspek tersendiri yang perlu difahami secara terbuka.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsCompleted
3 years, 2 months ago
assalamualaikum. sy Aszuan bin abu hassan (SX1301919CSRS03) . dari UTM SPACE PENANG.Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Mohd Shariff  yahaya profile image
Mohd Shariff  yahaya profile image
10/10 starsCompleted
  • 1 review
  • 1 completed
3 years, 2 months ago
MOHD SHARIFF BIN YAHAYA Universiti Teknologi Malaysia K.Lumpur Sarjana Muda Kej.Mekanikal Pensyarah : Dr. Hafiz bin Abdullah (UTM Skudai) assalamualaikum wbt. Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah sangat bermanfaat kerana ia mendidik generasi-generasi muda seperti saya untuk lebih mengenali kisah tamadun-tamadun pada zaman dahulu. Pada pendapat saya kursus ini sangat bagus, jika melihat kepada aspek pengajarannya dan moral daripada semua tamadun yang dibincangkan. Seterusnya dengan menggunakan pengajaran tersebut, kita mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, dengan mempelajari kursus TITAS ini, ia akan membantu masyarakat untuk saling menghormati dan juga dapat berinteraksi dan menerima masyarakat yang lain walaupun ada perbezaan agama. Terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr. Hafiz bin Abdullah yang telah bertungkus-lumus memberi ilmu kepada saya, terima kasih Dr.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Mohd Khairy profile image
Mohd Khairy profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 3 months ago
SAYA MOHD KHAIRI B. ABDUL RASHID DR UTM K.L PROGRAM SKMM KELAS TITAS SEKSYEN 40,...TQ...BANYAK MAKLUMAT DAPAT DIPEROLEHI...DAN AMAT BERGUNA SEKALI....DENGAN VIDEO INI BOLEH JADIKAN BAHAN RUJUKAN UNTUK PARA PELAJAR YANG INGIN MENCARI BAHAN UNTUK TUGASAN MAHU PUN KEHIDUPAN SEHARIAN...
Was this review helpful? Yes0
 Flag
 profile image
 profile image

10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 3 months ago
assalamualaikum. sy nortasnim bt abu hassan kusaheri (E20161014594) group E. dari upsi, tanjung malim.Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.
Was this review helpful? Yes0
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

4/10 starsTaking Now
3 years, 4 months ago
The course content is good as it allows us to review and learn about the previous civilizations and as (quoting from the book) Robin G. Collingwood says "History is for human self-knowledge ... the only clue to what men can do is what man has done. The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is," (1946). However this book does not cover the whole truth and the language used by the writer of this book is very stronged and shows a strong negative bias towards westerners. This in itself should be reflected as a writer will indirectly plant information into the minds of thousands and even millions of readers. In my personal opinion, this book is worth reading for the first five chapters. However the last chapter is very biased against the west. A comment for the author. Anda boleh menggunakan perkataan perkataan yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang mengkritik tamadun lain. Jika anda meng... The course content is good as it allows us to review and learn about the previous civilizations and as (quoting from the book) Robin G. Collingwood says "History is for human self-knowledge ... the only clue to what men can do is what man has done. The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is," (1946). However this book does not cover the whole truth and the language used by the writer of this book is very stronged and shows a strong negative bias towards westerners. This in itself should be reflected as a writer will indirectly plant information into the minds of thousands and even millions of readers. In my personal opinion, this book is worth reading for the first five chapters. However the last chapter is very biased against the west. A comment for the author. Anda boleh menggunakan perkataan perkataan yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang mengkritik tamadun lain. Jika anda menggunakan perkataan-perkataan yang mengkritik orang lain, apakah perbezaan antara anda dengan versi "Tamadun Barat" yang anda memperkenalkan ?
Was this review helpful? Yes0
 Flag
mohd izzat profile image
mohd izzat profile image
10/10 starsTaking Now
  • 1 review
  • 0 completed
3 years, 5 months ago
Matapelajaran TITAS ini membantu kita mengasah kembali nilai-nilai murni yang telah dibentuk oleh ibu bapa dan nenek moyang kita, yang dahulu sejak kecil lagi. Mari muhasabahkan diri kita dengan mengamalkan nilai-nilai murni supaya kehidupan kita ini lebih bertamadun dan dapat membentuk masyarakat yang efektif dan bernilai murni
Was this review helpful? Yes1
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

8/10 starsTaking Now
3 years, 5 months ago
assalamualaikum wbt kpd semua. perkara yg dapat saya simpulkan adalah mata pelajaran titas ini adalah sgt bermanfaat kerana ia telah mendidik generasi2 muda seperti kami untuk lebih mengenali kisah tamadun2 pd zaman dahulu dan mengajar saya untuk menanam sifat bersyukur dalam diri kerana betapa mudahnya kehidupan harian kita pada masa kini dgn kelengkapan2 seperti bangunan2 moden lagi gah infrastrukturnya, teknologi2 yg canggih dan banyak lagi. Terima kasih pd pendidik saya ust. Abdullah yg telah bertungkus lumus berusaha untuk mengisi ilmu dalam dada para pelajar. Sekian.. wassalam..
Was this review helpful? Yes1
 Flag
Student profile image
Student profile image

Student

10/10 starsTaking Now
3 years, 5 months ago
Matapelajaran TITAS ini membantu kita mengasah kembali nilai-nilai murni yang telah dibentuk oleh ibu bapa dan nenek moyang kita, yang dahulu sejak kecil lagi. Mari muhasabahkan diri kita dengan mengamalkan nilai-nilai murni supaya kehidupan kita ini lebih bertamadun dan dapat membentuk masyarakat yang efektif dan bernilai murni
Was this review helpful? Yes1
 Flag
Nur Azlan profile image
Nur Azlan profile image
6/10 starsTaking Now
  • 2 reviews
  • 0 completed
3 years, 5 months ago
Nama saya Nur Syifaq binti Azlan, bernombor matrik (SEN150021). Saya ialah pelajar dari kursus Genetik dan Biologi Molekul, Fakulti Sain, Universiti Malaya. Pada pendapat saya kursus ini bagus, jika melihat kepada aspek pengajarannya dan moral daripada semua tamadun yang dibincangkan. Seterusnya dengan menggunakan pengajaran tersebut, kita mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, perkara yang sepatutnya dilakukan tidak dilakukan. Kebanyakan daripada kita hanya belajar informasinya sahaja dan melihat ianya hanya terpakai semasa peperiksaan. Walaubagaimanapun, sesetengah pensyarah bertekad untuk pelajar-pelajar belajar sesuatu dan membuka minda kami semua, dan menyerap segalanya, yang kemudian melihat dalam perspektif yang berbeza daripada yang sebelum ini kita selalu lakukan. Hal itu akan menjadikan kursus Titas ini sangat bermakna. Akhir sekali, meskipun pandangan saya begitu, kursus ini masih penting untuk generasi muda... Nama saya Nur Syifaq binti Azlan, bernombor matrik (SEN150021). Saya ialah pelajar dari kursus Genetik dan Biologi Molekul, Fakulti Sain, Universiti Malaya. Pada pendapat saya kursus ini bagus, jika melihat kepada aspek pengajarannya dan moral daripada semua tamadun yang dibincangkan. Seterusnya dengan menggunakan pengajaran tersebut, kita mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, perkara yang sepatutnya dilakukan tidak dilakukan. Kebanyakan daripada kita hanya belajar informasinya sahaja dan melihat ianya hanya terpakai semasa peperiksaan. Walaubagaimanapun, sesetengah pensyarah bertekad untuk pelajar-pelajar belajar sesuatu dan membuka minda kami semua, dan menyerap segalanya, yang kemudian melihat dalam perspektif yang berbeza daripada yang sebelum ini kita selalu lakukan. Hal itu akan menjadikan kursus Titas ini sangat bermakna. Akhir sekali, meskipun pandangan saya begitu, kursus ini masih penting untuk generasi muda dalam beberapa aspek seperti mengenali asal usul tentang diri dan orang lain, di mana secara tidak langsung menyebabkan kita lebih memahami terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, orang yang bukan berpenganut agama Islam khususnya boleh melihat isi tentang islam yang sebenarnya melalui penubuhan-penubuhan tamadun islam sewaktu zaman kegemilangannya. Terima kasih.
Was this review helpful? Yes1
 Flag

Rating Details


  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars
  • 5 stars
  • 4 stars
  • 3 stars
  • 2 stars
  • 1 stars

Rankings are based on a provider's overall CourseTalk score, which takes into account both average rating and number of ratings. Stars round to the nearest half.